3 Sept 2010

BERSATULAH RAKYAT ATAS NAMA RAJA DEMOKRASI !


Gambar yang diperoleh in tidak diketahui sumber sebenar. Siapa dalangnya..namun ia jelas menyebabkan kecelaruan kepada rakyat tentang sikap sebenar parti politik yang bertanding merebut pengaruh. Rakyat perlu bijak menilai, terbentang dihadapan kita berbagai-bagai sumber berita , kebijaksanaan menilai sangat penting bagi menjamin hanya yang benar sahaja terpilih pada PRU ke 13 kelak .

Kita mesti berusaha, agar SUARA ARKYAT menjadi DOMINAN dan bukan lagi pemimpin-pemimpin yang korup dan PECAH amanah dan PENYANGAK yang berkuasa; mereka yang membuat keuntungan atas BELAKANG RAKYAT; bahkan mereka yang menakut-nakutkan RAKYAT-mereka lupa bahawa rakyat memilih mereka untuk menjaga kepentingan RAKYAT . Mereka membalas MANDAT RAKYAT dengan NAJIS penghinaan.., mencabul rakyat, memperkosa bahkan menindas rakyat dengan pelbagai bentuk penipuan , peras ugut, juga memperbodoh-bodohkan rakyat yang ditutup mata mereka dengan KEBENARAN SEBENAR.

Mereka melaga-lagakan rakyat dengan slogan batil lagi palsu agar rakyat bersatu dibawah mereka...dalam melaungkan slogan agar rakyat bersatu , mereka mengambil kesempatan dari kepercayaan rakyat kepada mereka dengan lebih banyak helah dan tipudaya agar kelompok bangsawan MELAYU ini terus boleh hidup kaya raya dengan duit RAKYAT.

Bahasa mereka berubah ubah , RACUN dan PENAWAR diletakkan sekali kepada RAKYAT agar bila terkena RACUN rakyat dapatkan PENAWARNYA dari mereka. Kelihatannya mereka berjasa besar. Rakyat percaya ...rakyat hilang arah ..RAKYAT sayangkan NEGARA, RAKYAT SAYANGKAN KEAMANAN ..tulus HATI RAKYAT MAHUKAN HAK MEREKA DIPELIHARA. Maka sekali lagi RAKYAT diperdaya, lebih banyak RACUN ditabur...dan begitulah RAKYAT terikat dengan permainan LICIK KEPARAT-KEPARAT yang kononnya MENJAGA BANGSA, AGAMA dan RAKYAT.

AGAMA yang disayangai RAKYAT semakin tertindas tidak terbela, rapuh dek bersendikan nafsu dan bongkaknya PEMIMPIN PENIPU RAKYAT.

BANGSA yang disayangi RAKYAT menjadi mangsa, terabai tidak di atas , tidak di bawah semenjak 53 tahun merdeka. MARUAH RAKYAT terus dirobek, Kepercyaaan RAKYAT terus DICABUL KEPARAT...mereka Tersenyum SINIS memandang RAKYAT dibawah bergelut untuk pertahan HAK. sedang mereka ketawa besar terus mebuat kekayaan ATAS BELAKANG RAKYAT YANG LEMAH lagi berpecah-pecah oleh mereka!!!

RAKYAT..sedarlah kalian . bersatulah menyumbang suara menyatakan hasrat sebenar RAKYAT. RAKYAT lah RAJA dalam DEMOKRASI...RAKYAT patut MENUNTUT haknya. Usah terpedaya pemainan politik kepartian . Pilihlah mereka yang mampu menjaga kepentingan mu..bukan pula yang bersandiwara di hadapanmu tetapi hanya memperalatkanmu menjaga KUASANYA, KEKAYAANNYA, EMPAYARNYA yang bersumberkan DUIT RAKYAT.

NYATAKAN dengan memberi tunjuk ajar jalan keluar kepada mereka yang memperbodoh-bodohkan RAKYAT dengan menghukum mereka REHAT dari menjadi PEMEGANG AMANAH MANDAT RAKYAT.

LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI ANDA PADA PRU 13 SEBAGAI RAKYAT yang cintakan AGAMA, BANGSA dan RAKYAT.

RAKYAT kuat NEGARA SELAMAT

RUJUK JUGA : KUASA RAKYAT MENCETUS POLITIK BARU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger