11 Nov 2007

Himpunan 100,100 aman dan berjaya-media putar belit fakta




Takbir!Allahuakbar, Takbir..!Allahuakbar, Takbir!..Allahuakbar....Takbir!
Bersih Bersih PR bersih!..
Hiruk pikuk umat manusia menelusuri jalan raya ibu kota di gemparkan dengan laungan takbir dan kata hikmat PR bersih sepanjang jalan raya menjadikan umpama suatu jemah haji berpakaiaan kuning sedang berarak....

Manakan tidak,100,100 orang rakyat Malayisa dari seluruh pelusuk negara, dari utara sampai ke selatan berkumpul di sini..Dari Perlis sahaja sudah 10 bas, Kedah 40 buah bas, Kelantan sahaja tak perlu cakap lah...Allahuakbar ..kali ini terasa sangat kuat suara rakyat melaungkan tuntutan terhadap pilihanraya yang adil dan bersih terhadap kerajaan yang menzalimi dan mencabuli hak rakyat.Jika mesej ini pun sukar untuk kerajaan memahami, sukar rasanya kerajaan sekarang mewakili rakyat apatah lagi memimpin rakyat

Tidak kira tua muda, perempuan ataupun lelaki, melayu, cina ,india , mahasiswa ataupun pelajar sekolah..semua terlibat atas dasar kesedaran yang nyata sesuatu seperti ini amat wajar dengan maklumat sebenar yang berjaya mereka perolehi ..yang di disembunyikan oleh parti pemerintah terhadap rakyat..Maka walaupun dalam keadaan hujan dan terpaksa berdepaan dengan risiko ditangkap, dibuang universiti, terbunuh ataupun syahid..maka jalan ini kita tempuhi secara bersama.

Jundi Ummah cuba menghayati perjuangan jihad ini..terkesima apabila Jundi Ummah menyelak satu persatu helaian buku bertajuk Jundullah...Karangan Sa'id Hawa..pada halaman 93..
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sesungguhnya di antara jihad yang paling baik ilah memperkatakan suatu kalimah yang adil di hadapan seorang sultan yang zalim" (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Sa'id al Khudri secara marfu')

dan dalam hadis yang lain baginda bersabda:

"Ketua para syuhada' ialah Hamzah dan juga seorang lelaki yang pergi kepada seorang Imam yang zalim, menyuruhnya melakukan yang adil dan melarangnya (daripada melakukan kezaliman) lantas Imam itu membunuhnya " (Diriwayatkan oleh al Hakim dari Jabir Bin Abdullah al Tabrani dalam kitab :Al Kabir daripada Ali : Disisayaratkan oleh as-Suyuti sebagai hadis sahih)

Hati jundi bergelojak nekad, pasti ini ruang untuk syahid yang Allah akan kurniakan kepada sesiapa yang ia kehendaki ...Andai di benarkan jika apa-apa yang berlaku..Jundi Pasti akan bersama-sama tentera merah di barisan hadapan bertempur untuk mati...

Namun Allah ada perancangannya..mudharat mugkin lebih besar berbanding manfaat untuk Pergerakan Islam andai himpunan pada hari ini berdarah.Teringat Jundi sejarah pergerakan Ikhwanul Muslimin..diharamkan, pemimpin ditangkap...dek beberapa rentetan siri berdarah pergerakan mereka

Apapun Jundi Ummah tetap meyokong sepenuh tenaga Pimpinan Utama..terlebih lagi Tuan Guru dalam memastikan Perjuagan menuntut keadilan yang diisyaratkan Islam ini berjaya mencapai misinya.

Menatap gambar-gambar diatas , siapa sangka ia berlaku dengan aman...namun media memutarbelitkan fakta situasi sebenar..

1) Serangan polis FRU di Masjid Jamek adalah dalam keadaan tanpa ada apa -apa amaran.Sedangkan mereka berhimpun secara aman .Polis melakukan provokasi ini untuk menjadikan ia isu untuk dimainkan (seperti dalam RTM1-Ini Bukan Budaya Kita).Walhal para pendemonstrasi sudah jelas denag arahan Pimpinan...Tuan Guru sendiri sudah memaklumkan jiak ada kekacauan ia bukan dari kita tetapi dari mereka..benar sekali ucapan ini..

2)Keamanan terjaga berikutan kawalan Tentera Merah Unit Amal -Bawah PAS.Bukannya pihak polis.Pihak polis bukan mengawal tatapi melakukan ancaman terhadap para pendemonstrasi...namun media menyatakan ini kerja pihak polis.Phak polis hanya berdiri dari jauh ..hattta trafik juga diambi ali kawalannya oleh Tentera Merah..Syabas tentera mera

3) Membidas ucapan Dato Sharizad...Himpunan ini sedikitpun tidak menimbulkan ancaman dan huru-hara.Ia bukan seperti himpunan reformasi! Bahkan ia berlaku dalam keadaan kanak-kanak juga ramai terlibat..Ia sesuatu yang sangat telus..boleh lihat rakaman yang ada..Jika tiada di tempat kejadian jangan bercakap sebarangan...

4) Gelombang ini gelombang rakyat namun, tidak dinyatakan secara telus oleh media, namun ini sudah di jangkakan...bagi rakyat yang mahukan kebenaran bolehlah melihatnya melalui tvpas.com


Memang memualkan apabila melihat media berlaku sangat tidak adil terhadap suara rakyat. Tetapi apakandaya "mereka" menguasai aliran media.Apapun semoga rakyat sedar dengan situasi sebenar..walaupun dalam keadaan halangan, dan ancaman..mendengar perbualan hadirin yang hadir perhimpunan ini sehingga 4 sekatan jalanraya oleh polis terpasa mereka hadapi..dan itulah puncanya kesesakan berlaku bukannya perhmpunan ini!
Mereka takut dengan bayang-bayang mereka sendiri..Orang nak pergi kerja pun ditahan ..mereka habis cara..namun himpunan ini tetap berjaya dengan kejayaan agenda memperbodohkan pihak polis yang diperkudakan UMNO..

Jundi Ummah mengikuti perarakan ini sehingga ke akhirnya..Alhamdulillah semuanya selamat tiada yang kena pukul, yang ditangkap juga sudah dilepaskan..sekarang semua pulang ketempat masing-masing.Keletihan dan kelaparan jelas tergambar di muka setiap orang.Jundi Ummah sangat terharu kerana melihat semangat yang ditujukkan lebih-lebih lagi golongan-golongan veteren..walaupun nak berjalan pun tak berapa boleh, naun semangat JIHAD yang dipegang, mahukan keadilan ISLAM itu pada tempatnya mereka sanggup bersusah..semua yang hadir atas tajaan diri sendiri, inisiatif sendiri dan dengan kekuatan dari ALLAH..bukan seperti UMNO..segalanya perlukan sogokan duit...

ALLAHUAKBAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger