Usrah dan sekitarnya
PENGENALAN USRAH
MAKSUD USRAH
Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggi samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesama ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga.
Maksud perkataan usrah dalam pengertian kita ialah kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim) yang beriman dengan agama ini, berusaha tolong menolong antara satu dengan yang lain untuk memahami dan menghayati Islam.
Tujuan Usrah
Majlis usrah mempunyai beberapa tujuan, di antaranya:
• Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap Islam terhadap satu-satu masalah.
• Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jama’ah.
• Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai "Din wa Daulah", menghayatinya di dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendawahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
• Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiyyah di dalam kehidupan diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
• Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang berbagai bentuk yang mengancam kemurniaan Islam.
• Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya.
• Menghubungkan anggota secara langsung dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.
• Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah, demi untuk mencari keredhaannnya, mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan siksaanNya. Bukan kerana segan dengan naqib usrah atau kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada Allah. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya kemudian diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan dari sesiapa.
• Menggiatkan dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.
• Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk Islam demi kepentingan gerakan Islam.
• Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru, sumbang dari musuh.
• Memperkukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jamaah
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment