LGBT macam mana? Murtad bagaimana? Islam Liberal mana solusinya? Bagaimana perjuangan Islam? Kleptokrasi bagaimana pula?
.
Pengundi terperangkap dengan terlalu banyak isu sehingga tenggelam dan tepu dengan bermacam hujah. Tidak sedikit yang masih ragu-ragu dan meletakkan kepercayaan kepada parti mana yang mahu dipilih mewakili suara rakyat dalam Era Malaysia baru dalam kerangka Demokrasi Matang.
.
Kita wajib menggali dan memahami perkara asas dahulu dalam memahami Malaysia. Perlembagaan mengunci kemas perkara ini. Perkara asas ini berlegar sekitar pengundi dan masih dalam bentuk mitos dan khayalan. Masih ramai memegang persepsi yang salah tentang perkara asas ini. Lalu ahli politik menggunakannya sebagai senjata menakut2kan sehingga pengundi seolah2 dalam rela terpaksa memilih.
.
Demokrasi tak lebih sekadar alat. Ibarat pisau yang tajam mampu digunakan dengan baik untuk memotong bahkan mencederakan jika salah guna. Kebijaksanaan kita menggunakan sistem menentukan kebaikan untuk rakyat.
.
Sistem yang wujud hari ini walaupun tajaan barat dari aspek teknikalnya tetapi boleh diolah demi keuntungan dan kebaikan rakyat. Kita boleh gunakan dalam konteks prinsip Islam juga seperti harmonikan dengan keadaan negara kita yang berpegang pada agama, budaya serta masyarakat majmuk.
.
Kebebasan memilih adalah asas kekuatan demokrasi Malaysia. Rakyat tidak patut terikat dogma dan doktrin Melayu akan hilang kuasa jika pentadbiran di ambil alih parti lain. Ini mitos lama hanya orang kampung masih lagi percaya perkara seumpama ini. Saya jelaskan kenapa sebentar lagi.
.
Rakyat ditakut-takutkan dengan hal itu sehingga prinsip demokrasi tidak dimanfaat sebaiknya. Dalam sistem pemerintahan Islam pula, tatkala khalifah di lantik kita akan biasa dengar ucapan "Kami bukanlah yang terbaik, jika kami benar ikutlah kami, jika kami salah betulkan kami, lalu ada sahabat kata kami akan luuskan dengan pedang kami. Tak timbul isu derhaka pada khalifah apatah lagi jika disana ulama' ,atau sesiapa juga yang jalankan pemerintahan.
.
Prinsip ini lebih mudah dan dimudahkan untuk rakyat dengan menilai pemerintahan kerajaan setiap 5 tahun. Jika banyak salah laku dan kelemahan urustadbir maka wajar ditukar bagi memberi yang lebih baik urus demi kebaikan rakyat.
.
Adalah salah meletakkan kepercayaan mutlak kepada parti2 dan ahli politik tertentu secara mutlak sama taraf seperti kepada Allah dan Rasul. Ia sangat bertentangan dengan prinsip Al Quran dan model amalan khalifah sebelun ini pun. Sementelah zaman kita ini yang semua orang terdedah melakukan kesilapan. Kita mesti melihat semua parti yang ada secara penilaian ikhlas tanpa prejudis. Sesiapa pun boleh dipilih dan jika tak perform maka kita tukar lagi kerajaan. Ini sangat bagus dalam landskap politik Malaysia. Membiarkan satu parti kekal lama adalah tidak baik bahkan merugikan rakyat. Ini berlaku kini di Malaysia.
.
Rakyat perlu matang dalam berpolitik. Dalam erti kata tidak terpedaya dengan isu perkauman, isu agama, dan isu semasa yang bersifat mitos atau andaian/fitnah politik sahaja-- terutama yang cenderung bawa kepada kebencian, permusuhan atau menghukum. Politik di Malaysia perlu dilihat dari sudut mencari penyelesaian, perbincangan ilmiah, terbuka serta mencari titik pertemuan. Ini baru betul2 menmanfaatkan sistem sedia ada demi kepentingan rakyat. Kita fokus pada urustadbir dan kecekapan pengurusan. Ini sebenarnya core mengapa PRU wajib kita undi.
.
Kita mesti terbuka kepada perubahan, demi kebaikan. Amalan demokrasi di Malaysia perlu bersifat boleh berbeza pendapat. Khilaf itu rahmat. Sebaliknya kita menolak amalan tidak boleh berbeza pendapat dan hanya melihat kelompok sendiri sahaja yang betul. Kita kena benarkn politik Malaysia berkembang secara ilmiah dan membina bukan tebantut dek sentimen. Kita boleh sahaja bersetuju dengan perkara yang orang lain tidak bersetuju. ( agree to disagree)
.
Perbezaan pandangan dalam politik adalah ijtihad masing-masing melihat , memahami hal keadaan semasa. Namun ia masih bukan muktamad dan bukan qatie dalam al quran. Ruang fikahnya sangat luas sehingga tidak perlu kita berkelahi kerananya. Justeru kita tidak boleh sama sekali memaksa orang lain menerima pandangan kita. Namun masing2 boleh membawa hala tuju masing2 demi kepentingan rakyat. Rakyat menilai apa yang kita bawa dalam konteks kecekapan dan kepakaran mengurus negara.
.
Dalam memperjuangkan Islam, kita mesti menonjolkan kualiti dan intipati Islam itu dahulu. Bukan menyerkup dengan hukum. Cthnya sebelum datang hukum arak sahabat dididik dengan cinta dan akhlak , kasih sayang sesama saudara hatta kepada bukan Islam. Sebaik datang hukum mereka denganrela hati beramal dengan hukum.
.
Maksudnya slogan Islam itu betul, tapi aspek amalannya perlu lebih diberi perhatian. Termasuk intipati prinsip Islam itu menentang rasuah, membela hak bukan muslim, hentikan zalimnpada rakyat, menegakkan keadilan, menyatukan masyarakat dengan kasih sayang, jujur mengurus hasil negara dan sebagainya yang umumnya membawa mesej kedamaian, keselamatan, kebahagiaan jiwa manusia .
.
Memahami arus perubahan yang berlaku; bangsa Melayu adalah focal point dalam perbincangan yang berlaku. Kuasa undi terbesar ad pada pengundi Melayu, tapi amat takut melakukan perubahan kerajaan kerana khuatir momokan slogan palsu; hilang kuasa -- hilang bangsa.
.
Usah percaya mitos, sistem negara kita yang berperlembagaan ini telah menjamin dan memateri kemas 4 perkara yang tidak sepatutnya menggusarkan pengundi Melayu.
1) Islam sebagai Agama Rasmi
2)BM sebagai bahasa kebangsaan
3) Kedaulatan Raja2 Melayu
4) Hak istimewa orang Melayu.
.
Perhatian!! Siapapun yang menjadi kerajaan tidak boleh menyentuh / mengubah 4 dasar ini walaupun semua ahli parlimen bersetuju -- tanpa perkenan Majlis Raja2 ia tetap tidak dapat dilaksanakan. Namun untuk bahas sudut perlaksanaan agar ia berjalan baik dan adil untuk semua kaum adalah digalakkan.
.
Katalah berlaku juga pencabulan hak yang 4 ini maka pada masa itu bangsa Melayu akan bangkit dan bersatu melawannya. Jadi tiada masalah sebenarnya berbeza parti demi Malaysia yang lebih baik.
.
Hak Melayu itu sukar digugat. Bahkan sistem ini dinaungi Agong. Ada Raja Berperlembagaan memayungi. Tersisip kemas juga askar2 melayu yang menjaga keutuhan kedaulatan bahkan mempertaruhkan nyawa jika dilihat mengancam kestabilan dan keamanan kaum di Malaysia. Hakikatnya tidak perlu gusar dan gundah gulana. PRU hanya kontrak 5 tahun, tk setuju boleh tukar lagi. Yang penting urus tadbir hasil mahsul negara diurus dengan baik demi kebaikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kembali. Slogan dulu, kini dan selamanya amat tidak bertepatan dengab semangat demokrasi berparlimen negara kita.
.
Jika ada usaha melakukan kekacauan dari mana2 parti dengan bawa usaha memberontak. Rakyat jangan sesekali ikut. Kita hanya pilih jalan damai tanpa kekerasan. Masing2 perlu akur . Berilah ruang dan peluang sistem ini berfungsi demi kabaikan negara kita yang berbilang kaum. Tidak perlu mengulang peristiwa berdarah kaum di negeri ini. Negara ini cukup kaya untuk kita sama2 nikmatinya bersama dengan adil dan saksama. Sekali terjebak usaha dengan kekasaran musuh akan mula menyelinap dan negara langsung akan tergadai. Kita orang timur penuh adab sopan santun. Kita utamakan kasih sayang dan kedamaian untuk semua.
.
Undilah mereka yang pakar dan berkebolehan mengurus negara. Ketika Imam Ahmad bin Hanbal ditanya oleh muridnya; "Wahai Imam, mana yang dipilih? Pemimpin yang kuat tapi banyak dosa, atau pemimpin yang soleh tapi lemah?"
Imam Ahmad bin Hanbal menjawab; "Pilihlah yang kuat meski banyak dosa, kerana kekuatannya memperkuat ummat, sedangkan dosanya untuk dirinya sendiri. Pemimpin yang soleh tapi lemah, kesolehannya untuk diri sendiri, sedangkan kelemahannya dapat membahayakan dan melemahkan ummat.".
.
Setiap komuniti ad isu tersendiri, anda pilih mereka yang kuat, team yang berkebolehan, berpengalaman. Pilihlah demi Malaysia yang lebih baik.
.
Maka undilah dengan bebas tanpa apa2 perasaan benci dan curiga sesama kaum. Abaikan mitos2 dan andaian politik mengarut. Mengundi untuk rakyat. Kebaikan rakyat dan keadilan semua dengan gembira.
.
Selamat Mengundi kali ke 14
.
Pos Undi Kuantan
Saluran7
.
Crazy Type79 tactical mod continues
8 hours ago
No comments:
Post a Comment