30 Nov 2010

Konspirasi DAJJAL DI MALAYSIA-PUTRAJAYA

Mengapakah Obelisk (Tiang) Dibina Sebagai Mercu Tanda ?
Apakah Mercu Tanda Islam ?
Adakah Tiang ?

Nota: Ini berkaitan mengalirkan TENAGA GELOMBANG , DAJJAL menguasai dan mengaplikasi ilmu ini sebaiknya untuk menakluk dunia . Fizik tahap tinggi ini memerlukan kita memahami sains GELOMBANG (BETA< aura="" dan="" sebagainya="" bertanyalah="" kepada="" mereka="" yang="" arif="">

Rupanya simbol ONE -EYED- Ia tidak sengaja?




Persint 5 dengan simbol ONE EYED, simbol DAJJAL



Simbol ini jika tidak silap saya mirip dengan simbol mata atas satu masuskrip lama dalam filem THE ARRIVAL



Sangat Ketara, Simbol FREEMASONRY-GOVERN. Lihat bagaimana mereka( freemasonry) bergerak secara sulit. Ini adalah ALAMANDA PUTRAJAYA yang dimegah-megahkan sangat tuh..


Mungkinkah ini secara kebetulan ??? Atau perancangan kebangkitan DAJJAL yang sangat teliti. They're really channeling the energy ...!!!!


Koleksi gambar dibawah adalah KUSTEM, Jika dilihat melalui GOOGLE. Pada saat ini gambar tersebut telah dikaburkan .



rujuk:

(The Arrival 00-51)(Translate BM)

http://www.youtube.com/user/Fr33DoMFighT3Rz#p/c/3EB067A7460254EC/0/x9zrPH6HMu4

Minuman BAKAR KALORI?


It sounds like a slimmer’s dream – a fizzy drink that actually makes you thinner.

Cranberry-flavoured Aspire is said to burn off 209 calories within three hours of drinking it.

Scientists at Leeds Metropolitan University found that when caffeine and green tea were combined with amino acid and ginger, there was a ‘thermogenic effect’, whereby the body generates more heat to digest food and temporarily stimulates metabolism.

However the drink, available from the health retailer Holland & Barrett at £1.59, was tested on only 20 subjects – 11 men and nine women.

There are just 12.5 calories per can. Aspire said that while there are no known side-effects, it was not advisable for those sensitive to caffeine.

A spokesman said: ‘Thermogenic products have been used by athletes for many years.

‘Yet what we’ve managed to create with Aspire is to bring those calorie burning properties to many more people in a unique and convenient drink with proven functional benefits.’

In 2006, Coca-Cola and Nestle developed a green-tea drink which claimed to burn calories, but it was never launched in Britain.



Read more: http://www.dailymail.co.uk/health/article-1334292/The-fizzy-drink-claims-burn-200-calories-hours.html#ixzz16kizdaDv

BAGAIMANA illuminiti MENGAWAL MINDA


KELOMPOK ILLUMINITI berkeupayaan mengawal minda kerana mereka mempunyai strategi dan kajian yang sangat terperinci terhadap kebolehan mengawal minda rakyat DUNIA.

Seorang Pengkaji Barat Fritz Springmeier & Cisco Wheeler ditahan (klik utk artikel) FBI berikutan penyebaran artikelnya mendedahkan bagaimana kelompok tentera DAJJAL ini merosakkan pemikiran manusia .

Anda boleh nikmati hasil kajianya yag tetap disebarkan orang ketiga , (namun dalam bahasa INGGERIS). Secara ringkas saya gariskan di sini beberapa ilmu yang digunapakai ILLUMINITI mengawal minda rakyat dunia tanpa di kesan atau disedari kita.

1. Sains Persediaan dan Pemilihan mangsa
2. Sains Trauma dan Mendera Mangsa
3.Sains Penggunaan Ubat
4. Sains Hipnosis
5. Sains Menipu Helah dan Mengabui Mata
6. Sains Elektronik dan Elektrisiti
7. Sains pembinaan
8.Sains Manipulasi Tubuh Badan dan Program
9. Saisn Manipulasi Minda melalui Kaedah Program Psikologi

1
0. Penggunaan Aspek Rohani untuk mengawal manusia
12.Sains Kawalan dalaman
13. Saisn Kawalan Luaran

Pastinya anda akan menemui fakta yang menarik bagaimana kelompok FREEMASON menjayakan agenda mereka menakluk pemikiran umat dunia ...

22 Nov 2010

DEKLARASI 3 PONDOK UTAMA DI KELANTAN


deklarasi tiga pondok utama di Kelantan mengenainya (akidah aswj). Pondok-pondok yang kita maksudkan itu adalah (1) Madrasah an-Najmiah, Pondok Geting, Tumpat; (2) Madrasah Diniah al-Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan (3) Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh.

Pergerakan WAHABI secara UMUM di MALAYSIA

Polemik Firqah Wahabi vs ASWJ di Malaysia

Polemik Firqah Salafi Wahabi vs Ahli Sunnah Waljamaah di Malaysia

Polemik antara aliran Salafi Wahabi dengan Ahli Sunnah Waljamaah di dalam Negara semakin mendapat perhatian dan ianya juga menjadi perbualan kalangan masyarakat berilmu.

Kedua pihak saling mengkritik dan mempertikaikan antara satu sama lain berkenaan hal ehwal agama mengikut kefahaman masing-masing. Kedua belah pihak memepunyai hujah tersendiri bagi mendokong pandangan mereka.

Malaysia sebuah Negara yang pada dasar umat Islam mempraktikkan aliran Sunnah Waljamaah sejak berzaman kedatangan Islam di Alam Melayu dan ianya menjadi pegangan majoriti umat Islam sedunia. Bahkan rantau nusantara dikenali rantau Sunni.

Manhaj ASWJ
Apakah yang dimaksudkan aliran Ahli Sunnah waljamaah… Iaitu golongan yang memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman Islam sebenar iaitu berpaksikan akidah menikut manhaj (methodology) Imam Abu Hasan al-Asyaari dan al-Maturidi, didalam mempraktikkan amalan Feqah mengikut mazhab seperti Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafei. Dan mempraktikkan amalan Tasawuf mengikut manhaj Imam al-Ghazali atau mana-mana Tariqat Sufi Muktabar. Antara tokoh iaitu Imam al-Ghazali, Imam as-Syafei, Imam Hanafi, Imam al-Abu Hasan Asyaari, Maulana Zakaria al-Kandahlawi, Said Nursi, Syeikh Daud al-Fathoni, Syeikh Ahmad al-Fhathoni, Syeikh Abd Samad al-Palembani, Syekh Mohd Arsyad al-Banjari, Dr Uthman el-Muhammady dan ramai lagi. Institusi yang utuh dengan aliran Sunni ASWJ iaitu al-Azhar as-Syarif, Mesir dan institusi Pondok/pesantren dan Institusi Tariqat Sufi.



Manhaj Salafi Wahabi
Iaitu suatu aliran yang mendakwa berpegang secara langsung kepada al-Quran dan Hadis tanpa mengikuti mazhab tetapi mengikut manhaj golongan salafus soleh. Mereka menisbahkan diri mereka sebagai salaf iaitu golongan yang hidup dalam sekitar 300 tahun daripada zaman Rasulullah SAW. Namun dakwaan mereka mengatakan mengikut manhaj salaf jelas bertentangan kerana berbeza antaranya golongan wahabi mencipta tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Sifat, memanipulasi faham bidah, syirik , kufur mengikut fahaman mereka serta membawa fahaman tajsim dan tashbih. Antara tokoh aliran ini ialah Ibn Taimiah, Mohd b Wahab, Ibn Qayyim, Nasrudin al-Albani, Abd Qadir al-Jazairi, Ibn al-Baz, Nasrudin al-Albani, Usama Bin Laden dan lain-lain. Antara institusi utama iaitu Universiti Islam Madinah al-Munawarah, di Arab Saudi dan beberapa madrasah di Pakistan.

Fenomena Salafi Wahabi di Malaysia semakin ketara dengan sikap golongan firqah tersebut yang mempertikaikan ulama Melayu silam dan kitab-kitab karya mereka dengan tohmahan sebagai jumud dan menyeleweng. Amalan-amalan kebaikan seperti maulid, tahlil, majlis zikir dihukumkan sesat dan bidah. Bahkan golongan salafi Wahabi banyak memainkan fahaman mujassimah dan mushabihah dan doktrin menghukum seperti sesat, khurafat, bidah, syirik, kufur mengikut kefahaman dan pandangan mereka. Golongan Salafi Wahabi berjaya mendapat tempat di beberapa media massa seperti majalah dan akbat harian dan mingguan. Mereka juga berjaya menduduki di dalam sektor awam, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, NGO, parti politik dan lain-lain. Bahkan mereka telah berjaya penetrasi kedalam aliran Sunni Ahli Sunnah waljamaah dan mendakwa merekalah sebenarnya ASWJ. Konsep yang mereka sebarkan doktrin mereka adalah melalui mengajar di sekolah, surau, masjid, IPT, dan melalui penulisan di media massa serta seminar, wacana, ceramah, Internet, Tv, Radio dan sebagainya. Bahkan menjadikan masyarakat tidak dapat menilai antara siapa sebenarnya golongan ASWJ.

Fahaman tabdi’ yang dipelopori golongan salafi wahabi membawa kekeliruan kepada masyarakat tentang Islam yang sebenar walhal sejak berzaman Islam di dalam Negara ialah ASWJ. Fahaman tabdi’ boleh membawa perpecahan dan pertelingkahan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun golongan Salafi Wahabi masih kecil namun mereka kelak bagaikan bom jangka yang akan menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

Agenda Salafi Wahabi kini ialah mengkritik ulama Melayu silam sebagai jumud, sesat dan menyeleweng dan mempropagandakan kitab agama Jawi Melayu sebagai tidak betul dan taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu. Sememangnya mereka bertopengkan dan mendakwa mereka sebagai golongan Islah, tajdid dan mengikut al-Quran dan al-Hadis. Dan mereka begitu sensitif jikalau membangkitkan penyelewengan ulama rujukan mereka yang menjadi pujaan golongan Wahabi. Bahkan mereka bijak dengan menafikan panggilan wahabi kepada pengikut-pengikut mereka bagi memperdayakan masyarakat dengan dakyah dan doktrin mereka tersebut. Dan Mereka juga suka membangkitkan isu-isu masalah furu’, ayat-ayat mutashabihat dan kontroversi bagi mengelirukan umat Islam dengan ASWJ yang hakiki. Bahkan sesetengah pihak sudah keliru dengan mengiktiraf golongan Salafi Wahabi sebagai sebahagian daripada aliran ASWJ.

Di Malaysia mereka membentuk jaringan sesama mereka dan secara antarabangsa dengan golongan Salafi Wahabi di Timur Tengah, Indonesia dan Thailand serta menjemput ulama Wahabi ke Malaysia bagi wacana ilmu anjuran mereka. Mereka bergerak melaui NGO dan sebagainya

Penutup
Sesungguhnya doktrin yang dibawa oleh golongan Salafi Wahabi adalah melampau dan bertentangan dengan ASWJ yang sebenar mengikut kefahaman al-Quran dan Hadis. Fahaman Tabdi’ seperti menghukum sebagai sesat, bid’ah, khurafat, syirik, taksub mazhab, jumud dan taksub kepada bangsa adalah doktrin yang selau dibawa mereka. Mereka selau bertopengkan dengan dakwaan berpegang kepada al-Quran dan Hadis, golongan Islah, tajdid dan sebagainya.

Mereka semakin membentuk jaringan sesama golongan wahabi sebagai jaringan strategik dalam dan luar Negara dan berusaha mencari peluang di media massa dan posisi strategik dalam perkhidmatan awam dan NGO serta parti politik. Mereka akan membangkitkan perselisihan dengan apa yang telah diamalkan masyarakat sejak berzaman dengan dakwaan ianya bertentangan dengan Islam. Dengan pengaruh dan kuasa agenda Salafi Wahabi ialah untuk menjadikan umat Islam di Malaysia berpaksikan fahaman mereka.

Dan sedia maklum sememangnya golongan inilah pelampau agama dan ramai jaringan pengganas antarabangsa adalah berpaksikan kepada ideologi atau doktrin Salafi Wahabi dalam beragama dan berpegang kepada doktrin menghukum dan tabdi’. Sememangya sejarah munculnya dan berkembanganya aliran Salafi wahabi ialah kerana agenda politik yang bertopengkan agama. Bahkan tuduhan propaganda mereka dengan menegatifkan ulama dan kitab-kitab Melayu jawi sebagai menyeleweng dan jumud serta taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu.

Justeru usaha memepertahankan umat Islam dengan jatidiri ASWJ menjadi tanggungjawab bersama umat Islam terutamanya pemerintah sebelum ianya menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia kerana ianya akan memecahbelahkan masyarakat dan mengelirukan kefahaman agama Islam yang sebenar..

sumber: ALAM ILMI

9 Nov 2010

BAHAYA GELOMBANG TELEFON CANGGIH

Syarikat pembuat/pengeluar telefon bimbit dituduh cuba menyembunyikan fakta tentang bahaya telefon bimbit kepada pengguna.

Amaran bahawa telefon pintar iPhone keluaran Apple sepatutnya dijarakkan 15mm dari badan seolah-olah tidak kelihatan dalam manualnya. Begitu juga saranan bahawa pengguna BlackBerry perlu menggunakan alat "hand free" atau dijarakkan satu inci dari badan, perut wanita mengandung, dan abdomen remaja juga tidak ditonjolkan dalam manualnya.

Semua pengeluar telefon bimbit termasuk Nokia dan HTC juga mengeluarkan amaran yang sedemikian walaupun pada masa yang sama menyatakan bahawa memegang telefon bimbit di telinga dan di kepala tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Walhal menurut laporan, pendedahan frekuensi radio yang berpunca daripada antena telefon boleh menyebabkan tumor dan pendedahan frekuensi berlebihan di kepala, buah pinggang, buah zakar, hati, buah dada, dan organ penting yang lain. Selain itu, frekuensi tersebut juga dipercayai dapat menjejaskan bayi di dalam kandungan. Frekuensi radio yang terhasil bertambah kuat apabila telefon bimbit disimpan di dalam poket.

Justeru, pihak NGO menggesa syarikat pengeluar telefon bimbit menonjolkan amaran dan risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna yang tidak mematuhi etika penggunaan telefon bimbit syarikat mereka. Pertubuhan itu juga menggesa agar kempen pendidikan untuk mendidik masyarakat tentang bahaya yang dihadapi oleh mereka setiap hari sebagai akibat penggunaan telefon bimbit dilaksanakan secara berkala.

Sila semak manual telefon bimbit anda!

Laporan lanjut saya pautkan di bawah ini:

[DM] ...Health campaigners and politicians on both sides of the Atlantic are calling for clear warnings to be put on handset boxes.

They are also demanding a public education campaign, starting in schools, to advise on the safe use of the devices.

Alasdair Philips, of Powerwatch, an independent group which investigates the safety of mobile phones, said: ‘Most people have no idea about these warnings.

‘The safety advice should be included on the boxes and far more prominently in the “getting started” section of user guides and not just in the detail at the back that hardly anyone reads.

‘This should be only part of a much wider public education campaign that begins in the schools.’

The safety advice in manuals is designed to limit so-called Radio Frequency exposure. This is said to heat body tissue and some – inconclusive – research suggests it is linked to tumours in the brain.

THE SMALL PRINT

Blackberry torch: Use hands-free operation if it is available and keep at least 0.98in (25mm) from your body when turned on and connected to the wireless network. Reduce call time.
Apple iPhone: When using near your body for voice calls or for wireless network data, keep iPhone at least 15mm (5/8in) away from the body and only use accessories that do not have metal parts. Again maintain at least 15mm separation from the body.
Nokia C6: Maintain a normal use position at the ear at least 15mm (5/8in) away from the body. Any accessory should not contain metal and should position the device the above-stated distance from the body.

Most RF exposure comes from the antenna and it can increase when a phone is kept in a pocket because phones increase their power output when a network signal weakens.

Men who carry handsets on their belt or in their pockets with the keypad facing outward will suffer higher exposure because the antenna, which is always at the back, is close to the body.

SAR – Specific Absorption Rate – is the standard industry measurement for the amount of RF energy the body absorbs.

Mr Philips said: ‘When a phone has to power up, it sends high SAR power into the trunk and towards the kidneys and liver. It can be the testicles if in a trouser pocket.

‘Some girls carry them in chest bags which hang just below their breasts. Breasts, eyes and testicles absorb external RF energy the most. Blood-rich organs, such as the liver, kidneys and heart are among the top energy absorbers.

Advice: Campaigners say pregnant women should keep their handset away from the foetus in the first six months

‘The ovaries and foetus are relatively well protected by the trunk, but it obviously makes sense to keep the handset away from those areas, especially the foetus in the first six months. Many later-life causes of ill health are increasingly being recognised as having their roots in foetal exposure to chemicals, hormones, radiation of various sorts.’

He said most handsets also put out pulsed ELF magnetic fields which travel further into the body than RF signals. These are associated with childhood leukaemia and some adult cancers.

Caroline Lucas, Green Party leader and MP, said: ‘Greens have never said don’t use mobile phones, but we have always said that as with any other technology, we need to make people aware of any potential risks and give clear guidance regarding the safest possible use, so we can get the maximum benefit from the technology with the least possible risk.’

Mobile phone firms are legally required to advise customers on how to minimise RF exposure and use their manuals to do so.

Michael Milligan of the Mobile Manufacturers Forum said: ‘A mobile phone can always be used up against the head without the need for this separation, because phones are designed to have the antenna far enough away from the head when making a call.

‘Every mobile phone model is tested to make sure they meet national and international exposure limits for exposure to Radio Frequency emissions, before they can be sold in the UK or elsewhere.’

However, many new phones are so slim, antennas will be closer to the head than distances recommended by many manufacturers.

SUMBER:DAILYMAIL , DUNIA CACAMERBA

RAKYAT BERKUASA!!!


RAKYAT KUASA PENENETU ..

KITA TENTUKAN YANG LAYAK SAHAJA MENJADI WAKIL KITA....

YANG PANDAI BEKERJA DAN MENJAGA HAK RAKYAT..,

BUKAN BANYAK CAKAP DAN MENIPU RAKYAT SESUKA HATI...

MEMBUAT DUIT ATAS BELAKANG RAKYAT DAN BERANI PULA MEMBERI AMARAN KEPADA RAKYAT ...

HEMPASKAN PEMIMPIN PENIPU KE LANTAI ...

RAKYAT BERKUASA, RAKYAT TIDAK AKAN DITIPU DUA KALI ..

8 Nov 2010

Zaid Untuk Rakyat - Home

Zaid Untuk Rakyat - Home

Fadhilat Maulid Nabi saw


www.alraufi.blogspot.com


Telah berkata Imam Syihabuddin Ahmad Ibnu HajarAl-Haitami Asy-Syafi'i
dalam kitabnya bernama :
Ni’matul Kubra 'Alal 'Alam Fi Maulidi Saidi Waladi Adam
dalam Bab : Faslun Fii Bayan Fadli Maulid Nabi :

Telah berkata ‘Ali r.a. :
“Sesiapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw dan
kerananya diadakan majlis membaca maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.

4 Nov 2010

Perkongsian Pengalaman Perang KOMANDO MALAYSIA yang sangat berharga..!!

PENGALAMAN PERANG DI AFGHANISTAN


sumber: military of malaysia

1. Bulan Ramadhan sudah berlalu dan sekarang Syawal, saya tiba-tiba teringat untuk menulis pengalaman saya berada di Afghanistan/Pakistan dan kebetulan pula, kenalan saya – SniperGunung (Ex Sniper tentera Malaysia yang pernah terlibat dalam peperangan di Somalia) akan pergi ke Afghanistan tidak lama lagi

2. Seperti yang anda semua sedia maklum, saya pernah terlibat dalam serangan Amerika Syarikat ke atas Taliban sekitar tahun 2002 atau 2003 (saya tidak ingat tarikh pergi ke kawasan itu dan saya malas hendak buka fail-fail lama saya-yang pasti pada masa itu adalah pada bulan Ramadhan).

3. Saya dijadualkan untuk tiba ke Karachi di Pakistan dengan menaiki kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) tetapi oleh kerana perjalanan mengambil masa selama dua minggu, penerbangan udara merupakan pilihan yang lebih baik, kalau tidak silap, penerbangan dari Sepang ke Karachi mengambil masa selama 14 jam termasuk persinggahan sementara di Dubai.

penulis di hadapan kapal KD Mahawangsa di pelabuhan Karachi

penulis di atas kapal KD Mahawangsa, turut mengiringi kapal ini adalah friget, KD Kasturi

4. Memang tepat keputusan saya untuk tidak menaiki kapal laut kerana sebenarnya tidak selesa naik kapal perang ini, nak buang air pun susah (tandas kecik-pintu tandas berlaga dengan kepala lutut) kalau tidur mesti atas lantai atau kerusi panjang, maklumlah nama pun kapal perang, mana selesa tetapi percaya atau tidak, ada kedai 24 jam atas kapal perang hehehe, untuk membeli rokok dan makanan ringan seperti Maggie dan Mamee

5. Saya diberi kebenaran oleh Wisma Putera untuk berada di bandar pelabuhan Pakistan, Karachi selama tiga hari, selepas puas berjalan di bandar itu, saya terjumpa pula kawan saya, Azaliza, yang sudah beberapa minggu berada di Pakistan, beliau meminta saya menemaninya ke Afghanistan.

6. “Bila lagi nak tengok perang beb? Ini pengalaman berharga, jadi sejarah dalam hidup kita,” kata kawan saya itu. Saya akui agak risau juga hendak ke sempadan Afghanistan kerana Utara Pakistan merupakan kawasan “Lawless” dan sering berlaku pergaduhan dan rompakan bersenjata api. Lagipun, saya sudah menghabiskan elaun perjalanan ribu-ribu ringgit di Malaysia dan kini pokai

7. Saya dan rakan seperjuangan yang bernama Zali dan kawan saya yang mengajak tadi, akhirnya nekad untuk melihat peperangan, sebelum bergerak ke sempadan, saya sudah maklumkan kepada pegawai Wisma Putera bahawa kami tidak mahu lagi balik ke Malaysia.

8. Kami bertiga kemudian meminta bantuan Zul Alwi, salah seorang Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno pada masa itu untuk menyeludup kami ke dalam pasukan bantuan dari Pemuda Umno Malaysia, sebagai balasan, satu tugas khas diberikan kepada kami tetapi maaf, saya tidak boleh memberitahu apa tugas khas itu

Bersama AJK Pemuda Umno yang membantu menyeludup kami masuk

9. Kami semuanya berpakat dan akhirnya secara tidak rasmi, kami bertiga bertukar kerjaya, maka ketiga-tiga sahabat ini menjadi DOKTOR TIRUAN dari Malaysia yang mahu memberikan bantuan kepada pelarian perang Afghanistan.

10. Akhirnya dari Karachi, kami terbang selama lebih kurang beberapa jam untuk mendarat di bandar Quetta, sebuah bandar yang dipenuhi dengan media luar negara dan petugas CNN, petugas-petugas ini yang kebanyakkan dari barat hanya bermalam dan tinggal di bandar ini kerana wartawan serta jurugambar tidak dibenar untuk memasuki sempadan Afghanistan atas sebab keselamatan.

Penulis di tepi sebuah jalan di bandar musim sejuk Quetta yang menjadi tempat tinggal kebanyakkan panglima perang Taliban

11. Pasukan Umno tadi meninggalkan kami di Quetta untuk terus bergerak ke Chaman, sebuah bandar terakhir di sempadan Pakistan/Afghanistan dan dipenuhi dengan pengintip CIA, pelarian perang serta penyeludup barangan haram seperti senjata dan candu.

12. Di Quetta, saya sendiri memerhatikan keadaan bandar ini kurang selamat kerana kebanyakkan komander Taliban dan raja-raja candu Pakistan dan Afghanistan tinggal di bandar ini, jika terjadi pergaduhan, orang-orang di sini biasanya beradu tenaga dengan kekuatan AK-47.

Saya bersama teman satu agensi bergambar bersama dua sahabat baru yang merupakan ahli kepada parti politik bekas pemain kriket Pakistan, Imram Khan

13.Kami akhirnya bersahabat dengan dua pemuda Pakistan yang merupakan ahli kepada sebuah parti politik pimpinan pemain kriket antarabangsa Pakistan, Imram Khan, mereka ini menjadi pemandu dan juga jurubahasa

14. Hotel sangat mahal ketika itu malah sebuah hotel yang setaraf macam rumah tumpangan di lorong Chow Kit mengenakan caj lebih kurang sehari US150 (lebih kurang RM300) , dan selepas dua hari meninjau keadaan dan mendapatkan maklumat mengenai keadaan di Chaman dan sempadan, tim kami bergerak ke Chaman dengan menyewa sebuah van buruk untuk tidak menarik perhatian sesiapa

15. Perjalanan cukup menyiksakan, lebuhrayanya tidak seperti di Malaysia. Ia melalui kawasan gunung ganang, curam yang sangat dalam dan merbahaya macam di Khojak Pass dan tidak ada pagar keselamatan, kalau terbabas, habis meletup van kami termasuk ke dalam gaung yang curam

Bergambar bersama pengawal sempadan Pakistan (Pashtun Guard), beliau tidak lokek untuk membenarkan saya mencuba AK 47nya

16.Kami juga terpaksa berhati-hati kerana kawasan ini terdedah dengan perompak atau bandit yang biasanya menembak sahaja mangsa mereka dengan raifel AK47, selain itu kami juga risau kerana pemandu kami memang sedang lalok, di Pakistan, berjuta orang ketagih candu dan dadah.

17.Sepanjang perjalanan dari Quetta untuk menuju ke Chaman yang terletak dalam wilayah Balochistan, kami melihat kesan musim kemarau yang melanda wilayah itu. Pemandu kami memberitahu, kesan kemarau itu mempunyai kaitan dengan ujian bom nuklear pertama Pakistan yang dibuat di wilayah itu beberapa tahun lepas.

18.Tiba di Quetta, tim kami di sambut oleh pasukan perubatan Umno dan satu pasukan doktor dan pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (Maaf nama-nama mereka saya tidak ingat), kami menumpang tidur di hotel yang sudah ditempah oleh pasukan Umno dan ATM ini.

19.Di hotel tempat penginapan kamilah, saya menyaksikan sendiri kebolehan pegawai perubatan ATM melakukan pembedahan “in situ” untuk membuang serpihan mortar dari kaki seorang budak lelaki, beliau hanya terbaring kesakitan atas meja pengurus besar hotel itu, suasana memang cemas dan macam cerita perang sahaja.

Saya sedang melihat doktor dari Angkatan Tentera Malaysia membuat pembedahan atas meja dalam bilik manager hotel

Melihat penuh kyusuk mangsa dibedah, tetapi budak-budak Afghanistan ini tabah, kalau budak Malaysia, rasa-rasa dah melalak dan habis doktor ni kena terajang

Budak ni memang cool, lepas kena bedah, kami berama-ramai menghisap rokok sambil pekena teh tarik cairrrrrr (pakai susu kambing)

20.Sebut pasal cuaca, memang sejuk tahap gila walaupun bandar ini terletak di kawasan gurun (pelik, gurun pasir tapi sejuk gila). Saya gagahkan juga untuk mandi setiap pagi sepanjang beberapa hari duduk di Quetta, malam kami tidak berani keluar kerana takut ditangkap oleh polis rahsia Pakistan yang dikenali sebagai ISI (macam CIA) dan orang-orang di sini kebanyakkan ganas-ganas berlaka dengan senjata raifel tersandang, macam filem koboi pula

21.Akhirnya saya berpeluang masuk ke Afghanistan dengan bantuan pasukan perubatan Umno, kawasan yang dimaksudkan ialah Spin Boldak, kami bergerak secara konvoi dan kenderaan kami menggunakan bendera Indonesia atau Umno, ini disebabkan bendera Malaysia mempunyai jalur yang sama dengan bendera Amerika Syarikat

22.Perasaan anti Amerika sangat meluap ketika itu, melihat kami memakai bendera Indonesia membolehkan kami bertemu dengan ketua puak-puak Afghanistan tanpa sebarang masalah dan mereka melayan kami dengan baik memandangkan kebanyakkan mereka mengetahui bahawa Indonesia merupakan sebuah negara Islam yang besar

23.Di Afghanistan ini, saya lihat beribu-ribu pelarian Aghanistan, ada pelarian yang lari dari kubu kuat Taliban iaitu Kandahar di Afghanistan dengan berjalan kaki sambil memakan batu bata kerana terlalu lapar.

24.Macam-macam cerita saya dengar dari mereka, ada seorang lelaki hilang seluruh keluarga dan semua saudara maranya apabila kampung beliau terkena “Carpet Bombing” dari B-52 dan membunuh beratus-ratus orang dalam kampung itu

Seorang kanak-kanak Afghan yang cedera di beri rawatan oleh doktor ATM, ksian budak ini habis lalat bersarang pada luka-luka beliau, saya cuma melihat sahaja, tidak boleh hendak buat apa

Gambar di atas ialah seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang cedera akibat perang dan dirawat oleh doktor tentera Malaysia. Habis lalat bersarang pada luka budak ini dan gambar kedua ialah kanak-kanak Afghanistan dalam khemah pelarian, mereka ini suka sangat bergambar dan agak teruja melihat penulis, ramai menyangka kami orang Mexico, hahaha

25.Di sini, saya juga melihat bertapa hipokrit dan bangsatnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melayan pelarian perang Islam, anda kenal “Ubat Biru”, iaitu sejenis cecair berwarna biru yang biasa kita pakai untuk mencuci luka semasa kecil dahulu.

26.Jika anda pelarian perang Afghanistan, anda akan diberi ubat cecair biru ini dan Panadol sebagai bekalan ubat anda, tidak kiralah anda ada ceret beret ke, demam kepialu ke, buasir ke tetapi hanya itu sahajalah ubat untuk anda.

27.Dalam berita CNN, mereka akan kata PBB datang untuk memberikan bantuan perubatan, kita di Malaysia, memang pujilah orang puteh ini kerana sanggup bantu orang Islam tetapi itulah, setakat bagi Panadol dan ubat biru sahaja (bukan betul-betul ikhlas pun)

28.Jadi jika kita lihat dalam TV atau akhbar, watak dan kelibat pasukan PBB di ada di mana sahaja padahal NGO dari negara Islam pun ada, cuma itulah propaganda barat, hanya PBB ditonjolkan dan kita di kampung menyumpah “Tidak ada ke negara Islam yang bantu”, sebenarnya ada, cuma NGO negara Islam ini tidak ditonjol dan tidak keluar dalam CNN

29.Seperkara lagi, semua penghantaran kotak bantuan makanan, perubatan dan bantuan lain contoh dari Malaysia, biasanya akan diserahkan kepada PBB.

30.PBB ini pulak memang “kurang ajar”, bantuan dari Malaysia tadi akan dikotakkan semula dengan logo PBB, jadi pelarian perang dari Afghanistan ini tidak tahu pun bahawa sebuah negara kecil dari Asia Tenggara ini ada membantu mereka.

31.Kerana itulah, pasukan bantuan Umno ini yang disokong pakar rawatan dari ATM datang dengan kotak-kotak bantuan yang siap dengan logo dan sticker bendera Malaysia untuk dihantar terus kepada mangsa pelarian.

32.Doktor dari Umno dan ATM akan memastikan, setiap pelarian perang yang sakit akan diberikan rawatan dengan sewajarnya, jika demam diberi ubat demam, jika buasir diberi ubat buasir, bukan ubat panadol untuk sakit ceret beret seperti yang dibuat oleh orang puteh PBB ini

33.PBB inilah yang sibuk menwar-warkan kepada dunia melalui CNN, bahawa mereka datang membantu pelarian Islam, begitulah propaganda barat dan orang Melayu pun terpengaruh dengan barat walaupun mereka menafikan.

Penulis bersama dua bekas pejuang Mujahidin yang pernah berperang dengan Soviet Union, mereka kini sudah tua

Saya bersama seorang bekas tentera komunis Afghanistan, sekarang menjadi ketua puak tetapi lepas itu turut menjadi pelarian perang

34.Hipokrit segelintir bangsa Melayu ini, mengaku kononnya bersimpati dengan perjuangan dan penderitaan umat Islam yang lain tetapi terus menerus menggunakan barangan buatan barat danmakan di McDonald, malah dari kecil mengajar anak mencintai budaya barat dengan membawa mereka ke McDonald dan masih terus menerus menggunakan produk barat, musim memboikot produk (kalau bercakap pasal Islam, pum pang, pum pang tetapi realitinya jauh dari memahami apa itu Islam) barat atau yahudi dibuat secara bermusim dan bukan terus menerus (kononnya boikot barat tetapi terus menerus terus hanyut dengan racun barat, contohnya lepak di TGI Friday dan mengalakkan anak-anak menjadi penyanyi)

35.Negara Islam lain seperti Malaysia juga memberi bantuan dan mendirikan kem-kem pelarian di bawah kelolaan mereka sendiri tetapi mereka ini menghadapi pelbagai rintangan serta sentiasa di tekan dan diganggu oleh “Mat Salleh dan Minah Salleh” keparat.

36.Berada di sempadan Afghanistan memang hiba dan gerun, mangsa perang sampai ke khemah setiap masa dan askar-askar serta unit tentera dan pengawal berkuda Pashtun dari Pakistan mengawal pintu sempadan dengan ketat.

37.Saya perhatikan ramai mangsa pelarian yang menggunakan sepatut yang mahal, kaum wanita ada yang memakai kasut Christian Dior dan Vicci, mungkin ehsan dan derma dari masyarakat barat di Eropah yang sudah sebati menggunakan jenama itu, macam orang Malaysia pakai kasut BATA.

38.Hampir setiap hari saya menyaksikan pesawat B-52 terbang untuk mengebom sasaran di Afghanistan, bunyinya amat mengerunkan, ia terbang tinggi nun jauh disebalik awam tanpa dapat dilihat dengan mata kasar tetapi enjinnya seolah-olah berada di belakang cuping kita.

39.Ledakan bom dari bandar Kandahar yang menjadi sasaran, meraung merempuh muka saya dengan suara yang amat mengerunkan, saya tidak pasti adakah ianya bunyi dari ledakan bom yang digugurkan oleh pesawat B-52 tadi atau tujahan api dari roket-roket Katyusha.

40.Akhirnya selepas puas berada di Afghanistan, tim saya yang terdiri dari tiga orang ini mengambil keputusan untuk balik ke Quetta, saya rindukan nasi briyani Pakistan di Quetta kerana di Chaman, restoran sukar dicari dan kami cuma makan roti Nan keras macam kulit tayar lori dan minum dalam bekas tangki minyak hitam Castrol

Ini bukan bilik hotel tetapi merupakan sebuah warung, yang kelakarnya tidak ada meja makan kecuali pangkin dan minuman dihidang dalam tin minyak hitam kerana tidak cukup jug air . Kalau anda bukan jenis lasak dan tidak kuat mental, tak payahlah pergi ke kawasan macam ini, siksaaaaaa

41.Selepas tiba di Quetta, malang menghampiri kami, pasukan perisikan Pakistan yang dikenali sebagai Inter Service Intelligence (ISI) berjaya mengesan peranan kami. Mereka menyoal siasat kawan saya (ketika ini saya berada di restoran hotel untuk menikmati daging kambing panggang yang dimasak dengan daun pudina, perghhh sedap tidak terkata, tidak sama macam daging kambing kat Malaysia)

42.Habis semua komputer peribadi kami dan bagasi diselongkar.

43.Kami bertegang urat menyatakan bahawa kami adalah DOKTOR, akhirnya mungkin kerana letih melayan kami, dua pegawai risik ISI ini memberi kami tempoh 24 jam untuk keluar dari Quetta jika tidak mereka akan mendakwa kami, sebagai perisik asing.

44.Selepas diberitahu, hukuman ke atas perisik asing adalah penjara dan rotan serta tembak, kami mengambil keputusan untuk keluar dari Quetta tetapi sebenarnya, kami ada projek lain, kami hendak ke Islamabad (saja nak tengok ibunegara Pakistan) sebelum bergerak ke Penshawar (Sebuah lagi bandar sempadan yang terletak beratus kilometer dari Quetta).

45.Oh Ya, sebelum itu, pegawai ISI tadi sempat menanyakan kawan saya mengenai Malaysia dan menyatakan kekaguman mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

46.Mereka respek kami kerana berjaya menyelinap masuk ke sempadan dan duduk selama satu minggu lebih tanpa dapat dikesan dan yang paling utama, mereka sebenarnya memberi peluang kepada kami kerana mereka amat menyukai Mahathir

Telefon satelit yang saya gunakan, ini bukan di Afghanistan tetapi di sebuah negara lain dalam kejadian yang lain (tidak ada kena mengena dengan perang Taliban)

47.Balik di Malaysia, semua orang kagum dan saya dinaikkan pangkat walaupun bos bengang kerana saya MISSING IN ACTION selama dua minggu (Ada bawa satelit phone tapi leceh nak pakai pasal susah nak cari kedudukan satelit di orbit, lagi pun sebelum pakai, kena bukak kepak tranceiver dia dan ini menarik perhatian orangramai).

48.Ingatan saya, kalau nak tengok perang, pastikan mental dan fizikal anda kuat kerana melihat penderitaan mangsa-mangsa perang terutama anak-anak akan menyebabkan anda tertekan yang amat sangat, lagi pun kehidupan masa perang sangatlah sukar

49.Jadi kita di Malaysia ini, bersyukurlah atas nikmat yang kita ada, ambillah peluang dari keamanan yang wujud dalam negara ini untuk menimba ilmu dan buat duit.

50.Seorang pakar perubatan dari sebuah NGO Malaysia terpaksa dihantar pulang kerana mengalami tekanan mental akibat tidak tahan melihat keadaan mangsa perang dan beliau adalah lelaki, yaaa, lelaki pun kena tekanan mental dan kalau perempuan, entahlah, agaknya kering air mata dan terus kena histeria nak balik Malaysia hahahaha

51.Bercakap pasal perang, walaupun Malaysia ini aman tetapi sesekali itu belajarlah hidup secara susah, manalah tauuuu kannn…..

Bersama dengan menteri petrolium Afghanistan (kabinet kerajaan Taliban), memang sempoi orangnya dan selalu melepak bersama kami

KRISIS AFGHANISTAN SECARA ASAS – NAK TAHU LEBIH LANJUT CARILAH SENDIRI

-Veteran Mujahidin dan rakyat Aghanistan atau Pakistan tidak pernah mendengar nama

Osama Laden sebelum ini, mereka sendiri menganggap Osama merupakan pengintip (Bila saya balik Malaysia, saya tengok ramai orang pakai t-shirt Osama, saya geleng kepala…CIA mudah menipu umat Islam hanya dengan mewujudkan watak palsu yang konon-kononya wira Islam. Sebenarnya ramai umat Islam yang disesatkan dan ditwist pemikiran mereka oleh tokoh-tokoh Islam yang diwujudkan oleh pihak musuh dengan tujuan hendak memecah belahkan umat)

-Hampir semua panglima perang Islam dari medan tempur Chennya, Russia sampailah ke Palestin, habis dikesan dan berjaya dibunuh Barat dan kuncu-kuncu dajal serta zionis tetapi Osama sampai sekarang terselamat, pelik tak???

-Musuh Islam menghancurkan kita dengan Islam juga, ingat, Barat tidak pernah mengalahkan Islam melalui Perang Salib, akhirnya Islam tertewas dengan perpecahan dari dalam macam PAS dan UMNO

-Tunggulah negara ini tergadai, barulah tahu korang semua dah kena tipu hidup-hidup dan sudah termasuk ke dalam fitnah Dajal

-Semasa saya di Chaman, saya berbual dengan Menteri Petroleum Afghanistan (kerajaan Taliban), entah betul atau tidak mamat ini menteri kerana Afghanistan tidak pernah ada kerajaan atau kabinet dan menteri dilantik sesuka hati.

-Beliau mendedahkan rancangan Amerika secara terpeinci melalui penguasaan minyak, jadi apa yang anda baca dalam laman-laman web konspirasi tentang krisis di Afganistan, saya merupakan antara orang yang awal-awal tahu tentang matlamat sebenar dunia barat.

-Taliban merupakan organisasi tajaan Pakistan. Dahulu, mereka memiliki pesawat pejuang dan helikopter perang, dipercayai juruterbang pesawat-pesawat ini dikemudi oleh askar rahsia ISI atau pilot Pakistan sendiri

-Pakistan terpaksa tunduk dengan Amerika Syarikat kerana bimbang dikaitkan dengan keganasan yang akan mengakibatkan AS mungkin menyerang negara itu seperti yang terjadi ke atas Iraq.

-Saya suka Pakistan, mereka ROCK dan sempoi, kambing Pakistan juga sedapppppppp, antara ayat yang popular ialah “You’re my Muslim brother” dan kerana ayat inilah juga ramai askar Pakistan yang kena sembelih di Somalia

Rahsia TENTERA.

PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA


(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.A

3 Nov 2010

SYAIR KEMATIAN

syair yang dinukil oleh Syaikh Ibnu Hajar al-`Asqalaani asy-Syafi`i rahimahUllah dalam karya beliau "al-Isti'daad li yawmil ma`aad" berbunyi:-


Wahai insan yang dunia jadi kesibukannya
Telah tertipu ia oleh panjang angannya
Atau yang sentiasa dibuai kelalaianya
Hingga ajal datang mendekatinya
Sungguh mati itu tiba-tiba datang mengejutkannya
Dan kubur itu peti segala amalannya
Bersabarlah atas segala kepayahan dunia
Tiada mati melainkan dengan ajalnya


SUMBER:BAHRUS SHOFA

Wahabiyah - bersalahan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah



Apakah JAKIM dibayangi DR MAZA ini ?

Penulis ada melewati satu laman web JAKIM tetapi hairan dengan fakta yang di putarbelit !!! , ini kerana amat masyhur kalangan ulama-ulama Pendukung AHLI SUNNAH WAL JAMAAH bahawa fahaman wahabi bersalahan dengan ahli sunnah wal jamaah , penulis memetik dari satu tulisan ilmiah bagi menjawab balas fakta yang salah tersebut.-

Nota:

[Klik banner JAKIM untuk melihat web yang menyebarkan artikel yang dimaksudkan dan Klik tajuk dibawah untuk melihat tulisan akademik penuh jawapan penipuan fakta oleh wahabi]


2.3. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama‘ah

Kesemua aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah berlandaskan al-Qur’an, al-Hadith serta ijma‘ ulama. Ahli Sunnah menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang telah dinyatakan oleh Allah Ta‘ala sendiri di dalam al-Qur’an dan apa yang telah dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadith

Baginda tanpa mereka menyandarkan sifat tasybih ( هيبشت ) atau tajsim ( ميسجت ) bagi Allah, mereka juga menafikan sifat duduk, bertempat, berkaki, berbetis, zat yang turun naik dari langit ke bumi, berada di atas langit, berada di atas ‘arasy, dan sebagainya dari sifat yang tidak layak bagi Tuhan yang mencipta segala makhluk-Nya. Ini semua berdasarkan firman Allah di dalam Surah al-Syura ayat 11 yang bermaksud:

“Tiada sesuatupun yang menyerupai-Nya.”

Wujud-Nya Allah tanpa diliputi tempat berdalilkan juga dari sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:

“Allah telah sedia wujud (azali) dan tiada sesuatupun selain Allah itu azali.”
(Riwayat al-Bukhariyy dalam Sahih al-Bukhariyy)

Ini menunjukkan bahawa Dia sahaja yang wujudnya azali manakala tempat, ‘arasy, langit, dan selainnya bukan azali.

Ijma‘ para ulama yang telah dinukilkan oleh Imam ‘Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadiyy dalam kitab al-Farq Bayna al-Firaq ( قارفلا نيب قرفلا ) halaman 333 cetakan Dar al-Ma‘rifah jelas menunjukkan kewujudan Allah bukanlah berada di atas ‘arasy, akan tetapi Allah wujud tanpa diliputi oleh tempat:

“Dan telah disepakati dan di-ijma‘-kan bahawa Allah tidak diliputi tempat.”
Demikian ijma‘ para ulama yang tidak boleh ditolak lagi oleh golongan mujassimah ( ةمسجم ) dan musyabbihah ( ةهبشم ).



Dalam artikel yang sama ada digariskan fahaman wahabi yang ternyata sangat berbeza dengan iktikad ahli sunnah wal jamaah.....



Percanggahan Dalam Masalah Aqidah yang dibawa aliran Wahabi:

i. Membawa kaedah tawhid “Tiga T”;
Tawhid Uluhiyyah ( ةيهولأ ديحوت ),
Tawhid Rububiyyah ( ديحوتبروبةي ) dan
Tawhid Asma’ Wa Sifat ( تافصو ءامسأ ديحوت ),

Penyelewengan mereka dalam hal tersebut adalah kerana membeza-bezakan antara Tawhid Uluhiyyah dengan Tawhid Rububiyyah sehingga menghukum kesemua orang kafir juga beriman kepada Allah serta menetapkan Tawhid Asma’ Wa Sifat dengan erti yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah sejati bahkan lebih menjerumus kepada aqidah tajsim yang ditolak oleh ulama Islam, pembahagian tawhid mereka tersebut tidak pernah wujud di dalam sejarah ilmu tawhid Ahli Sunnah Wal Jama‘ah tulen.

ii. Membawa fahaman “tajsim” dan “tasybih” iaitu menjerumus kepada menjisimkan Allah dengan mengatakan Allah itu adalah jisim dan menyamakan Allah dengan makhluk seperti menyifatkan Allah dengan sifat mulut, telinga, bayang-bayang dan selainnya dari sifat yang tidak pernah Allah nyatakan dalam al-Qur’an mahupun al-Hadith.

iii. Menolak pengajian sifat dua puluh (20).

iv. Menghukum syirik amalan tawassul ( لسوت ), tabarruk ( كربت ), ziarah kubur dan istighathah ( ةثاغتسإ).

v. Mengkafirkan dan mem-bid‘ah-kan ramai ulama-ulama yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ariyy, perumus aliran Ahli Sunnah Wal Jama‘ah, Imam Nawawiyy dan Imam Ibn Hajar al-‘Asqalaniyy turut dihina oleh kelompok Wahhabi.

vi. Mengelirukan pengertian ta’wil ( ليوأت ), ta‘til ( ليطعت ) dan tafwid ( ضيوفت ).

vii. Mendakwa dari golongan Salaf.

viii. Mendakwa sesiapa yang mentakzimkan Nabi Muhammad membawa kepada syirik.


Sudut Percanggahan Wahabi Dalam Furu’ Iaitu Cabangan Agama:

i. Menganggap talqin sebagai bid‘ah sesat.

ii. Mengganggap amalan tahlil, Yasin, kenduri arwah sebagai bid‘ah sesat.

iii. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.

iv. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.

v. Menggangap lafaz sayyiduna “ انديس ” (taswid “ ديوست ”) dalam solat sebagai bid‘ah sesat.

vi. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.

vii. Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid‘ah sesat.

viii.Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Qur’an dan hadith sebagai bid‘ah sesat. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid‘ah yang haram.

ix. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.

x. Menolak sambutan mawlid nabi, bahkan menolak cuti sempena hari mawlid Nabi Muhammad bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlid Nabi dengan perayaan Kristian.

xi. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama mereka menyeru agar makam
Rasulullah dikeluarkan dari Masjid Nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.

xii. Menganggap amalan menziarahi makam Rasulullah, para anbiya’, awliya’, ulama dan salihin sebagai bid‘ah sesat lagi syirik. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang muktabar.


Tetapi dalam laman blog JAKIM menggariskan WAHABI bukan satu ajaran baru atau sesat; klik pautan ini (KLIK) dan perhatikan kesimpulan yang diberikan dan garis panduan akidah yang sebenarnya sealiran yang didukung WAHABI tetapi olahan ayat yang cuba mempengaruhi pembaca. Apakah JAKIM kini dikuasai PARA PENDUKUNG WAHABI..Semoga ALLAH menunjuki kita jalan yang lurus. Kepada ALLAH jua kita berserah diri , moga diselamatkan dari fitnah , dan dikekalkan dalam jalan yang telah dirintis SAHABAT NABI saw.


p/s;lepas ni habisla blog jundiummah kena serangan balas dari aliran wahabi...;) Peace.

jundiummah

RUJUK JUGA: A'SHAIRAH

2 Nov 2010

MELAKA MAJU?

BUKIT KATIL, 2 Nov: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Sebelum ini, kerajaan negeri menjaja nama OECD sebagai badan bebas yang memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius melibatkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.

"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.

Katanya, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.

“Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat Dun Bukit Baru, di sini pagi ini.

Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang Dun yang sedang berlangsung sekarang.

"Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang Dun untuk dibincangkan di kalangan Ahli Dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh Dun untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini.

"Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil dan Penyelia Dun Bukit Baru.

OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju sebagaimana yang disiarkan di laman web The Malaysianinsider.

Dalam laporan itu, wakil OECD Jon Hall menjelaskan kepada portal Malaysiainsider melalui email bahawa media mungkin salah faham tentang pengisytiharan status negeri maju.

Beliau menerangkan bahawa OECD tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan tersebut.

“OECD tidak pernah memberi pengiktirafan terhadap deklarasi Melaka maju, disebabkan kami tidak landasan yang betul untuk berbuat demikian.

“Sebagaimana saya cuba jelaskan dalam ucapan saya pada Rabu (20 Oktober), di mana tidak definisi rasmi ke atas sebuah negeri maju, jadi OECD tidak berada di kedudukan yang betul untuk menggariskan kriteria negeri maju," katanya.

Hall, yang menguruskan OECD dalam projek global bagi mengukur pembangunan masyarakat menghadiri sambutan pengisytiharan Melaka negeri maju pada 20 Oktober lepas di Stadium Hang Jebat.

Dalam program tersebut Perdana Menteri telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri maju melalui teleconference.



dari satu sumber :malaysia TODAY

(TMI) The Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) has confirmed that it had not endorsed Malacca’s developed state status, despite the declaration by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak made during a grand celebration on October 20.

OECD representative Jon Hall explained to The Malaysian Insider via email that the media could have misunderstood OECD’s role in the issue, pointing out that the organisation was not in the position to make such an endorsement.

“The OECD did not endorse the Malaccan declaration, mainly because we are not in a position to do so.

“As I tried to stress in my speech on Wednesday (October 20), there is no official definition of a developed country (at least none that I am aware of) so the OECD are in no position to set the criteria,” he said.

Hall, who managed the OECD-hosted Global Project on Measuring the Progress of Societies, was present during the celebration held on the auspicious 2010 hour on 20.10.2010 at the Stadium Hang Jebat here.

During the event, Najib had declared Malacca a developed state via tele-conferencing from Kuala Lumpur to a fan of thousands gathered at the ceremony, amid much pomp and pageantry.

Read more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malacca-developed-status-self-declared-says-oecd-official/

DOGMA /Dakyah/Khurafat Parti Politik Terjawab



Rakyat akan mempertahankan Institusi Raja Tanah Melayu, Patik berharap TUANKU adil kepada rakyat serta tidak terikat dengan mana-mana parti politik. TUANKU mesti menjadi ikon dihati rakyat. TUANKU pemegang Ketuanan Melayu . Rakyat TUANKU mendoakan agar ALLAH swt memelihara kesejahteraan TUANKU demi kepentingan rakyat jelata yang sentiasa bergantung kepada keadilan TUANKU memerintah TANAH MELAYU .

DAULAT TUANKU!!!



KUALA LUMPUR:
Orang-orang Melayu boleh menukar kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak kerana hak-hak mereka terkunci kemas dalam Perlembagaan Malaysia, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Umno tidak relevan malah tidak perlukan sama sekali untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu," tegas beliau.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi membuka jalan kepada Pakatan Rakyat (PR) melalui penekanannya tentang hak-hak orang-orang Melayu yang dijamin perlembagaan walau siapa pun yang memerintah, Mahfuz berkata, PAS akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang perkara itu.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Presiden Umno sendiri tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.

"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181,” kata Najib.

Sehubungan itu, kata beliau, hal ini, hendaklah diketahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik.

“Ini kerana dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas,” kata Najib lagi.

Kata Najib lagi, seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai sembilan Raja Melayu.


Dalam kata lain tegas Najib, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

SUMBER:gemasuara.blogspot

baca juga: RAJA SEBAGAI SIMBOL PERPADUAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger