11 Jan 2018

DOGMA PLURALIS IDENTITI DALAM PAKATAN HARAPAN: ILUSI YANG MENGABUI RAKYAT

RASIONALISASI MAHATHIR SEBAGAI PM ke7; 
Persepsi Ilusi Yang Dicipta Sekitarnya
.

Proses rasionalisasi kem  Pakatan Harapan rancak dimainkan bagi terus membenarkan persepsi Mahathir sebagai PM ke 7. Terbaru isu sebenar cuba di alih pula kepada ‘’Mahathir tidak dibenarkan Melawat Anwar Ibrahim’’—Dari isu sebenar Mahathir yang Korup Jadi PM dialih kepada cuba mendapat SIMPATI Netizen…Mahathir tidak dibenarkan Melawat Anwar. Kejamnya BN tk benarkan lawat Anwar. Kesian Anwar, Kejamnya BN.
.
.
Lantas terbeban benak fikiran kita cuba mencari pertimbangan waras. Bukankah Mahathir yang benamkan ANWAR sebegitu? Ya, memang sengaja Mahathir mengalih persepsi rakyat dan pengundi kepada isu Perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke 7. Berbekalkan rasionalisasi menetang kleptokrasi, menentang kejahatan BN-UMNO, menentang ketirisan dan kononnya menjadi juara kerosakan yang ditaja BN @ United Mohamad Najib Organization. Wal Hasil Balik Asal sebenarnya permainan parti-parti politik ini.
.
.
Najib lahir dari kantung UMNO. Mahathir juga lahir dari kantung yang sama. Mereka berguru dari wadah yang sama. Perangai mereka juga sama. Tidak keterlaluan jika dikatakan andai Najib pada kedudukan Mahathir sekarang dan Mungkin Hisyamuddin berada pada kedudukan Najib; mereka akan mengambil langkah yang hampir sama.
.
.
Rakyat cuba mencari titik logik dimanakah kewajaran seorang yang penuh kenistaan sepanjang pemerintahannya dilantik kembali menjadi PENYELAMAT rakyat? Tiada siapa berani menafikan setiap tuduhan yang dilemparkan kepada Mahathir baik berupa ISA, Isu Kehakiman , Isu Kuasa Sultan, Isu Forex dan sebagainya berupa fitnah melainkan ia diketahui umum memang dari tangan PM ke 5 ini. Lantas atas kapasiti apa pembangkang berubah arah sehingga lunak kembali kepada musuhnya selama ini? Maka kelihatannya bukan ‘’NASIB RAKYAT’’ yang menjadi tajuk utama langkah ini diambil ; tidak lain adalah isu KUASA. Benar, isu inilah yang PAS tidak bersetuju kerana mengutamakan KUASA dan mengatasi kewajaran POLITIK MATANG SEJAHTERA.
.
.
DAP-PKR-PAN-PPBM senada dalam isu ini; yang penting KITA BERKUASA KE PUTRAJAYA. Pada prinsipnya ISLAM ke yang diatas dan sebaliknya tidak menjadi TAJUK PERBINCANGAN. Tidak hairanlah PAN (serpihanPAS) mendapat tempat sedikit sahaja. Mahathir masih Mahathir yang dulu, LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG masih mereka yang sama. Usah keliru dengan watak yang mereka mainkan dengan baik sekali. Menangis mereka di pentas ceramah adalah air mata buaya.
.
.
Walaupun anak buah menjerit-jerit dibawah tak bersetuju – nilai mereka bertentangan sama sekali. Apa perasaan OTAI REFORMIS 98 yang bergolok gadai menentang kebobrokan Mahathir?; Langkah ini menjadikan PKR retak didalam bergolak diluar. PAN pula berantakan di dalam.PANAS diluar. DAP orang tengah menyejukkan orang MELAYU yang panas sana-sini. Bukan senang menakhodai orang Melayu serpihan dari parti politik asal mereka,,PKR dari UMNO, PPBM dari UMNO, Pan dari PAS..semua berlonggok dalam satu kapal. Jenis memberontak semua dalam sekapal. Mahu tidak mahu DAP perlu jadi Abang Long..Lu langsi Lu Mati.
.
.
Hakikatnya mereka ni semua nak selamatkan diri masing-masing sebab semua ada skandal besar. Kalau betul-betul bicara semua masuk penjara. Oleh kerana Najib kini berkuasa, Undang-Undang bawah telunjuknya..itu lumrah. Zaman Mahathir juga begitu. Sampai Ketua Hakim Negara dipecat zaman Mahathir jugalah. Najib ikut Mahathir lah tu..Gurunya ajar begitu kan; ke macam mana? Usah terpedaya slogan ‘’Untuk Rakyat’’- mereka menggunakan slogan demi meraih undi semata. Berhati-hatilah memilih pemimpin anda, Kini lidah lebih lembut dari tulang. Masa berkuasa bermacam skandal mereka buat tak pernah fikirkan rakyat, kini sudah tersepit Slogan demi Slogan mengkhayalkan rakyat demi satu undi.
.
.
PKR, DAP, PPBM, BN, PAS- masing-masing ada skandal besar. Kerana kalangan mereka ada yang tidak jujur dan tamak. Rakyat bijak menilai dan tahu sesuatu yang tidak betul sedang berlaku. Pemimpin yang jujur biasanya terkebelakang kerana mereka tidak diminati PUAK TAMAK ini. Jadi pengundi perlu cari mereka yang benar berkhidmat untuk rakyat. Bukan bermuka-muka seperti Mahathir, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan sebagainya yang anda sedia maklum.
.
.
PH memang tidak seutuh PR yang dulu. Mereka kini memakai slogan baru pula. Slogan PR kini sepi ditinggalkan. Usaha mencandukan rakyat dengan slogan baru giat di gerakkan di alam maya. Hakikatnya PH rapuh dan berkecamuk tidak mampu memikul Harapan seperti yang di gambarkan. Struktur mereka sentiasa bergolak dan berantakan.
.
.
Apakah PAS bijak mengasingkan diri dari KECELARUAN ini? Orang Nampak pas sukar bertanding kerana tidak akan dapat undi Bukan Melayu. Hakikatnya PAS bukan berasaskan pengundi tetapi PRINSIP RAHMATAN LIL ALAMIN . Mereka yakin selagi kuat pada prinsip siapapun akan dapat kebaikan. Ini terbukti dalam beberapa siri pentadbiran mereka walaupun memang ada kecacatan sana sini. Namun mereka tetap dengan PRINSIP jelas. Identiti MELAYU ISLAM yang memberikan kebaikan kepada semua BANGSA lain. Kini PAS bebas mencaturkan langkah mereka sehingga menyebabkan rakan PH lainnya kelu terdiam. Walaupun ada suara cuba menjatuhkan PAS ia seperti meludah kelangit pula lantaran blok PH sendiri tidak terurus kini.
.
.
Kita nantikan episode seterusnya dalam politik Malaysia ini. Saat akhir ini pengundi perlu bijak mencerna apa yangsedang berlaku kalangan ahli Politik ini. Mereka bertindak berdasarkan motif yang jelas walaupun cuba dikaburkan dengan ILUSI dan KHAYALAN . Percayalah anda akan dapat memerhatikan ‘’POLA ‘’ itu.
.
SUMBER: 
Awang Sumpit
11 JANUARI 2018

TENTERA GUNUNG

26 May 2017

HaRUM ; Perjuangan Cinta Untuk Nusantara dan Dunia


Delegasi HaRUM Dalam Sidang Ekonomi WIEF


Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan  Rumpun Nusantara atau singkatannya HaRUM (Allied Nexus Of Nusantara Communities) kini aktif memperjuangkan keamanan dan menentang ektrimisme di rantau Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya.
.
Terkini, HaRUM melancarkan program DAPUR RAMADHAN, bagi mengedarkan makanan dan bantuan kepada golongan sasar dari negara-negara jiran yang tidak bernasib baik. Umum mengetahui kebanyakan golongan ''tidak bernasib baik'' dari negara-negara di Asia Tenggara ini adalah umat Islam seperti Pattani, Sulu, Mindanau, Rohingya, Laos, Indonesia dan Kemboja. Berlatar belakangkan berbagai-bagai isu dan konflik seperti geo-politik,sosio-politik, sejarah dan ekonomi; golongan ini tertindas di negara sendiri tanpa masa depan. Tiada jaminan masa hadapan, rata-ratanya adalah terkebelakang dan tertinggal dari aspek pendidikan dan kemajuan yang dikecapi kita mutakhir ini. Perjuangan hidup mereka hanyalah mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga.
.
Tn Sayed Khairul Mizan b Abdul Wahab














 BAcc (Hons), MIA Members & IFP Members

HaRUM yang turut aktif diperingkat antarabangsa merupakan ahli NGO UNIW - sebuah pertubuhan keamanan dunia yang dianggotai negara-negara Islam dalam membawa mesej keamanan dan cinta keseluruh dunia. Selaras dengan VISI yang terpateri kemas :
.
Visi HaRUM untuk menyatukan kembali kekeluargaan dan persaudaraan masyarakat Asia Tenggara yang telah berkongsi nilai yang sama, agama, bangsa, bahasa, kebudayaan, sosio – ekonomi dan sebagainya tanpa mengira halangan geografi dan Negara dalam rangka mewujudkan wilayah Asia Tenggara yang sejahtera.
.
DAPUR RAMADHAN bukanlah kempen yang pertama, sebaliknya adalah kesinambungan dan aktiviti tahunan yang dianjurkan HaRUM sejak awal penubuhannya. Komited dalam menyebarkan mesejnya- FAITH-LOVE-PEACE, HaRUM menggerakkan semua jenteranya bagi mencapai matlamat asal penubuhannya. Tidak dapat disangkal lagi, usaha ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat Malaysia. Bermula dari penghantaran daging korban sebanyak 50 ekor sehinggalah kepada sumbangan wang ringgit, bantuan banjir sehingga infak pendidikan masyarakat Islam di sana, sambutan yang diberikan amat mengejutkan. 
.
HaRUM yang kini diketuai Presidennya Tn Sayed Khairul Mizan b Abdul Wahab bertungkus-lumus bersama pasukannya berusaha membawa mesej KESATUAN, KASIH-SAYANG DAN KEAMANAN serantau tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan negara. Mesej Salaman ( menyebarkan kebaikan dan menghindar kerosakan) menjadi panji-panji yang akan dikibarkan ke semua masyarakat dan negara yang dibantunya.
.
Pun begitu, segala usaha ini memerlukan bukan sedikit tenaga, fikiran dan pengorbanan, bahkan mereka memerlukan juga dukungan berupa dana untuk melaksanakan operasi. Sehubungan dengan itu, bersempena bermulanya pembukaan tirai Ramadhan, HaRUM membuka pintu seluasnya kepada penyumbang yang mempunyai aspirasi yang sama agar dapat turut membantu meringankan beban yang dipikul. Tiada lain yang kita harapkan melainkan setitis cinta Rasulullah saw dalam usaha menyebarkan cinta baginda di akhir zaman ini.
.
 Ada berbagai-bagai kaedah yang disediakan untuk para penyumbang membantu yang paling mudah boleh klik pautan ini  (DONATION) untuk menyumbang atau boleh terus berhubung dengan person incharge
+6019 795 8387 (En Hashim) 
+6013 585 5288 (En Muhammad Afif) 

untuk sebarang pertanyaan perkembangan semasa HaRUM atau untuk mendapatkan pengecualian cukai dari kerajaan. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web HaRUM di www.harum.org.my
.
FB: 

20 May 2017

AWAS!! PERMAINAN MINDA MERENTAS MASA.

Otak manusia unik. Sangat kompleks namun seiring dengannya adalah kemampuan KUASA yang boleh ia lakukan kepada manusia.
.
Gerbang-gerbang rahsia yang jarang diajar sebenarnya boleh terbuka dengan kemapuan yang Allah anugerahkan kepadanya.
.
Anda tahu kita boleh merubah "masa lampau " dengan menggunakan aspek psikologi manusia sahaja.
.
Anda cari tempat yang sunyi dan senyap.
.
Tarik nafas yang panjang dan helakan dengan tenang. Rasakan nafas anda dan fokus hanya pada nafas sahaja.( sensasi nafas itu)
.
Katalah anda nk ubah diri menjadi lebih baik. Mengubah penderitaan lama kepada apa yang anda mahu. Bayangkan anda menarik keluar diri anda yang lama..bermasalah dan menderita. Letakkan ia disebelah kiri anda.
.
Kemudian anda bayangkan diri anda yang anda dambakan, berbakat serta ceria dan berjaya di sebelah kanan anda. Ia bercahaya bergemerlapan .
.
Anda katakan kepada diri anda yang bermasalah itu. Pergilah dan terima kasih. Engkau boleh tinggalkan aku sekarang. Dang bayangkan diri anda yang bermaslah berlalu dan hilang dari pandmgan anda
.
Dan anda ucapkan selamat datang kepada diri anda yang baru. Ucapkan dengan gembira selamat datang dan kedatangan mu sgt aku tunggu-tunggu.
.
Sekarang dgn lafaz bismilah..anda bayangkan anda diri anda yg gemerlapan td masuk kedalam badan anda mengikut pintu ubun2.
Anda rasakan aura bergetar menyerap dalam setiap urat menyatu dengan diri anda yang berjaya itu.
.
Dan anda rasakan ..biarkan sensasi 2 yang timbul dalam proses penyatuan itu.
.
Fokuskan kembali kepada nafas anda.
.
Rasakan.
.

Jika sudah bersedia bukalah mata
Dan ucapkan
.Alhamdulilah.
.
Anda kini baru shj mereset data minda dn diri anda sebagai Insan Berjaya.
.
Anda yakin dan kini anda adalah Insan Baru.
.
Keajaiban dan sesuatu yang positif akan melingkari anda.

Kemana 'KITA' Mengheret Pemikiran Manusia?





Baru-baru ini kecoh isu lempang-melempang sesama artis di pentas LIVE hadapan Perdana Menteri. Peristiwa yang tercetus tanpa diduga ini mendapat perhatian NETIZEN dengan pendapat yang berbagai. 

Disuluh dari kaca mata politik, mereka yang DANGKAL langsung mengaitkan perkauman. Sudut lain yang lebih harmoni mengheret kepada aspirasi Rukun Negara - Kesopanan dan Kesusilaan. Kita perlu berhati-hati dengan EMOSI MARAH kita terlebih dahulu. Jadikan ia tenang agar RASIONAL akal mendahului emosi yang semberono. ''RACUN PEMIKIRAN'' berleluasa dalam media tanpa batasan kini.
.
Melihat kecamukan idea dan dogma ahli politik kini menyebabkan rakyat terheret entah ke jurang-jurang gelap mana pun tidak diketahui. Semua membawa kepada kekusutan yang tak berkesudahan. Rakyat terheret dengan perkara-perkara yang tak masuk akal, Kes tampar sahaja, sudah dikaitkan dengan CINA KURANG AJAR? ..Nah bila isu CINA disentuh, maka automatik lawannya Melayu. Konteks bertukar menjadi Perang Dingin kaum  pula. Masing-masing mempertahankan entiti masing-masing dan dipaksakan menerima satu IDEOLOGI sahaja. Yang lain salah. Padahal semua yang dibawa adalah bayang-bayang yang rapuh sahaja. Ramai pula yang mengikut aliran pemikiran yang bermasalah seperti ini.
Image result for ketuhanan

Penulis suka membaca dari kaca mata AGAMA. Maksud penulis, dalam satu-satu isu kemana kita mahu bawa penonton sebenarnya?

. Kita mengajak manusia kepada tauhid IHSAN atau SYUHUDI; Akhlak Jiwa Muhamadiah dan Salaman (Sejahtera- Membawa kebaikan dan menghentikan apa jua yang membawa kemudaratan dalam apa jua keadaan)

Itu apa yang kita harapkan, namun untuk mencapai perkara diatas ada 1001 cara, samada politik, jemaah, kelab dan aktiviti, Tarian, Muzik, Silat, Budaya dan sebagainya. Maksud penulis kita akan berdepan berbagai-bagai citarasa dan aliran pemikiran namun hasil akhirnya adalah satu sahaja seperti yang dinyatakan dalam perenggan diatas. Dalam konteks sekarang penulis menggunakan medium PENULISAN.
.
Isu menampar DAVID TEO perlu lah dibawa kepada peri pentingnya kita di Malaysia mengutamakan kasih-sayang dan hormat menghormati, dan keharmonian. Peranan artis sebagai model dan personaliti dalam masyarakat mestilah terkedepan dalam aspek wibawa- mereka sepatutnya menjadi contoh kerana mereka menjadi perhatian pengikut serta peminat. Usahlah dimelaratkan pula isu ini sehingga menambah mudarat dengan mengapi-apikan pula perkauman dan sebagainya.
.
Penulis percaya tugas utama kita adalah menekankan menghubungkan Ketuhanan dalam setiap saat kehidupan kita. Mudah kata mengajak ummat manusia merenung jiwa kita dan merasakan hubungan apa sahaja yang berlaku di sekitar kita ada kaitannya dengan HIKMAH ILAHI. Berhati-hati dengan EMOSI MARAH--kerana MARAH dari Syaitan.
.
Percayalah, apa sahaja ISU-ISU serta KEJADIAN yang berlaku sekeliling kita sebenarnya punya satu mesej sahaja. KETUHANAN. Dan kesitulah kita mahu simpulkan apa-apa yang berlaku depan mata kita. Tiada lain. Jadilah agen yang menguatkan mesej ini bukan memudarnya.
.
.

 

28 Feb 2017

Menjemput Rezeki - Meraih Keberkatan

Assalamualaikum wbt selamat pagi,

Rahsia 'Marketing' Langit

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk dhuafa/orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium  tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia datangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi berangkat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang2 yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah sholat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung pada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah dhuafa. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mau dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual sholat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia sholat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun sholat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redho, hidupnya pun berkah.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara MENANAM POHON agar semua MAKHLUK BUMI boleh menikmati OKSIGEN dan mengurangi CO². 🌿🌿

Rezekimu bukan dari Bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah.

Undang rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhoi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger