23 May 2009

Nafsu Yg Tenang....

Sumber: http://aljoofre.blogdrive.com/

Nafsu Yang Tenang
Semasa memberikan ceramah-ceramah selaku Ketua Bait Muslim Selangor di sini dan juga ketika mengajar kitab Bidayatul Hidayah, ana biasa menyebutkan tips untuk mendapatkan nafsu yang tenang. Jiwa yang diserukan oleh Allah di akhir Surah Al-Fajr supaya kembali kepada Tuhannya dalam keadaan redha lagi diredhai.

Apapun tips yang diberikan, kita harus sedar satu perkara, nafsu ini biasanya akan menyeru kepada perkara yang buruk asalnya (ammarah bissu'). Nafsu menyeru supaya tidur, jangan bangun di tengah malam. Nafsu menyeru makan dengan banyak sehingga halal haram disapu bersih. Nafsu inginkan kekayaan dunia, hingga sanggup terjual maruah diri dan agama. Nafsu inginkan pangkat hingga lupa perjuangan Islam yang dilaungkan. Nafsu kepada jantina yang lain, hingga mengenepikan batasan syariat.

Hatta nafsu yang sepatutnya disalurkan ke arah yang baik pun kadang kala, menyebabkan kita lemah dalam mencari redha Allah. Nafsu akan meminta, mendesak, megasak kita sedayanya. Namun yang menjadi masalahnya, nafsu takkan puas. Kita memberi sentiasa diminta lagi. Kita memenuhkan permintaannya, kadang kala dituntut pula yang lebih lagi. Sampai bila mahu tenang gelodak nafsu ini ya?

Air Yang Dijerang

Seorang rakan ana biasa membawa tamsilan begini. Nafsu ibarat air yang dijerang di atas api. Selagi mana tidak ditutup api, selagi itulah ia akan menggelegak. Ataupun angkat sahaja, dan tuangkan air itu ke tempat yang lain. Yang penting tuangkan air itu ke cawan yang betul. Tuang ke tempat yang salah, buruk padahnya. Hati-hati pula menuang, jangan pula sampai terpercik ke tangan dan kaki.

Begitu jualah nafsu kita. Perlulah dimanfaatkan dengan baik. Kalau air yang dijerang, boleh dibuat teh dan kopi, nafsu yang digunakan dengan baik boleh membawa kita ke syurga. Banyak sungguh hikmah nafsu ini. (rujuk entry ana sebelum ini). Bagaimana pula untuk memadamkan nafsu seperti mana memadam api yang menjerang air? Bak kata Al-Imam As-Syaikh Abu Bakar BinSalim, "Waktumu yang paling bermanfaat adalah di saat kamu memfanakan nafsumu dan waktumu yang paling sia-sia adalah disaat kamu mendapatkan nafsumu." Caranya telah pun diajar oleh Islam sebenarnya, namun tentu amat sukar selagi mana tak didapatkan Nafsu Mutmainnah itu.

Nafsul Mutmainnah

Al-Imam Busiri di dalam Burdahnya yang masyhur ada menyebutkan, "Nafsu bak seorang anak kecil, jika dibiarkan menyusu, dia kan membesar dalam keadaan ingin menyusu sahaja, tetapi jika engkau cuba mencerai susukan dia, akan terputus keinginannya pada susu tersebut."

Tamsilan Imam Busiri ini ana selalu bawakan. Cuba perhatikan apabila seorang ibu ingin mencerai susukan anaknya. Tentu sekali si anak meronta dan menangis tak henti. Meminta-minta supaya disusukan oleh si ibu. Akan tetapi, berapa lamakah agaknya tangisan itu berterusan? Apabila berhenti dari menangis, lama kelamaan, si bayi sudah tidak teringin kepada susu ibunya. Tenanglah dia.

Begitu juga anak kecil yang inginkan sesuatu dari kedai. Sejenis mainan contohnya. Menangis meronta meminta dari ayahnya mohon dibelikan mainan tersebut. Jika si ayah berkeras tidak mahu membeli, akhirnya diam juga si anak, bila diketahui tangisannya takkan berhasil. Tenanglah dia.

Nafsu kita juga begitu. Perlu ditarbiah. Mesti dididik. Patut diajar bahawa kita takkan mengikuti sahaja kehendaknya, takkan tunduk patuh kepada permintaannya. Engkau makhluk Allah yang dicipta untuk membantu aku mencapai tahap yang mulia, bukan dicipta untuk aku mengikut perintah engkau. Tentu sekali susah mulanya.

Hendak bangun di awal pagi yang dingin, ketika manusia lain nyenyak dibuai mimpi. Hendak meninggalkan sesuatu yang seronok dilakukan untuk solat contohnya. Hendak meninggalkan tabiat bermesra dengan manusia lawan jantina. Hendak meninggalkan keseronokan dunia, untuk mencari keredhaan Allah. Tentu memberontak sungguh nafsu ini. Meronta-ronta memohon kita mengikuti kehendaknya.

Mujahadahlah. Usahalah sedayanya agar dilawan juga nafsu itu. Mohonlah bantuan Allah agar mendapat kejayaan menundukkannya. Sukar sekali bukan? Tentu sukar mulanya. Akan tetapi percayalah, jika nafsu yang meronta-ronta itu kita tidak hiraukan, kehendaknya tidak dilayan, hanya kerana Allah, lama kelamaan nafsu kita kan tenang jua akhirnya. Bangun di tengah malam bertambah seronok. Menanti waktu solat bak menanti kekasih yang akan datang. Tidak bermesra dengan jantina yang lain (yang tidak halal ya), tidak terasa apa pun kurangnya. menghayati Al-Quran bergetar hati. Membaca kitab ilmiah terasa indah. Kerana ketika itu nafsu kita tenang bak anak kecil tadi. Moga Allah kurniakan kita hati yang tenang itu.

Perjalanan Dakwah

Dalam perjalanan dakwah di bumi Mesir ini, ana kerap berpisah dengan anak isteri. Ana sering ditanya juga persoalan yang sama. "Bagaimana Ustaz tabah dengan perpisahan begitu ya?" Ana katakan, "cuba perhatikan pejuang Islam lain. Cuba sebutkan seorang sahaja pejuang agama Allah yang tidak pernah berpisah dengan anak isteri."

Mereka bertanya lagi, "tapi Ustaz masih belum menjawab soalan kami. Kami tanyakan bagaimana, bukan siapakah contoh yang ada." Ana jawab, "carilah Nafsu Yang Tenang."

21 May 2009

Senangi IBUmu

Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Adabul Mufrad adalah bakti kepada ibu. Ketika Abdullah bin Umar ra didatangi seorang pendosa yang berkata “wahai ibn umar, aku ini selalu berbuat dosa tapi aku mau tobat dan mau menebus dosaku, aku harus beramal apa?”. Abdullah ibn Umar ra berkata “kau punya ibu?”, maka pemuda itu berkata “sudah wafat”. Dijawab oleh Abdullah ibn Umar “ya sudah kalau sudah wafat, kau perbanyak ibadah saja”. Ketika pemuda itu pergi, orang yang disebelah Ibn Umar bertanya “kenapa kau tadi tanya ibunya? Apa hubungannya ibu dengan dosa orang itu?”, maka Ibn Umar berkata “aku belum menemukan satu pahala yang bisa memupus dosa dosa melebihi dari menyenangkan ibunda sendiri”.


Dan dijelaskan “Barangsiapa yang menginginkan keberkahan hidup, panjang umur dan rezki yang luas maka senangkanlah hati ibunyaMaka itu Allah akan bukakan baginya limpahan keberkahan.

20 May 2009

Kecelaruan dalam mentafsir syariat-bahana tidak berguru

Apa pendapatmu tentang TAWASSUL?...habis aku buru jawapannya...menjadkan hidup tak keruan tidak bertemu jawapan ...

Apalah ALLAh mahu khabarkan kepada ku ?...kemanakah aku mahu dicampakNYA?

Aku berlindung dengan ALLAH swt dari ilmu yang tidak bermanfaat, dan dilinddungi dari melampaui batas dan sesat dalam dunia ini.

15 May 2009

Nasihat TOKKU kepada yang menuju ALLAH...

Siapa yang datang kepadaku untuk mencari kelebihan, ia hanya akan membuang masa. Carilah Guru yang lain kerana padaku tiada apa-apa kelebihan.

Siapa yang datang kepadaku kerana ALLAH, InsyaAllah, dengan amalan dan latihan yang diberikan, perasaan cinta, rindu, asyik, takut pada Allah akan memancar pada jiwanya. Cinta pada ibadah, khusyuk, kasih sayang pada manusia dan cinta pada agama adalah natijah dari pendidikan ini.

Di sini kami melihat tiada keutamaan membincangkan tentang
karamah, kasyaf, ilham, firasat, mimpi, wali-wali ghaib, syeikh-syeikh yang hebat, perubatan, persoalan imam Mahadi dan dunia mistik yang lain. Di sini kami melihat agenda membangunkan ummah, keimanan, kasih sayang, kefahaman, amal, mujahadah, dakwah, jihad adalah lebih besar dan utama untuk dibincangkan.

Dalam pendidikan ini, ukuran natijah kerohanian bukannya dilihat dari segi apa yang ia dapat dari alam ghaib seperti bisikan, mimpi yang hebat, karamah, firasat yang hebat, kelebihan perubatan atau persilatan. Tetapi, ukuran kehebatan kerohaniannya yang sebenar ialah keimanan, ketaqwaan, tercabutnya mazmumah, ubudiyyah, perlaksanaan syariah, akhlak, ibadah, cinta Allah, rasul, akhirat, warak, khusyuk dalam ibadah, ketenangan menghadapi musibah, mencintai dakwah dan jihad.

Pendidikan ini untuk mereka yang mencari kefakiran diri dengan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan. Juga untuk mereka yang mahu menghilangkan wujud diri untuk melihat wujud Diri-Nya (ALLAH).

~al-faqir ilaLlah Tokku Ibrahim Mohamad~

Rawat Hati Dengan Sifat TAWADHUK-Tn Guru Ibrahim Mohamad

Ilahi...Anta Maqsudi...Wa Redhoka Matlubi...

Jalan menuju ALlah mesti melalui pintu TAWADDUK..
Tawadduk tak dapat diperolehi sekadar melalui pengajian kitab serta zikir, perlu kepada latihan mujahadah untuk diamkan HATI dari merungut atau mencipta alasan untuk membela diri atau merasakan kebenaran diri walaupun lidah sudah mengakui kelemahan diri..
Ku beroleh kefahaman ini setelah dipulau oleh guru & teman kerana penyakit angkuh dalam hatiku.

Guruku sangat lembut hatinya tetapi sangat tegas dan keras berdepan nafsu jahat yang akan membakar muridnya.

Hanya orang yang sedia rasai kepedihan dibelah jantungnya akan berjaya dirawat..

Ziarah blog Tokku: http://bustanul-arifeen.blogspot.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger