- Kisah Sahabat : Abdul Rahman Bin 'Auf orang kaya berpendirian mulia
- Semakin tawaduk kepada Allah dan merendah diri apabila dikurniakan kekayaan. Beliau adalah orang kaya bersifat mulia.
- Abdul Rahman yang terkenal sebagai pedagang kaya tidak mudah terbawa-bawa dengan kekayaannya, sebaliknya sentiasa teguh berpegang kepada Islam. Inilah antara keistimewaan yang menyebabkan Abdul Rahman mampu menerima amanah Rasulullah SAW dalam usaha menegakkan Islam.
- Abdul Rahman adalah pedagang berjaya dan dipandang tinggi oleh kaumnya. Ia tidak syak lagi memberikan kekuatan dan keyakinan kepada mereka untuk mengharungi perjuangan menegakkan Islam dengan lebih baik.
- Pengorbanan Abdul Rahman memang besar dalam menegak dan meninggikan syariat Islam. Orang kaya sepertinya sanggup mengharungi penderitaan semata-mata mahu menegakkan agamanya.
- Sifat yang ada pada Abdul Rahman amat bernilai kepada perjuangan Islam pada zamannya. Dengan kekayaan yang ada, Abdul Rahman memilih untuk mengharung kesusahan dan penderitaan demi menegakkan syiar Islam di bumi.
- Tanpa rasa malu dan takut, dia bergerak bersama umat Islam lain dalam rombongan hijrah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW itu.
- adalah seorang perunding bijaksana. Perkara ini dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia. Sahabat Rasulullah SAW berkumpul di rumah seorang sahabat bernama Miswar bin Makhram .Menurut kaedah Abdul Rahman, sesiapa yang tidak bersedia menjadi khalifah, eloklah menarik diri daripada dicalonkan menduduki jawatan itu. Sebaliknya, mereka boleh menyerahkan jawatan itu kepada orang terbaik di kalangan mereka.Sebagai membuktikan keikhlasannya, Abdul Rahman sendiri membuat pengakuan pada majlis itu dengan menarik diri daripada dicalonkan ke jawatan khalifah.
- Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar.
- Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.
- Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.
- Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya. Adalah diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, "Sesungguhnya Mas'ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya. Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta.
- Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, "Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?" Ia lalu menjawab, "Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.
- beliau bijak berniaga. Antara pendekatan yang beliau ambil sewaktu berniaga ialah : Pengurusan ekonomi berasaskan kebajikan --Kejayaan gemilang yang dicapai oleh Abdul Rahman bin Auf, tidak menjadikan beliau lupa daratan dan menyeleweng dari Manhaj Rabbani. Sebaliknya beliau menangani kekayaannya dengan menabur bakti kepada agama, perjuangan dan ummah. Dikeluarkan oleh Abu Nuaim di dalam kitab Al Hilyah daripada Az Zuhri katanya : “Abdul Rahman bin Auf telah bersedekah di zaman Rasulullah saw. Setengah dari hartanya yang berjumlah Empat Ribu Dirham kemudian beliau mengorbankan 40 Ribu Dirham, 500 kuda di jalan Allah SWT. diikuti pula 1500 ekor unta di jalan Allah SWT. Kesemua harta itu adalah hasil perniagaannya.”
- Antara pendekatan lain yang menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya adalah, sifat amanahnya yang patut kita jadikan contoh. Kecemerlangan yang diperolehi dalam perniagaannya, banyak bergantung kepada sifatnya yang amanah, sifat inilah meletakkan beliau sebagai usahawan yang berjaya dan beliau juga antara sahabat yang paling kaya di Madinah.
- Rasulullah s.a.w. pernah menyebut :“Engkau adalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni langit dan engkau jugalah yang dipercaya (amanah) dikalangan penghuni bumi.”
- Selain itu, keperibadiannya yang soleh dan taat kepada Allah SWT pula menjadi modal utama yang menjana kemajuan gemilang dalam kerjayanya sebagai seorang ahli ekonomi dan usahawan. Peribadi ini diiktiraf oleh baginda Rasulullah s.a.w dengan sabdanya
- “Tidak dicabut roh seseorang Nabi sehingga ia sembahyang di belakang seorang lelaki yang soleh dari ummatnya.”
8 Jul 2014
Pedoman dari Abdul Rahman Bin Auf r.a
Labels:
Perniagaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 Think Tanks (Penaja UTAMA New World Order)
- Al-Ahram Center
- Center for European Reform UK
- Center for Strategic and International Studies Indonesia
- Centre for European Policy Studies Belgium
- Centro de Estudios Públicos Chile
- Chinese Academy of Social Sciences China
- European Policy Center Belgium
- European Union Institute for Security Studies France
- French Institute of International Relations France
- Fundação Getúlio Vargas Brazil
- German Council on Foreign Relations (DGAP) Germany
- German Institute for International and Security Affairs (SWP) Germany
- German Institute for International and Security Affairs (SWP) Germany
- Global Development Network
- Institute for Defense Studies and Analysis India
- Institute for International and Strategic Relations France
- Institute for International Policy Studies Japan
- Institute for Security Studies South Africa
- Institute for the U.S. and Canadian Studies Russia
- Institute of World Economy and International Relations (IMEMO) Russia
- International Affairs Institute Italy
- International Crisis Group Belgium
- International Institute for Strategic Studies UK
- Jaffee Center for Strategic Studies Israel
- Japan Institute of International Affairs Japan
- Kiel Institute for World Economy Germany
- Norwegian Institute of International Affairs Norway
- Royal Institute for International Affairs (Chatham House) UK
- Shanghai Institute for International Studies China
- Stockholm International Peace Research Institute Sweden
- Strategic Research Foundation France
KETENTERAAN
-
-
Hello world!5 years ago
-
-
-
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat10 years ago
-
No comments:
Post a Comment