9 May 2018

Undi Anda Dijamin Perlembagaan: Undi Dengan Bebas

LGBT macam mana? Murtad bagaimana? Islam Liberal mana solusinya? Bagaimana perjuangan Islam? Kleptokrasi bagaimana pula?
.
Pengundi terperangkap dengan terlalu banyak isu sehingga tenggelam dan tepu dengan bermacam hujah. Tidak sedikit yang masih ragu-ragu dan meletakkan kepercayaan kepada parti mana yang mahu dipilih mewakili suara rakyat dalam Era Malaysia baru dalam kerangka Demokrasi Matang.
.
Kita wajib menggali dan memahami perkara asas dahulu dalam memahami Malaysia. Perlembagaan mengunci kemas perkara ini. Perkara asas ini berlegar sekitar pengundi dan masih dalam bentuk mitos dan khayalan. Masih ramai memegang persepsi yang salah tentang perkara asas ini. Lalu ahli politik menggunakannya sebagai senjata menakut2kan sehingga pengundi seolah2 dalam rela terpaksa memilih.
.
Demokrasi tak lebih sekadar alat. Ibarat pisau yang tajam mampu digunakan dengan baik untuk memotong bahkan mencederakan jika salah guna. Kebijaksanaan kita menggunakan sistem menentukan kebaikan untuk rakyat.
.
Sistem yang wujud hari ini walaupun tajaan barat dari aspek teknikalnya tetapi boleh diolah demi keuntungan dan kebaikan rakyat. Kita boleh gunakan dalam konteks prinsip Islam juga seperti harmonikan dengan keadaan negara kita yang berpegang pada agama, budaya serta masyarakat majmuk.
.
Kebebasan memilih adalah asas kekuatan demokrasi Malaysia. Rakyat tidak patut terikat dogma dan doktrin Melayu akan hilang kuasa jika pentadbiran di ambil alih parti lain. Ini mitos lama hanya orang kampung masih lagi percaya perkara seumpama ini. Saya jelaskan kenapa sebentar lagi.
.
Rakyat ditakut-takutkan dengan hal itu sehingga prinsip demokrasi tidak dimanfaat sebaiknya. Dalam sistem pemerintahan Islam pula, tatkala khalifah di lantik kita akan biasa dengar ucapan "Kami bukanlah yang terbaik, jika kami benar ikutlah kami, jika kami salah betulkan kami, lalu ada sahabat kata kami akan luuskan dengan pedang kami. Tak timbul isu derhaka pada khalifah apatah lagi jika disana ulama' ,atau sesiapa juga yang jalankan pemerintahan.
.
Prinsip ini lebih mudah dan dimudahkan untuk rakyat dengan menilai pemerintahan kerajaan setiap 5 tahun. Jika banyak salah laku dan kelemahan urustadbir maka wajar ditukar bagi memberi yang lebih baik urus demi kebaikan rakyat.
.
Adalah salah meletakkan kepercayaan mutlak kepada parti2 dan ahli politik tertentu secara mutlak sama taraf seperti kepada Allah dan Rasul. Ia sangat bertentangan dengan prinsip Al Quran dan model amalan khalifah  sebelun ini pun. Sementelah zaman kita ini yang semua orang terdedah melakukan kesilapan. Kita mesti melihat semua parti yang ada secara penilaian ikhlas tanpa prejudis. Sesiapa pun boleh dipilih dan jika tak perform maka kita tukar lagi kerajaan. Ini sangat bagus dalam landskap politik Malaysia. Membiarkan satu parti kekal lama adalah tidak baik bahkan merugikan rakyat. Ini berlaku kini di Malaysia.
.
Rakyat perlu matang dalam berpolitik. Dalam erti kata tidak terpedaya dengan isu perkauman, isu agama, dan isu semasa yang bersifat mitos atau andaian/fitnah politik sahaja-- terutama yang cenderung bawa kepada kebencian, permusuhan atau menghukum. Politik di Malaysia perlu dilihat dari sudut mencari penyelesaian, perbincangan ilmiah, terbuka serta mencari titik pertemuan. Ini baru betul2 menmanfaatkan sistem sedia ada demi kepentingan rakyat. Kita fokus pada urustadbir dan kecekapan pengurusan. Ini sebenarnya core mengapa PRU wajib kita undi.
.
Kita mesti terbuka kepada perubahan, demi kebaikan. Amalan demokrasi di Malaysia perlu bersifat boleh berbeza pendapat. Khilaf itu rahmat. Sebaliknya kita menolak amalan tidak boleh berbeza pendapat dan hanya melihat kelompok sendiri sahaja yang betul. Kita kena benarkn politik Malaysia berkembang secara ilmiah dan membina bukan tebantut dek sentimen. Kita boleh sahaja bersetuju dengan perkara yang orang lain tidak bersetuju. ( agree to disagree)
.
Perbezaan pandangan dalam politik adalah ijtihad masing-masing melihat , memahami hal keadaan semasa. Namun ia masih bukan muktamad dan bukan qatie dalam al quran. Ruang fikahnya sangat luas sehingga tidak perlu kita berkelahi kerananya. Justeru kita tidak boleh sama sekali memaksa orang lain menerima pandangan  kita. Namun masing2 boleh membawa hala tuju masing2 demi kepentingan rakyat. Rakyat menilai apa yang kita bawa dalam konteks kecekapan dan kepakaran mengurus negara.
.
Dalam memperjuangkan Islam, kita mesti menonjolkan kualiti dan intipati Islam itu dahulu. Bukan menyerkup dengan hukum. Cthnya sebelum datang hukum arak sahabat dididik dengan cinta dan akhlak , kasih sayang sesama saudara hatta kepada bukan Islam. Sebaik datang hukum mereka denganrela hati beramal dengan hukum.
.
Maksudnya slogan Islam itu betul, tapi aspek amalannya perlu lebih diberi perhatian. Termasuk intipati prinsip Islam itu menentang rasuah, membela hak bukan muslim, hentikan zalimnpada rakyat, menegakkan keadilan, menyatukan masyarakat dengan kasih sayang, jujur mengurus hasil negara dan sebagainya yang umumnya membawa mesej kedamaian, keselamatan, kebahagiaan jiwa manusia .
.
Memahami arus perubahan yang berlaku; bangsa Melayu adalah focal point dalam perbincangan yang berlaku. Kuasa undi terbesar ad pada pengundi Melayu, tapi amat takut melakukan perubahan kerajaan kerana khuatir momokan slogan palsu; hilang kuasa -- hilang bangsa.
.
Usah percaya mitos, sistem negara kita yang berperlembagaan ini telah menjamin dan memateri kemas  4 perkara yang tidak sepatutnya menggusarkan pengundi Melayu.
1) Islam sebagai Agama Rasmi
2)BM sebagai bahasa kebangsaan
3) Kedaulatan Raja2 Melayu
4) Hak istimewa orang Melayu.
.
Perhatian!! Siapapun yang menjadi kerajaan tidak boleh menyentuh / mengubah 4 dasar ini walaupun semua ahli parlimen bersetuju -- tanpa perkenan Majlis Raja2 ia tetap tidak dapat dilaksanakan. Namun untuk bahas sudut perlaksanaan agar ia berjalan baik dan adil untuk semua kaum adalah digalakkan.
.
Katalah berlaku juga pencabulan hak yang 4 ini maka pada masa itu bangsa Melayu akan bangkit dan bersatu melawannya. Jadi tiada masalah sebenarnya berbeza parti demi Malaysia yang lebih baik.
.
Hak Melayu itu sukar digugat. Bahkan sistem ini dinaungi Agong. Ada Raja Berperlembagaan memayungi. Tersisip kemas juga askar2 melayu yang menjaga keutuhan kedaulatan bahkan mempertaruhkan nyawa jika dilihat mengancam kestabilan dan keamanan kaum di Malaysia. Hakikatnya tidak perlu gusar dan gundah gulana. PRU hanya kontrak 5 tahun, tk setuju boleh tukar lagi. Yang penting urus tadbir hasil mahsul negara diurus dengan baik demi kebaikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kembali. Slogan dulu, kini dan selamanya amat tidak bertepatan dengab semangat demokrasi berparlimen negara kita.
.
Jika ada usaha melakukan kekacauan dari mana2 parti dengan bawa usaha memberontak. Rakyat jangan sesekali ikut. Kita hanya pilih jalan damai tanpa kekerasan. Masing2 perlu akur . Berilah ruang dan peluang sistem ini berfungsi demi kabaikan negara kita yang berbilang kaum. Tidak perlu mengulang peristiwa berdarah kaum di negeri ini. Negara ini cukup kaya untuk kita sama2 nikmatinya bersama dengan adil dan saksama. Sekali terjebak usaha dengan kekasaran musuh akan mula menyelinap dan negara langsung akan tergadai. Kita orang timur penuh adab sopan santun. Kita utamakan kasih sayang dan kedamaian untuk semua.
.
Undilah mereka yang pakar dan berkebolehan mengurus negara. Ketika Imam Ahmad bin Hanbal ditanya oleh muridnya; "Wahai Imam, mana yang dipilih? Pemimpin yang kuat tapi banyak dosa, atau pemimpin yang soleh tapi lemah?"

Imam Ahmad bin Hanbal menjawab; "Pilihlah yang kuat meski banyak dosa, kerana kekuatannya memperkuat ummat, sedangkan dosanya untuk dirinya sendiri. Pemimpin yang soleh tapi lemah, kesolehannya untuk diri sendiri, sedangkan kelemahannya dapat membahayakan dan melemahkan ummat.".
.
Setiap komuniti ad isu tersendiri, anda pilih mereka yang kuat, team yang berkebolehan, berpengalaman. Pilihlah demi Malaysia yang lebih baik.
.
Maka undilah dengan bebas tanpa apa2 perasaan benci dan curiga sesama kaum. Abaikan mitos2 dan andaian politik mengarut. Mengundi untuk rakyat. Kebaikan rakyat dan keadilan semua dengan gembira.
.
Selamat Mengundi kali ke 14
.
Pos Undi Kuantan
Saluran7
.


29 Apr 2018

Video Suara Hati Rakyat ; Bicara PRU 14


Peringatan Untuk Diri Kita



۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Jangan terlena dengan dunia ini, jangan buang-buang waktu, manfaatkan setiap detik hidup kita yang masih tersisa di dunia ini untuk :

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dengan memperbanyak dzikir dan amal ibadah lainnya.

2. Mengerjakan berbagai amal sholeh dan kebaikan walaupun sekedar memberikan sebutir kurma kepada orang lain

3. Membekali diri dengan takwa

4. Menggunakan kenikmatan yang diberikan Allah SWT (harta, waktu luang, kesehatan) untuk taat kepada-Nya.

5. Mensyukuri nikmat Allah SWT dengan menggunakan nikmat tersebut untuk semakin lebih taat kepada-Nya. Menggunakan nikmat harta, nikmat waktu, nikmat sehat untuk digunakan sebagai sarana untuk beribadah lebih banyak lagi kepada-Nya.

Semoga kita tidak termasuk umat yang digambarkan Allah SWT seperti dalam firman-Nya : “Hingga ketika datang kematian menjemput salah seorang dari mereka, ia pun berkata: ‘Wahai Rabbku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku dapat mengerjakan amal shalih yang dulunya aku tinggalkan’.”
(Al-Mukminun: 99-100)

Satu Hari Satu Ayat

Satu hari satu ayat Al-Quran

وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ ۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَ ۚ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا
An-Nisaa (4:32)

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

28 Apr 2018

All Is Well


(Raikan perbezaan pilihan. Berlapang dada le dgn dgn pulihan orang lain.. xpe dlm grup ni ada berapa penjurupun.. siapapun yg menang, All is well bak kata Ustaz Pahrol) 😊😊😊

All is well...

Jika BN menang sedikit dan PAS jadi 'King maker' , lalu terbentuklah kerajaan campuran, maka PAS akan jadi penasihat. Ini bagus, rakyat boleh menilai bagaimana respons BN terhadap nasihat-nasihat Islamik daripada PAS bagi memberi kebaikan dan kebajikan yang lebih baik untuk rakyat. Kita boleh melihat bagaimana sinergi ulama PAS dan ulama UMNO untuk melahirkan umara yang lebih taqwa. 'King maker' mudah-mudahan akan berjaya mengurangkan imej 'Cash is King'.

Jika PAS menang semua kerusi, dan menjadi parti yang paling dominan,  maka kita berpeluang melihat bagaimana prinsip dan dasar-dasar Islam dalam kerajaan pimpinan PAS diaplikasikan dalam seluruh sistem bernegara dan diterjemahkan secara syumul dalam realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Dan tentu sahaja semua janji dalam manifestonya akan ditunaikan.  Tentu ini  sangat baik dan menarik bila umara dan ulama ada pada individu yang sama.

Jika PAKATAN HARAPAN menang, baik juga. Tentu mereka akan membentuk kerajaan yang lebih adil dan mesra rakyat dengan menunaikan segala janji dalam manifestonya. Tentulah mereka lebih berhati-hati dan sudah belajar daripada kesalahan kerajaan yang sebelumnya bagi membina sebuah negara yang lebih berintegriti,  adil dan mesra rakyat. Ulama dalam parti AMANAH  dan individu yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam dalam PKR akan menjadi penasihat supaya nilai-nilai Islam terus dipertahankan dan kedudukan Islam dalam perlembagaan akan terus dipelihara.  Rakyat akan melihat bagaimana PAKATAN HARAPAN memenuhi harapan mereka.

Jika BN terus menang besar, kita perlu terima dan berlapang dada kerana  itulah hakikatnya sistem demokrasi, kita perlu akur  kepada suara majoriti. Selagi ini 'permainannya' maka kita perlu setuju dengan peraturan permainan dan  keputusannya. Kita berharap kerajaan BN nanti akan mesra rakyat, belajar daripada kesalahan lalu dan membangunkan sistem pemerintahan dan urus tadbir yang lebih berintegriti dan kompeten. Majoriti rakyat telah memilih, maka kita perlu menerimanya. Jika 'pisang berbuah dua kali' maka kesabaran perlu untuk menghadapinya.  Tentu ada hikmahnya, Allah takdirnya semua itu berlaku.

Jika terbentuk pula kerajaan campuran yang lain dari yang lain (kerana politik ialah bidang yang serba mungkin - kawan jadi lawan, lawan jadi kawan, boleh terjadi 'sekelip mata') maka apakah kita ada pilihan untuk tidak menerimanya? Maka terimalah juga dengan berpegang kepada prinsip 'yang menang tidak dapat semua,  yang kalah tidak hilang semua.'

Apapun marilah kita jaga persaudaraan sesama Islam, menghormati dan menghargai yang bukan Islam, mencintai negara sepenuh hati kerana sabda Rasulullah SAW: ”Sayangilah yang ada di bumi, niscaya Yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR. At Thabrani dalam al Mu’jam al Kabir, Shahihul Jaami’ no. 896)

Mari kita berdoa agar Malaysia diselamatkan daripada sebarang malapetaka dan terus aman.  Berhati-hati ketika mengundi. Istikharah dengan Allah, bermesyuarat dengan manusia.  Kita tidak akan kecewa. InsyaAllah.  Amin.

(Sekadar pandangan seorang marhein yang tidak celik politik.)
#Ustz Pahrol M Juoi

Imam Muda Warga Palestine Syahid Di Bunuh Mossad




27 Apr 2018

Membunuh Kutu Rambut


Tak pasal-pasal anak ada kutu kat rambut. Mana datang pun tk pasti hinggalah perasan dia menggaru-garu rambut lebih kerap.
.
Pengalaman ini suatu yang baru bagi ibu bapa. Apa yang patut dibuat. Apa patut kita gunakan untuk menghilangkan kutu dan telurnya dari rambut?
.
Rupanya bila di kaji dan diselidik kutu ni ada pusingan hidup dia. Sesetengah kaedah berkesan pada kutu yang dah menetas sahaja. SELEPAS 3 hari kena ulangi lagi langkah tadi memandangkan telur yang belum menetas tadi akan mula kitaran hidup baru.
.
Jadi langkah perlu di ulang setiap 3 hari.
.
Ada banyak kaedah.
.
1. Guna monotameous earth/ kapur ajaib
2. Ridsect
3. Minyak zaitun
4. Cuka dan lemon
5. Air daun durian belanda
.
Cara setiap satu diatas sama shj.
1. Lumurkan bahan tadi pada rambut yang kering
2. Perapkan sekejap dengan plastik/ kain tuala
3. Basuh dan bilas selepas 40 minit-4 jam.
4. Ulangi 3 hari berikutnya. Kalau ada lagi lepas 4 sesi. Ulangi selang 2 hari. In sya Allah hilang.
.
Jagalah kebersihan diri.
.
Pastikan tiada nanah atau bisul. Kalau dah mula ada tanda ni cepat2 lah jumpa doktor

26 Apr 2018

Syarah Hikam ke 100


Mari Mengundi Calon Berwibawa :


Siapa patut kita undi BoH?
.
Undilah calon yang paling berwibawa, bersih dan boleh membawa agenda rakyat dan membela nasib rakyat. Bukan retorik semata. Undilah sebagai tanggungjawab rakyat kepada negara. Bukan orang Islam/ Budha/ Hindu/ Kristian kepada Agama/ Bangsa.
.
Nilai sepunya yang kita bersetuju adalah calon yang boleh bela rakyat, jujur, amanah, integriti, mesra rakyat, tidak bawa kebencian, bawa kasih sayang dan penyatuan sebagai rakyat Malaysia.
.
Usah terperangkap sentimen agama, bangsa, dan perbezaan pendapat. Undilah mereka yang ada kepakaran dan kebolehan. Berdasar maklumat dan data yang anda saring dahulu.
.
Ahli politik pun manusia.. baik dr parti agama atau sebaliknya mereka juga buka semua malaikat, juga bukan semua iblis. Jadi anda nilai lah di tempat anda sendiri. Keperluan pada komuniti anda. Setiap lokaliti tidak sama.
.
Jadilah pengundi bijak dan bukan ikut ikutan

11 Jan 2018

Raikan Perbezaan Pendapat Bukan Perpecahan

Dari era Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke era Najib Razak Melayu sentiasa berpecah. Walaupun ditipu pemimpin buat kesekian kalinya, slogan Melayu Bersatu tetap menjadi sentimen kuat kalangan "Pejuang" Melayu. Jauh di hati, bangsa ini tetap berharap akan bersatu bawah nama Melayu.
.
Namun tiada siapa sedar kerana logik yang berlaku adalah ia pertembungan idealisme yang sangat unik dan bakal berlarutan sehingga muncul Al mahdi menyatukan semuanya kembali atas daSar tauhid dan kasih sayang seluruh dunia.
.
Kita dan semua bangsa di dunia ini mengalami kesan panjang acuan unggul dari pemecah belah dunia( Dajjal Laknatulah). Selepas direnggut pemerintahan Kesultanan Melayu Berasaskan Islam yang penuh mistik dan misteri, dipaksakan ke atas jiwa Umat Nusantara ini suatu sistem khas memandulkan jiwa orang Melayu; sedihnya ia menguasai hidup kita dari pagi hingga kita tidur kembali.
.
Pahlawan Hang Tuah bukan mitos, Ia lagenda mistik Alam Melayu yang di sembunyikan. Ia penanda zaman juga kunci rahsia. Jati diri kita ibarat terasa di kembalikan semula saat membayangkan kalimah Hang Tuah " Takkan Melayu Hilang Di Dunia -- Selagi Islam Bertakhta Di Dada".
.
Pertembungan dan perpecahan akan terus berlaku kerana begitulah Sistem Demokrasi (Mandul) berfungsi. Kebenaran sentiasa kalah bertemu majoriti. Sistem nilai celaru dan betul2 berdasarkan roh Perlembagaan ..bukan Cahaya Ilahi Yang Maha Tinggi.
.
Kita usah bimbang, kebangkitan bangsa ini sudah hampir ke kemuncaknya--- ada rahsia besar untuk Wilayah Timur ini.
.
Apa yang penting kita tetap berpegang teguh dengan Tali Allah. Pastikan simpulan hati kita biar di mana posisi kita dalam sistem celupaan Dajjal ini; hati kita tetap dengan pengagungan Allah swt. Hati kita tidak redha dengan Kenistaan dan Kejahatan Sistem yang di paksakan ke atas bangsa Melayu kita ini.
.
Biar bermusuh di mulut, jangan di hati. ISLAM tetap di julang, Parti dan Ideologi ibarat pendayng sahaja bagi sampai ke destinasi. Sudah sampai pendayungnya kita buang. Memerintah dan memimpin lah bangsa ini sementara di amanhkan Allah sebelum disambung Raja Agung Al Mahdi.
.
Kita suburkan jiwa dengan selawat, perkukuhkan keimanan. Pelihara anak cucu dari pemikiran songsang LGBT, Pluralis, dan lainnya yang di lihat lunak.dan seolah mendukung yang benar tapi berkiblat Nafsu dan Iblis laknatullah.
.
Berpegang teguhlah dengan kitab Allah dan Sunnahnya, berdayung lah sampan mu diam-diam hingga sampai ke destinasi hadrat Rabbul Izzati. Usah tersesat.
.
Yang haq akan bangkit, yang batil akan berkecai dengan pengikut2nya. Ambillah pelajaran kisah Nabi dan umatNya.. Kaum Aad, Tsamud, Luth, Yahudi...Itu sahaja sudah cukup menjadi panduan sempadan kemurkaan Allah yang sama kini berlaku keliling kita. Hanyasanya AZAB ALAH YANG DAHSYAT tertangguh dulu.
.
Di mana posisi kamu dalam Parti-- Dap, PKR, BN Amanah,Bersatu..PAS.. Ingat betul2 pesanan ini. Pastikan Islam dijulang tinggi dalam jiwamu. Kelak berat mulut mahu menjawab di mahsyar. Kita disusun sedemikian rupa untuk kebangkitan yang dijanjikan. Saat kau sedar apa sebenarnya bangsa ini mgkin sedah terlambat.
.
Bersama memimpin Umat Melayu bersatu membawa kebaikan dan Salaman dan kedamaian. Cinta dan Kasih Sayang. Berlemah lembutlah dengan bangsa lainnya. Mereka jiran tetangga yang kita perlu santuni.
.
Semoga PRU 14 berjalan dengan tersingkirnya mereka yang Jahat, Tamak, Tiada Amanah, Khianat, Pecah Amanah dan Gila Kuasa. Dan Allah Naikkan.mereka.yang layak dan berjiwa murni benar dalam memikul amanah demi Agama, Negara dan Rakyat baik di Parti mana shj mereka berada .
.
Musafir Kebangkitan
24 Rabiul Akhir 1439 H
Gunung Jerai || 01:30AM
.

.

    DOGMA PLURALIS IDENTITI DALAM PAKATAN HARAPAN: ILUSI YANG MENGABUI RAKYAT

    RASIONALISASI MAHATHIR SEBAGAI PM ke7; 
    Persepsi Ilusi Yang Dicipta Sekitarnya
    .

    Proses rasionalisasi kem  Pakatan Harapan rancak dimainkan bagi terus membenarkan persepsi Mahathir sebagai PM ke 7. Terbaru isu sebenar cuba di alih pula kepada ‘’Mahathir tidak dibenarkan Melawat Anwar Ibrahim’’—Dari isu sebenar Mahathir yang Korup Jadi PM dialih kepada cuba mendapat SIMPATI Netizen…Mahathir tidak dibenarkan Melawat Anwar. Kejamnya BN tk benarkan lawat Anwar. Kesian Anwar, Kejamnya BN.
    .
    .
    Lantas terbeban benak fikiran kita cuba mencari pertimbangan waras. Bukankah Mahathir yang benamkan ANWAR sebegitu? Ya, memang sengaja Mahathir mengalih persepsi rakyat dan pengundi kepada isu Perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke 7. Berbekalkan rasionalisasi menetang kleptokrasi, menentang kejahatan BN-UMNO, menentang ketirisan dan kononnya menjadi juara kerosakan yang ditaja BN @ United Mohamad Najib Organization. Wal Hasil Balik Asal sebenarnya permainan parti-parti politik ini.
    .
    .
    Najib lahir dari kantung UMNO. Mahathir juga lahir dari kantung yang sama. Mereka berguru dari wadah yang sama. Perangai mereka juga sama. Tidak keterlaluan jika dikatakan andai Najib pada kedudukan Mahathir sekarang dan Mungkin Hisyamuddin berada pada kedudukan Najib; mereka akan mengambil langkah yang hampir sama.
    .
    .
    Rakyat cuba mencari titik logik dimanakah kewajaran seorang yang penuh kenistaan sepanjang pemerintahannya dilantik kembali menjadi PENYELAMAT rakyat? Tiada siapa berani menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan kepada Mahathir baik berupa ISA, Isu Kehakiman , Isu Kuasa Sultan, Isu Forex dan sebagainya berupa fitnah melainkan ia diketahui umum memang dari tangan PM ke 5 ini. Lantas atas kapasiti apa pembangkang berubah arah sehingga lunak kembali kepada musuhnya selama ini? Maka kelihatannya bukan ‘’NASIB RAKYAT’’ yang menjadi tajuk utama langkah ini diambil ; tidak lain adalah isu KUASA. Benar, isu inilah yang PAS tidak bersetuju kerana mengutamakan KUASA dan mengatasi kewajaran POLITIK MATANG SEJAHTERA.
    .
    .
    DAP-PKR-PAN-PPBM senada dalam isu ini; yang penting KITA BERKUASA KE PUTRAJAYA. Pada prinsipnya ISLAM ke yang diatas dan sebaliknya tidak menjadi TAJUK PERBINCANGAN. Tidak hairanlah PAN (serpihanPAS) mendapat tempat sedikit sahaja. Mahathir masih Mahathir yang dulu, LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG masih mereka yang sama. Usah keliru dengan watak yang mereka mainkan dengan baik sekali. Menangis mereka di pentas ceramah adalah air mata buaya.
    .
    .
    Walaupun anak buah menjerit-jerit dibawah tak bersetuju – nilai mereka bertentangan sama sekali. Apa perasaan OTAI REFORMIS 98 yang bergolok gadai menentang kebobrokan Mahathir?; Langkah ini menjadikan PKR retak didalam bergolak diluar. PAN pula berantakan di dalam.PANAS diluar. DAP orang tengah menyejukkan orang MELAYU yang panas sana-sini. Bukan senang menakhodai orang Melayu serpihan dari parti politik asal mereka,,PKR dari UMNO, PPBM dari UMNO, Pan dari PAS..semua berlonggok dalam satu kapal. Jenis memberontak semua dalam sekapal. Mahu tidak mahu DAP perlu jadi Abang Long..Lu langsi Lu Mati.
    .
    .
    Hakikatnya mereka ni semua nak selamatkan diri masing-masing sebab semua ada skandal besar. Kalau betul-betul bicara semua masuk penjara. Oleh kerana Najib kini berkuasa, Undang-Undang bawah telunjuknya..itu lumrah. Zaman Mahathir juga begitu. Sampai Ketua Hakim Negara dipecat zaman Mahathir jugalah. Najib ikut Mahathir lah tu..Gurunya ajar begitu kan; ke macam mana? Usah terpedaya slogan ‘’Untuk Rakyat’’- mereka menggunakan slogan demi meraih undi semata. Berhati-hatilah memilih pemimpin anda, Kini lidah lebih lembut dari tulang. Masa berkuasa bermacam skandal mereka buat tak pernah fikirkan rakyat, kini sudah tersepit Slogan demi Slogan mengkhayalkan rakyat demi satu undi.
    .
    .
    PKR, DAP, PPBM, BN, PAS- masing-masing ada skandal besar. Kerana kalangan mereka ada yang tidak jujur dan tamak. Rakyat bijak menilai dan tahu sesuatu yang tidak betul sedang berlaku. Pemimpin yang jujur biasanya terkebelakang kerana mereka tidak diminati PUAK TAMAK ini. Jadi pengundi perlu cari mereka yang benar berkhidmat untuk rakyat. Bukan bermuka-muka seperti Mahathir, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan sebagainya yang anda sedia maklum.
    .
    .
    PH memang tidak seutuh PR yang dulu. Mereka kini memakai slogan baru pula. Slogan PR kini sepi ditinggalkan. Usaha mencandukan rakyat dengan slogan baru giat di gerakkan di alam maya. Hakikatnya PH rapuh dan berkecamuk tidak mampu memikul Harapan seperti yang di gambarkan. Struktur mereka sentiasa bergolak dan berantakan.
    .
    .
    Apakah PAS bijak mengasingkan diri dari KECELARUAN ini? Orang Nampak pas sukar bertanding kerana tidak akan dapat undi Bukan Melayu. Hakikatnya PAS bukan berasaskan pengundi tetapi PRINSIP RAHMATAN LIL ALAMIN . Mereka yakin selagi kuat pada prinsip siapapun akan dapat kebaikan. Ini terbukti dalam beberapa siri pentadbiran mereka walaupun memang ada kecacatan sana sini. Namun mereka tetap dengan PRINSIP jelas. Identiti MELAYU ISLAM yang memberikan kebaikan kepada semua BANGSA lain. Kini PAS bebas mencaturkan langkah mereka sehingga menyebabkan rakan PH lainnya kelu terdiam. Walaupun ada suara cuba menjatuhkan PAS ia seperti meludah kelangit pula lantaran blok PH sendiri tidak terurus kini.
    .
    .
    Kita nantikan episode seterusnya dalam politik Malaysia ini. Saat akhir ini pengundi perlu bijak mencerna apa yangsedang berlaku kalangan ahli Politik ini. Mereka bertindak berdasarkan motif yang jelas walaupun cuba dikaburkan dengan ILUSI dan KHAYALAN . Percayalah anda akan dapat memerhatikan ‘’POLA ‘’ itu.
    .
    SUMBER: 
    Awang Sumpit
    11 JANUARI 2018

    TENTERA GUNUNG
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered By Blogger