Orang muda perlu didedah politik – Musa HitamUTUSAN, KUALA LUMPUR 14 Nov. – Golongan muda disaran bergiat aktif dan sentiasa bersiap sedia menjadi pelapis pemimpin yang berkaliber untuk meneruskan agenda politik negara.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, pendedahan itu penting untuk mereka menyesuaikan diri dan bergaul dengan masyarakat.
‘‘Ia sebenarnya satu pengalaman menarik. Golongan muda ini boleh mula berfikir secara adil dan melihat semua perkara dari aspek yang natural.
‘‘Politik mendisiplinkan golongan muda. Ia membuka pemikiran yang sempit kepada satu pandangan jelas mengenai masa depan dan tanggungjawab mereka kepada negara,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian buku The Unmaking of Malaysia di sini hari ini.
Buku setebal 271 muka surat hasil tulisan Ahmad Mustapha Hassan itu menceritakan kembali perbezaan cara penulis bekerja semasa berkhidmat di bawah dua bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ia juga berkisar tentang kejadian berdarah, 13 Mei 1969 selain cara yang digunakannya untuk menemukan dua bekas Perdana Menteri itu dan bagaimana mengendalikan kerenah ahli perniagaan.
Tambah Musa yang juga Timbalan Presiden UMNO dari 1981 hingga 1987, kelahiran buku itu dilihat sebagai satu cara untuk membangkitkan kembali semangat kenegaraan yang semakin pudar di kalangan rakyat.
‘‘Secara jujurnya, objektif penerbitan buku ini sudah tercapai. Ia mengandungi cerita yang seharusnya diketahui pembaca tentang konsep pemerintahan pemimpin negara dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka,” ujarnya.
JUNDI UMMAH
Nah sekarang mereka sendiri mengaku kepentingan mengikuti perkembangan arus polotik semasa..selain persedian pelapis pimpinan masa depan, paling penting medium ini kita gunakan untuk pertahankan ISLAM,dan wadah perjuangan menghadapi dan mengimbangi musuh ISLAM berdasarkan pendekatan yang dibolehkan syara'.
Pemikiran sempit atau cakap kosong yang bersifat provokasi keatas mahasiswa hanya akan menyempitkan pemikiran mereka dan menjadikan mereka mandom dan tidak bermaya , menjadi alat manipulasi ahli polotik semata. Penguasaan mahassiswa terhadap isu politik, dan keyakinan perjuangan mendaulatkan ISLAM, melahirkan insan berkualiti dan berjatidiri harmoni bukan terikut membabi buta dengan sogokan provokasi musuh ISLAM yang tidak mahu anak mudanya matang dalam berfikir.
Mungkin TNC HEP patut memperbetulkan kembali sikap atau doktrinisasi terhadap gerakan ISLAM kampus yang dikatakan berpolitik..hakikatnya poltik kampus dicaturkan bagi mendepankan kepentingan ISLAM berbanding kepentingan peribadi atau nafsu.
No comments:
Post a Comment