CINTAI NABI SAW...dan mereka yang cintai-nya

8 Jul 2014

USAHAWAN GEMILANG


  1. Tidak mengharapkan bantuan orang lain 
  2. Niat untuk membantu insan lain 
  3. Tidak sombong dan takabbur
  4. Pandai Mencari Peluang 
  5. Dipercayai
  6. Mengutamakan keberkatan dalam rezki 
  7. Keredhaan Allahadalah UTAMA
  8. Sentiasa merendah diri 


strategi niaga pedoman Abdul rahman Bin Auf


SUMBER: http://www.majalahniaga.com/strategi-perniagaan-kencang-gaya-abdul-rahman-bin-auf.html

Strategi #1 – Jual Unta Harga Kos

Beliau menggunakan strategi jualan pada harga kos. Ya, unta-unta beliau dijual pada harga kos, bermakna beliau langsung tiada untung. Berkesankah strategi seperti ini? Hasilnya, semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman bin Auf.

Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.
Sebenarnya, pada zaman ini ramai peniaga-peniaga yang menggunakan strategi ini, lebih-lebih lagi peniaga yang mempunyai modal pusingan yang besar.
Ramai peniaga-peniaga terutamanya kedai-kedai borong yang menjual pada harga rendah bagi barangan yang biasa dibeli pengguna, namun secara ‘tersembunyi’ menaikkan harga bagi sesetengah barangan mereka.
Pembeli yang sudah ‘kerasukan’ membeli barangan mereka pasti akan tidak sedar bahawa sesetengah barangan mahal pula harganya, namun tetap berbelanja dengan alasan ‘malas’ untuk pergi ke kedai lain.
Strategi ini jarang sekali dilakukan oleh para peniaga. Tidak ramai yang berani mengambil risiko ini kerana jika tersilap langkah, kerugian besar yang menanti peniaga.
Berbalik kepada kisah sahabat Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang saudagar dan usahawan termasyur yang telah dijanjikan syurga. Beliau sangat banyakmenyumbangkan hartanya pada jalan Allah. Apabila diminta untuk menderma, pasti tidak akan ditolaknya.
Selain strategi #1 di atas, Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya tentang apakah strategi perniagaannya yang lain sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?

Strategi #2 – Syukur Walau Untung Sedikit

“Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.”
Frasa di atas sangat memberikan kesan yang positif bagi para usahawan dalam mengatur strategi perniagaan. Jangan sesekali ambil mudah soal keuntungan yang bakal diambil dari pembeli, dan jangan pula mengambil mudah soal halal dan haram dalam perniagaan.
Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kos tanggungan seperti kos penghantaran, kita harus bijak mengira kos supayakeuntungan dapat ditampung walaupun kos penghantaran produk biasanya tidaklah seberapa. Dari segi halal haramnya, jangan pula ada unsur-unsur riba dalam menguruskan perniagaan.

Strategi #3 – Jangan Seksa Pelanggan

“Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.”
Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Strategi ini boleh diaplikasikan dalam perniagaan yang dijalankan. Ada segelintir usahawan yang bersikap ‘malas’ dan mengambil mudah perkara ini.
Sekiranya pelanggan bertanyakan tentang sesuatu barangan, peniaga hanya membiarkan pelanggan berlalu pergi dengan menyatakan, “Barang yang diingini tidak dijual disini”.
Peniaga yang bijak tidak akan mudah ‘melepaskan’ pelanggan seperti ini, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta dari jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain.

Strategi #4 – Sila Bayar Tunai

“Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran.”
Abdul Rahman bin Auf tidak mengamalkan cara tangguhan bayaran yang rata-rata ramai dikalangan para peniaga yang mengamalkan teknik ini. Beliau menjalankan urusniaga dalam bentuk tunai. 
bisnes-abdul-rahman-bin-auf-2
Sebenarnya dengan mempercepatkan bayaran, peniaga akan mendapat pusingan modal dengan lebih cepat, dan mudah untuk digunakan bagi membeli barangan yang baru untuk dijual.
Seterusnya timbul pula persoalan mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah SAW di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi atau orang bukan Islam Madinah?
Rahsianya penting yang harus peniaga Islam ketahui ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana perniagaan diketuai oleh Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a. sendiri akan bermunajat kepada Allah dan Rasul, untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka.
Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT.
Mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah.
Begitulah kehebatan strategi perniagaan yang diamalkan Abdul Rahman bin Auf yang harus dijadikan contoh kepada kita lebih-lebih lagi sebagai peniaga. Hamka amat tertarik dengan jawapan yang telah diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf.
Jika ada yang bertanya tentang rahsia perniagaannya, Abdul Rahman bin Auf menjawab;
“Aku tidak menjual barang-barang cacat, aku merasa cukup dengan untung yang sedikit kerana aku tahu Allah memberkati..”
Kehebatan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi. Sejarah pernah merekodkan bahawa beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat untasahaja.

3 Strategi Berniaga Klasik Cara Sahabat Nabi

Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu dirham dalam satu hari. Beliau benar-benar melaksanakan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadith baginda:
“Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan ringkas yang dapat dibuat daripada strategi perniagaan Abdul Rahman bin Auf:
  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
  3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.
Sekian dahulu artikel untuk kali ini. Moga bertemu lagi dalam artikel berikutnya. Salam kejayaan dari saya, Hasryn Hamka.

Pedoman dari Abdul Rahman Bin Auf r.a


  1. Kisah Sahabat : Abdul Rahman Bin 'Auf orang kaya berpendirian mulia
  2. Semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.
  3.  Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.
  4.  Abdul Rahman adalah pedagang berjaya dan dipandang tinggi oleh kaumnya. Ia tidak syak lagi memberikan kekuatan dan keyakinan kepada mereka untuk mengharungi perjuangan menegakkan Islam dengan lebih baik.
  5.  Pengorbanan Abdul Rahman memang besar dalam menegak dan meninggikan syariat Islam. Orang kaya sepertinya sanggup mengharungi penderitaan semata-mata mahu menegakkan agamanya.
  6. Sifat yang ada pada Abdul Rahman amat bernilai kepada perjuangan Islam pada zamannya. Dengan kekayaan yang ada, Abdul Rahman memilih untuk mengharung kesusahan dan penderitaan demi menegakkan syiar Islam di bumi.
  7. Tanpa rasa malu dan takut, dia bergerak bersama umat Islam lain dalam rombongan hijrah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW itu.
  8. adalah seorang perunding bijaksana. Perkara ini dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia. Sahabat Rasulullah SAW berkumpul di rumah seorang sahabat bernama Miswar bin Makhram .Menurut kaedah Abdul Rahman, sesiapa yang tidak bersedia menjadi khalifah, eloklah menarik diri daripada dicalonkan menduduki jawatan itu. Sebaliknya, mereka boleh menyerahkan jawatan itu kepada orang terbaik di kalangan mereka.Sebagai membuktikan keikhlasannya, Abdul Rahman sendiri membuat pengakuan pada majlis itu dengan menarik diri daripada dicalonkan ke jawatan khalifah.
  9. Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar.
  10. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.
  11. Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau  pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
  12. Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta.
  13. Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.
  14. beliau bijak berniaga. Antara pendekatan yang beliau ambil sewaktu berniaga ialah : Pengurusan ekonomi berasaskan kebajikan --Kejayaan gemilang yang dicapai oleh Abdul Rahman bin Auf, tidak menjadikan beliau lupa daratan dan menyeleweng dari Manhaj Rabbani. Sebaliknya beliau menangani kekayaannya dengan menabur bakti kepada agama, perjuangan dan ummah. Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al Hilyah daripada Az Zuhri katanya : “Abdul Rahman bin Auf telah bersedekah di zaman Rasulullah saw. Setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham, 500 kuda di jalan Allah SWT. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah SWT. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya.”
  15. Antara pendekatan lain yang menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya adalah, sifat amanahnya yang patut kita jadikan contoh. Kecemerlangan yang diperolehi dalam perniagaannya, banyak bergantung kepada sifatnya yang amanah, sifat inilah meletakkan beliau sebagai usahawan yang berjaya dan beliau juga antara sahabat yang paling kaya di Madinah.
  16. Rasulullah s.a.w. pernah menyebut :“Engkau adalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni langit dan engkau jugalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni bumi.”
  17. Selain itu, keperibadiannya yang soleh dan taat kepada Allah SWT pula menjadi modal utama yang menjana kemajuan gemilang dalam kerjayanya sebagai seorang ahli ekonomi dan usahawan. Peribadi ini diiktiraf oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan sabdanya 
  18. “Tidak dicabut roh seseorang Nabi sehingga ia sembahyang di belakang seorang lelaki yang soleh dari ummatnya.”

3 Jul 2014

CULIK UNTUK SINDEKET ORGAN -HATI-HATI

http://pahang2day.blogspot.com/2014/06/kes-culik-untuk-organ-bukan-dongeng.html

Kes Culik Untuk Organ Bukan Dongeng, Keluarga Mangsa Sahkan

Written By nescafe ais on Monday, 30 June 2014 | 18:05


Sebelum ini kejadian culik sampai budak terpaksa gendong adik 500 meter dilakukan seorang remaja India. Kemudian budak perempuan anak seorang cikgu pula cuba diculik oleh 2 dua orang India tetapi tewas dalam sekatan polis.

Sekarang ni pula culik untuk ambil organ pula dilakukan oleh 3 orang India. Adakah ianya dilakukan sendikit yang sama? Walaubagaimanapun, pihak polis menafikan perkara ini. Adakah polis menafikan bertujuan untuk tidak menimbulkan panik?



Bagi kes terbaru ni seorang remaja berjaya diselamatkan selepas diculik 3 lelaki india.Menurut rakan mangsa, selepas mengeluarkan duit dari ATM petronas Bandar Seri Putra, mangsa pergi ke tandas. Dia kemudiannya diperdaya lelaki india yang pura-pura sakit dan memintanya menghantar dia ke Van. Sampai sahaja di Van, mangsa ditolak ke dalam van dan dilalikan dengan dadah.



Mangsa kemudiannya berjaya dijumpai pihak polis dan dibawa ke balai polis bentong. Kakak mangsa turut mengesahkan kejadian tersebut.




Qoute tweet sebelum ini dari rakan mangsa:-
Semoga dipermudahkan ! by @amandarafeem "We need all of you to help us out especially those in KL/SL area to Bangi. My dear brother , AQIL FALIQ HADRI BIN MOSAID (Aqil MoSaid) had been reported missing since last day .Parents and family had been waiting and contacting him but no luck. Suspiciously, his Whatsapp acc is no longer there. PLEASE people, I need your help to help to look out for him as shown in the picture below. He's driving a Black Myvi (BKS 123) with Green -Colored Sport Rim. Kindly contact Mohd Helmi at 010 -8913909 or myself at 011-12250686 should you have any information. If you can't help locate, at least help share this out. Million of thanks! #missingpeople #help #needyourhelp #spreadthis #please" via @PhotoRepost_app

RIZALMAN ...APA DAH JADI NI???IKUTI KRONOLOGI PENUH .




Berita Kes Pegawai Diplomat Malaysia Cuba Rogol Rakyat New Zealand (Muhammad Rizalman Ismail). Kronologi LENGKAP! Berita Semasa cukup kasihan nasib yang menimpa isteri anak-anaknya.
Apatah lagi ketika ini sudah berada dalam tempoh berpuasa di bulana Ramadhan. Pejam celik pejam celik Hari Raya Aidilfitri bakal menginjak tiba. Manakala si ayah dan suami bakal berhadapan hukuman di atas kesilapan & ketelanjuran sendiri“.
Yang dituduh cuba rogol bagi kes kali ini bukannya mat rempit, mat ganja, orang yang tiada pendidikan tetapi seorang Diplomat.

Kronologi Pegawai Diplomat Malaysia Cuba Rogol Rakyat New Zealand (Muhammad Rizalman Ismail)

  • 9 Mei 2014 : Polis New Zealand berjaya menangkap Pegawai Diplomatik Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail atas tuduhan cubaan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita di Wellington New Zealand
  • 10 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Menteri Hal Ehwal dan Perdagangan (MFAT) minta kekebalan dan imuniti diplomatik Rizalman digugurkan
  • 12 Mei 2014 : Perjumpaan antara Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Timbalan pengarah protokol MFAT dan pihak polis New Zealand
  • 21 Mei 2014 : Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menjawab permintaan MFAT bahawa Malaysia tidak akan gugurkan kekebalan diplomatik dan akan hantar Rizalman pulang ke Malaysia
  • 22 Mei 2014 : Muhammad Rizalman Ismail dan ahli keluarga termasuk isteri dan anak-anak pulang ke Malaysia
  • 29 Mei 2014 : Kementerian Pertahanan (MINDEF) menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas Rizalman. Muhammad Rizalman Ismail memegang pangkat tentera sebagai pegawai waran (seorang kakitangan pembantu dengan portfolio pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia) dirujuk ke Hospital Tentera Tunku MIzan untuk pemeriksaan psikiatrik. Mindef tubuh lembaga penyiasatan. Siasatan masih dijalankan
  • 30 Jun 2014 : Perdana Menteri New Zealand John Key mula buka mulut tentang dakwaan serangan seksual oleh pegawai Diplomatik Malaysia
  • 1 Julai 2014 : Menteri Luar Datuk Anifah Aman adakan sidang akhbar mengenai isu tersebut. New Zealand segera menyangkal versi Anifah dengan mengeluarkan dua surat di antara kedua buah negara

Gambar Muhammad Rizalman Ismail (Diplomat Malaysia) Di New Zealand?

Berita Semasa tiada masalah mengenai bab kekebalan dan imuniti ini. Ini kerana ada sebab juga imuniti diplomatik diberikan kepada wakil-wakil dari negara asing. Sebab utamanya ialah bagi memastikan diplomat yang dihantar tidak tertakluk kepada undang-undang dan adat tempatan, yang mungkin dilihat keterlaluan dan asing bagi kalangan diplomat yang datang. Contohnya?
  • Di Malaysia ni, lintas jalan suka hati tiada masalah, tetapi di sesetengah negara sudah dikira “jaywalking
  • Di Amerika, jantan betina jumpa, cium pipi, cium mulut, biasa sahaja, tetapi pergi ke negara XXXXXX, sudah dikira mukadimah zina.
  • Seperti kes di Iraq, dia perlu askar-askar Amerika di sana. Tetapi dek kerana Amerika memohon bagi mendapat imuniti diplomatik, ditolak Iraq akhirnya Amerika terpaksa hantar semula tenteranya pulang.
Imuniti Diplomatik adalah perjanjian antara negara di pawah panji PBB untuk tujuan memberikan kekebalan kepada wakil-wakil bagi setiap negara yang mana tertakluk.
Semakan Berita Semasa menunjukkan imuniti diplomatik ini mengikut undang-undang antarabangsa iaitu dibawah Vienna Convention Diplomatic Relation 1963, mana-mana pegawai kedutaan “home country” di “host country” akan diberikan kuasa penuh diplomatik kekebalan. Yang aman jika berlaku sebarang kes yang melibatkan diplomat di host country, undang-undang host country tidak akan sama sekali mendakwa pegawai diplomat home country sebaliknya akan diisytiharkan persona non grata (orang yang tidak dikehendaki dan diusir keluar)
Dalam konteks kes ini:
  • home country – malaysia merujuk negara asal pegawai diplomat
  • host country – New Zealand.
Jadi,perkara itu berlaku dalam negara NZ,pegawai terbabit TIDAK DAPAT DIDAKWA kerana dilindungi undang-undang antarabangsa iaitu di bawah VCDR 1963,United Nation.
Kes telah dirujuk dibawah Article 9 VCDR 1963
The receiving state may at any time and wihout having to explain its decision,notify the sending that the head of the mission or any member diplomatic staff of the mission is persona non grata or that any other member of staff of the mission is not acceptable. In any such case, the sending state shall, as appropriate,either recall the person concerned or TERMINATE his functions with the mission. A person may be declared non grata or not acceptable before arriving in the territory of the receiving state.
Tetapi….ya ada tetapinya, Berita Semasa cukup kesal bagaimana kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negara mengendalikan kes yang sudah pun menaikkan nama Malaysia di pentas dunia
  • Lamanya barulah isu ni dibangkitkan…2 bulan dari tarikh berlakunya kes?
  • Mahu melakukan pemeriksaan samada mental atau tidak sehingga 2 bulan?
  • Mana tidak kerajaan New Zealand panas punggung melihatkan tiada sebarang perkembangan mengenai kes ini
  • Bagi Berita Semasa, kerajaan New Zealand sudah cukup baik tidak mahu membuka pekung Malaysia & memberikan kelonggaran dengan harapan tiada siapa yang tahu mengenai kes ini di sana. Tetapi Malaysia dilihat berpeluk tubuh setelah sekian lama tanpa apa berita terkini dan perkembangan untuk mereka.
  • Adakah New Zealand akan tutup sebelah mata? Oh…tidak. Seperti biasa, New Zealand yang merupakan sebuah negara yang mencatatkan antara kes jenayah terendah di dunia pasti akan cari sehingga lubang cacing sehingga keadilan tertegak
  • Apabila mahu tarik balik larangan barulah mahu “tersedar daripada lena“. Menteri Luar pun baru terhegeh-hegeh bagi jaminan untuk menjalankan siasatam
  • Pandai New Zealand tunggu Malaysia keluarkan kenyataan “cover line” dahulu baru mereka “counter” semula dengan surat antara kedua negara yang telah didedahkan seperti di bawah ini :

Kes Pegawai Diplomat Malaysia Cuba Rogol Rakyat New Zealand : Surat Kerajaan Malaysia & New Zealand?

Berdasarkan surat di atas ini, kerajaan New Zealand sudah sehabis baik menjaga hubungan 2 hala antara kedua negara Malaysia New Zealand dengan buat apa yang diminta kerajaan Malaysia berdasarkan “respond” surat di atas :
  1. Mahkamah daerah Wellington New Zealand, terus gugurkan kes terhadap Muhammad Rizalman Ismail
  2. Mahkamah New Zealand, tidak mendedahkan semua dokumen/berita-berita sensasi mengenai Muhammad Rizalman Ismail tetapi akhirnya terpaksa akur dengan permintaan orang awam sejak semalam
  3. Memberikan peluang sekeluarga balik ke Malaysia pada 22 Mei 20142 tanpa dikenakan apa-apa tindakan
  4. Akhirnya selepas 1 bulan berlalu tiada sebarang khabar berita samada Muhammad Rizalman Ismail kena tahan, kena dakwa di Malaysia
  5. Menyebabkan mahkamah New Zealand terpaksa dedahkan kepada media mereka sejak semalam
Nampaknya Berita Semasa perhatikan, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar Negara masih tidak belajar lagi pengajaran disebalik apa yang berlkau melibatka kes Nursalawai supaya bertindak telus dalam kes-kes yang melibatkan hubungan 2 hala.
Adakah nasibnya ‘sebaik‘ seperti JJ? Sama-sama kita nantikan….
P/S : Berita Semasa sangat risau jikalau selepas ini New Zealand wajibkan orang Malaysia memohon visa disebabkan kes-kes seperti ini
PP/S : Satu peringatan buat semua diplomat di negara asing. Amanah dan beban yang digalas sungguh berat. Menjunjung nama negara di negara asing dengan sebaiknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...