14 May 2015

Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara- Cahaya Kasih Sayang dari Nusantara




HaRUM atau nama sebenarnya Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara , NGO yang bukan sedikit peranan yang dimainkan di Asia Tenggara, bahkan membawa nama Malaysia sehingga ke luar negara dalam membawa mesej keamanan dan kasih sayang , menolak ekstremisme dan kekerasan, bahkan memperjuangkan juga hak asasi manusia bagi keompok minoriti tertindas kerana sejarah atau faktor geopolitik seperti isu Rohingya, Pattani, Sulu dan sebagainya.

Penulis mengikuti perkembangan HaRUM semenjak di awal penubuhannya yang mengadakan program berskala Antarabangsa di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sekitar tahun 2012. Tidak sangka kini HaRUM mahsyur di persada Antarabangsa , bahkan mula terlibat dalam forum-forum antarabangsa seperti di Geneva- Pejabat United Nation, Brussels-Forum Undang-Undang di Belgium, Forum Ekonomi di Cordova dan Mesyuarat penting dengan UNIW - bahkan dilantik menjadi ahli pula.

Mungkin ramai tertanya-tanya siapa sebenarnya HaRUM -- untk akses semasa kepada aktiviti HaRUM bolehlah melawati laman web pertubuhan ini di : http://harum.org.my/wordpress/ms/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...