3 Sept 2008

Apabila ISLAM MEMERINTAH..rahmatnya di bawa kepada semua...

Teras sokong cadangan Kedah tutup pusat judi


Teras dan Wehdah mengalu-alukan cadangan pihak kerajaan negeri Kedah untuk menutup pusat-pusat judi yang beroperasi di Kedah secara bertahap.
Iklan


Proses pemberhentian bertahap itu adalah suatu langkah yang sangat wajar kerana industri judi yang beroperasi jelas tidak memberi sebarang sumbangan yang positif semada dari segi sosial mahupun ekonomi.

Suara pihak tertentu yang mendakwa bahawa cadangan ini tidak wajar dilaksanakan hendaklah ditolak dengan bijaksana dengan mengadakan pertemuan bersemuka bagi menjelaskan kenapa cadangan ini perlu dilaksanakan.

Kami berpendapat tidak ada sebab kenapa indusrti ini perlu diteruskan walhal kesan negatifnya sangat ketara.

Sesungguhnya kerajaan bertanggungjawab membentuk dan membangun sebuah masyarakat yang mengamalkan nilai murni . Berjudi sudah jalas bukan suatu amalan dan tabiat yang murni yang perlu dipertahankan. Sebaliknya ia sepatutnya diperangi habis-habisan .

Kesan negatif dari segi sosial dan ekonomi dari industri judi tidak dapat dipertikaikan kerana sumua kaum dan agama menolak perlakuan yang boleh memperondak-perandakan keluarga dan masyarakat .

Amalan berjudi dalam bentuk apapun dan pada skala manapun hendaklah diperangi lantaran ia secara jelas boleh mengujudkan kesan lanjutan seperti keruntuhan akhlaq , kehancuran institusi keluarga serta jenayah.

Kami menegaskan bahawa pihak kerajaan perlu meneruskan cadangan ini tanpa mengambilkira pandangan yang terlalu mengambil perhitungan politik sebagai alasan untuk memerangi kemungkaran.

Kami menolak pihak yang meletakkan populariti politik dijadikan pertimbangan untuk pihak kerajaan memerangi kemungakran industri judi. Sesungguhnya kerajaan Kedah perlu mengaskan bahawa kemungkaran yang jelas tidak boleh dikompromi hanya kerana mahu mendapat sokongan politik.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi WEHDAH
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu.

28 Aug 2008

Kasihanilah generasi muda... akhlak mereka dirosakkan



Apa pandagan anda menjemput orang ini ? Mengapa dia? Bukankah ramai lagi yang lebih layak dijemput? Mengapa PAK-PAk kadok Menteri tiba-tiba campur tangan dan bersetuju dikala semua orang tidak bersetuju? Apa motifnya???

ABUL A’LA AL-MAUDUDI menukilkan dalam makalahnya...


'Umat Islam pada keseluruhannya dijiwai oleh semangat dan roh Islam. Mereka bercita-cita supaya negara ini benar-benar dijalankan dengan undang-undang Islam, tetapi sebaliknya pemerintah yang menerima kekuasaan politik dari penjajah Inggeris telah mabuk dengan fikiran-fikiran dan kebudayaan sekularisma barat…….'

Dalam isu Avril Lavigne ini...kita pemuda perlu terkedepan meyedarkan rakyat bahaya budaya barat yang tak tentu hala di izinkan masuk meracuni mereka(anak muda) yang rapuh pegangan agama.

Kita kena sensitif, mebina angkatan pemuda ISLAM yang cintakan keberkatan , Islam... memerlukan jalan yang sukar, perkara seperti ini mencantas usaha kita kearahnya. Masa depan yang akan dihadapi oleh umat Islam di dunia ini adalah terletak di atas bahu negara-negara Islam itu sendiri.

Wahai saudara-saudaraku

Sedarlah bahawa pada akhir-akhir ini negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah(bentuk baru) setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.Kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.

TAKTIK MUSUH ISLAM

Al Maududi manyatakan, kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh.

Strategi yang digunakan musuh ISLAM ini sangat licik...mereka membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat, sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut, manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.

Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan kehidupan manusia.Dari situlah Lahirnya pak-pak menteri yang bodoh(jahil agama).

Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma), idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah, pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.Keannya kitalah yang akan tanggung.

Polanya hampir sama di mana-mana negara yang pernah dijajah barat...takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undang-undang (kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

KESAN-KESAN PENJAJAH-MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

Para penjajah tidak berjaya memesongkan majoriti orang Islam dari Islam sepanjang penaklukan mereka keatas negara-negara itu. Walaupun mereka mereka mencurahkan tenaga mereka habisaan untuk tujuan ini, ianya tetap tidak berjaya. Oleh kerana itu penjajah telah mengekalkan mereka (anak2 negeri yang dijajah) supaya mereka tetap hidup dalam kejahilan dan dengan merosakkan akhlak mereka.

Penjajah menguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam. Seterusnya mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam. Walaupun begitu penjajah masih tidak mampu menarik ummat Islam untuk menentang Islam dan tradisi Islam. Buktinya ialah umat Islam masih tetap cinta kepada Islam hingga sekarang ini, sama dengan umat Islam di zaman silam.

Saudara-saudara akan dapati mereka itu beriman dengan Islam dari lubuk hati mereka. Niat mereka jujur, azam mereka benar, mereka tidak akan redha menganut sistem hidup yang bukan Islam, walaupun mereka tidak memahami Islam secara mendalam dan tidak terdidik dalam perundangan dan pengetahuan Islam. Tidak diragukan lagi bahawa akhlak mereka telah runtuh, adat resam mereka telah musnah dan perasaan-perasaan mereka telah rosak, tetapi pengukuran atau neraca nilai-nilai akhlak tetap tidak berubah.

PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING

Al Maududi juga menegaskan dari segi kecenderungan aliran pemikiran, falsafah moral, sosial dan ekonomi, kedua-dua golongan ini (penjajahan asing dan anak tempatan) tidak banyak berbeza. Begitu juga sikap kedua golongan itu terhadap Islam adalah hampir-hampir sama sahaja, sehingga dasar-dasar sistem pelajaran dan pendidikan yang dibuat oleh penjajah asing masih diamalkan oleh penjajah baru. Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.

Ya, kemungkinan mereka akan bermuamalat dengan riba, melakukan zina, meminum arak bahkan memang itu telah berlaku, tetapi saudara-saudara tidak dapati di kalangan mereka ada yang menyatakan halal sesuatu yang diharam oleh Allah kecuali sedikit dari mereka. Ada yang memang benar-benar berhaluan barat yang menghalalkan perkara yang diharam oleh Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan oleh Allah.

Orang-orang Islam secara umumnya tidak mengangap tarian, nyanyian, permainan sia-sia dan pelbagai maksiat yang memenuhi malam itu adalah kebudayaan dan dasar cara hidup mereka, sekalipun mereka sendiri terlibat dan berat kaki tangan ketika diajak beribadat untuk menyuci jiwa mereka.

Walaupun mereka masih mewarisi cara hidup di bawah undang-undang barat, namun fikiran mereka belum diresapi oleh fahaman yang menyatakan bahawa undang-undang barat ini adalah lebih betul dan lebih sesuai. Mereka masih tidak dapat menerima kata-kata undang-undang Islam telah ditelan zaman atau tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman sekarang. Hanya segolongan kecil sahaja yang benar-benar terperdaya dengan tamaddun barat tertarik dengan lahiriah tamaddun ini yakin dengan perundangan dan sistem rekaan barat itu. Kebanyakan orang Islam umumnya masih beriman teguh dengan perundangan Islam. Mereka menuntut supaya undang-undang Islam dikuat kuasakan didalam negeri mereka.

Sayangnya orang ramai Islam yang lemah ini tidak mampu melihat bentuk sistem hidup Islam yang syumul. Mereka telah hanya nampak sistem cara hidup yang dibina di atas dasar perkauman, pemikiran otak manusia dan sistem rekaan manusia.

Penjajahan bentuk naru ini menatijahkan anak didik barat sering menggunakan kesempatan yang ada untuk merosakkan generasi baru ummat Islam. Mereka berusaha mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam. Mereka menggalakkan supaya mempersenda-sendakan akidah Islam seperti kepercayaan kepada hari akhirat, syurga, neraka, pahala dan siksa. Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah. Kesemua itu di bawah dakwaan kemajuan, pembaharuan, kebebasan individu, pembangunan dan bersama orang ramai.

kerajaan-kerajaan ummat Islam kelihatannya seperti menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.

Golongan yang berhaluan barat yang diperniagakan oleh penjajah sebagai pengganti mereka di dalam negeri ummat Islam mengetahui dengan yakin bahawa system pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya yang bersih, tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah, sama ada cepat atau lambat kepada umat yang menuntut supaya mendirikan system pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.

Maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik. Malah penjajah akan segera menempatkan pemerintahan secara diktator sebagai ganti sistem demokrasi. Dalam hal itu pun mereka menamakan diktator tersebut dengan nama demokrasi demi untuk menipu manusia dan menonjol diri mereka sebagai pendokong sistem demokrasi, sedangkan mereka pada hakikatnya tak lain tak bukan ialah penipu.

KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM

Para bijak pandai yang mempelajari ilmu moden tentang beberapa perkara yang harus mereka titik beratkan untuk bangun bekerja dengan sungguh-sungguh dalam situasi yang berlaku sekarang :

1)Memperkenalkan hakikat Islam dengan secara terperinci, agar anda semua benar-benar menjadi muslim, baik dari segi ilmu pengetahuan mahupun dari segi fikiran. Juga agar anda benar-benar menjadi muslim dari segi hati dan perasaan, supaya anda mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam.

2)Segera memperbetulkan budipekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga anda dapat memperlihatkan perkara secara praktikal bagi Islam seperti mana datuk nenek kita telah memperlihatkannya pada masa lampau.

3)Mencurahkan segala apa yang anda mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada anda untuk berdakwah. Samada dengan tulisan atau dengan ucapan. Hendaklah anda mengkaji asas-asas tamaddun barat dan mengkritik serta membezakan di antara asas yang silap dengan yang betul.

4)Membebaskan fikiran dan jiwa orang Islam dari meniru orang-orang barat. Anda hendaklah mampu menghancurkan berhala-berhala dan teori-teori barat kerana teori ini telah banyak menipu segolongan orang-orang Islam sejak zaman berzaman.

5)Bertugas menyusun dan membentangkan undang-undang Islam yang bersangkutan dengan kehidupan manusia dengan cara-cara yang paling munasabah dan mudah dalam mempraktikan supaya dapat menarik dan meyakinkan generasi baru bahawa undang-undang Islam itu adalah betul dan baik.

6)Meyakinkan mereka bahawa jika mereka mengamalkan sistem Islam mereka bukan sahaja akan maju ke depan, malah mereka akan mendahului bangsa lain dalam semua cabang kehidupan.

7)Hendaklah diteruskan untuk jangka masa yang panjang hingga tiba suatu hari, di mana akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah. Kumpulan ini sangat kita perlukan untuk mengikat bangunan negara di atas tiang-tiang seri yang berlandaskan Islam.

8)Mesti bekerja keras menyebar dakwah di kalangan orangorang awam hingga anda boleh menyingkap kabus kejahilan mereka. Anda jadikanlah mereka itu terang benderang mengenai agama mereka, sehingga mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik

9)Bekerja keras memperbaiki budi pekerti mereka, meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam supaya mereka dapat berdiri tegak dan teguh dalam menghadapi serangan ideologi, seruan kepada maksiat dan kefasikan yang sedang bermaharaja lela di negeri-negari Islam, dengan dibantu dan dokongan dari kerajaan yang telah rosak.

Kerja-kerja yang baik seperti ini memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang. Anda pasti menghayung langkah kedepan dan tiap langkah mesti berwaspada, bijaksana dan berhati-hati.

Anda mesti bangun bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.

Anda mesti menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan anda yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi. Dan anda mesti menghadapi rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan. Inilah jalan yang membolehkan kita melakukan perubahan secara radikal, yang kukuh asasnya, kuat umbinya dan besar pula faedahnya kepada umat yang lemah di hari ini. Riak gelombang semacam ini tidak dapat disekat oleh mana-mana kekuatan musuh.

Umat Islam yang kemudian ini tidak menjadi baik melainkan dengan mengamalkan ajaran yang telah diamalkan oleh umat Islam yang terdahulu. Adapun jika anda bergopoh gapah melakukan perubahan dengan menggunakan cara kekerasan, kemudian anda berjaya sedikit sebanyak dalam perubahan itu, maka kejayaan itu tak ubah seperti angin yang masuk melalui pintu dan keluar melalui jendela.

PENUTUP
Saya memohon kepada Allah supaya ia memperbetulkan kesalahan kita, mengilhamkan hidayah, taufik dan menolong kita dalam usaha meninggikan kalimahnya pada jalan yang Ia redai. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penolong.

Ekstrak dari karangan Al MAUDUDI-PAKISTAN

AYUH KITA BANGKIT MENENTANG PENJAJAHAN YANG DIDOKONG MEREKA YANG BERTOPENGKAN KEPURA-PURAAN.

takbir!!!

Amerika minta berada di Iraq tujuh tahun lagi..

Baghdad mahu askar Amerika keluar selepas 2011

BAGHDAD: Amerika Syarikat dan Iraq mencapai persetujuan bagi membolehkan tentera penceroboh terus berada di bumi Iraq sehingga penghujung 2011, walaupun Washington sebelum itu meminta untuk berada di negara berkenaan sehingga 2015.

Presiden Iraq, Jalal Talabani, berkata cadangan Amerika ialah 2015 dan Iraq pula mahu kehadiran tentera asing itu sehingga 2010 saja.

“Jadi kami bersetuju untuk mengekalkannya hingga 2011 dan Iraq berhak, jika perlu, untuk menyambung kehadiran tentera ini,” kata Talabani dalam transkrip temubual dengan saluran televisyen al-Hurra.

Persetujuan itu menjadi asas perundangan bagi kehadiran tentera Amerika di Iraq selepas mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tamat tempohnya hujung tahun ini.

Awal minggu ini, Perdana Menteri, Nuri al-Maliki berkata sementara rundingan sepenuhnya diteruskan, kedua belah pihak menerima penghujung 2011 sebagai tempoh pengunduran kira-kira 145,000 anggota tentera Amerika yang berada di Iraq.

Tanda-tanda bagi mencapai persetujuan itu mencerminkan pendirian kerajaan Maliki yang lebih tegas kini. Ia juga mencerminkan tekanan politik yang dihadapi Maliki di negaranya, lebih lima tahun selepas penggulingan Saddam Hussein yang diketuai Amerika.

Pegawai Amerika, bagaimanapun, menegaskan tiada persetujuan akhir dicapai. Perjanjian di peringkat akhir perlu disahkan oleh Parlimen Iraq. -


: Beginilah nasib umat ISLAM, sebegini jelas pencabulan dilakukan keatas IRAQ..jika tidak bermotifkan niat jahat....masakan mereka masih dibiarkan berada di bumi IRAQ..dengan apa yang telah mereka lakukan, mengapa Umat ISlam masih belum sedar???

27 Aug 2008

Ramadhan.....



Kepada semua ..diri ini memohon 1001 ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak...semoga Ramadhan kali ini beroleh kita keberkatan darinya

17 Jul 2008

Master Your MIND , Design Your destiny...


Kehidupan pelajar IPTA kini umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Segala macam cabaran dibebankan keatas bahu -bahu mereka ..dilabel generasi harapan akan datang, pelapis kepimpinan dan entah berapa banyak harapan yang kadang-kadang menyenakkan pemikiran kita dalam menerajui dan mendepani masa depan MALAYSIA tercinta.

Dalam krisis akhlak yang tak berpenghujungnya melanda rata-rata pelajar IPTA apalah yang boleh diharapkan kepada mereka. Sistem pendidikan yang bersifat "DARWINISM ORIENTED" mengenegahkan budaya kajian santifik yang menafikan sesuatu yang tidak boleh dinilai atau dicerap sekaligus bertentangan dengan fitrah kita yang mengimani sesuatu yang tidak dapat dicerap. Konflik yang berlaku jarang disedari kecuali ahli falsafah yang banyak membicarakan kegersangan pelajar yang dihasilkan sistem pendidikan kita sekarang. Maka jika menurut fiqh awlawiyat (fiqh keutamaan) karangan Ulama kontemporari: Yusuf Qardhawi, kita telah zalim dalam menentukan keutamaan dalam kehidupan kita sehari-harian sehingga menjerumuskan kita kepada hanyutan dunia akademik hingga akhirnya kita memisahkan diri kita dari matlamaat kita sebenar : hidup bertuhan!!

Seseorang lebih sanggup tidak tidur sepanjang malam untuk menghabiskan ulangkaji , namun meninggalkan apa yang lebih wajib baginya..solat subuh. Seseorang bertungkus lumus mencapai tahap tertinggi dalam dunia akademiknya untuk :keperluan dirinya sehingga meminggirkan keutamaannya membantu perjuangn menegakkan ISLAm :matlamt hidupnya kemabali kepada tempatnya, Menanda kehadiran kekuliah lebih utama daripada memastikan diri lengkap menunaikan solat kepada ALLAh sehari semalam sebanyak 5 kali sehari semalam..Siapa sedar , meningkatnya kadar maksiat dalam kampus punya pertalian yang erat bagaimana sistem pendidikan membentuk manusia yang tempang. Kes -kes yang di nukilkan mungkin lebih teruk dari yang boleh kita bayangkan.

Penindasan terhadap kebebasan mahasiswa dalam ertikata membangun kualiti diri dikekang dan disekat melalui segala bentuk polisi, undang-undag, ugutan, ancaman, gerakan sulit semata-mata memastikan kuasa politik tidak tergugat. Hakikatnya mahasiswa menjadi semakin bodoh!!MAAF CAKAP BUATLAH SURVEI dikalangan pensyarah yang punya akal..adakah betul cara universiti mencanai mahasiswa sebagai golongan kelas pertama dalam susun lapis masyarakat? Pensyarah juga punya pendirian, namun suara mereka kecil kerana kuasa politik mengatasi segalanya...lalu berlakulah perbincangan-perbincangan kecil dalam kuliah menilai suasana mahasiswa sekarang...aduhai kasihan...Mahasiwa hilang taring, gersang peranan, hilang punca..di doktrin TUMPULAH AKADEMIK DAHULU!!!sehingga menafikan peranannya kepada masyarakt, agama, negara..perlu diingat mahasiswa juga masyarakat, jurubicara masyarakat..dan aset neghara yang perlu digilap bukan menjadi hamba akdemik, undang2 ATAU paling teruk BHEP(pentadbiran Universiti).Kononnya menjaga kearmonian kampus...berapa ramai warga kampus tidak bersetuju dengan tindakan universiti yang memperbodohkan mereka namun tidak berani bersuara..kerana mereka memang dibentuk agar cakap-cakap belakang sahaja..jangan benarkan mahasiswa bersuara..sibukkan mereka dengan kuliah, tugasan, amanah dalam ..ikat mereka hanya dfengan aktiviti kolej..elak mereka terlibat aktiviti luar..ikat mereka dengan merit kolej..biarkan mereka terikat dengan kolej,jadikan mereka rasa perlu terikat dan bergantung dengan kolej.

Jika mereka melawan pilih sebilangan dari mereka dan buang dari kolej..bagi mesej kepada pelajar lain,momokkan siapa langgar BHEp mereka akan dihukum,ditakutkan, disusahkan..dan sebagainya..Kesannya lebih hebat dengan strategi ini
jadilah mahasiswa terus bodoh,diperbodohkan, pengecut dan mandom...


Ada tak menambah, Tak dak tak berkurang-suasana mahaiswa kepada masyarakat..siapa ikut undag-undang akan dilayan sebaiknya....Habis madu sepah dibuang-itulah lumrah, yang tak sedar masih terhegeh-hegeh duduk bawah ketiak BHEP...Jika ia tidak diperlukan, ia juga akan disingkirkan suatu masa nanti..Lumrah kehidupan, selalunya yang lemah akan mengalah.

Namun realiti politik semasa membuka mata mahaiswa untuk sedikit merasai bahang perlunya menampilkan diri membentuk masa depan anak cucu pada masa depan.Apalah guna sijil ditangan andai masa depan tergadai.Punah dan rosak generasi depan angkara kita yang tidak mengambil peduli hal ehwal negara dan masalah remaja sekarang. Generasi yang lahir sekarang bakal mebentuk siapa dan apa negara kita akan datang. Kesedaran yang perlu dipupuk dari sekarang memerlukan mahasiswa kebebasan mencerna dan melunakkan perjuang mereka dengan mendepani isu -semasa, kebajikan , agama, isu kaum, isu perundagan, isu keruntuhan isntitusai keluarga..bahkan dunia.

Dibandingkan kita dengan aktivis mahasiswa di Indonesia , kita jauh ketinggalan dalam merasai pentingnya kita sendiri yang menentukan masa depan kita. Comfort ZONE yang di hamparkan kepada kita menjadikan kita takut keluar dari kepompong yang kita sendiri bina dan kita berasa selamat sekadar berada didalamnya.Biarlah apa yang berlaku, ributkah, banjirkah, gempakah, kiamatkah..aku dan dunia aku sahaja!! Maka hilanglah manusia yang sepatutnya berperanan memakmurkan dunia ini sebagai khalifah , wakil ALLAH dalam menterjemahkan baris -baris QURAN yang mulia dalam aktiviti seharian. Dogamtik yang tempang menjadikan generasi yang lahir tidak stabil dan rosak. Aktivis indonesia sangat responsif akan perkara ini..mungkin kerana keadaaan sosiopolitik mereka yang susah, kehidupan yang sukar, menyebabkan kesedaran dan semnagat mereka lebih berbanding kita disini untuk mencetus perubahan. Jauh panggang dari api...gerakan kita masih lemah ...kesedaran inside - outside masih belum terjadi dan tercetus..bilakah ia kan berlaku..seseorang perlu bangkit mengetuai segalanya...
Pemimpin masa hadapan ..siapakah orangnya...???? Kita perlu mula mengubah bentuk pemikiran kita, perlu dimasukkan agenda negara dalam kehidupan harian kita, juga gerakan kita...Sampai bila kita perlu dicucuk hidung?? Kita punya maruah dan akal yang boleh berfikir...

Kita tinggalkan teori dan retorika-retorika nanindah yang langsung tidak membuahkan natijah yang jelas.Perlu kita buka minda kita, perlu kita luaskan perspektif kita..kita perlu lebih agresif, dan mendahului.Sekarang bukan masanya semua mahu jadi waraq dan pemalu tak memasal..Musuh sentiasa merencanakan kehancuran ISLAM , sedang kita masih ditakuk lama ..pemerhati paling pasif didunia. Sekadar mengeluh, menggeleng kepala, mengangguk ...dengan suara sinis, dan ketawa mencuka., senyum kambing terlekat tulang:hingga kita berlakau seperti seseorang yang lain,hilang identiti, musnah jati diri, gugur kehebatan dan potensi yang terpendam.

Gerakan ISLAM seluruh kampus perlu memulakan langkah ini. Segala perencanaan perlu kita cernakan ..berkata bekas menteri pertahanan Israel..namanya MOSHE DAYAN yang telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai tiga kelemahan umat islam iaitu tidak mengkaji sejarah islam, tidak mengatur strategi dengan teliti dan MALAS

Seluruh warga kampus perlu kita selamatkan dari belenggu kuasa anarki BHEp..pecahkan monopoli mereka, dan hancurkan kubu kuat mereka. Siapa mereka? Tanpa kita mereka semua tiada dalam kampus.Suara MAHASISWA besar..tanpa sokongan kita, lumpuh pentadbiran UNIVERSITI. Mereka boleh berlagak sekarang, esok lusa belum tentu kerana mereka retak menanti belah sedang kita membina kekuatan yang tak mampu mereka bayangkan.Mana-mana kampus seluruh negara, ASPIRASI sudah ketandusan pimpinan dan kerosakan yang terhasil dari program mereka..sedikit demi sedikit keburukan mereka mula dihidu masyarakat..bangkai mula berbau dan berulat. Hasil kepimpinan mereka yang terlibat dengan liwat, zina dan entah berapa banyak lagi keburukan perlu kita dedahkan: ini bukan kes terpencil!!!...zalimnya kita mebiarkan orang seperti ini terus ada memimpin dan memperbodohkan kita.

Sehebat manapun undang-undang yang cuba dikenakan, tekanan yang cuba diaplikasikan kebahu kita..kita sentiasa makin seronok berperang dengan mereka....Kesilapan kita masih punya ruang untuk diperbaiki...jangan gentar untuk menyalurkan tenaga guna matlamat perjuangan nasional, kecil sangat kesusahan yang diterima berbanding matlamt yang kita mahu capai, masih ramai sahabat yang mahu menghulurkan bantuan andai anda ditekan..itulah kekuatan kita. Kita perlu mengubah paradigma kita, sedar peranan kita , dan kuasai masa depan kita....TERUSKAN BERJUANG!!!

JUNDI UMMAH

SALAM PERJUANGaN BUAT SEMUA AHLI GERAKAN ISLAM KAMPUS
MENJANA KEBANGKITAN MAHAISWA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger