18 May 2015

ROHINGYA; UJIAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA DAN INDONESIA







Meremang bulu roma mendengar liputan massa tentang nasib masyarakat Rohingya yajg tersadai di laut lepas dalam perairan NEGARA ISLAM , pemimpin NEGARA ISLAM masih lembab buat keputusan dan sibuk nak bicara ASEAN lah, Berbincanglah apa lah...sedangkan yang tersadai itu saudara SEISLAM, dilayan macam musuh pula. First thing first--selamatkan mereka dahulu atau negara kita akan ditimpa bala bencana...kalau kerbau kena bunuh beribu-ribu oleh penganut hindu kena gempa 7++ skala ratcher, inikan pula jika ribuan umat ISLAM mati karam dan kebuluran di tengah lautan NEGARA ISLAM???. Mereka orang ISLAM , mengucap ..bertahiyyat..yang doanya sentiasa mendoakan umat ISLAM seluruh dunia. Mereka tertidas dan makbul doanya.

Aduh..kita tak mahu pemimpin yang lembab dan hanya tahu bercakap politik Sekarang zaman dah berubah , apa yang menteri cakap semua orang lain dah dapat info lebih dari yang cukup untuk menilai. Pemimpin jika mahu menipu sekarang tak susah kia nak tahu, cuma kita hanya mampu senyum sinis bila mereka bercakap berlagak macam pandai dan tahu semua.


Seluruh dunia memerhatikan situasi ini bagaimana kita menangani krisis kemanusiaan ini. Nyawa lebih utama, suatu hari nanti mereka yang kita selamatkan ini akan kembali membantu kita. Entah syaitan apakah yg menghasut pemikiran pemimpin Malaysia dan Indonesia hingga tergamak biarkan ribuan saudara Islam Rohignya yang ada di dlmnya kanak-kanak, perempuan dan orang tua terdampar dilaut dlm keadaan dahaga dan kelaparan..
Kalau Singapura atau Thailand tidak kita hairan kerana merek bukan Islam, tapi ini negara yg umatnya sentiasa solat membaca ayat dlm tahiyat, " Asala mualaina wa ala ibadisolihin" dan akhir solat disudahi dgn "salam"yg memberi maksud sejahtera utk saudara Islam ku disebelah kanan dan kiri.

Rohinya adalah ujian iman dan kasih sayang pada jiwa negara umat Islam. Sepatutnya kita yakin dan tawakal pada Allah, setiap kebaikan yang kita buat pasti Allah berikan kita kebaikan, what u give u get back., Rezeki dari Allah akn terus subur pd negara jika kita takutkan Allah dan membantu mrk yg dlm kesusahan..Penulis yakin disana ramai USAHAWAN MUDA yang lebih luhur hatinya menyumbang tanpa dikenali..semoga ALLAH jua mebalas usaha murni kalian.

Tika ini hanya Mufti Perlis Saudara Dr Maza sahaja yg lantang menyeru pemimpin2 agar selamatkan saudara Rohinya. Hairan sunyi suara Mufti-mufti yg lain , sibuk haramkan ini dan itu --sedangkang maslahah UMMAH ini ibarat angin lalu sahaja bagi mereka. adakah sedang lena atas kerusi empuk atau sdang kenyang dgn gaji yg lumayan..Semoga ALLAH sahaja ''mengganjari'' mereka ini. 


Syukur, kita sepatutnya sujud syukur- tatkala para Saudara Rohingya ibarat telur di hujung tanduk,  " sehingga dalam tiap solat mereka di laut lepas itu mengadu kepada RABBUL IZATI-- Ya RABB Dimanakah saudara Islam ku????"  saat itu  Negara Aceh yang daif mengambil langkah yang jauh lebih bijak dari pemimpin yang lainnya.-Rahingya dibantu dari terus tersadai dilautan. Alhamdulilllah mereka bersolat  beramairamai di persisir pantai Acheh.Terima kasih Aceh keran engkau selamatkan kami semua daripada menerima kemurkaan Allah akibat  pemimpin yang sibuk beretorik indah, bersidang santai- tapi tiada sebutir hasil pun.

Ya Allah, engkau angkatlah kalangan pemimpin yang miliki Iman, kasih sayang dan kebijaksanaan untuk mentadbir WILAYAH ISLAM  tercinta ku ini.

susunan semula oleh : Penjaga Bukit 


Info tambahan :

NFO ROHINGYA / PEMERINTAH ZALIM MYANMAR :
Muslim Rohingya bertapak di negara itu sejak abad ke-8 lagi. Mereka berasal dari keturunan imigran India / Bangladesh dan Yunnan di China. Ada juga dari keturunan pedagang, pelaut Arab zaman para sahabat yang singgah di wilayah Arakan dalam perjalanan ke China.
Semasa Jeneral Ne Win memegang kuasa pada tahun 1962, ramai orang Islam yang berkhidmat dalam tentera dipecat. Terjadinya diskriminasi dan tekanan ke atas penduduk minoriti Islam. Pemerintah menafikan hak kerakyatan penduduk Rohingya. Pada 1982, hak kerakyatan mereka dilucutkan, justeru tidak boleh bergerak bebas atau berkahwin tanpa permit.
Tahun 1997, hampir 1,500 sami buddha mencetuskan provokasi di Mandalay, bandar ke-2 terbesar di Myanmar. Mereka berarak menjerit ANTI-ISLAM. Mereka menyerang, merosakkan harta benda, membakar Masjid, Al Quran, rumah, kedai, dan kenderaan milik Muslim Rohingya.
Tragedi yang perlu di ingat, seramai 20 jemaah yang sedang bersolat di Masjid Hantha, daerah Pegu dibunuh. Keganasaan dua hari itu mengakibatkan 200 orang ummat Islam syahid, 11 Masjid dan 400 rumah dibakar dan hampir keseluruhan harta Muslim Mohingya dimusnahkan. Penganut Buddha dilarang berurus niaga dan mengambil orang Islam sebagai pekerja. Barang keluaran ummat Islam diboikot.
Sejarah hitam itu tidak pernah berhenti apabila wilayah Arakan kembali bergolak pada tahun 2012. Ribuan Muslim Rohingya dibunuh sehingga ke hari ini. Gerakan Buddhist 969 ini diketuai seorang sami bernama U Wirathu.
Sejak tahun lalu, 140,000 Muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan kampung, dan tinggal di kem-kem pelarian. Ada yang bersembunyi didalam hutan, kuil dan dimana saja tempat asalkan tidak terlihat puak Rakhine. Ada yang nekad menaiki bot-bot kecil ke Acheh dan negara kita. Ramai yang mati di laut kerana bot karam. Dianggarkan dua juta orang Rohingya meninggalkan Myanmar.
Pemenang Anugerah Nobel, Muhammad Yunus dan Jose Ramos-Horta mengkritik dasar baru pemerintah Myanmar yang tidak membenarkan keluarga Rohingya mempunyai lebih dua anak. Melihat pada kekejaman dilakukan terhadap penduduk Islam serta usaha menafikan hak dan identiti mereka, keadaan ini boleh diibaratkan sebagai pembersihan etnik seperti pernah dilakukan ke atas penduduk Bosnia. Doctors Without Borders mengatakan Rohingya adalah kumpulan penduduk paling teraniaya di dunia.
Mari bantu mereka, JOM PEDULI UMMAH !
Kiriman : Musafir Senja Al Dimasyqi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger