14 Jun 2022

Jati Diri Bangsa Melayu : Bermula Dengan Cinta

 




Dalam rencam memahami nuanasa Bangsa Melayu, ruas-ruas pendapat bercampur baur antara rasa pedih dan kecewa dari kesan Politik dan kuasa.

.

Sejarah nan panjang silih berganti, hingga jalur sejarah ditempa penjajah dengan pamor palsu menghilang nilai sejarah Bangsa Melayu.

.

BANGSA iNI BANGSA keramat, walau sebegitu halus rencana memandulkan ia dari jati diri. Adat Bersendi Syariat, Agama Tunjang Utama masih bertahan walau ratusan tahun di porak perandakan sistem nilai kita 

.

Menukilkan dari Bonda Tun Suzana,

MELAYU TRADISIONAL:


Akhlak & Keperibadian Berasaskan Ciri 'Tasawuf' 🍂


“…Adanya erti Melayu itu adalah ia melayukan dirinya, iaitu yang diibaratkan orang dahulu kala daripada erti ‘melayu’, adalah umpama pucuk kayu yang melayukan dirinya dan bukan layunya itu kerana kena panas atau api. Bahawasanya dengan sahaja-sahaja ini jua ia melayukan dirinya, yakni ia merendahkan dirinya dan tiada ia mahu membesarkan dirinya, baik daripada adab tertibnya atau daripada bahasa peraturannya atau daripada adab makan minumnya dan perjalanannya dan kedudukannya samada dalam majlis atau tempat lain. Maka daripada perkara itu tiada diperbuatnya dengan mamang (melampau-lampau), melainkan dengan perangai yang lemah lembut, tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan kekurangan (serba sederhana) itulah adanya….”


“Shahadan maka lagi adalah yang dikehendaki oleh istiadat Melayu itu dan dibilangkan (disebut sebagai) ‘Anak yang Majlis’, iaitu apabila ada ia mengada ia atas sesuatu kelakuan melainkan dengan pertengahan jua adanya (serba-serbi besederhana), yakni daripada segala kelakuan dan perbuatan dan pakaian dan perkataan dan makanan dan perjalanannya sekelian itu tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan kekurangan sekelian diadakannya dengan keadaan yang sederhana jua adanya.”


“Maka orang itulah yang dibilangkan ‘Anak yang Majlis’, tambahan pula dengan adab pandai ia menyimpan dirinya, maka berlebih-lebih lendib (kaku) atau sidib adanya, seperti kata hukama: “Hendaklah kamu hukumkan kerongkongan kamu di dalam majlis makan dan hukumkan mata kamu tatkala melihat perempuan dan teguhkan lidahmu daripada banyak perkataan yang sia-sia dan tulikan telingamu daripada perkataan yang keji-keji.” Maka apabila sampailah seseorang kepada segala syarat ini, iaitulah ‘Orang yang Majlis’, namanya dan dengan demikianlah segala orang yang arif budiman kepada hamba yang dhaif ini.

Tamat”

Sumber: Adat Raja-Raja Melayu

FB TunSuzana Tun Hj Othman

Bermula dari kekeluargaan, sehingga kepada berkerajaan; bangsa ini penuh dengan adat istiadat, kehalusan adab dan tatatusila dari terjemahan peradaban nilai Islam yang erat dengan bangsa ini.

.

Nilai pakaian , persenjataan, keilmuan, perubatan, ekonomi dan sebutkan apa sahaja telah mendahului bangsa lain. Namun susunan Allah lebih baik adanya, kehebatan ibarat tenggelam dalam peredaran zaman, namun ibarat api dalam sekam. Semangat bangsa ini tidak pernah luntur. Menantikan perjanjian yang ditetapkan olehNya 

.

Ujian hebat yang ditimpakan atas bangsa ini pasti ada sesuatu yang hebat dihadapan guna untuk perjuangan.

.

Pun begitu menyediakan bangsa ini untuk suatu hal yang besar giat berlaku dimana-mana. Tanpa hubungan yang jelas, namun isyarat diterima dlam bentuk hal ehwal yang sukar di mengertikan.

.

Ketauhidan , Akhlak dan Kasih Sayang serta Hikmah Kekuasaan adalah kunci peradaban Melayu pernah menjadi kecemburuan Tentera Dajjal laknatullah yang bermudik ke muara Pantai Melaka.

.

Melalui agenda halus, Melaka tumbang jua dari dalam akibat pengkhianatan mereka yang rakus kuasa takhta. Wahai bangsaku, kembalilah kuatkan pegangan Tauhidmu, barulah Negara Tanah Bedaulat bakal bangkit tak mempan di serang musuh dari dalam dan luar.

.

Tanah ini menjadi saksi, pertahanan kubu demi menjunjung Allah dan Rasul , Quran sebagai terutama dalam hidup. Walaupun di tipu secara atas kertas perjanjian, namun jiwa2 Umat Jawi ini masih utuh dengan Allah dan Rasul..

Adat berkeris lambang perjuangan bangsa mempertahan Agama dan Tanah Air. Sebaik keris keluar dari sarungnya, hanya nyawa jadi taruhan. Niatnya hanya satu, melumpuh musuh secara berdepan, bersedia menikmati syahid ..begalang tubuh dan jiwa. Apa jua kita serahkan kepada yang Esa hendaknya.

.

Perbanyakkan selawat, menyatu dengan cahya Nabi Saw, cintai 

2 Feb 2022

Omicron tak wujud

 Omicron tk pernah wujud. Hanya HOAX ..menutup kegagalan WHO tangani wabak. Yg sebenar berlaku adalah kegagalan Kementrian Kesihatan urus wabak. Omicron hanya wayang dan kambing hitam bagi menutup kegagalan vaksin. Bukalah mata ... Ramai mati sbb vaksin dan keracunan dan kecuaian kementrian.

.

Tolong jangan percaya tulisan ini. Kalu percaya sendiri tanggung. Kj akan susahkan hidup anda ( yg ni fakta)

10 Jun 2021

Manfaat Dahsyat Selawat Paling Ringkas


 SHOLAWAT PENDEK TAPI DAHSYAT


Tak harus membaca sebuah sholawat yang panjang untuk mendapatkan kemuliaan dari sebuah bacaan sholawat


Ada sebuah Sholawat pendek tapi dahsyat dan sangat bagus digunakan dzikir kapan saja dimana saja, kecuali saat berada di dalam toilet.

Adapun bacaannya sudah biasa kita kenal sehari hari, yaitu :

"SHOLLALAHU 'ALAA MUHAMMAD"

Hanya dengan melafalkan sholawat nabi diatas saja kita dapat memperoleh begitu banyak kemuliaan kemuliaan dari ALLOH SWT. Apa saja kemuliaan membaca sholawat pendek tapi dahsyat diatas? biar jelas mari kita simak...


15 Kemuliaan Membaca Sholawat Nabi


Sholawat pendek tapi dahsyat diatas bila diamalkan maka anda memperoleh beberapa keajaiban berikut :


1. Barang siapa membaca sholawat Nabi Muhammad SAW, hanya dilisan saja tanpa konsentrasi maka Allah akan memberikan pahala sebesar gunung, dan para malaikat selalu mendoakan serta memintakan ampunan baginya. Dan apabila membaca sholawat dengan hadirnya hati (konsentrasi) maka hanya Allah sendiri yang mengetahui pahalanya.


2. Barang siapa membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 1 kali saja, maka Allah akan memberikan rohmat 10 kali lipat padanya


3. Barang siapa membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 1000x, maka dia akan diberikan kebahagiaan dapat melihat surga sebelum mati, dan tidak akan mati kecuali sudah mengetahui tempatnya di surga


4. Barang siapa membaca sholawat pendek tapi dahsyat diatas sebanyak 1000x atas Nama Nabi Muhammad SAW maka dijauhkan oleh Allah dari panasnya api neraka jahanam


5. Barang siapa membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW 100x maka Allah akan menjauhkannya dari sifat munafiq serta menyelamatkannya dari siksa api neraka. nanti pada hari Kiamat dia akan dikumpulkan dengan golongan para syuhada’


6. Barang siapa membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW 100x, maka Allah akan memenuhi 100 hajatnya, yang 70 hajat dipenuhi di akhirat dan yang 30 hajat dipenuhi di dunia


7. Barang siapa membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW 1x maka para malaikat akan membacakan sholawat padanya 70.000x


8. Barang siapa membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW, maka dia akan di hormati oleh semua makhluq yang ada di langit dan di bumi


9. Barang siapa membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW, dengan suara yang keras maka akan di ampuni oleh Allah semua dosa-dosanya


10.Apabila sholawat pendek tapi dahsyat diatas dibaca 5.000x dalam satu majlis maka semua do’anya akan di kabulkan oleh Allah SWT


11. Orang yang tidak suka membaca sholawat maka ia adalah orang yang tersesat dari jalannya ke surga


12. Di antara do’a dan Allah itu ada hijabnya, pada waktu di bacakan sholawat atas Nabi Muhammad SAW maka hijab itu akan terbuka dan doa itu akan di kabulkan oleh Allah SWT


13. Orang yang paling dekat dengan nabi Muhammad SAW nanti di hari kiamat adalah orang yang banyak membaca sholawat atas Nabi Muhammad SAW


14. Barang siapa membaca sholawat pendek tapi dahsyat diatas sebanyak 40x di hari Jum’at maka Allah akan melebur semua dosa-dosanya yang sudah dilakukan dalam kurun waktu 80 tahun


15. Sesungguhnya membaca sholawat itu bisa melebur dosa seperti air bisa membunuh api.


Itulah bacaan sholawat pendek tapi dahsyat yang bisa kita amalkan dari guru mulia kita..

semoga yg mendawamkan sholawat ini dijadikan anak angkat abah guru sekumpul رَحِمَهُ ٱللّٰهُ dan mandapatkan safa'at dari nabi muhammad saw. (آمينَ يَا مُجِيبَ السَّائِلِينَ)

9 Jun 2021

Kesedaran Spiritual

Pernah dengar cerita seorang kaya yang miliki jutaan ringgit, miliki kereta mewah, rumah banglo besar, isteri cantik dan anak bijak bahkan boleh dikatakan hampir sempurna tetapi punyai hati yang menderita dan kehilangan dan tiada berjumpa kepuasan sehingga saban malam bermimpi dan tidak boleh tidur lantaran tidak menjumpai ''sesuatu'' yang ia sendiri tidak pasti.
.
Pernah dengar jugak ke cerita si kaya cemburu dengan si miskin yang hidupnya serba tidak berkecukupan tetapi setiap harinya hidup sangat bahagia, walau beralas tikar usang, makanan sekadar lepas kelaparan, rumah disewa seadanya, kereta pun model lama karat sana-sini dengan bunyi tikus merata. Pernah dengar versi ini ? Si Kaya cemburu ??
.
Hidup ini pasti adalah UJIAN, ia bernuansa jatuh bangun dan suka duka. Materialisme mengungkap kepemilikan adalah suatu KEJAYAAN. Sedang para ahli AKHIRAT, kesedaran ketiadaan kepemilikan itulah KEJAYAAN.
.
Dogma cintakan dunia tajaan Dajjal mengheret nafsu kita ke satu level cinta dunia sehingga ketenggelaman kita terhadap kenikmatan dan kenyamanannya berakar umbi. Ini adalah fasa bahaya bagi seorang mukmin kerana kesakitan saat mahu mati adalah sangat sakit kerana jasadnya telah sebati dengan kegelapan dunia. Akar cintanya menyusup kedalam tanah dunia sangat dalam sehingga apabila mahu berpisah dengan dunia ( kematian) ia akan merasakan kesakitan yang dahsyat dari kematian dan perpisahan dengan apa yang dicintainya. 
.
Maka kita perlu disedarkan ; menyedarkan diri kita. Cantaslah kehendak kita terhadap kenyamanan dunia secara berlebihan kerana bukan itu maksud dan tujuan kehidupan kita. Para Ulama Sufi yang terbuka pandangan mata hati mereka boleh menyaksikan umat Islam yang kini hidup di DUBAI sedang menderita batin mereka minta dilepaskan kerana lemas dalam pencarian menuju ALLAH. Rohani mereka menjerit-jerit mahu disuburkan dengan mahu bersama ALLAH. Sedangkan umat Islam yang berada di Palestin walaupun mereka sudah lebih 73 tahun dalam kurungan ( istilah lain bagi pkp) dibedil bom, dimangsakan  dizalimi  dikasari dinafikan hak, bahkan menerima penderaan fizikal serta mental bertahun-tahun dalam penjara azab ISRAEL, Hati mereka kini sentiasa dalam kenikmatan, zahir nampak sakit, hati mereka bahagia (setiap masa mulut dan hati meeka tidak putus-putus menguntum ingatan kepada Allah swt). Beribu-ribu orang bersedia saat kemuliaan syahid menjemput mereka. Kita lihat darah mereka mengalir, air mata mereka mengalir, tiada masa depan. Namun air mata, darah dan pengorbanan mereka dibayar SYURGA. Apalah bandingan segala nimkat dunia dengan sedikit ujian hilang 'kenyamanan'' dunia tetapi dibalas syurga selamanya??
.


Begitulah Allah menguji hambaNYA mengikut kadar masing-masing, walaupun kehidupan macam perang (susah dan sakit)..tapi yakinlah kerana inilah cara Allah mengangkat darjat hamba di sisiNYA. Rupanya saat kesempitan dan kesusahan manusia lebih hampir kepada Allah bebanding mereka yang terus menerus dalam kenikmatan. Lihatlah Firauan, Qarun , Haman mereka Allah berikan segalanya tetapi dihukum hilang ALLAH dalam jiwa mereka sehingga merasakan diri TUHAN pula dan langsung berbuat sesuka hati hingga merasa tidak akan mati. Ketahuilah hilang Allah dalam jiwa adalah satu bentuk hukuman yang amat berat. 
.
Orang yang miliki hati terpaut dengan ALLAH, memiliki kesedaran spiritual yang tinggi berjalan dengan menunduk hati, mengintai-intai tadir Allah swt atas dirinya. Takut dan harap kepada ALLAH dalam urusan seharian, dan sentiasa merasa berdosa. Kehalusan hati budinya dapat dilihat dari kejernihan dan kehalusan adab. Orang Palestin, saat delegasi kemanusiaan dari Malaysia datang menunjukkan solidariti kepada mereka yang sudah ditindas lama hanya tersenyum dan menguntumkan rasa akrab. Sedangkan orang Malaysia jumpa sahaja orang Palestin menangis lantaran rasa yang menghujam hati tidak dapat menggambarkan bebanan yang ditanggung rakyat Palestin. Lantas seorang wakil Palestin mengungkapkan, La Tahzan ...Innallah ha ma ana. ( Jangan menangis sesungguhnya Allah bersama kita) . Begitulah kemuncak cara berfikir orang yang dalam kesusahan dunia. Saat tiada mampu lagi kita meminta bantuan luar, hanya kepada Allah lah di pasrahkan segala ketentuan sedang usaha mereka berjalan semampu mereka.
.


Mereka (Orang palestin) sendiri tiada makanan cukup di rumah, tetapi saat ada kalangan mereka kelaparan, mereka akan berikan apa yang ada di rumah mereka. Ibadah sosial mereka melangkaui ibadah sosial yang kita amalkan kini di Malaysia. Kita sedekah, kita dalam kenikmatan lagi. Kerja, rumah, anak semua selesa. Tiada sebanding ibadah mereka dengan kita. Palestin ladang beramal yang dahsyat...sehingga kemuncak kepada itu adalah kedapatan kerohanian yang tinggi. Yang zahir pada kita adalah hanya kalimat Allah, Allah..Allah...( dalam kenikmatan bersama ALLAH)
.
Kalangan ibu-ibu di Palestin ada yang 4 orang anak lelakinya sudah syahid. Saat dirakam kamera ia menangis, dan memberitahu pemberita jangan salah faham air mata ini bukan kerana sedih tetapi gembira kerana anak-anak ku kini semua sudah berjaya dan kini sedang menanti menyambut aku ke syurga. Anak-anak kecil Palestin tiada masa main pondok-pondok, kawin-kawin..apatah lagi gadjet-gadjet; mereka seawal 5-6 tahun sudah main syahid-syahid di celah-celah runtuhan bangunan akibat dibom ISRAEL. Jadi bagaimana fikiran anda akan hal ini??? Adakah kita untung kini  bersedap-sedap tidur di katil empuk dalam banglo 3 tingkat dengan pelayan-pelayan ( youtube, fb, shopee, lazada, game online)???
.
Berlian terhasil dari tekanan yang tinggi. Cara berfikir umat Islam Palestin bukan terhijab kepada zahir dunia dan isinya tetapi melangkaui sempadan akal dan emosi. Hati merek telah remuk terhadap dunia. Mereka antara contoh insan dalam kesedaran spiritual yang amat tinggi. Kenal mana asal diri , dan sudah bersedia mati demi AGAMA dan pertahan kesucian tempat umat Islam. Mereka mengambil tanggungjawab itu kerana yakin dimuliakan Allah kerana itulah kehendakNYA. Mereka tidak sesekali mempersalah ALLAH ... Kalau di Malaysia, lantaran jiwa manja, kena gari kasar sikit murtad terus? ( tidak lah merujuk kepada sesiapa) Astaghfirullah, banyak kerja perlu dilakukan setiap lapisan masyarakat akan menyedarkan kembali Kesedaarn Spiritual kita agar jadi lebih lasak. Walau diasak dan ditekan kita sepatutnya bangkit dengan yakin kepada Allah swt dan perbaiki diri. Allah tidak pernaah zalim akan hambanNYA. Bahkan ALLAH berikan ujian lantaran sayangkan kita agar kesedaran spiritual kita jadi lebih tinggi bersamaNYA .
.

.
Kesengsaraan adalah wasilah Allah angkat darjat hamba-NYA. Ya semudah bicara, tidak semudah itu melaluinya, kepada Allah kita pohon kekuatan melepasi ujian CINTA ini. Bersama-sama kita pimpin tangan masyarakat mendepani UJIAN dan FITNAH akhir zaman ini. Mudahkah hidup ini, usah menyusah-nyusahkan. Bersantai dengan syukur dan sabar, sedarkan diri masyarakat dunia hanya sementara dan fokuskan tenaga ilmu kita untuk agama dan kasih syang sesama insan. Laksanakanlah ibadah sosial sebagai jalan singkat (Boleh rujuk artikel sebelumnya)
.
Kembalikan kesedaran fitrah rohani kita, melihat Allah dalam gerak dan diam serta dalam tarik dan lepas nafas kita. Dalam setiap ujian yang melanda jadikanlah sangka baik kepada Allah mendahului segalanya. Andai terlanjur kembali beristighfar memohon ampun lantaran kelemahan diri. Tentera Al Qassam adalah mereka yang kesedaran spiritual bersama Allah pada peringkat sangat tinggi. Dalam berperang sedang senapang di tangan, butiran tasbih sentiasa digerakkan saat keadaan tenang. Mereka dalam kenikmatan, dan sangat bersedia menerima jemputan syahid oleh Allah. Mereka berperang untuk mati. Tentera inilah yang ditakuti Israel, sehingga mampu membedil dari udara shaja, tidak mampu berdepan keberanian tentera berani mati ini. Pola ini sama sahaja bagi tentera Badar. Persediaan persenjataan adalah apa yang ada, persediaan sebenar adalah persediaan rohani yang tinggi sehingga kemenangan itu pasti dalam cara yang diizinkan Allah. Palestin itu pasti akan dapat di tangan orang ISLAM, persoalannya, kita tidak mahu ke termasuk orang yang dimuliakan dalam perjuangan mengembalikan kemenangan ini? Jadi sebenarnya jalan terbuka luas, bukan angkat senjata masuk admin, tetapi sama-sama kembalikan kesedaran spiritual ummat dengan kesedaran nyata...kenal asal diri, dan tahu mahu kemana, dan kembalikan ingatan kepada Allah serta hidup bersama Allah dalam gerak dan diam . Itulah kekuatan tentera-tentera Islam. Peganglah apapun, walau pelepah pisang untuk memukul musuh, musuh yang serba canggih akan bertempiaran lari. Kalaupun musuh tak lari kita bersedia mahu dijemput syahid kepada Allah, bukankah itu kemuncak pengorbanan demi agama Allah swt.
.
Kemenangan Islam kata Ulama Sufi bukanlah dengan karamah dan perkara-perkara mencarik adat, tetapi ia datang dengan pengorbanan darah dan jiwa, perasaan sepenuhnya untuk Allah. Fikir-fikirkan perkara ini. Rasulullah saw sendiri pergi berperang terkena batu tercabut gigi, berlapar sampai selit batu pada perut, dan dilempar batu di kota taif sehingga kasut penuh darah yang megalir. Ia, begitulah jalan yang Rasulullah beri tauladan kepada kita untuk diselusuri. 
.
Mengapa kita tertekan , kerana kita masih mempertahankan keegoan dan kesombongan diri. Kehendak diri mendahului kehendak Allah swt. Berkata guru mulia, Redhalah Pilihan Allah atasmu. Lepaskan dan rasai kenikmatan bercinta bersama Tuhan mu. Bermanja, bermunajatlah, merintihlah kepadaNYA, jadikanlah suaramu di malam hari yang sunyi menangis kepada ALLAH  moga jadi asbab kebaikan untuk semua umat ISLAM kembali bertauhid benar kepada ALLAH swt. 
.
Umat akhir zaman ini perlu amat kepada amalan selawat, itulah cahaya dan bekal buat menerangi hati kita yang tenggelam dalam lumpur dosa maksiat. Dengan jalan selawat dan melazimi seperti selawat jibril 1000x atau berapa yang termampu akan mencahayakan hati dan meningkatkan kesedaran spiritual. Bahasa hati hanya dapat difahami dengan hati, akal adalah pemulnya. Maka sinarilah hati, dengan perbanyakkan selawat sehingga benar cinta rindu kepada Rasulullah saw,  sehingga melimpah kesedaran kerohanian dan walau apa ujian melanda hati kita akan sentiasa menyaksikan Keagungan dan Kehebatan Allah swt semata-mata. 
.
Ayuh sama-sama meningkatkan Kesedaran Spiritual, kembalikan diri kita kepada tujuan asal kita sentiasa mengingati Allah dalam apa keadaan pun, susah dan senang. Bantulah hati dengan perbanyakkan selawat kepada Rasulullah saw dan pimpinlah seramai mungkin masyarakat kepada mencari redha ALLAH dan RASULULLAH saw ini. Semoga kita bersedia untuk menerima kebangkitan semula  semua ummat ISLAM kepada ketauhidan kepada ALLAH swt.
.
wallahu a'lam

Sumbangan Prihatin Zakat


 *SUMBANGAN PRIHATIN ZAKAT (SPZ), MAJLIS UGAMA ISLAM & ADAT RESAM MELAYU PAHANG*   


Sumbangan Prihatin Zakat (SPZ, MUIP) ini adalah merupakan sumbangan khas bagi membantu golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap secara bulanan serta terkesan dan terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan - PKP 3.0 "Total Lockdown" yang dilaksanakan oleh kerajaan diseluruh negara. Permohonan ini dibuka khusus bagi warganegara yang beragama Islam, berumur 21 ke atas dan bermastautin di negeri Pahang sahaja.   Pemohon yang layak akan menerima *RM200/RM300* berdasarkan kelayakan dan  permohonan boleh dibuat melalui https://easnaf.muip.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada *14 Jun 2021*.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger