





Membership of secret societies such as freemasonry can raise suspicions of a lack of impartiality or objectivity. It is therefore important the public know the facts. I think it is the case that the freemasons said they are not a secret society but a society with secrets. I think it is widely accepted that one secret they should not be keeping is who their members are in the criminal justice system.
Jack Straw M.P.
Home Secretary, United Kingdom
1997 Home Affairs Committee
Penyampai | : | DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD |
---|---|---|
Tajuk | : | UPACARA PELANCARAN PUTRAJAYA |
Lokasi | : | TAPAK PROJEK PUTRAJAYA, SEPANG, SELANGOR |
Tarikh | : | 29-08-1995 |
| ||
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Syukur alhamdulillah, kita dapat sama- sama hadir di Majlis Pelancaran Putrajaya pada hari ini. Satu lembaran sejarah telah tercipta apabila Kerajaan membuat keputusan untuk membangunkan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Keputusan tersebut mula menjadi kenyataan fizikal dengan adanya Majlis Pelancaran Putrajaya pada pagi ini. 2. Pemindahan jentera pentadbiran negara dari Kuala Lumpur ke Putrajaya adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengimbang dan menyebarkan pembangunan dari Kuala Lumpur. Keputusan ini didorong oleh hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti persekitaran `urban' dan kehidupan di Kuala Lumpur serta menjamin pembangunan yang lebih tersusun di Lembah Kelang. 3. Kerajaan telah memilih Perang Besar di Selangor kerana lokasinya yang strategik di dalam koridor pembangunan Kuala Lumpur ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Pada satu hari Kuala Lumpur, Putrajaya dan KLIA akan menjadi satu bandar gergasi atau `megacity' yang setanding dengan `megacity' seperti Tokyo Yokohama dan beberapa kombinasi `urban' yang lain. 4. Seperti yang telah dinyatakan, Pusat Pentadbiran Persekutuan di Perang Besar ini telah diberi nama Putrajaya bagi memperingati Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Bapa Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Satu Perbadanan yang diberi nama Perbadanan Putrajaya telah ditugaskan untuk mentadbir dan menguruskan segala usaha pembangunan serta perkara- perkara yang berkaitan bagi pihak Kerajaan Persekutuan. 5. Pusat Pentadbiran Putrajaya yang meliputi kawasan seluas 4,400 hektar akan menjadi kawasan `Multi-media Super Corridor' (MSC) seluas 15 kilometer kali 40 kilometer, iaitu antara Kuala Lumpur dengan KLIA. `Multi-media Super Corridor' boleh dilengkapi dengan satu rangkaian telekomunikasi bersepadu yang pantas untuk memenuhi keperluan-keperluan bagi `value-added telecommunication' yang terkini, perkhidmatan maklumat dan perkhidmatan multi-media. `Super Corridor' ini akan disambungkan ke `National Information Superhighway' dan seterusnya ke jaringan yang meliputi seluruh dunia. 6. Ini akan membolehkan Putrajaya menjadi sebuah bandaraya bistari dan `information hub' yang dinamik dalam aktiviti dagangan dan hubungan antarabangsa dan seterusnya dapat mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan pentadbiran yang efisien dan berkesan kepada rakyat dan masyarakat perdagangan antarabangsa. 7. Kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan telekomunikasi berbentuk jaringan dan `wireless' akan menjadi tulang belakang pembangunan Putrajaya. Kemudahan ini akan disematkan di dalam bangunan- bangunan di sekitar pejabat kerajaan, pusat perniagaan dan perdagangan serta aktiviti sivik dan awam. 8. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan telekomunikasi, penubuhan `Data Warehouse Centre' akan membolehkan pengendalian dan pengurusan pejabat, pengawasan alam sekitar, penyelenggaraan dan pengurusan bandar dan infrastruktur, pengawalan lalu lintas, keselamatan, kecemasan serta perkembangan kebudayaan yang efisien di Putrajaya. 9. Kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan telekomunikasi yang canggih melalui `information highway' akan merangsang dan `synergise' Putrajaya sebagai bandaraya yang kaya dengan maklumat di abad ke- 21. Masyarakat Malaysia khususnya di persekitaran Putrajaya akan melalui era teknologi maklumat dan telekomunikasi moden. Untuk membolehkan Putrajaya berfungsi sebagai `information hub' dengan lebih berkesan, infrastruktur teknologi maklumat ini perlu diperluaskan ke kawasan sekitarnya dan seterusnya ke seluruh negara dengan jaringannya menjangkau ke seluruh dunia. 10. Dengan adanya kemudahan yang bermutu tinggi yang dirancang di dalam kawasan `Super Corridor' ini dan dengan insentif-insentif yang sesuai, Malaysia boleh menarik agensi-agensi terbaik yang memainkan peranan utama dalam bidang teknologi maklumat (IT), telekomunikasi dan multi-media untuk memulakan operasi di dalam kawasan `Multi-media Super Corridor' bagi kedua-dua bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta pemasaran. Ia juga boleh menjadi pusat pengurusan syarikat gergasi antarabangsa yang akan menempatkan kerja-kerja R&D dan pengeluaran yang bertaburan di seluruh dunia dengan dihubungi oleh kemudahan `multi-media' yang boleh mengganti keperluan menghantar maklumat, eksekutif dan modal secara fizikal. Segala-galanya akan diurus melalui telekomunikasi yang canggih. 11. Pembangunan `Multi-media Super Corridor' akan melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa dan syarikat- syarikat ini akan digalakkan untuk mengadakan hubungan dengan syarikat tempatan supaya dapat menghasilkan industri IT dan industri Multi-media tempatan yang mampu memainkan peranan utama di peringkat antarabangsa. 12. Dengan adanya `Multi-media Super Corridor' sebagai `catalyst' dan Putrajaya sebagai `spearhead' maka jaringan teknologi maklumat akan juga dapat dibangunkan di kawasan pusat pertumbuhan lain seperti kawasan utara Pusat Perindustrian Pulau Pinang/Kulim dan kawasan selatan wilayah Perindustrian Johor. 13. Ini akan memastikan Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan yang diperlukan untuk menuju ke arah pencapaian objektif Wawasan 2020. Dalam hal ini telekomunikasi, teknologi maklumat dan multi-media akan memainkan peranan utama. 14. Bagi mencapai persekitaran yang berkualiti dan bersih, pengangkutan awam yang cepat, selamat dan efisien serta penekanan kepada unsur-unsur bersepadu akan menjadi komponen utama dan penggerak aktiviti pembangunan Putrajaya. Antara mod-mod pengangkutan awam yang dicadangkan ialah `Express Rail Link (ERL)', Transit Aliran Ringan (LRT), Tram, Perkhidmatan Bas Awam, Teksi dan Perkhidmatan Feri. 15. Beberapa Terminal Pengangkutan Bersepadu akan diwujudkan di lokasi-lokasi yang strategik untuk memudahkan pertukaran mod pengangkutan dan semua terminal ini dibangunkan mengikut konsep `park and ride'. Dalam konteks ini kenderaan persendirian akan dikurangkan di kawasan pusat atau `core'. 16. Bertepatan dengan konsep Bandar Dalam Taman, perancangan lanskap dan rupa bentuk bandar akan menggunakan sepenuhnya ciri-ciri semula jadi tapak yang landai dan beralun, diselang-seli dengan taburan beberapa bukit dan lembah yang mengalirkan anak-anak sungai. Tasik buatan dijadikan penghubung serta pemisah antara satu kawasan dengan satu kawasan di samping menjadi satu `feature' yang menarik dan istimewa bagi bandar ini. 17. Pendekatan perancangan seumpama ini akan memberi satu pengertian yang padu dalam memajukan satu persekitaran bandar berteraskan pengekalan `eco- culture', peka dengan keceriaan alam sekitar, setia kawan lagi penyayang serta berlandaskan kebudayaan Malaysia. 18. Justeru itu, lanskap yang dirancang akan mementingkan pembentukan persekitaran hidup yang berkualiti melalui, antara lainnya, perwujudan satu sistem rangkaian taman-taman tasik dan kawasan lapang yang komprehensif yang bukan sahaja akan memberi pelbagai kepuasan kepada setiap pengguna malahan menjadi daya tarikan kepada pelbagai jenis burung dan haiwan. Adalah diharapkan bandar ini akan menjadi contoh bagaimana alam sekeliling tidak perlu disentuh atau dimusnah apabila dibangunkan. 19. Antara rangkaian taman yang dirancang termasuklah Taman Bandar, Taman Botani, Taman Persisiran Sungai dan Tasik, Dataran Sivik dan Rangkaian taman-taman kejiranan. 20. Pemilihan jenis pokok untuk Putrajaya akan menonjolkan kepelbagaian koleksi flora tempatan. Ini termasuklah jenis pokok yang beraneka bentuk dan rupa, warna bunga, bau-bauan serta lain-lain yang mempunyai ciri-ciri yang unik dan menarik. 21. Perancangan lanskap Putrajaya juga menonjolkan badan air iaitu tasik sebagai elemen penting persekitaran bandar. Tasik yang dibina mampu berperanan sebagai `climate modifier and moderator', berfungsi sebagai pendingin asli serta membentuk satu iklim mikro tempatan yang selesa. 22. Untuk membolehkan Putrajaya membangun sebagai bandaraya dalam taman, dinamik, terus maju dan berupaya untuk menjadi nadi pembangunan ekonomi dan maklumat, pembangunan di kawasan sekitarnya telah diselaraskan untuk menjadi penyokong dan pelengkap yang unik kepada pembangunan Putrajaya berdasarkan rancangan struktur yang disediakan. 23. Pembangunan Putrajaya akan memberi faedah langsung kepada kawasan sekitarnya. Seluas 10,000 hektar kawasan yang melibatkan tanah-tanah swasta, anak-anak syarikat Negeri Selangor serta kawasan Rizab Melayu akan dibangunkan bersama Putrajaya dan ini termasuk kemudahan infrastruktur, perdagangan, sosial yang setanding dengan Putrajaya. 24. Sesungguhnya, majlis yang penuh makna ini adalah satu catatan sejarah yang merupakan permulaan pelaksanaan pembangunan Putrajaya. Ini adalah antara kemuncak pencapaian negara dalam mewujudkan identiti masyarakat Malaysia yang berbudaya, berwibawa dan berpengetahuan selaras dengan Wawasan 2020. 25. Saya ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor serta seluruh rakyatnya kerana kerjasama dan kerelaan berkongsi pelbagai nikmat yang bakal wujud dengan terbinanya Putrajaya. 26. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan kepakaran dalam perancangan dan pembangunan Putrajaya. Saya berasa amat bangga terutamanya kerana bandar ini dirancang sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan akan dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Semua ini membuktikan apa yang boleh dihasilkan daripada semangat Persyarikatan Malaysia ke arah memenuhi Wawasan 2020. 27. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang saya dengan sukacitanya merasmikan pelancaran Putrajaya. |
Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.
“Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.
“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.
Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.
“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.
Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.
“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.
Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.
Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.
“Orang tak faham (Perlembagaan)…jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.
Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.
“Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.
Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.
Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.
Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘hak orang Melayu’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.
Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.
Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.
“Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.
Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.
“Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya.
Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.
“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.
Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.
“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya.
Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.
“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.
Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.
“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.
Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.
“Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya.
Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.
Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.
“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.
Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.
–Bernama
First test | Never |
Nuclear stockpile size | 2,400 kilogram of low-enriched uranium |
Last nuclear test | Never |
Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty status | Signatory |
Top American Military officials say that Iran can produce atleast 1 nuclear weapon within a year from now and a workable atomic bomb in two to five years. While, the west accuses Iran of developing nuclear weapons, Iran’s leaderships denies it and says that the nuclear program is for peaceful purposes and is meant to produce electricity to power their medical reactors.
Iran abandoned its nuclear program in 1979 after staring it in the 1960s. It was again resumed in mid 1990s, as revealed in secret documents obtained in 2002. Just recently, a fourth round of sanctions was imposed against Iran’s nuclear program by the UN.
Think it !!There are some interesting analysis of military observer’s University of Indonesia, Andy Wijayanto, about the possibility of open war between Indonesia and Malaysia in the conflict area Ambalat Block Waters. When Jakarta declared open war with our neighbors, President Susilo Bambang Yudhoyono should take into account the state alliance that will support these neighbor countries in the confrontation.
Andy revealed, Malaysia has a system of defensive alliance with England, Australia, Singapore and New Zealand. The alliance called the Five Power Defense Agreement (FPDA). One of the FPDA countries agreement is a clause that an attack on one member state is also an attack against another member state.
“Malaysia just request clause to be activated. If agreed, it means Indonesia must be prepared to fight also with the UK, Australia, Singapore and New Zealand which have a fighting force far more powerful and sophisticated,” he explained after a discussion of the draft Defence and Security.
From the official website of the British High Commission, Kuala Lumpur, it is known that the FPDA was established in 1971 as a consulting agency and the anticipation of an attack on Singapore and Malaysia. When 30-year commemoration FPDA in November 2001, the five member states agreed to establish a long-term cooperation. One of them, agreements to support each other if any of its member countries that attacked another country. This year, the FPDA to focus his review on maritime security. With that focus, the possibility of four other countries to support Malaysia in the confrontation with Indonesia to be bigger.
Not only that. If in our country will face a confrontation with the British, the country will very likely ask for an article five of NATO (North Atlantic Treaty Organization) enabled. Articles similar to NATO’s five FPDA treaty clause that essentially said that the attack suffered by one member state is considered as an attack on other member states and must be faced together. Therefore, could widen the confrontation with Malaysia and Indonesia must make a deal with NATO member countries.
“So, the effect will be successive. That is what must be considered carefully by the President of SBY before the declaration of confrontation with Malaysia. People must understand this is not so dark eyes urging war with Malaysia,” said Andy.
This is the comparison between Malaysian and Indonesian military forces
MALAYSIA
Military Affairs was neighbor called the Army of Kings Malaysia. At the beginning of its establishment, the British-made military equipment is widely used this country. Now they are using equipment from several countries, including Indonesia-made aircraft.
- A dive boat equipped with 20 mm cannon
- Two fast ships transport troops
- Four French-made patrol boats were Exocet MM38 missiles and cannon Bofors
- 24 warships based in four places: Moss, Sandakan Sabah Kuantan and Labuan. KD Kerambit around Ambalat is one time based in Sandakan, Sabah.
- Two South Korean-made patrol boats equipped with cannon Creusot Loire 100 mm, 30 mm Emerlac, repellent and anti-submarine weapons. This ship is based in Kuantan
- Four Swedish-made vessel equipped with Exocet MM38 missiles, 57 mm Bofors and 40 mm Bofors based.
- Four ships Frigate, two of which were purchased secondhand from the British Royal Navy.
- Six German-made ship Corvette – Four patrol boats repellent Italian-made mines
- Two ships Multi Purpose Command and Support Ship made in Germany and South Korea
- One ship Sealift
- Two ships Hydro
- F-5 E – Hawk MK108 based in Alor Setar, Kuantan, Labuan
- Hawk MK-208 based in Alor Setar, Kuantan, Labuan
- Eight F/A-18D based in Alor Setar
- MIG-29 based in Kuantan
- SU-30 based in Kuantan
- F-28 based in Kuala Lumpur
- Falcon based in Kuala Lumpur – Beech 200T based in Kuala Lumpur
- C-130H based in Kuala Lumpur
- CN-235 based in Kuala Lumpur
- S61A-4 based in Kuala Lumpur, Kuching and Labuan
- AS61N-one based in Kuala Lumpur
- S70A-34 personnel based in Kuala Lumpur
- The military budget per year: US1, 69 trillion (2.03 percent of GDP)
INDONESIA
Embargo on the purchase of military equipment from the U.S. to build military equipment to fall out of Indonesia. Newest fighter plane, Sukhoi SU-27 SK and SU-30 MK Russian-made, one still missing had no weapons. As of 12 combat aircraft “mainstay”, the F-16, two of whom had fallen and only eight are ready to fly.
- 8 units Hawk MK 109 based in Pekanbaru, Pontianak
- 32 units Hawk MK 209 based in Pekanbaru, Pontianak
- 6 units CN235 based at Halim
- Eight units F27-400m based at Halim
- SF260MS/WS based at Halim
- B707-3MIC
- 7 units 400m F27 aircraft
- F28-1000/3000
- L100-30
- C-130H-30 based at Halim
- NAS332L1
- L100-30
- EC-120B
- 12 units Heli Bell 47G-3B-1 based at kalijati
- 5 units F-16a based in Madison
- 5 units F-16B based in Madison
- F-5E based in Madison
- F-5F based in Madison
- Based in Madison Hawk Mk53
- 2 units Su-27SK based in Makassar
- 2 units Su-30MK based in Makassar
- NC212M-100/200 based in Malang
- Ce 401A based in Malang
- Ce 402A based in Malang
- 10 units Bronco OV-10F aircraft in Malang Warship
- 114 units fleet of various types (third for routine operations, a third for training, and the remainder for maintenance) Personnel
- The military budget per year: U.S. $ 1 trillion (1.3 percent of GDP)
SO ? Should Indonesia and Malaysia go into War Field, even they both are brother and neighbor ?
SOURCE:INDONESIA HITS