Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Wahai yang Maha Tinggi, wahai yang Maha Besar, wahai yang
Maha Santun, Engkaulah Tuhanku, dan ilmuMu yang mencukupi akan diriku, dan
sebaik-baik Tuhan adalah Tuhanku, dan sebaik-baik Pencukup adalah yang
mencukupi diriku, Engkau adalah Penolong kepada siapa yang Engkau kehendaki dan
Engkaulah yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.
Kami mohon kepadamu Al-'ishmah (tersuci daripada kesalahan)
dalam gerak dan diam, dan dalam bertutur kata dan berkemahuan, dan dari
lintasan hati yang disebabkan wasangka, dan dari ragu dan waham (khayalan) yang
menjadikan hati tertutup daripada mentelaah perkara-perkara yang ghaib. Di
situlah orang-orang Mukmin diuji, dan mereka digoncang dengan goncangan yang
keras.
'Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafiq dan orang yang
dalam hatinya ada penyakit berkata: "Allah dan Rasulnya tidak menjanjikan
pada kita kecuali tipuan."'
(Al Ahzab 33: 11-12)
Maka teguhkan dan tolonglah kami dan tundukkan samudera ini
sebagaimana Engkau telah menundukkan laut kepada Musa, dan sebagaimana Engkau telah
menundukkan api kepada Ibrahim, dan Engkau menundukkan bukit-bukit dan besi
kepada Daud, dan Engkau tundukkan angin dan syaitan serta jin kepada Sulaiman,
dan tundukkan kami segala samudera, yang mana kesemuanya itu adalah milikMu
baik yang ada di bumi mahupun di langit dan segala kekuasaan di laut dunia
mahupun laut akhirat, dan tundukkan untuk kami segala sesuatu, wahai yang di
tanganNya kekuasaan segala sesuatu.
Kaaf, Haa, Yaa, 'Ain, Sod (3x)
Tolonglah kami kerana Engkau sebaik-baik Penolong, dan
bukalah untuk kami, kerana Engkau adalah sebaik-baik Pembuka, dan ampunilah
kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi Ampunan, dan kasihanilah kami, kerana
Engkau sebaik-baik yang mengasihi, dan berilah rezeki kepada kami, kerana
Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki, dan berilah petunjuk dan selamatkan kami dan
anugerahilah kami dengan hembusan angin yang baik sebagaimana yang ada dalam
ilmuMu, dan sebarkanlah atas kami khazanah-khazanah rahmatMu dan angkatlah kami
dengan pengangkatan kemuliaan bersama keselamatan dan afiat dalam agama, baik
di dunia mahupun di akhirat, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala
sesuatu.
Wahai Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami hingga
hati kami dapat beristirehat, begitu juga halnya jasad kami dan kami mohon kemudahan
berkenaan dengan afiat di dalam dunia dan agama. Berlakulah terhadap kami
sebagai kawan dalam safar (perkelanaan) dan sebagai khalifah dalam keluarga,
dan robahlah wajah musuh-musuh kami dan bekukan mereka di tempatnya
masing-masing agar tidak dapat mendatangi tempat kami.
'Dan kalau Kami menghendaki, nescaya Kami hapuskan
penglihatan mata mereka, lalu mereka berlumba-lumba menuju ke jalan tapi
bagaimana mereka dapat melihat?
Dan kalau Kami menghendaki. Kami robah bentuk mereka di
tempat mereka berada, maka tiadalah mereka maju dan tioada mereka dapat
kembali.'
(Yasin 36: 66-67)
'Yaa Siin. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. Sungguh engkau
adalah seorang Rasul... Dari para Rasul atas jalan yang lurus-lempang (sebagai
wahyu). Yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa, yang Maha Penyayang. Agar
engkau peringatkan suatu kaum yang bapak-bapak mereka belum mendapat
peringatan. Kerana itu mereka lalai, sungguh ketentuan (Tuhan) telah berlaku
atas kebanyakan mereka kerana mereka tidak beriman. Sungguh telah Kami pasang
belenggu di lehernya sampai dagunya, lalu mereka termengadah. Dan Kami adakan
di antara tangan-tangan mereka (di hadapan) bendungan dan di belakang mereka
bendungan (pula) dan Kami tutup pandangan mereka sehingga tidak dapat melihat.'
(Yasin 36:1-9)
Seburuknya wajah-wajah (3 x)
'Dan sekalian wajah tunduk merendah demi untuk Tuhan yang
Maha Hidup, yang Maha Berdiri sendiri, sungguh tiada harapan bagi siapa yang
memikul kezaliman.'
(Thaha 20:111)
Thaa Siin. Haa Miim. 'Ain, Siin, Qaaf
'Ia alirkan kedua lautan itu, antara keduanya ada sempadan,
masing-masing tiada berlawanan'
(Ar-Rahman 55: 19-20)
Haa Miim (7x)
Haa Miim. Persoalan itu sudah ditetapkan dan kemenangan
telah tiba, maka mereka atas kami takkan dimenangkan.
'Haa Miim. Turunnya kitab (Al-Quran ini) dari Allah yang
Maha Perkasa, yang Maha mengetahui. Yang Maha Mengampuni dosa, dan Menerima
Taubat lagi amat keras hukumNya dan besar kekuasaanNya, tiada Tuhan selain Dia,
kepadaNya tujuan kembali."
(Al-Mukmin 40: 1-3)
Bismillah pintu bagi kami;
Tabaroka dinding perisai kami;
Yaa Siin atap menaungi kami;
Kaaf Haa Yaa 'Ain Sod pencukup keperluan kami;
Haa Miim, 'Ain Siin Qaaf penjagaan diri kami.
Maka Allah akan memelihara engkau dari mereka, dan Dia Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui (3x)
Tabir penutup Arash dilabuhkan atas kami;
Dan mata pengawasan Allah melihat pada kami;
Dengan daya Allah kami tak terkalahkan.
'Dan Allah mengepung mereka dari belakang. Bahkan itu adalah
Al-Quran yang mulia... Yang termaktub dalam Loh Mahfudz'
(Al-Buruj 85: 20-22)
'Allah adalah sebaik-baik pemelihara. Dia Maha Penyayang
dari orang-orang yang paling penyayang.' (3x)
(Yusuf 12:64)
'Sungguh pelindungku adalah Allah yang menurunkan kitab
(Al-Quran). Dia melindungi para orang salih.' (3x)
(Al-A'raf 7:196)
'Allah cukup bagiku, tiada Tuhan selain Dia, kepadaNya aku
bertawakal. Dialah Tuhan pemilik Arash yang Agung' (3x)
(Al-Bara'a 9:129)
Dengan nama Allah, yang bersama namaNya tiadalah sesuatu
akan membawa malapetaka baik di bumi mahupun di langit dan Ia Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui... (3x)
Dan tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah yang
Maha Tinggi lagi Maha Agung... (3x)
No comments:
Post a Comment