*SUMBANGAN PRIHATIN ZAKAT (SPZ), MAJLIS UGAMA ISLAM & ADAT RESAM MELAYU PAHANG*
Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ, MUIP) ini adalah merupakan sumbangan khas bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan - PKP 3.0 "Total Lockdown" yang dilaksanakan oleh kerajaan diseluruh negara. Permohonan ini dibuka khusus bagi warganegara yang beragama Islam, berumur 21 ke atas dan bermastautin di negeri Pahang sahaja. Pemohon yang layak akan menerima *RM200/RM300* berdasarkan kelayakan dan permohonan boleh dibuat melalui https://easnaf.muip.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada *14 Jun 2021*.
No comments:
Post a Comment