Anis Nazri
Wed | Mar 05, 08 | 11:55:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari mengundi menyebabkan beberapa pemimpin Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) menarik diri sebagai pemerhati pada hari pengundian, 8 Mac ini.
Penarikan diri sebagai pemerhati itu dimulai Pengerusinya, Abdul Malek Hussin dan kemudiannya diikuti Timbalannya, Syed Ibrahim Syed Noh sebagai tanda kesal dengan keputusaan SPR tersebut, bagaimanapun tidak memaksa anggota Mafrel yang lain bertindak serupa.
Malah, Malek dengan tegas menyatakan bahawa Mafrel tidak dapat menerima kehadiran pemerhati-pemerhatinya yang ditauliahkan SPR untuk memerhatikan urusan pengundian di tempat-tempat mengundi pada pilihan raya ini dalam keadaan untuk mengiyakan suatu keputusan yang pasti menjejaskan kredibiliti dan integriti Mafrel. Malek juga berkata Mafrel memandang berat kepuutsan tersebut memandangkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi amat berguna dan berkesan untuk mencegah perbuatan penyamaran serta pengundian berganda yang jelas bertentangan dengan seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Berdasarkan pengalaman Mafrel melalui misi pemerhatian pilihan raya peringkat antarabangsa khasnya di Indonesia, Filipina malahan Afghanistan, penggunaan dakwat kekal tersebut diperakui masyarakat antarabangsa sebagai salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah amalan penyamaran dan pengundian berganda," kata beliau dalam sidang media petang tadi.
Tambah beliau, berdasarkan pengamatan Mafrel, pilihan raya umum ke-12 ini akan terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda yang hanya boleh ditangani secara jangka pendek dengan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi.
Beliau juga berkata pembatalan penggunaan dakwat kekal itu mendedahkan suasana yang tidak kondusif kepada perjalanan proses pilihan raya yang seharusnya menepati prinsip-prinsip dan amalan pilihan raya yang bebas dan adil yang diiktiraf dunia.
Dengan itu, Malek berkata Mafrel membantah sekeras-kerasnya keputusan pembatalan tersebut dan menegaskan bahawa Mafrel tidak akan mengiyakan satu keputusan yang nyata bertentangan dengan rekomendasi nombor 12 dan 13 yang terkandung dalam 'Final Report in Election Observation of 2007 by-elections' bersabit dengan penggunaan dakwat kekal yang telah dikemukakan Mafrel kepada SPR sebagai sebahagian dari syarat-syarat pemerhatian pilihan raya Mafrel yang diiktiraf SPR bagi pilihan raya kecil N8 Machap, Melaka dan N11 Ijok pada 2007 lalu. - mks. Cetak
Memqang banyak keganjilan..dan penipuan..MASA UNTUK BERUBAH
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment