15 May 2010

Indahnya CINTA,,,


Kecintaan SEORANG SUAMI kepada isterinya ibarat simbolik bagaimana CINTA ALLAH SWT kepada RASULULLAH saw... dan kecintaan ibu dan bapa kepada anak-anaknya ..ibarat cinta ALLAH DAN RASUL-NYA kepada UMAT ini dan alam seluruhnya.... renungi lah sejenak limpahan cinta ALLAH kepada hamba-hambaNYA...

Lihatlah bagaimana sebenarnya kita sedang melakonkan limpahan sifat kasih sayang ALLAH ...sehingga sayang kita kepada isteri, jua anak...dan kasihnya isteri kepada suami dan anak-anak...dan bagaimana kasihnya dan rindunya umat kepada ALLAH SWT dan RASUL-NYA

Apalah nak dihairankan..jika begitu ramai orang seperti gila saat bercinta dara - teruna...Lebih -lebih lagi saat bercinta dengan ALLAH dan RASULULLAH saw....

14 May 2010

Kembalinya Seorang WALI ALLAH menemui KEKASIHNYA yang dirindui


Daku tidak mengenali insan mulia ini....tidak pernah bertemu pun walau sekali. Tetapi aku solatkan jenazah ghaib untuknya..semua ikhwan jua turut sama berbuat demikian. Perkhabaran kewafatan beliau yang tidak semua orang mengenalinya namun....

Sangat zuhud hidupnya, dikatakan kebanyakan masanya berkhalwah ..menerima kunjungan tetamu hanya selepas asar, dan mempunyai karamah-karamah yang terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan umum... tetapi antara sikapnya yang boleh kita teladani- walaupun dirinya sendiri susah, tidak pun punyai duit, tiada kerja kerja....bukannya beliau tidak menerima sumbangan berupa wang..daku kira orang seperti ini punyai anak murid dari seluruh dunia yang menghulur bila2 masa tanpa di minta...namun duit itu tidak pernah merubah hatinya, bahkan bukan digunakan untuk dirinya sebaliknya berhabis pula untuk membantu meringankan kesusahan orang lain....ada duit atau tidak ada sama sahaja hatinya kepada ALLAH tidak berubah sedikit pun, itulah antara sifat wali ALLAH ini..

Beliau ialah al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang. Almarhum lebih dikenali dengan Habib Ali Batu Pahat, Johor. Meninggal pada usia lebih kurang 97 tahun. Moga ALLAh merahmatiNYA ..... AL-FATIHAH

rujuk juga: Selamat Jalan TOKOH WALI ALLAH

9 May 2010

Memikirkan TENATNYA ummah, tindakan segera diperlukan....


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.( tidak termaasuk yang tidak didaftarkan, digugurkan, dijual dipasaran gelap, dibuang)

Para duat tidaklah boleh memandang sepi angka ini dan berlalu bak angin lalu:seperti tiada apa-apa yang berlaku. Andai tidak timbul keluh kesah hatinya dengan angka ini belumlah ia menjiwai peranannya sebagai pendakwah sepanjang zaman.Bukankah dengan angka ini kita sepatutnya dapat membaca sesuatu yang tersirat???

Dengan angka seumpama ini apakah boleh kita benarkan GERAKAN ISLAM KAMPUS sebagai contoh terus hanyut dengan perkara-perkara yang membazirkan masa mereka??? Apakah mereka jua berasa selesa kerana BHEP sudah tidak lagi mengancam mereka??? Maka mereka boleh sahaja melaksanakan method yang sama dakwah dari seawal thun 90-an tanpa mengambilkira statistik diatas?? atau terus hanyut dalam muzakaah dan muhasabah-muhasabah yang sebenarnya tidak pun diambil cakna??

Bukanlah menyalahkan Gerakan Islam Kampus secara mutlak, kerana tanggungjawab UMMAH ini terpikul atas setiap individu muslim. Namun jika perkara seumpama ini jika tidak termasuk dalam topik perbincangan maka perlu kita fikirkan benarkah kita Gerakan Islam Kampus? Apakah cukup HARAKI kita sekarang? Atau kita sekadar tenggelam dalam perbahasan ISTILAH...?? tanpa tindakan susulan dan UMMAH terus memandang kita dengan mata sayu yang uzur, tanpa suara kerana sudah tidak bisa berbicara, meminta belas IHSAN agar diselamatkan ia...

Dengan angka yang pastinya akan meningkat setiap tahun , generasi ini yang memiliki anak-anak perempuan pasti TIDAK AKAN HIDUP AMAN memikirkan keselamtan anak perempuan mereka... AYUH KITA LAKUKAN SESUATU....

8 May 2010

CINTA ALLAH ......


Jika ditanya apa bukti kewujudan ALLAH swt ;tuhan yang menciptakan mu?... Jika lidahmu kelu mahu menjawab persoalan ini..maka daku khabarkan KEWUJUDAN ALAM ini adalah bukti kewujudan ALLAH swt, bahkan jua kewujudan dirimu sendiri adalah tanda bukti kewujudanNYA ...sedarkah kamu bahawa diri mu jua adalah nisbah kepada alam ini? ALAM bermula dari tiada kepada ada, diri mu bermula dari satu titik yang tiada kepada ada, apa yang kamu perbuat jua bermula dari tiada apa-apa kepada hasil dan natijah. Apakah yang di alam ini bermula dengan satu titik dengan sendiri?....mustahil!


Seorang ARAB BADWI, yang bicaranya tentang kewujudan ALLAH dengan aras pemikirannya yang sangat mudah ..cermatanya pada alam mengajarnya tetang kewujudan ALLAH.. Jika diajukan soalan yang sama, maka dia menunjukkan kepada selonggok najis unta...Kewujudan NAJIS unta menandakan adanya UNTA..najis itu tidak akan dengan sendirinya berada disitu... Begitu jua alam ini, tidak terjadi dengan sendiri, bermula dari tiada kepada ada..dan yang mengadakan itu pastinya sati kuasa MUTLAK yang MAHA BIJAKSANA mengatur ALAM tanpa CACAT CELA sangat sistematik..Kewujudan ALAM tanda wujudNYA....

Setiap sesuatu yang bergerak hanya DIA yang MENGAWALNYA, apa yang berlaku SEBELUM-SEMASA-SELEPAS atas tiap-tiap zarah di alam ini sudah maklum sejak azali dalam ILMU-NYA..semua bergerak tunduk patuh dalam Qudrat serta Iradat-NYA.Tiada suatu terlepas dalam PENGLIHATAN-NYA...semua menyembah tunduk ketakutan dalam KEAGUNGAN-NYA..tiap satunya diaturNYA

Dirimu jua diaturNYA....Saat dirimu dalam kandungan engkau dilidungi dalam RAHIM IBU dengan Sifat RAHIM-NYA...berbulan-bulan engkau ditatang IBU , engkau sebenarnya tetap dipeliharaNYA ..yang memberi engkau makan DIA!!! Bukan ibu mu..IBUmu ADALAH PELAKON SIFAT RAHIM ALLAH kepda mu..Sifat itulah yang menyebabkan KASIH SAYANG SI IBU SANGAT KUAT KEPADA ANAKNYA- SIFAT ITULAH YANG MENYEBABKAN DIRIMU DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH- SIFAT RAHIM_NYA...Yang wujud hanya DIA...Kewujudan mu dan alam ini adalah tanda CINTANYA kepada MUHAMMAD SAW..jua tanda CINTA-NYA kepada mu...


Diwujudkan mu dengan semuanya diaturkan olehNYA... saat engkau dilahirkan, engkau menangis dengan tangisan fitrah..HU..wa...HU..wa...HU..wa.... HU>>HU>>HU....Nama ALLAH disebut tanda ketakutan menghadapi alam dunia dan dirimu mengenangkan perjanjian mu dengan TUHAN -mu sebelum ke alam dunia..

Disuakan puting susu ibu , engkau dengan naluri sendiri menghisap susu ibu dengan tenangnya...Siapakah mengajarmu berbuat demikian??? Sedang akalmu tidak mengajarmu ...tidakkah kamu melihat ALLAH yang menyuapkan dirimu susu IBU.....ALLAH.....ALLAH menzahirkan cintaNYA melalui dirimu jua ibu mu....Tidakkah kamu merasakan CINTA ALLAH MENGALIR DALAM URAT DARAHMU wahai hamba yang berdosa???

Apakah saat sudah dewasa..dipinjamkan QUDRAT-NYA kepada mu hingga mampu pula berdiri atas diri sendiri, di limpahkan setitis ilmu dari selautan ILMU-NYA kepada mu hingga berjaya pula dengan ilmuNYA, dipinjamkan Sifat melihat-NYA kepada mu hingga mampu melihat alam NYA ,,jua Pendengaran-NYA kepada mu dan mendegar pula kamu bunyian ciptaanNYA..dan kamu merasakan ia memang milikmu, atau kamu merasakan memiliki? dan bersumberkan dari usaha titik peluhmu apa yang kamu rasa kamu yang usahakan??? Dengan rezki dari perbendaharaanNYA kamu nikmati..serta segala nikmat dari sifat RAHMAN NYA....

Dirimu menjalani hidup yang jua PINJAMAN-NYA. Maka jika diajukan..mana bahagian mu yang kamu rasa kamu milikinya dan bangga-banggakan ?? Perasannya kamu kamu hamba yang hina lagi sombong...!!! Hingga apabila di arahkan dirimu kepada hakikat IRADAH-NYA...kamu menyombongkan diri memalingkan muka dari syariatNYA, dan tiap titah perintahNYA yang di amanahkan kepadamu yang hakikatnya tanda CINTANYA kepadamu agar dirimu sentiasa mengingatiNYA -pemilik dirimu..

Cemburunya ALLAH kepadamu, di pelihara pula dirimu dengan NUR RAHIM-NYA. Terpelihara dirimu dalam tidur dan jaga walau engkau penuh maksiat kepdaNYA..., dipelihara dari musibah dan azab....mengapa pula kamu lupakan pula CINTA-NYA , bahkan merasakan ada CINTA yang lebih tinggi dari CINTA-NYA kepada mu..Wahai hamba sedarlah CINTA ALLAH kepada mu ...sangat AGUNG

Mengapa ISTERI yang baru 10,20,30,40... tahun kamu kenali lebih kamu cintai berbanding ALLAH , Mengapa REZKI DAN KEKAYAAN yang dipinjamkan kepadamu dari perbendaharaan-NYA melupakan kamu kepada -NYA? Mengapa anak-anak yang dipinjamkan kepadamu melupakan kamu kepadaNYA? Urusan mu yang diurus-NYA menyebabkan kamu melupakan kepada- NYA jua? DIA PENCINTA AGUNG...yang mencintai mu sebelum dirimu dan alam ini diwujudkan lagi wahai hamba milikNYA...sedarlah CINTA ALLAH KEPADA DIRIMU SANGAT BULAT...

Jangan kamu persoalkan dan ragu lagi cinta ALLAH kepadamu, sekarang APAKAH PULA BUKTI CINTA dan tanda KAMU CINTAKAN KEPADA PENCIPTA CINTA INI....??? wahai INSAN....

to FACEBOOKer

Assalamualaikum. .smga dpt ihtimam dgn maklumat ni..

PENTING Kepada Semua Pengguna Facebook – OpenGraph

Awal minggu ini, dalam conference f8 Facebook (Conference antara Facebook dengan para developer application nya) Facebook telah melancarkan perkhidmatan OpenGraph API yang membolehkan data-data anda disalurkan (propagate) kepada pihak ketiga secara terbuka. Awasi data anda. Sila ketatkan “Privacy Setting” anda, dan buang mana-mana data yang tidak perlu dihebahkan dari profile Facebook anda.

(Selingan – Apa itu API? API adalah satu interface/perantara an yang disediakan oleh Facebook. Perantaraan ini bermaksud “orang tengah” dalam komunikasi. Maksudnya Facebook tidak perlu lagi memproses semua permintaan secara manual, tapi ianya boleh diproses secara automatik melalui API. Maklumat lanjut –

http://leokid. wordpress. com/2010/ 04/29/penting- kepada-semua- pengguna- facebook- opengraph/

P/s: ermm...i've just deactivated my 2 week old facebook account.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger