TIDAK PEDULI
Namun apa yang mengejutkan saya ialah sejuknya masyarakat kita dari berpaling dan peduli kepada kejadian ini. Saya tidak terkejut jika ramai yang tidak tahu menahu mengenainya.
Mungkin mereka akan ternganga apabila periuk nasi masing-masing kosong dan kontang kerana tatkala dunia berdepan dengan krisis makanan yang amat kritikal ketika ini, Taufan Nargis ini telah menghancurkan Delta Ayeyarwaddy (Irrawaddy) yang membekalkan hampir separuh bekalan beras dunia! Hanya selepas bencana mengganggu perut masing-masing, baru mungkin tersedar yang dunia ini sedang tenat.
No comments:
Post a Comment