Dalam keriuhan ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara penulis terpanggil mengikuti perkembangan terkini siasatan kematian Abang ( Kim Jong Nam)kepada pemimpin tertinggi 30 an Korea Utara ( Kim Jong Un). Lebih menarik bila kita baca tentang apa itu Negara Korea Utara.
.
Negara Korea Utara antara 2 negara tercorot dalam menegakkan hak asasi manusia. Dalam erti lata lain kehidupan di Korea Utara tk banyak bezanya dengan penjara bahkan neraka dunia.
.
Anda boleh layari youtube dan lihat " North Korea Leaked".. rasanya banduan di negara ini patut lebih bersyukur dari rakyat yang hidup di Korea Utara.
.
Negara ini memgamalkan penyembahan kepada manusia. Kewujudan negara berpaksikan fahaman dangkal diktator Stalin dan Lenin, Korea Utara adalah byproduct fahaman ekstrem itu.
.
Dalam keadaan ini kezaliman, penindasan dan pemerasan dikenakan keatas rakyat mereka sendiri. Bagaimana boleh zaman ini wujud sebuah negara bertuhankan pemimpinnya ( Agama Juche) dibiarkan bermaharajalela.
.
Keadilan bangsa manusia di sini boleh dikatakan sebagai "zero". Tahukah anda sekiranya anda didapati bersalah ( cuba lari dari korea utara cthnya) hukuman bukan setakat anda tetapi 3 generasi sekaligus dihukum. Anak anda dan ayah anda sekali masuk kem hukuman.
Tidak setakat itu anda dan keturunan anada akan mati disitu.
.
Bagaimana negara seperti ini masih dibiarkan berkuasa?
.
Semoga Islam akan mengembalikan Negara ini kepada bertuhankan Allah swt. Siapa sedia nk buat dakwah kt Kim Jong Un.?
.
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment