Intan Abdullah
Tue | Mar 04, 08 | 3:58:13 pm MYT
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan di Kelantan sejak 18 tahun lalu berjaya melahirkan kakitangan yang mengamalkan sikap amanah.
Selain itu mereka juga memahami prinsip Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan.
"Pegawai-pegawai kita terdidik dengan sifat itu. Mereka datang ke pejabat menunaikan solat tanpa membuka lampu memandangkan hari telah cerah untuk mengelakkan menggunakan wang kerajaan," ujarnya pada satu ceramah di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa, malam kelmarin.
Menurutnya beliau sendiri menunaikan solat dalam keadaan gelap kerana takut menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
"Kita kena contohi Saidina Abu Bakar, tetapi sekarang ini orang sudah tidak hairan dengan rasuah dan makan duit kerajaan, bahkan ada juga yang dibuat harta sendiri," katanya.
Tambah beliau juga kakitangan awam tidak pernah dihalang mengumpul harta tetapi dengan syarat menggunakan gaji yang diperolehi, bukan dengan mengaut daripada wang kerajaan.
Tahun lepas beliau pernah didatangi pegawai Badan Pencegah Rasuah kerana tidak melaporkan mengenai ada pihak yang cuba menyogoknya ketika awal mengetuai kerajaan negeri.
"Saya tidak pernah terliur dengan harta yang ditawarkan dengan cara tersebut, bukan sahaja tidak halal bahkan tidak berkat kepada seluruh kehidupan dan keturunan," katanya.
Beliau juga berkata, dasar kerajaan PAS menekankan aspek berbelanja secara berhikmah berdasar sifat orang mukmin apabila berbelanja tidak boros dan apabila berjimat tidak pula sampai kikir. - mj Cetak
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment