28 Oct 2010

Penyelewengan OLEH PEMIMPIN yang menindas RAKYAT



Harga pasaran bagi 257 kereta perisai ialah RM2.6 bilion, namun kerajaan belanja RM8 bilion untuk tujuan tersebut.

Walhal wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina sebanyak 160,000 rumah kos rendah bagi rakyat miskin, lebih kurang 800 keluarga di setiap Parlimen (222) boleh memiliki rumah kos rendah yang bernilai RM50 000 seunit.

Kes ini samalah dengan kes pembelian kapal selam, helikopter Eurocopter, dan sebagainya. Yang dinyatakan tadi merupakan habuan penyamun besar. Baru-baru ini laporan audit melaporkan penyamun kecil-kecilan merompak "sardin" dan "sayur" dari roti sandwich dan bihun pelajar. Tahun lalu laporan itu turut menyatakan sekolah beli pokok 880% lebih mahal dari harga pasaran, dan macam-macam lagi penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Beberapa pendedahan berkaitan dengan penyamun-penyamun kecil dan besar ini menyeleweng wang rakyat boleh anda baca di sini.

Masih mahu undi BN lagi?

Saya petik:

[SK] KUALA LUMPUR 27 Okt - Kewajaran Kementerian Pertahanan membeli 257 unit kereta tempur berperisai AV8 (APC) bernilai RM8 bilion dipertikaikan apabila sebut harga yang ditawarkan oleh DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) adalah tiga kali ganda lebih mahal daripada harga di pasaran.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata sebut harga tersebut adalah lebih mahal daripada harga pasaran sebuah APC yang terbaik di dunia iaitu melebihi RM10 juta seunit.

"Kerajaan sepatutnya memerlukan RM2.6 bilion sahaja untuk membeli 257 APC, bukannya RM8 bilion seperti yang dipersetujui Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid bersama Deftech," kata Dr Jeyakumar.

Ini sekaligus bertentangan dengan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 10 Jun lalu dalam memastikan Program Tranformasi Kerajaan (GTP) akan meningkatkan ketelusan kerajaan serta mengutamakan rakyat.

“Mengapa tidak mahu mencari syarikat yang lain yang tidak buat ‘mark up’ (harga) yang seteruk ini (Deftech)?.

“Kerajaan membazirkan RM8 bilion dengan pembelian tersebut yang sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih memberi manfaat kepada rakyat,” tambah beliau.

Menurut Dr Jeyakumar, wang itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina sebanyak 160,000 rumah kos rendah bagi rakyat miskin di mana lebih kurang 800 keluarga di setiap Parlimen (222) boleh memiliki rumah kos rendah yang bernilai RM50,000 seunit.- Fazli Othman

sumber; cacamerba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger