Aku mencari-cari sajak karangan orang untuk dititiskan disini ..untuk renungan kita semuanya.
Semoga ia meberi inspirasi untuk kita terus melangkah dalam perjuangan ini walaupun kesakitan membadai kita..
Kita bukan pemula, juga bukan penamat...kita mata rantai-mata rantai perjuangan Nabi saw. Semoga usaha kita yang sangat sedikit ini diterima sebagai amal kita.
.
"HIDUP SEBAGAI PEJUANG"
Hidup sebagai pejuang,
Bukan untuk bersenang lenang,
Bahkan tubuh rela diganyang,
Juga bukan mengisi perut,
Terus kenyang lantas memboyot,
Bukan mendengar bisikan lalai,
Walau diri dan hati dipujuk..diintai.
Hidup sebagai pejuang,
Tiada hak ke atas diri,
Walau hakikat bertangan berkaki,
Lidah ditegah dari kelu,
Kerna dicipta untuk menyeru,
Tangan diharam dihayun ke bawah,
Mohon dibabar di jalan dakwah,
Namun,
Mengapa tanah berkurang tapak,
Bumi dakwah lalai dipijak,
Ke mana menghilang jejak-jejak pejuang,
Adakah disapu arus gelombang.
Pejuang itu terus melangkah,
Namun kakinya mula lemah dan lesu,
Tangannya yang dahulu gagah,
Kini mulai longlai dan layu,
Jiwanya dahulu yang cukup tabah,
Kini bersepai-sepai bagaikan debu,
Hatinya dahulu dalam pautan Allah,
Mula berbibit lalai dalam setuju.
Dia bertanya,
Akan asbab diri yang sengsara,
Adakah kerana PEKAK, BISU dan BUTA.
Diraba mata ini,
Kerana tiada lagi air mata keinsafan menyirami,
Diraba.. Ahh.. Ada.
Namun mengapa lain benar tangisnya,
Tiada rengek seperti mula,
Merintih merayu pada Pencipta.
Dirabai telinga kanan dan kiri,
Kerana tiada didengar suara memuji Ilahi,
Diraba... Ohh.. Ada.
Kerana muzik-muzik lalai masih enak disantap telinga
Dicari mulut yang jarang tersipu,
Adakah mungkin aku bisu,
Kerna tiada lagi zikir-zikir seperti dulu,
Diraba.. Ahh.. Ada.
Kerna belum kering liur ini menyakiti benak saudara.
Dirabai tekak kerana mungkin tidak makan,
Mungkin badan kian lesu hendak menyembah Tuhan,
Diraba.. Ohh.. Ada.
Kerana perut memboyot kenyang,
Walau jarang memuji Ar Rahmaan.
Pejuang itu terus melangkah,
Walau telinga, mata dan mulut kian bernanah,
Merenung kembali tingginya syahadah,
Kerna yakin janjinya Allah,
Akhirat berharap syafaat Rasulullah,
Syurga ni’mat melimpah ruah.
AbeJoes@abejoes.blogspot.com
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment