23 Apr 2020

Corona Menelanjangkan Kepalsuan Dunia

Maka apakah kebebasan yang di banggakan selama ini? Apakah ertinya bebas?  Tatkala kuasa besar dunia  yang tegar mendendangkan kebebasan pun kini jatuh tersungkur ? Ekonomi kini belum diketahui hujung nasibnya. Masyarakat dunia dalam keadaan "helpless". Kerajaan yang diundi pun tidak dapat membantu hanya mampu mengawal kerosakan yang sudah pasti.
.
Malaysia kini dalam tumpuan dunia kerana " berjaya" dengan berkesan mengawal pandemik covid 19.  Watak dalam kerajaam silih berganti mengurus keserabutan hambatan Covid19. Dikala negara lainnya bergelut ... Kini angka kematian sahaja mencecah 169 000 nyawa dengan lebih 2 473 454 orang positif tk ketahuan nasib. Hanyasa Malaysia dilimpahi nikmat dengan bertukar kerajaan dr PH kepada PN. Rupanya hikmah bertukar Perdana Menteri adalah perkara paling strategik Malaysia alami sebaik dibadai Covid19
.
Mana mungkin boleh diharap PH, tiada usaha sejak awal mengawal kerosakan . mereka lunak melayan kapitalis dan tokey2 besar dalam menentu halatuju negara. Membenarkan pelancong luar negara terutama dr Tanah Besar Cina masuk le negara sebagai kebebasan merupakan satu kesilapan paling besar PH.
.
Nah berkeliling dengan isu ini rupanya hanya dengan musuh tk berjejak Covid 19 berjaya menelanjangkan sekian banyak nista dan topeng kepalsuan. Baru dengan virus, satu dunia melutut ...  Kapitalis kejang, Kerajaan kuasa besar dunia konon bawah Trump dgn slogan America Become Great again kini tinggal slogan .. Great sebab ramai mati adalah. Apa juga juzuk ekonomi kini dilanda gempa pada skala major. Kini masyarakat dunia terkurung dalam rumah dengan sekatan yang belum pasti tamatnya dan mula memikirkan betapa bodohnya kita mempercayai perkara yang serapuh kebebasan?? Tiada janji yang ad hanya kesusahan.
.
Maka merangkaklah manusia mencari dasar baru kehidupan... Bak bayi baru lahir..dunia kini ibarat mengandung lagi bagi melahirkan sebuah "kehidupan baru" pasca Covid.
.
Ya... Tamadun Baru sedang digilirkan. Ia bangkit dari runtuhan "kepalsuan".. Tiada perang, tiada konflik. Tp jutaan mati dan masih tidak sedar. Dimensi baru dunia sedang beranjak. Wallahualam
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger