Pernah dengar cerita seorang kaya yang miliki jutaan ringgit, miliki kereta mewah, rumah banglo besar, isteri cantik dan anak bijak bahkan boleh dikatakan hampir sempurna tetapi punyai hati yang menderita dan kehilangan dan tiada berjumpa kepuasan sehingga saban malam bermimpi dan tidak boleh tidur lantaran tidak menjumpai ''sesuatu'' yang ia sendiri tidak pasti.
.
Pernah dengar jugak ke cerita si kaya cemburu dengan si miskin yang hidupnya serba tidak berkecukupan tetapi setiap harinya hidup sangat bahagia, walau beralas tikar usang, makanan sekadar lepas kelaparan, rumah disewa seadanya, kereta pun model lama karat sana-sini dengan bunyi tikus merata. Pernah dengar versi ini ? Si Kaya cemburu ??
.
Hidup ini pasti adalah UJIAN, ia bernuansa jatuh bangun dan suka duka. Materialisme mengungkap kepemilikan adalah suatu KEJAYAAN. Sedang para ahli AKHIRAT, kesedaran ketiadaan kepemilikan itulah KEJAYAAN.
.
Dogma cintakan dunia tajaan Dajjal mengheret nafsu kita ke satu level cinta dunia sehingga ketenggelaman kita terhadap kenikmatan dan kenyamanannya berakar umbi. Ini adalah fasa bahaya bagi seorang mukmin kerana kesakitan saat mahu mati adalah sangat sakit kerana jasadnya telah sebati dengan kegelapan dunia. Akar cintanya menyusup kedalam tanah dunia sangat dalam sehingga apabila mahu berpisah dengan dunia ( kematian) ia akan merasakan kesakitan yang dahsyat dari kematian dan perpisahan dengan apa yang dicintainya.
.
Maka kita perlu disedarkan ; menyedarkan diri kita. Cantaslah kehendak kita terhadap kenyamanan dunia secara berlebihan kerana bukan itu maksud dan tujuan kehidupan kita. Para Ulama Sufi yang terbuka pandangan mata hati mereka boleh menyaksikan umat Islam yang kini hidup di DUBAI sedang menderita batin mereka minta dilepaskan kerana lemas dalam pencarian menuju ALLAH. Rohani mereka menjerit-jerit mahu disuburkan dengan mahu bersama ALLAH. Sedangkan umat Islam yang berada di Palestin walaupun mereka sudah lebih 73 tahun dalam kurungan ( istilah lain bagi pkp) dibedil bom, dimangsakan dizalimi dikasari dinafikan hak, bahkan menerima penderaan fizikal serta mental bertahun-tahun dalam penjara azab ISRAEL, Hati mereka kini sentiasa dalam kenikmatan, zahir nampak sakit, hati mereka bahagia (setiap masa mulut dan hati meeka tidak putus-putus menguntum ingatan kepada Allah swt). Beribu-ribu orang bersedia saat kemuliaan syahid menjemput mereka. Kita lihat darah mereka mengalir, air mata mereka mengalir, tiada masa depan. Namun air mata, darah dan pengorbanan mereka dibayar SYURGA. Apalah bandingan segala nimkat dunia dengan sedikit ujian hilang 'kenyamanan'' dunia tetapi dibalas syurga selamanya??
.
Begitulah Allah menguji hambaNYA mengikut kadar masing-masing, walaupun kehidupan macam perang (susah dan sakit)..tapi yakinlah kerana inilah cara Allah mengangkat darjat hamba di sisiNYA. Rupanya saat kesempitan dan kesusahan manusia lebih hampir kepada Allah bebanding mereka yang terus menerus dalam kenikmatan. Lihatlah Firauan, Qarun , Haman mereka Allah berikan segalanya tetapi dihukum hilang ALLAH dalam jiwa mereka sehingga merasakan diri TUHAN pula dan langsung berbuat sesuka hati hingga merasa tidak akan mati. Ketahuilah hilang Allah dalam jiwa adalah satu bentuk hukuman yang amat berat.
.
Orang yang miliki hati terpaut dengan ALLAH, memiliki kesedaran spiritual yang tinggi berjalan dengan menunduk hati, mengintai-intai tadir Allah swt atas dirinya. Takut dan harap kepada ALLAH dalam urusan seharian, dan sentiasa merasa berdosa. Kehalusan hati budinya dapat dilihat dari kejernihan dan kehalusan adab. Orang Palestin, saat delegasi kemanusiaan dari Malaysia datang menunjukkan solidariti kepada mereka yang sudah ditindas lama hanya tersenyum dan menguntumkan rasa akrab. Sedangkan orang Malaysia jumpa sahaja orang Palestin menangis lantaran rasa yang menghujam hati tidak dapat menggambarkan bebanan yang ditanggung rakyat Palestin. Lantas seorang wakil Palestin mengungkapkan, La Tahzan ...Innallah ha ma ana. ( Jangan menangis sesungguhnya Allah bersama kita) . Begitulah kemuncak cara berfikir orang yang dalam kesusahan dunia. Saat tiada mampu lagi kita meminta bantuan luar, hanya kepada Allah lah di pasrahkan segala ketentuan sedang usaha mereka berjalan semampu mereka.
.
Mereka (Orang palestin) sendiri tiada makanan cukup di rumah, tetapi saat ada kalangan mereka kelaparan, mereka akan berikan apa yang ada di rumah mereka. Ibadah sosial mereka melangkaui ibadah sosial yang kita amalkan kini di Malaysia. Kita sedekah, kita dalam kenikmatan lagi. Kerja, rumah, anak semua selesa. Tiada sebanding ibadah mereka dengan kita. Palestin ladang beramal yang dahsyat...sehingga kemuncak kepada itu adalah kedapatan kerohanian yang tinggi. Yang zahir pada kita adalah hanya kalimat Allah, Allah..Allah...( dalam kenikmatan bersama ALLAH)
.
Kalangan ibu-ibu di Palestin ada yang 4 orang anak lelakinya sudah syahid. Saat dirakam kamera ia menangis, dan memberitahu pemberita jangan salah faham air mata ini bukan kerana sedih tetapi gembira kerana anak-anak ku kini semua sudah berjaya dan kini sedang menanti menyambut aku ke syurga. Anak-anak kecil Palestin tiada masa main pondok-pondok, kawin-kawin..apatah lagi gadjet-gadjet; mereka seawal 5-6 tahun sudah main syahid-syahid di celah-celah runtuhan bangunan akibat dibom ISRAEL. Jadi bagaimana fikiran anda akan hal ini??? Adakah kita untung kini bersedap-sedap tidur di katil empuk dalam banglo 3 tingkat dengan pelayan-pelayan ( youtube, fb, shopee, lazada, game online)???
.
Berlian terhasil dari tekanan yang tinggi. Cara berfikir umat Islam Palestin bukan terhijab kepada zahir dunia dan isinya tetapi melangkaui sempadan akal dan emosi. Hati merek telah remuk terhadap dunia. Mereka antara contoh insan dalam kesedaran spiritual yang amat tinggi. Kenal mana asal diri , dan sudah bersedia mati demi AGAMA dan pertahan kesucian tempat umat Islam. Mereka mengambil tanggungjawab itu kerana yakin dimuliakan Allah kerana itulah kehendakNYA. Mereka tidak sesekali mempersalah ALLAH ... Kalau di Malaysia, lantaran jiwa manja, kena gari kasar sikit murtad terus? ( tidak lah merujuk kepada sesiapa) Astaghfirullah, banyak kerja perlu dilakukan setiap lapisan masyarakat akan menyedarkan kembali Kesedaarn Spiritual kita agar jadi lebih lasak. Walau diasak dan ditekan kita sepatutnya bangkit dengan yakin kepada Allah swt dan perbaiki diri. Allah tidak pernaah zalim akan hambanNYA. Bahkan ALLAH berikan ujian lantaran sayangkan kita agar kesedaran spiritual kita jadi lebih tinggi bersamaNYA .
.
.
Kesengsaraan adalah wasilah Allah angkat darjat hamba-NYA. Ya semudah bicara, tidak semudah itu melaluinya, kepada Allah kita pohon kekuatan melepasi ujian CINTA ini. Bersama-sama kita pimpin tangan masyarakat mendepani UJIAN dan FITNAH akhir zaman ini. Mudahkah hidup ini, usah menyusah-nyusahkan. Bersantai dengan syukur dan sabar, sedarkan diri masyarakat dunia hanya sementara dan fokuskan tenaga ilmu kita untuk agama dan kasih syang sesama insan. Laksanakanlah ibadah sosial sebagai jalan singkat (Boleh rujuk artikel sebelumnya)
.
Kembalikan kesedaran fitrah rohani kita, melihat Allah dalam gerak dan diam serta dalam tarik dan lepas nafas kita. Dalam setiap ujian yang melanda jadikanlah sangka baik kepada Allah mendahului segalanya. Andai terlanjur kembali beristighfar memohon ampun lantaran kelemahan diri. Tentera Al Qassam adalah mereka yang kesedaran spiritual bersama Allah pada peringkat sangat tinggi. Dalam berperang sedang senapang di tangan, butiran tasbih sentiasa digerakkan saat keadaan tenang. Mereka dalam kenikmatan, dan sangat bersedia menerima jemputan syahid oleh Allah. Mereka berperang untuk mati. Tentera inilah yang ditakuti Israel, sehingga mampu membedil dari udara shaja, tidak mampu berdepan keberanian tentera berani mati ini. Pola ini sama sahaja bagi tentera Badar. Persediaan persenjataan adalah apa yang ada, persediaan sebenar adalah persediaan rohani yang tinggi sehingga kemenangan itu pasti dalam cara yang diizinkan Allah. Palestin itu pasti akan dapat di tangan orang ISLAM, persoalannya, kita tidak mahu ke termasuk orang yang dimuliakan dalam perjuangan mengembalikan kemenangan ini? Jadi sebenarnya jalan terbuka luas, bukan angkat senjata masuk admin, tetapi sama-sama kembalikan kesedaran spiritual ummat dengan kesedaran nyata...kenal asal diri, dan tahu mahu kemana, dan kembalikan ingatan kepada Allah serta hidup bersama Allah dalam gerak dan diam . Itulah kekuatan tentera-tentera Islam. Peganglah apapun, walau pelepah pisang untuk memukul musuh, musuh yang serba canggih akan bertempiaran lari. Kalaupun musuh tak lari kita bersedia mahu dijemput syahid kepada Allah, bukankah itu kemuncak pengorbanan demi agama Allah swt.
.
Kemenangan Islam kata Ulama Sufi bukanlah dengan karamah dan perkara-perkara mencarik adat, tetapi ia datang dengan pengorbanan darah dan jiwa, perasaan sepenuhnya untuk Allah. Fikir-fikirkan perkara ini. Rasulullah saw sendiri pergi berperang terkena batu tercabut gigi, berlapar sampai selit batu pada perut, dan dilempar batu di kota taif sehingga kasut penuh darah yang megalir. Ia, begitulah jalan yang Rasulullah beri tauladan kepada kita untuk diselusuri.
.
Mengapa kita tertekan , kerana kita masih mempertahankan keegoan dan kesombongan diri. Kehendak diri mendahului kehendak Allah swt. Berkata guru mulia, Redhalah Pilihan Allah atasmu. Lepaskan dan rasai kenikmatan bercinta bersama Tuhan mu. Bermanja, bermunajatlah, merintihlah kepadaNYA, jadikanlah suaramu di malam hari yang sunyi menangis kepada ALLAH moga jadi asbab kebaikan untuk semua umat ISLAM kembali bertauhid benar kepada ALLAH swt.
.
Umat akhir zaman ini perlu amat kepada amalan selawat, itulah cahaya dan bekal buat menerangi hati kita yang tenggelam dalam lumpur dosa maksiat. Dengan jalan selawat dan melazimi seperti selawat jibril 1000x atau berapa yang termampu akan mencahayakan hati dan meningkatkan kesedaran spiritual. Bahasa hati hanya dapat difahami dengan hati, akal adalah pemulnya. Maka sinarilah hati, dengan perbanyakkan selawat sehingga benar cinta rindu kepada Rasulullah saw, sehingga melimpah kesedaran kerohanian dan walau apa ujian melanda hati kita akan sentiasa menyaksikan Keagungan dan Kehebatan Allah swt semata-mata.
.
Ayuh sama-sama meningkatkan Kesedaran Spiritual, kembalikan diri kita kepada tujuan asal kita sentiasa mengingati Allah dalam apa keadaan pun, susah dan senang. Bantulah hati dengan perbanyakkan selawat kepada Rasulullah saw dan pimpinlah seramai mungkin masyarakat kepada mencari redha ALLAH dan RASULULLAH saw ini. Semoga kita bersedia untuk menerima kebangkitan semula semua ummat ISLAM kepada ketauhidan kepada ALLAH swt.
.
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment