Kita adalah apa yang kita
fokuskan dalam kehidupan kita ini . Frasa ini membayangkan betapa mudahnya
sebenarnya kita mencorakkan kehidupan kita tanpa kita sedari. Tahukah anda apa
yang anda fokuskan dan fikirkan di awal pagi setiap kali selepas anda bangun
tidur akan menentukan hari anda .?
Tanpa kita sedari juga apa yang
kita fokuskan itu juga akan mempengaruhi individu di sekitar kita . Pernahkah
anda memikirkan mengapa anak dikaitkan sebagai cermin bagi ibu bapanya? Kawan
cermin kawannya? Muslim itu cermin muslim lainnya? Semua nya berkisar kepada
apa yang kita fokuskan dalam kehidupan kita ini .
Seorang usahawan samada sedar
atau tidak banyak dipengaruhi mentor atau rakan dalam suasana keusahawanannya.
Lebih spesifik seorang usahawan berjaya semahunya diri dikelilingi usahawn yang
berjaya juga. Logik mudah, jika kita mahu berjaya kebanyakan inspirasi kita
perolehi dari mereka yang teleh mencipta kejayaan buat diri mereka. Jika benar
kita focus dalam perniagaan kita , banyak masa kita gunakan untuk sentiasa
memotivasikan diri kita agar terus maju dan mencipta lebih bayak wang dan
menggapai status jutawan pada usia yang muda.
Adakah insan berjaya yang cuba
menggapai matlamatnya dengan sentiasa menyibukkan diri mereka dengan insan yang
sentiasa merungut, tidak mahu berubah , kerap kali berfikiran negetif walaupun
belum memulakan sesuatu tugas? Pastinya tidak …kerana ia halanngan yang sangat
besar kepada mereka. Sedikit sebanyak ia akan mempegaruhi emosi dan cara kita
bertindak kerana tenaga negetif yang di tala ke sekitarnya akan menyerap masuk
ke minda separuh sedar kita tanpa disedari .
Ya benar, jika dalam kehidupan
kita di fokuskan kepada masalah dan perkara-perkara yang mnjadikan kita lebih
lemah …maka tanpa disedari kita akan lebih bermasalah. Semuanya bermula dari
self talk ( bisikan-bisikan diri dari naluri yang dalam ) dan gelombang
pemikiran kita.
Pernah tak anda merasakan iri
hati atau merasa seperti mahu marah tanpa sebab atas kejayaan yang dikecapi
orang lain ??? Jujurnya setiap orang ada. Ketika kereta mewah dibawa oleh
seorang kaya di depan anda …naluri anda membisikkan tiak semena-mena; orang
kaya ni mesti tipu duit rakyat, atau..kaya tak semestinya bahagia…atau anda
bercakap dengan diri anda..apa yang aku ada ini sudah cukup, apa nak lagi???.
Nah anda sebenarnya menjadikan gelombang otak anda menerima tanpa sedar setiap
self talk yang tidak jujur tadi.
Anda baru sahaja menghantar mesej
kepada diri anda….jika jadi kaya mesti sebab menipu…jadi jangan jadi kaya.
Orang kaya tidak bahagia jangan jadi kaya, aku tak mahu kaya..aku suka hidup
cukup makan sahaja…wah sesungguhnya anda baru sahaja memprogramkan otak anda
menerima satu bentuk mesej separuh sedar yang tanpa disedari ibarat berdoa
kepada ALLAH swr sebegitu . Anda yang pilih dan anda jangan kecewa jika
permintaaan anda di makbulkan dek penyakit yang bersarang dalam jiwa anda itu .
Sebab itu apa yang ada dalam jiwa
akan zahir pada diri kita juga. Daripada anda merungut-rungut dan menarik serap
tenaga getaran negetif pada diri anda lebih baik anda menjadi lebih lunak
dengan mencipta self talk yang lebih membina dan positif. .. Pasti dia berusaha
menjadi kaya..anda memang layak menjadi kaya, atau orang kayalah yang banyak
memberikan kebahagiaan kepada si miskin . Mungkin inilah orang yanga banyak
menderma untuk pembinaan masjid …insyaAllah aku juga akan kaya dan berjaya…wah
terasa energetic tak mendegar kalam-kalam ini ? saat anda membisikkan jauh di
sudut hati anda, program kali ini lebih bernada positif dan membina karakter
anda . anda baru sahaja menghantar mesej kepada alam semesta. Jika aku kaya aku
akan jadi khalifah yang memakmurkan alam ini dengan cinta dan kasih sayang
untuk mengajak manusia kembali kepada Allah . Tenaga yang menyerap masuk ke
sanubari anda merupakan cetusan yang akan menggerakkan anda mencapai program
tadi .
Begitulah seterusnya , apa yang
dilihat akan turun ke hati. Hati tempat pemerintah yang mentadbir alam (segala
pergerakan tubuh). Minda mengasak dengan sokongan padu . Maka terbentuklah
rangkaian Intelectual , Emotional, Spiritual yang menatijahkan action yang padu
.
Jika direnungkan keadaan diri
kita adalah hasil pilihan kita sendiri. Usahlah menunjukkan dan menyalahkan
orang lain . Kerana jika fokuskan kepada menyalahkan orang lain .tenaga yang
diprogramkan pada diri anda adalah Lebih banyak kesilapan orang lain yang akan
di tunjukan kepada anda. Sebab anda memfokuskan minda dan tenaga untuk
menyalahkan orang .What goes around come around. What u give u get back .
Maka pilihlah untuk berfikir
lebih luas dan terbuka. Jika bekas kita sempit untuk menerima program positif
diri kita. Biasanya orang yang baca sehingga keperenggan ini mengalami sindrom
‘’melimpah’’- tidak mampu menerima idea yang cuba diketengahkan kepada mereka.
Mereka lebih skeptikal dan terikat kepada kotak gelap kerangka pemikiran sehala
yang zahir sahaja. Contohnya---jadi kita tak perlu usahalah??? Atau Ini
pemikiran barat..dan sebagainya yang bernada sinis.
Baiklah, pilihan ditangan anda,
anda yang menentukan program bagaimana yang sepatutnya ditanam dalam jiwa dan
otak anda. Anda bebas membuat eksperimen kepada diri anda dan rasai sensasi dan
kepuasan yang berbeza bila sesuatu berlaku kepada anda dan orang sekitar anda.
Mudah kata anda renung jauh kedalam jiwa anda apa tanggapan anda (self talk )
yang anda selalu ucap dikala orang sekeliling anda selalu bersama anda.
Bagaimana respon mereka ..cuba ubah tanggapan itu dan lihat pula apakah
hasilnya dan betapa rezki mencurah memenuhi kantung kehidupan anda .
Read more: http://www.inc.com/lolly-daskal/10-toxic-people-you-should-avoid-like-the-plague.html#ixzz3Gv9eSddv
No comments:
Post a Comment