Zain el-Din Hashimi
Thu | Feb 28, 08 | 11:33:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Kakitangan Harakah bahagian pemasaran hari ini dikejutkan dengan kedatangan beberapa pemuda India bersama dengan lori tiga tan yang dipercayai untuk mengangkut 6,000 naskhah akhbar Harakah.
ImageTinjauan mendapati, mereka adalah pemuda India dari ibu kota yang sedar kepentingan Harakah untuk bahan bacaan dan rujukan khususnya di kalangan masyarakat India di Kuala Lumpur menjelang pilihan raya pada 8 Mac nanti.
Suresh, 28; Muthu Kumar, 29; Sri Dhar, 27 telah datang pada awal pagi lagi bagi memastikan Harakah kali ini diperolehi tanpa kegagalan untuk mendapatkannya.
Suresh yang ditemui menjelaskan, tujuannya ke pejabat pemasaran Harakah adalah untuk mendapatkan 6,000 naskhah untuk diedarkan kepada pembaca di sekitar ibu kota, dengan harapan yang cukup tinggi agar mereka (pembaca) dapat memilih calon-calon pembangkang yang dilihat kali ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pakar motivasi, aktivis masyarakat kontraktor dan lain-lain.
ImageSementara rakannya, Muhtu Kumar menegaskan, bahawa Harakah adalah sebuah akhbar alternatif yang hanya melaporkan berita-berita yang benar lagi sohih, tidak seperti akhbar-akhbar arus perdana yang bayak mengampu dan mengambil hati para pemimpin negara.
Seorang pesara kerajaan, Kesevan Rajoo, 61, menyatakan bahawa beliau mendapatkan kira-kira 150 naskhah Harakah untuk diedarkan di Bukit Aman, saya tidak takut untuk hantar ke Bukit Aman memandangkan saya seorang pesara, dan saya yakin ada di kalangan para pegawai keamanan di situ yang berminat untuk membaca Harakah.
Bagaikan pisang goreng panas
Menurut seorang kakitangan bahagian pemasaran Harakah , Khairul Azizi menjelaskan, kali ini pihak pengurusan telah mencetak kira-kira 177,000 naskhah berbanding 134,000 sebelum pembubaran parlimen dan penamaan calon baru-baru ini.
Katanya, keadaan ketika penjualan kali ini agak kalut dengan penambahan mendadak yang mendapat permintaan tinggi dari pengedar dan pembeli.
ImageSeorang pengedar yang ditemui, Haji Abdul Rahman Haji Idris yang menjadi pengedar sejak lima belas tahun lalu di pasar besar Dato' Keramat berkata, "permintaan tinggi untuk mendapatkan Harakah memaksa saya untuk menambah bilangannya kepada seratus naskhah, berbanding sebelum ini, itu pun kerana pembaca ingin tahu berita benar yang dilaporkan oleh Harakah."
Tambahnya, hanya Harakah bagi pandangan pembaca sebagai satu-satunya akhbar yang boleh dipercayai berbanding akhbar-akhbar arus perdana, yang banyak membelit dan melaporkan berita yang tidak beretika, maka sekali gus menjadi akhbar yang tidak bermutu.
Selanjutnya menurut beliau, masyarakat di ibu kota tidak seperti sepuluh hingga lima belas tahun lalu yang hanya bergantung kepada berita yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana, tetapi hari ini mereka telah menemui alternatif yang sangat memuaskan hati mereka, iaitu Harakah.
Seorang pembeli, Asri Abdul, 38 yang ditemui menjelaskan, sejak akhir-akhir ini beliau rasa teruja untuk mendapatkan naskhah Harakah kerana tidak puas hati dengan laporan berita berita berat sebelah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana dan laporan berita televisen.
Beliau yang bekerja sebagai seorang kakitangan swasta bergegas untuk mendapatkannya sebelum kehabisan stok, memandangkan sambutan di luar jangkaan banyak pihak.
Seorang lagi pembeli yang ditemui, Azhari, 31 turut menyokong pendapat Asri, dan mengharapkan pilihan raya kali ini memihak kepada pembangkang yang diketuai PAS dalam Barisan Alternatif. - mks. Cetak
No comments:
Post a Comment