5 Jun 2021

Kesedaran Spiritual dan Ibadah Sosial

Kesedaran Spiritual akan memberi kekuatan kepada seseorang jika mereka telah memilikinya. Adapun ibadah sosial ataupun taqwa sosial akan memberi kekuatan kepada umat dan kepada masyarakat , kepada bangsa  dan kepada negara apabila ia benar-benar berjalan dalam sistem kehidupan ini; malah ia akan meruntuhkan segala sistem-sistem batil yang ditaja oleh para musuh Allah kerana sistem-sistem yang batil ini ia beralaskan kepada nafsu, berasaskan ketamakan, bersendikan kepentingan pemegang-pemegang kekayaan terbesar dunia atau golongan elit kapitalis.

.


Ibadah sosial akan meruntuhkan sistem keegoan-keegoan yang merasakan kekayaan itu milik dan hak mereka sahaja, meruntuhkan segala sistem permusuhan kedengkian,  kebencian, dan saling jatuh menjatuhkan antara satu sama lain. Ibadah sosial ini ataupun taqwa sosial ini lahir dari kesedaran spiritual, dimana kekuatannya adalah cinta. 

.


Ebit Lew adalah insan yang banyak membantu 
insan fakir miskin tanpa mengenal agama dan bangsa. Lebih ramai "Ebit Lew " ada dunia akan sentiasa dalam kasih sayang. Tiada perlu lagi orang kita terperangkap dengan dunia politik yang, saling menjatuhkan. Bahasa cinta sahaja dapat menyatukan masyarakat tanpa sempadan


Mereka yang mengemis cinta Allah dan cinta Rasulullah saw pasti akan memberi dan mencari cinta sesama insan agar ia mendapat kecintaan Allah dan Rasulullah saw jua. Dalam jiwanya sudah memiliki satu cinta yang agung lantaran ia telah mendapat keimanan yang benar serta telah memiliki kesedaran spiritual sehinggalah ia bergerak memberi cinta kepada saudara-saudaranya lantaran ia takut Allah tidak mencintainya.

Walaupun mereka ini seorang ahli ibadah yang khusyuk kepada Allah, tetapi apabila ia tidak menghiraukan masyarakat disekelilingnya, kaum kerabatnya, saudara maranya, sahabat handainya yang mengalami kesusahan, penderitaan, kesengsaraan, malah hidup dalam ketakutan. Jika tidak dipedulikan hal mereka maka ia bimbang Allah memalingkan wajah daripadanya. Dia takut Allah tidak mencintainya. Dan memang Allah akan memalingkan wajah dari padanya malah .

.


ArtinArtinya:
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya, dan enggan (menolong dengan) barang berguna.ya:



.

Simbol dari anak yatim dan orang miskin adalah mereka yang dalam kesempitan, penderitaan ,kesengsaraan yang mana kita boleh perluaskan lagi makna dari maksud fakir miskin serta anak yatim ini. Ia adalah simbol kepada mereka yang amat memerlukan perhatian, memerlukan kasih-sayang, serta memerlukan pertolongan .

.

Gerakaan ibadah sosial ini  wajib kita terapkan kefahamannya kepada orang-orang yang memiliki kuasa, yang memiliki kekayaan, kekuasaan dalam apa jua bidang, pangkat dan apa jua jabatan. Penerapan kefahaman ibadah sosial sangat penting juga disedarkan kepada mereka yang memiliki kekayaan atau pemikiran atau kekuatan tubuh badan untuk berkhidmat, saling bergerak dalam mencari cinta Allah ini. Sekiranya setiap kita mengambil peranan pada posisi masing-masing dimanapun berada bergerak dengan ibadah sosial ini; dengan izin Allah akan berlaku perubahan yang besar kepada sistem masyarakat, ,dan  kepada bangsa ini. 

.

Tidak akan wujud lagi bangsa ini mengemis dengan along-along dalam berhutang, kerana telah wujud dalam sistem masyarakat disekelilingnya mekanisme dari 'taqwa sosial masyarakat' sehingga boleh membantunya. Tidak perlu lagi mereka pergi kejabatan-jabatan mengisi borang sehingga entah berapa kali namun borang hanya pergi ke tong sampah dan tiada bantuan juga diterima. Jabatan agama yang jenis menyusahkan; urusan kaum muslimin yang hanya mahu melangsungkan kehidupan lantaran himpitan hidup serta ramai tanggungan yang perlu di beri makan pun amat susah diberikan. Alasan prosedur sering mendahului dari segala matlamat ia ditubuhkan iaitu memudahkan urusan kaum muslimin. Perkara ini tidak lagi akan berlaku kerana urusan itu diambil alih oleh kelompok atau ahli qariah dalam kawasannya yang menggerakkan ibadah taqwa sosial ini. Masyarakat berfungsi dengan inisiatif mewujudkan pertolongan seperti adanya baitulmal sendiri dalam menguruskan permasalahan ahli qariah masing-masing.

.

Gerakan ibadah sosial ini bahkan mempunyai team yang bersistem menguruskan anak-anak yang tercicir dalam pelajaran, ada team yang menguruskan mereka yang sakit, tiada pendapatan, tiada ubatan, tiada duit untuk menampung kos perubatan, sehingakan ada badan yang memudahkan mereka yang tertekan kerana bebanan hutang agar membantu mereka bebas daripada perhambaan hutang itu. 

.

Jika difahami benar konteks ''Taqwa Sosial'' ini bahkan segala jabatan-jabatan kerajaan yang  diamanahkan dengan portfolio masing-masing mereka pasti akan menjadikan segala pekerjaan mereka itu ibadah. Mereka melakukan kerja dengan penuh kejujuran, penuh ketaqwaan dan penuh kecintaan demi mencapai keredhaan Allah swt serta demi menjadikan ia jambatan ataupun wasilah ia menuju  syurga Allah swt yang abadi.

.

Sekiranya semua manusia berfikiran menggapai akhirat, mendapatkan syurga dengan apa yang mereka lakukan; mereka tidak akan menukarkan dunia dengan akhirat. Mereka tidak akan menukarkan keuntungan dunia yang sedikit dengan syurga yang dijanjikan Allah swt. Nescaya semuanya akan berfungsi dengan fungsi yang amat baik. Kerana mereka melihat apa yang mereka buat sebagai ibadah  kepada Allah swt. Sehinggakan mereka takut dengan pandangan Allah; jika mereka tidak perihatin, tidak amanah serta tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan kebaikan-kebaikan kepada masyarakat.

.

Kita tidak boleh menjadi ahli abid yang sentiasa sepanjang malam ibadahnya, sesungguhnya ibadah di akhir zaman ini untuk  menjadi kekasih Allah swt adalah ibadah cinta, ibadah memberi kasih sayang kepada hambaNya, orang-orang disekelilingnya dan orang yang memerlukan pertolongan. Ibadah ini ( Taqwa sosial) sebenarnya lebih besar dari ibadah khususi; kerana ibadah khusus hanya untuk dirinya dan dijalankan jika ia ada kemampuan. Namun akan tetapi untuk mereka mencapai darjat tinggi disisi Allah swt, dalam keadaan umat akhir zaman kini yang dihambat dengan kesibukan dan kesuntukan masa. Jangankan untuk berlama-lama di masjid, untuk berada dirumah pun mereka tidak menumpukan ibadah yang khusus. Maka mereka menjadikan ibadah sosial inilah sebagai ibadah yang membawa kedekatan ia kepada Allah swt, kedekatan ia kepada Rasulullah saw, dan ia mencapai syurga yang abadi di akhirat nanti.

.

Sesungguhnya dengan ibadah sosial inilah yang akan meruntuhkan sistem yang dicipta oleh dajjal laknatullah. Maka kalau umat ini mempunyai kesedaran spiritual, memiliki taqwa sosial /ibadah sosial ini apabila menyatu keduanya dan dimiliki oleh ribuan orang dengan kefahaman ini ; dengan izin Allah bangsa Melayu dan umat ini akan memiliki satu kekuatan. Bahkan ibadah sosial ini bukan sahaja akan membantu bangsa ini umat Islam bahkan non-muslim juga ia bantu. Melalui jalan inilah ia akan menghilangkan segala permusuhan , perkauman , kebencian , dan malah menjadikan manusia lunak kepada Islam.

.

Mereka akan mencintai Islam dan keindahannya bahkan meruntuhkan kebatilan sehingga ada yang tersentuh hatinya  untuk mengucap dua kalimah syahadah. Maka fahamilah kerja kita sekarang bukanlah mencipta musuh, sebaliknya berusaha membina cinta, membina persaudaraan  , membina kasih sayang , bukan membawa kebencian kepada sesiapa. Kita membawa jalan para Nabi-Nabi , jalan Rasulullah saw, dalan para Sahabat ra, fokus utama mereka membawa manusia kepada Allah swt. serta membawa manusia hidup kepada sama berkasih sayang atau sistem apa yang dikehendaki oleh Allah swt.

.

 Fokus kita tidak kepada menjatuhkan dajjal semata-mata, jua tidaklah fokus kepada melawan kuasa-kuasa besar, kerana ia terlalu kecil untuk kita jadikan fokus dalam kehidupan untuk menjatuhkan hal-hal ini. Kita akan terperangkap sebagai golongan politik yang sibuk menjatuhkan sesiapa.

.

 Fokus utama kita yang paling penting dan besar adalah membawa kesedaran manusia kepada Allah swt dan membawa kesedaran yang jalan  membantu atau ibadah sosial ini adalah jalan yang paling mudah untuk menjadi dekat kepada Allah swt. Ialah jalan paling mudah untuk mendapat syurga Allah swt di ahirat nanti .

.

Inilah matlamat yang besar yang mesti difahami dan jika ia berkembang  dan menjadi satu hal dalam kehidupan masyarakat ini, maka kebatilan, kekuasaan dan pergerakan dajjal tidak perlu diperangi kerana ia pasti akan jatuh dan tumbang dengan sendiri kerana jika mereka bengang dengan usaha kita yang membawa cinta dan kasih sayang ini nescaya  Allah sendiri yang akan menjatuhkan mereka (fahamilah hal keadaan ini). Tidak perlu kita bazirkan tenaga fokus menjatuhkan mereka, yang penting kita fokus perkara yang lebih utama dan besar iaitu membawa manusia kepada Allah dan mengajak manusia saling mencintai sesama insan. ( Klik: Rujuk Isyarat Syeikh Mutawwali Sya'rawi tetang kebangkitan Islam)

.

Apa yang patut saya lakukan selepas membaca artikel ini.

1. Sebarkan kepada seramai mungkin kepada pimpinan masyarakat yang rapat dengan masyarakat atau jabatan kerajaan yang berkaitan.

2. Menyusun/memperkemas komuniti  setempat agar menggerakkan bantuan kepada insan yang kesusahan setidaknya basmi kelaparan di kalangan ahli komuniti dan qariah.

3. Tiada istilah siapa berkuasa autoriti dan sebagainya kita sama-sama bergerak atas nama kasih sayang dan satu warna baju sahaja saling melengkapi dan membantu masyarakat[ Akhlak Muhammad saw]

4. Wujudkan Pusat "Food Bank", sesiapa boleh menyumbang apa sahaja makanan keperluan dan lantik jawatankuasa mengedar dan mencari mereka yang memerlukan. 


Contoh inisiatif yang diambil syarikat untuk memberikan bantuan kaunseling, penddidikan dan makanan kepada mereka yg memerlukan. Lebih banyak food bank wajar diwujudkan di lokalili masing2 dan digerakkan orang setempat

.

5. Wujudkan masjlis selawat setiap hari atau minggu di masjid qariah atau dimana2 bagi menyebarkan lebih luas jiwa kasih dan sayang kepada umat Nabi Muhammmad saw.

6. Memperanankan atau buatlah sedikit homework bagaimana memanfaatkan peranan "stake holder "( jkm , zakat, jabatan kerajaan,) demi keharmonian masyarakat. 

7. Wujudkan group ( Whatsapp/Fb) setempat untuk memanfaatkan dan hebahan bersama aktiviti harian untuk wujudka rasa kebersamaan. Tiada paksaan, ikhlas semata kerana Allah dan Rasul.

8. Yang Tua dihormati, yang kecil dikasihi. Semua demi mengemis cinta Ilahi. 

9.

.

p/s: Tulisan di adaptasi dari bicara WAM. Moga sama-sama mendapat kebaikan dari warkah ini. Mohon sebarkan kepada setiap lapisan masyarakat, pimpinan kampus, NGO dan jabatan2 kerajaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger