Kos operasi mendaratkan sebiji ROBOT ke MARIKH selepas melalui perjalanan sejauh 560 bilion kilometer dari bumi selama 8 bulan lamanya menjangkau kos 2.5 Billion dollar....dan misi ini berjalan selama 2 tahun .persoalannya untuk apakah misi ini boleh kita anggap berbaloi kepada tamadun manusiawi.
Belum lagi menerima maklumat dari para pengkaji kosnpirasi berkenaan apakah yang cuba dibuktikan mereka (NASA) sebenarnya. Umum mengetahui NASA secar khusus menjalankan misi yang sulit sebenarnya. tiada siapa tahu kebenaran NASA melainkan apa yang dihebohkan satu dunia diterima bulat-bulat. Apakah ini ada kaitan dengan KEMPEN PRESIDEN yang sedang rancak antara OBAMA dan ROMNEY? itu sekadar andaian mudah.
Satu temu bual bersama Luther Beegle , seorang saintis di Makmal Pelancaran Jet menyatakan;
Kami bukan melakukan misi mengesan hidupan, Kami adalah misi keboleh habitat(habitability mission) . Boleh jadi marikh pada satu keadaan mempunyai keadaan yang cukup untuk kehidupan menghuninya.? jadi ia membenarkan kita mengatakan kita boleh menghantar misi mengesan kehdiupan di situ.
Dalam kata lain cuba nak jadikan ada atau tidak MARIKH dijadikan pilihan untuk menggantikan BUMI? Mungkin juga mereka sedang mengesan air yang dikatakan ada di MARIKH...
Entahlah apa yang sebenarnya yang cuba di selongkar dari planet GERSANG itu, mereka juga sedang menguji batuan yang billion tahun terdampar pada permukaan MARIKH tanpa pernah disentuh sesiapa sebelum ini .
Dalam satu lagi bual bicara ada suara mengkritik dan mencabar kepentingan projek ini? adakah manusia yang mahu tinggal di marikh?
maka mereka tetap teguh mengatakan ia satu yang sangat penting kerana ia akan menyediakan analisis spektroskopik lapisan komposisi kimia bagi lapisan-lapisan muka marikh yang terbentuk.
seorang demi seorang profesor dari NASA tampil berhujah membenarkan misi ini yang dilihat seperti tiada apa kepentingan . Mungkin ada sesuatu yang cuba mereka kaji namun dirahsiakan kepada umum ..apakah untuk menakluk dunia ??
Di satu kawasan RAHSIA NASA menjalankan UJIAN KEMAMPUAN CURIOSITY sbelum ke MARIKH
Apa pula signifikan nama CURIOSITY diberikan kepada ROBOT TERCANGGIH ini ??Apakah perkara yang ingin sangat mereka tahu sebenarnya yang dirahsiakan dari kita semua? semakin banyak persoalan dilontar memerlukan semakin daam kajian yang perlu dibuat.
Apapun sudut sejarah ia adalah satu bentuk kemajuan tamadun era moden ini. kecanggihan teknologi berjaya membentuk pemikiran manusia. namun sayangnya semakin dalam mereka mengkaji bukanlah untuk mengenal pencipta ALAM bahkan cuba menafikannya pula. Jika mereka (NASA) benar dalam menhkaji dan meneliti mereka sudah punya alasan yang sangat kukuh untuk beriman kepada ALLAH dan RASULNYA namun kesombongan mereka menyebabkan mereka kekal disitu tanpa berganjak..Jadi apakah lagi yang mereka cari sebenarnya? apa yang cuba mereka buktikan? kita nantikan ....
No comments:
Post a Comment