21 Oct 2014

I want to touch a dog...





Tiba-tiba langit media kelihatan panas dengan komen bertalu-talu para ustaz FB yang menggagaskan idea masing-masing menghukum program '' i want to touch dog''. Lebih cederung memberi komen berbanding ''melakukan sesuatu '' bagi mengatasi kurangnya ilmu dalam masyarakat; sesetengah individu dilihat lantang dan mudah melepaskan suatu persepsi negetif dek cetek akalnya atau kurangnya memahami sesuatu secara jelas.


Anjing tiadalah salah dalam hal ini, boleh saja pegang anjing jika keadaan memaksa. Asal program sejak dari awal bukanlah kempen ''Ayuh belilah anjing satu keluarga--satu anjing untuk dibela''...lebih kepada mendidik masyarakat peri pentingnya menyantuni masyarakat non muslim atau boleh juga membuka ruang yang luas dalam medan dakwah kepada saudara muslim bahkan juga non muslim .




Kita usahlah takut dengan bayang - bayang dengan menganggap inilah jarum LIBERALISME hanya kerana sesetengah orang menghukumnya begitu. Dalam garis panduan program, jelas dan benar semuanya telah di maklum dan dalam pengetahuan MAIS. Bahkan dirujuk beberapa kali program ini hanya mendidik masyarakat dalam konteks mazhab Iman Syafie berkaitan anjing---najis---samak. Kontroversi yang melanda penulis melihat lebih kepada persepsi dangkal sesetengan tukang komen terhadap bagaimana METHOD program. Semua fokus nak kritik method tanpa menilai tujuan method itu sendiri. Sebagaimana demokrasi (yang dikira agak bernajis juga) digunakan bagi menahan kerosakan disebabkan ijtihad ahli dalam bidang mereka. Begitulah juga progam ini yang mungkin disalah anggap sesetengah pihak. Padahal mesejnya sarat dengan teguran buat semua ulama, pemimpin setempat, pimpinan anak muda tentang  bagaimana luasnya ilmu fekah ini dan apakah cara benar untuk bermuamalat dengan anjing dan pemilik anjing (non muslim) ini dalam ISLAM .


Sebelum menyentuh lebih kedalam --buat peringatan diri dan semua..Menyentuh perempuan bukan muhrim lebih haram dari sentuh anjing. Anjing boleh juga disamak...sentuh perempuan bukan muhrim tiadakah terasa lebih berat dari sentuh anjing..(hehehe)---ayat ni pun ader orang komen kat FB..adeh.

Tahukah anda program ini di anjurkan oleh seorang anak muda??? yang berjiwa besar dan bermatlamat mendidik masyarakat untuk membuka ruang lebih luas kita bermuamalah dengan non muslim .


Syabas juga buat penganjuran ini ..mungkin patut perbaiki method dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat atau wujudkan suasana terkawal (penganjur tidak menjangkakan penyertaan dekat 1k orang; bajet utk 60 orang ja--pah tu ramai pula pakai baju kuning--dah lama teringin orang melayu nak pegang anjing ni..huhuhu). Sesetengan pemikiran ''orthodok'' terkadang merasa cara penganjur seolah-olah tidak menghormati ISLAM dan MELAYU. Ya kita memang anti anjing (pada perasaannya) termasuk saya juga bukan sebab anjing itu tetapi takut kena samak ;) --disebabkan dari keci kita di didik sehinggakan jika anak anjing jatuh dalam longkang--tak mahu ambil---anjing kelaparan tak mahunya diberi makan--anjing kesusahan tak mahunya dibantu---itu bukan ajaran ISLAM .Hakikatnya dari  banyak kisah-kisah tauladan dapat kita perolehi bagaimana anjing ini banyak mengajar manusia ilmu ALLAH. Kisah para wali Allah menyantuni anjing--pelacur bagi anjing minum, Qitmir (Anjing syurga) dengan 7 pemuda dan sebagainya. Pokoknya bukan anjing itu  atau hukum itu ...lebih penting ILMU yang ALLAH nak ajar kita dari makhluk bernama anjing ini .

Suatu persepsi dangkal tanpa mengambil kira nilai imu yang mahu disampaikan .Lebih bermotif politik.


Dibawah dipetik dari penganjur sendiri berkaitan penjelasan sebenar penganjuran PROGRAM. Semoga meredakan kebimbangan tidak berasas sesetengah pihak ...Ok selamat beramal




ISU PENJELASAN PROGRAM SENTUH ANJING

Assalamualaikum, Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT. 

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS. Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.


 Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul. Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya. Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM. 

Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir. Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program. Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu. Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media . 

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat. 

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah. Sekian. Alhamdulillah, dakwah cinta terus disebarkan agar dunia hidup penuh kasih sayang dan keamanan. Setiap permasalahan akan membuka seribu kebaikan

Dibawah ini dilampirkan juga pandangan Ustaz Mustaffa Kamal.Sebagai Panduan kita semua.


Ustaz apakah hukum memegang anjing sbb ada program anjur pegang anjing ramai2.
Para ulama mazhab' berselisih pendapat tentang hukum anjing.
- Menurut pandangan yg asah dlm Mazhab Hanafi anjing bukannya najis sepertimana babi, maka hukum memegangnya tidak berdosa.
- Menurut pandangan Mazhab Maliki adalah tidak najis cuma najis pada jilatannya saja.
Menurut pandangan Mazhab Hanbali dan Syafie semua yg keluar daripada anjing yg terdiri drp air liurnya,peluhnya,kulitnya dan seumpamanya adalah najis ain.
Memegang anjing dalam mazhab syafie adalah haram hukumnya kerana dikira menajiskan dirinya dengan najis mughalazah yang dikira najis yang berat.Ada pendapat mengatakan jika kering kedua2 ( Orang yg menyentuh dan anjing ) maka tdk wajib disamak.
Sebagai orang Islam kita wajib menjauhkan diri drp perbuatan haram apatah lagi ia boleh membawa fitnah yang besar pada masyarakat.Tidak dinafikan anjing ada sifat2nya yg istimewa seperti dapat digunakan utk berburu,merupakan binatang yg bijak bila dilatih dan seumpamanya namun ia tetap najis ain yg kita diperintah membasuhnya dgn 7 basuhan yg salah salah satunya dgn tanah apabila kita menyentuhnya.
Nasihat ustaz jauhilah diri dengan program yg boleh membawa kepada fitnah, ustaz tidak bersetuju dgn orang Islam yg bermazhab Syafie memegang anjing tanpa sebab, kalau nak merasakan diri kita ini hina bukanlah mulia maka tak perlu kita pegang anjing cumalah kita menghayati kisah anjing ashabul kahfi yg bersama org soleh akhirnya ia dimuliakan bukan hadirilah majlis non muslim.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger