Kunci kebebasan abadi adalah hilangkan hak diri dan memandang hak ALLAH dalam gerak dan diam - Nafikan diri dan Isbat hanya ALLAH . |
Melihat jam sehari kesehari, kalendar bertukar bulan ke bulan ..tahun berganti tahun dan umur semakin habis sedang dalam tangan tiada apa. Apa yang anda mahu capai dalam kehidupan ini?
Duit jika habis kesemuanya, jika kita bangkit semula dan BEKERJA KERAS kita akan dapatnya semula.
Tetapi masa yang telah lalu tidak akan dapat dikembalikan walau apapun galang gantinya. Ini nasihat saya...apa yang anda mahukan dalam kehidupan ini pergi dapatkannya, buat sekarang , jangan tangguh lagi ..dan berani untuk gagal , berani mencuba berbanding kecewa kerana tidak pernah mencuba.!
Baik...faham ke maksudnya? Persoalan apa yang anda mahu dari kehidupan ini lah adalah ''Quality Question'' yang menjadi gambaran jelas untuk mendapatkan ''Quality Answers''.
Menjadi JUTAWAN? so whats next? Jutawan bagaimana? --- jutawan sakit? jutawan seimbang ?...renungan akhir sepatutnya menemui jutawan yang sentiasa mahu BERSAMA ALLAH .
Belakangan ini fenomena DR Azizan Osman, Dr Hasmadi , Dr Fadhilah Kamsah, atau mana-mana motivator yang benar teras mereka akan menyampaikan isi ''BRAINWASH'' yang contentnya mengajak kepada '' KEJAYAAN HAKIKI ''-- INDAHNYA SENTIASA BERSAMA TUHAN dan RUGINYA MEREKA YANG MELUPAKAN TUHAN. Simpulan kejap ini amat beruntung bagi mereka yang memperolehinya.... apa-apa masalahpun kembali semula dengan ALLAH swt. Kembali semula kepada melihat cermin diri.
Kita kan hanya bayang-- bayang itu bukan kita, dan kita bukanlah bayang tetapi tidak lain melainkan ia. Kaya kita itu hanya cerminan KAYA ALLAH TAALA semata. Bayang mana ada diri...dirinya dimiliki. Merasa memiliki itulah melupakan ALLAH swt. Merasa dimiliki itukan bersama ALLAH swt. Berilmu kita itukan cermin sifat ILMU ALLAH swt semata. Kita asal BODOH--sebagaimana asal kita tiada tetapi diadakan dan diperilmukan
Kita hanyalah bayang yang diberi kebenaran ''membuat keputusan''-- jika dalam keredhaanNYA ( bersama denganNYA) beruntunglah tetapi jika bukan keputusan dalam RedhaNYA--(melupakanNYA) maka bergegarlah kehidupan kita ibarat ORBIT bertentangan arah.
Zahirnya dilihat berjaya namun didalamnya penuh KEBIMBANGAN dan ANXIETY serta serba tidak kena.
Kitalah yang memilih untuk kekal di orbit atau keluar dari orbit. Jadi jika bertembung antara melakukan kebaikan dan melengahkan kebaikan ..BUAT SEKARANG KEBAIKAN ( usaha bersama dengan ALLAH swt)- paksa diri anda !! masa tak akan dapat diundur. Berjual beli dengan ALLAH agar AKHIRAT KITA diperbaiki.
Perbaiki hubungan dengan Allah dan suburkan CINTA pada Rasulullah saw. Keberkatan melimpah ibarat air sungai. Ujian dirasakan nikmat dan kelebihan dirasakan amanah . Saya doakan anda kaya dan berjaya.
cerita JUTAWAN INGAT ALLAH 1
No comments:
Post a Comment