Saban tahun tiap kali pelajar mahasiswa baharu memasuki alam kampus mereka menjadi fobia terhadap gerakan ISLAM .
Persatuan Mahasiswa sebuah IPTA di sekitar lembah Klang kini terpaksa berhadapan dengan masyarakat kampus yang telah didoktrinkan agar tidak terlibat dengan Persatuan Islam yang cenderung untuk berdemo, berpoltik , ponteng kuliah, bersama dengan orang bukan Islam. Pihak universiti telah menyempitkan pemikiran warga kampus agar mengikut telunjuk mereka yang pada hakikatnya menghadkan batas yang sepatutnya seorang warga UNIVERSITI bertindak .Kita belum cakap soal mewakili rakyat, mempengaruhi dasar kerajaan, mewujudkan argumentasi terhadap tindakan yang dilihat mempunyai unsur jahat, serta agen perubah dan penyelesai masalah remaja masa kini...!!Banyak lagi isu yang besar yang boleh dilakukan oleh mahasiswa selaku golongan intelek kelas pertama dalam hierarki msyarakat..
Hakikatnya bukan semuapun ahli persatuan yang berdemo, tidak pernah ada paksaan terhadap individu untuk berdemo..ia hak individu itu sendiri, atas kesedarannya sendiri dan yang paling penting kita terlibat menyumbangkan sesuatu untuk perjuangan.. Maka tidak adil tindak tanduk seorang individu disamakan dengan Persatuan Islam . Ini satu niat jahat bagi melumpuhkan Persatuan Islam kampus bagi menjuarai Pilihanraya Kampus.Perkara ini jarang disedari golongan pemerhati di kampus.Sikap prejudis dan pandang serong terhadap Persatuan Islam semakin menjadi-jadi apabila puak aspirasi memainkan isu-isu yang kotor yang mengaitkan PMI(Persatuan Mahasiswa Islam) sebagai bertanggungjawab terhadap kerosakan di kampus , lantas mereka(PMI) digelar perosak, pencetus keganasan dan sebagainya.
Tindakan ini dilihat cuba mengalih perhatian warga kampus terhadap isu yang sebenar dan lebih utama serta besar. Mereka juga cuba dilihat menutup kesilapan dan kelemahan mereka. Mereka menguasai arus kampus, dengan jentera tambahan seta sokongan Pegawai Universiti sendiri mereka mencaturkan strategi melumpuhkan dan memburukkan PMI.Cubalah diadakan soal selidik dan tanya terus kepada ahli PMI, apa yang mereka lakukan..Dalam keadaan kertas kerja sentiasa disekat, sebarang program dibekukan..bantuan kewangan dihadkan..serta penasihat dibayangi TNC HEP..apa sangtlah yang mampu dilakukan. Namun perlu jelas persatuan ini hanya medium. Islam tidak perlu dipersatuankan, hanya ia sebagai lambang menaikkan Islam , atau wakil suara kecil untuk pertahankan Islam...Kita ada Persatuan Kristian, Persatuan Buddha dan juga Tamil...nah adakah kita sanggup melihat Persatuan Islam di mansuhkan. Itu baru dilihat pada sudut mudah.
Gerak kerja dakwah sentiasa berjalan, kader-kader baru sentiasa ada untuk menggerakkan agenda dakwah kampus...lantas orang bertanya apa yang PMI buat.? Adakalanya apa yang dibuat menjadi rahsia kerana ia sulit sebagai contoh..isu murtad, pegislaman saudara baru, khalwat dan maksiat...PMI mengambil bahagian secara serius dalamal ini.Paling penting usaha menyedarkan masyarakat kampus bahawa sebagai Mahassiswa tugas kita lebih dari sekadar menelaah helaian-helaian nota untuk menjawab peperiksaan.Kita agen perubah masyarakat kepada yang lebih baik..danasas kita adalah ISLAM..AL QURAN dan SUNNAH.
PMI tidak pernah berpendirian akademik tidak penting, bahkania juga satu bentuk dakwah dan salah satu sumber kekuatan umat ini. Tinggal lagi kita berbalik kepada sikap, jika tidak menyertai PMI secara aktifpun andai sikap kita masih sama..maka usah bicara ini salah siapa? Perjuangan menuntut pengorbanan...Islam tertegak sekalipun dengan darah shuhaad' dan sahabat-sahabat nabi ra. Tidak hairanlah jika PMI sentiasa di kutuk oleh musuhnya, kerana memang tabiat perjuangan ini terpaksa berdepan dengan celaan orang mencela..
Berbangkit isu demonstrasi isu yang paling besar ialah menegur pemimpin yang salah. Rakyat mahukan kebenaran , dan mahasiswa sebahagaian dari rakyat. Bukan tentang keadilan tetapi kita tentang kezaliman...perkara ini dihurai panjang oleh ahli Dewan Ulama'. Kita bukan nak perjuang kan perkara remeh temeh, isu buka pintu SS(di UPM), isu pakai kad matrik, isu video lucah(walhal semua tahu di kolej isu video lucah dikalangan mahasiswa ini dah lama berlarutan mengapa baru sekarang ada tindakan?:kerana kepentinagn politik kampus)..dan sebagainya..tetapi kita berdepan dengan isu lebih utama..kepimpinan negara, dasar, maruah Islam, masadepan negara, Rasuah, keruntuhan moral, kedaulatan negara dan bayak lagi. Sebagai mahasiswa apakah kita hanya berpeluk tubuh sahaja.
Meihat secara serius akan perkara ini, JUNDI UMMAH melihat isu-isu besar ini terlalu berat bagi mahasiswa , sedangkan di era 70 dan 80 an isu ini menjadi mainan mahasiswa . Lihatlah kesannya kongkongan pihak universiti terhadap pemikiran anak didik mereka..Mahasiswa jenis apakah yang kita mahu lahirkan sebenarnya??persoalan yang pentig perlu dijawab secara ikhlas. Bagaimana pelapis pimpinan dapat dilahirkan? Kita sekarang sedang menuju kehancuran institusi pendidikan paling teruk...
Melihat pemimpin yang menerajui tampuk kuasa gagal menyelesaikan isu orang Melayu dengan baik..apabila ditegur ia marah..maka dimana relevennya lagi pemimpin yang ada sekarang untuk terus berkuasa?Masalah rasuah, maruah, hubungan antarabangsa...mereka bersambil lewa dan hanya beretorik dan bersandiwara. Masa depan kita bergantung kepada sejauh mana matangnya kita mendepani isu-isu kritikal dalam negara kita
Jundi Ummah sangat berharap agar kader-kader baru PMI mengembalikan semula maruah dan peranan kita dengan sebaik mungkin. Kita jangan terleka dengan perkara-remeh . Musuh Islam akan sibukkan kita agar kita hilang fokus sebenar kita.Masa depan kita bergantung
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment