27 Feb 2017

Hubungan Turki Uthmaniyyah dan Tanah Melayu


Berikut adalah dapatan dan kajian akademik dari
.
Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR):


JASA & HUBUNGAN KHILAFAH ISLAM TURKI UTHMANIYAH TERHADAP UMAT ISLAM DI NUSANTARA

1478 - Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam dengan bantuan Khilafah mengirim bantuan seperti pendakwah, askar, dan senjata ke nusantara.

1471 - Sultan Mehmet II mengikat perjanjian dengan Sultan Mansur Syah. Khilafah akan membantu Melaka dengan senjata, askar dan menjadikan Melaka sebagai pusat da'wah Nusantara.

1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis, armada Khilafah Uthmaniyah dihantar membantu umat Islam di Melaka namun dipintas di laut Yaman oleh Portugis dan Portugis menghancurkan kapal Turki yang disyaki ke Melaka.

1519 - Acheh bangkit mengganti Melaka sebagai kuasa Islam terkuat di Alam Melayu selepas Melaka dijajah Portugis 1511. Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk sebar Islam di Acheh.

1530 - Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah dengan menerima 160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk membantu Muslim.

1564 - Khilafah beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia. Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uthmaniyah pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun. Apabila Acheh tidak dapat bantuan Khilafah, Belanda kalahkan Acheh awal abad 20.

1721 - Khilafah Uthmaniah mengurniakan Syeikh Daud Abdullah al-Fatani gelaran Sheikh Haji kerana keilmuannya yang mendalam dan mengajar di Masjidil Haram.

1800 - Pemerintah Sulu Filipina, Sultan Muizuddin menghubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan memerangi Sepanyol. Sembahyang & khutbah diadakan di Zamboanga untuk doakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul.

1874- Bendera Khilafah Uthmaniyah berkibar di Sungai Ujong oleh sekumpulan orang Datuk Bandar. Tindakan ini untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana, dan mencerminkan gerakan Pan-Islam yang ditaja oleh Khilafah. Datuk Bandar lancarkan penentangan terhadap Datuk Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British. Akibatnya Sungai Ujong dijajah British.

1879 - Sultan Abu Bakar dari Kesultanan Melayu Johor melawat Khalifah di Istanbul, Turki.

1893 - Sultan melawat Istanbul kali kedua. Sultan Abdul Hamid mengurniakan dua wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar).

1894 - Kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor. Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar. Mufti Johor, Raja Ali Kelana menjalin hubungan dengan Khalifah dengan ke Turki pada 1883, 1895 ,1899 dan 1913 meminta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari penjajah, yang telah jatuhkan takhtanya kerana sikapnya yang anti-Belanda.

1892 - Di Negeri Sembilan, tahun 1892 Syed Hamid (Tunku Besar Tampin) & Penghulu Inas meminta panglima tentera laut Khilafah yang melawat Singapura membantu umat Islam di Tanah Melayu mengalahkan Britain.

Julai 1892 – Seorang Sayyid Arab di Pahang menjelajah negeri-negeri selatan minta pemimpin-pemimpinnya tandatangani dokumen minta bantuan Khalifah di Turki usir Britain keluar dari Tanah Melayu.

1884 - Di bawah penyeliaan Khilafah Uthmaniyah, sesi percetakan bahasa Melayu pertama telah ditubuhkan di Makkah dan diletakkan di bawah tanggungjawab Syeikh Wan Ahmad bin Mohamad Zain al-Fatani.

1890an hingga1908 - Usaha Khilafah untuk selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja. Usaha dibuat pada 1890an setelah Syeikh Wan Ahmad Fathani pergi ke Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah.

Syeikh Wan Ahmad telah menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi ke Pattani dan Kelantan.

Masyarakat Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniyyah) akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.Beliau ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu. Beliau hidup di bawah naungan Khilafah selama 54 tahun.

1889 hingga 1890 - Sayyid Mohd Alsagoff, tokoh terkenal Singapura cuba satukan alam Melayu dengan Khilafah. Untuk projek landasan keretapi al-Hijaz (di Arab Saudi), penduduk Singapura sumbangkan 4 ribu pound sterling kepada Khilafah Uthmaniyah. Namun, akibat tiada perlindungan Khilafah, Singapura dijajah.

1904 - Putera-putera Kesultanan Melayu Riau memutuskan untuk minta bantuan Khilafah Uthmaniyah supaya kembalikan kedudukan Yamtuan. Di Singapura, 20,000 dolar Singapura dikumpulkan untuk biayai misi itu. Raja Ali Kelana, ditemani Syed Syeikh Al-Hadi, pergi ke Timur Tengah bawa beberapa surat daripada arkib diRaja serta perjanjian yang dilakukan antara Belanda dan Riau apabila Belanda gulingkan sultan pada 1857.

1905 - Khalifah meminta Ratu Belanda supaya tidak menyerang umat Islam di nusantara tapi ditolak Belanda.

1908 - Sultan Brunei meminta bantuan Khilafah Uthmaniyah.

1912 hingga 1913 - Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro dalam Perang Balkan. Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru. Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu.

1912 - Akhbar Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya. Akhbar itu lancarkan tabung bantu Khilafah Uthmaniyah dapatkan senjata dan peluru, minta pembaca menyumbang $1.00 seorang.

1914 - Seruan Khilafah Perang Dunia 1 dan umat Islam di Nusantara mendoakan kemenangan Khilafah. Orang-orang Melayu di Perak dan juga Muslim di Indonesia, anjurkan kempen kumpulkan dana untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di ibukota Khilafah, Istanbul. Akhbar Neracha seru Melayu dan semua Muslim tentang tanggungjawab mereka untuk sokong Khilafah, ingatkan mereka jika Khilafah Uthmaniyah kalah, ia akan malukan mereka.

1915 - Perang Dunia 1 Khilafah lawan Britain. Akhbar Neracha & Tunas Melayu ditutup secara paksa oleh Britain. Britain sekat berita mengenai Khilafah.

Khilafah Uthmaniyah bergabung dengan Jerman, timbul kebimbangan di pihak pentadbiran British di Tanah Melayu kemungkinan orang Melayu atas dasar persaudaraan Islam menyokong perjuangan Khilafah.

Kebimbangan pentadbir British ini didasarkan kepada semangat yang ditunjukkan oleh orang Melayu terhadap perjuangan Khilafah seperti dipaparkan dalam akhbar-akhbar yang mereka terbitkan.

1915 - Askar Islam yang berkhidmat dengan Britain melakukan penentangan. Askar Muslim dapat berita mereka akan dihantar untuk perangi Khilafah. 815 askar India dan 100 askar Melayu menentang Britain. 33 askar Britain dan 18 pegawai Eropah mati. Peniaga Singapura iaitu Kassim Ali Mansor, dihukum bunuh kerana dituduh mengetuai penentangan. Kassim satukan askar Melayu dengan Khilafah. Askar-askar Muslim ditembak mati oleh British.

3 Mac 1924 - Khilafah dibubarkan.

Selepas Khalifah dibubarkan sebuah pertubuhan di Pulau Pinang yang namakan dirinya sebagai Perhimpunan Khilafah keluarkan pengisytiharan tentang tanggungjawab setiap umat Islam supaya hidupkan kembali Khilafah.

1926 - Sultan Johor menghantar 2 orang wakil iaitu Syed Hasan dan Syed Abu Bakar al-Attas menghadiri Persidangan Khilafah di Kaherah 1926 sebagai wakil Sultan Johor. 6 orang dari Malaya termasuk Syed Muhammad Aqil, Syed Ahmad bin Omar dan Syed Muhammad Ali dan Syed Abdullah.
.
*sebahagian dapatan kajian yang jarang ditemui.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...