Ku mulakan bicara ini dengan
lafaz..Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Kerutan dahi ini meggambarkan
kepahitan yang ku lalui hanya dengan menelusuri sejarah hitam umat islam di Nusantara. Sejarah Umat
islam di Nusantara bermula dengan siri penjelajahan para sahabat bertebaran ke
Timur seawal kurun ke 7 Hijrah. Melalui siri musafir dakwah ke China dan
akhirnya sampailah ke persisir Pantai di Nusantara ini.
Tamadun Islam berkembang
dengan pesat pada kurun-kurun berikutnya dengan 2 pertiga dunia jatuh bawah
tapak kaki para sahabat. Di nusantara kerajaan Hindu – Buddha yang sudah
bertapak agak lama runtuh berkeping-keping tanpa tarikh dan pertumpahan darah. Bahkan
juga ia adalah hikmah islam yang jua menundukkan mana-mana kota hebat yang di
tawan tentera Islam di mana-mana bertitik dari Andalusia, kota contantinopel,
Palestin yang menjadi lubuk sekalian
perkembangan ILMU dan TAMADUN ISLAM yang hebat . Keadilan ISLAM yang
bersumberkan WAHYU ILAHI serta Pandun RASULULLAH SAW menjadikan ala mini suatu
ketika di tadbir dengan aman dan makmur.
Limpahan kemakmuran ini juga
dinikmati kita di Nusantara ini . Melalui dakwah cinta kita dikembangkan dan
dinaikkan darjat kepada sebuah Tamadun Melayu yahng hebat. Kedengaran kerajaan
Islam bangkit di asia tenggara ini seperti Perlak, Acheh, Ceribon, Demak,
Pasai, Melaka, Champa; yang sezaman dengan kerajaan Uthmaniyyah dan Umayyah .
Mereka bersatu namun tiada bersama kerana jarak yang memisahkan. Kerjasama yang
erat dengan aktiviti pertukaran ILMU dan PERNIAGAAN menimbulkan kebencian MUSUH
ISLAM dengan kemakmuran ini .
Setiap yang di berada di atas
ada masa ketika ia akan kembali jatuh kebawah. Begitulah nasib umat Islam namun
dek kelekaan dan kealpaan dengan Harta Dunia, Keserakahan Nafsu, kecintaan
kepada Makhluk mula bertapak dalam jiwa umat Islam hingga timbul penyakit yang
berat sekali untuk diubati lantaran meninggalkan agama. Pemerintah mula leka,
pembesar-pembesar negeri busuh hati lagi penunh amarah kedengkian. Hingga
mementingkan diri sehingga mush ISLAM mula mengintai pekung yang busuk ini
untuk bertindak.
Bermulalah siri penjarahan
negeri-negeri Umat Islam atas nama GOSPEL, GLORY dan GOLD. Menggunakan tali
barut dari umat Islam sendiri para orientalis menebuk kubu-kubu Umat Islam yang
dulu terpendam kukuh. Atas semangat kebencian dan keserakahan syaitan tentera
SALIBI ini meruntuhkan empayar islam..Kota Granada dengan segala Khazanah
Keilmuan dibakar. Kota Turki tumbang dari konspirasi agung Musatafa Kemal
Attaturk. Kesultanan Melaka juga tersungkur dek Sultan sudah dikuasai nafsu
menzalimi bendahara yang berjasa. Di acheh Ulama di bunuh , Di Jawa ulama di
lekakan hingga lupa peranan kepada masyarakat. Umat islam dilemahkan dengan
serangan bertubi-tubi tentera salib kerana kesombongan dan ketamakan mereka.
Bermula saat itu segala bentuk
pemikiran yang terbentuk di dunia ini adalah beracuankan doktrin orientalis
ini. Semuanya bagi memastikan pemiriran umat Islam adalah bawah telunjuk mereka
agar kebangkitan semua sukar dan mustahil bagi Umat islam. Penguasaan orientalis
ini adalah segenap sudut dari pentafsiran sejarah, ekonomi, pekerjaaan,
pendidikan, politik, perundangan, pentafsiran Islam, cara berpakaian, hiburan
bahkan hamper setiap perkara dikuasai objek dan subjek orientalis ini. Dan kini
umat islam seolah-olah berada dalam aquarium yang dikawal rapi sehingga setiap
apa yang didengar, dilihat, dan dipelajari
adalah memastikan kita mengikut acuan. Apakah acuan itu? Pemisahan Nilai
ketuhanan dalam setiap perkara tersebut.- serangan/ doktrin idea SEKULARISME.
Berkata ejen perisikan Belanda
di Indonesia Snouck Hurgronje ‘’ Pertama Umat Islam harus dijauhkan dan
beransur-ansur dipisahkan dari Islam disegala bidang social,politik, ekonomi
dan pendidikan. Belanda perlu menumpaskan segala aktiviti politik islam
kemudian cepat memulihkan ekonomi, menyediakan pendidikan, dan meningkatkan
kesejahteraan masyarakat agar rakyat tidak kembali lagi mencari agamadan
sekaligus menganggap pemerintah boleh dipercayai.
Ungkapan diatas persisi meliputi
pada ungkapan perkataan DAJJAL; yang bermaksud menutupi keggiatan burk dan niat
aslnya dengan tindakan yang dilihat baik scara zahir.
Snouck juga menyarankan agar
dihadkan pengaruh ajaran Islam dari tersebar terutama dalam bab hukum dan
peraturan dengan menggunakan Theorie Respite. Pastikan politik adu domba
(Operasi pecah dan Perintah) dilaksanakan pada masyarakat. Ditambah dengan
mendidik anak bangsa dari acuan pendidikan barat agar menjadi pembantu belanda
atau pemimpin masa hadapan yang senada dengan barat.
Nilai keislaman berbau
kesufian_ tasawuf di luputkan dengan serangan idea yang bertubi-tubi sehingga
dalam ketiadaan ulama yang benar yang betul-betul memahami manhaj nabawi ini
juga tepengaruh dengan Peperangan Idea di nusantara ini . Wajar kita memahami
ungkapan Paul Wolfitz
“ Ini adalah perang idea dan
peperanagan pemikiran . Dan untuk memenagi perang melawan (pengganas) Islam,
maka kita harus memenangi perang pemikiran”
Fahamkah anda dengan ungkapan
ini ? Saya tunjukkan satu contoh siri peperangan pemikiran yang dlikasanakan
keatas Indonesia.
Washington telah melaburkan 10
juta USD untuk membiaya satu program yang berselindung disebalik nama Muslim
World Outreach dan antara lain tujuannya khusus menjayakan kempen mempengaruhi
pemikiran komuniti islam di seluruh dunia. Perlu difahami operasi ini tidak
hanya perlaksanaan Teori Pengaruh bahkan menjagkau skop Team Operasi Psikologi
ketenteraan, Operasi Sulit di bawah Central Inteligence agency (CIA) , lembaga
Pemikir( Think Tank) dan penajaan media yang dilakukan Amerika. Pastinya isu
yang di sebarkan melalui segenap media tajaan mereka berkaitan nilai demokrasi,
persamaan hak( feminisme), doktrin toleransi, hak asai, kebebasan bersuara dan
sebaginya yang menguntungkan pihak mereka serta mengelirukan umat Islan
terhadap ajarah islam yang sebenar. Dalam masa yang sama usaha berterusan
dilaksanakan dengan memecah dan memerintah masyarakat muslim agar mudah di
kawal, mereka membunuh karakter pemimpin Muslim, merosakkan parti Islam dengan
sangat efektif.
Sisi Tasawuf dan sufi ini
ditafsirkan pada menumpukan zikir semata-mata.mencari kelebihan. Dan punca
sesat. Istilah gila isim domomokkan anak didik orientalis demi menakutkan masyarakat
dari cuba memahami intipati ajaran yang mengajak kepada Cinta, Kasih sayang,
kerendahan hati, ketauhidan hakiki, kehambaan dan kehinaana diri. Maka pemahamn
masyarakat terhadap islam Berjaya di pesongkan satu persatu . Tidak berhenti
setakat itu bahkan institusi yang kuat menyebarkan Islam juga menjadi serangan
ide melalui pembunuhan karakter pemimpin islam/ pondok/pesantren. Ini berlaku
kepada Kiai pesantren. Abu bakar Bashir adalah ikon yang menjadi alat untuk
propaganda ini. Sehinggakan masyarakat sekitar menjadi sangsi akan kredibiliti
pesantren keseluruhannya dan menimbulkan sangsi akan apa yang diajar di situ
tidak selarid denga ajaran islam. Walhal
inilah siri serangan idea yang cukup licik orientalis memundurkan umat islam
terhadap ajaran islam yang suci ,yang sekian lama di dokong oleh
pesantren-pesantren dan pondok-pondok.
Sejarah membuktikan
kebangkitan Islam menentang orientalis di
Nusantara banyak di pelopori guru pondok,pak Kiai serta anak didik para kiayai
dari pesantren dan pondok. Maka oleh sebab itulah dendam orientalis ditujukan pada
sistem Pengajaran bersanad ini. Perlu diingat amerika pernah cuba menyalurkan
dana bernilai jutaan USD pada pesantren juga pada Universiti al Azhar tetapi
dengan syarat diubah silibus berkaitan dengan pentafsiran jihad. Begitulah sengitnya ujian umat islam
berdepan KEMPEN PEPERANGAN IDEA para orientalis ini . Ini hanya secebis, dalam
manuskrip orintalis ini terdapat lebih 50 cara mereka mempengaruhi pemikiran
kita.
No comments:
Post a Comment