Inilah yang kita sebagai rakyat yang punya kepercayaan kepada ALLAH nantikan dari kemenagan pakatan rakyat.
Bertitik tolak dari KEM TARBIYYAH yang baru diadakan di Taman Melewar tempoh hari , pemimpin utama gerakan ISLAM ini kini semakin kemas mengatur langkahnya. Tahniah Hassan Ali!! Kami menyokong tindakan yang sangat tepat pada masanya ini.
Cuma kita perlu jelaskan kepada maysrakat seluruhnya bukanlah berhibur itu yang salah, namun ia sebahagian naluri manusia. Cuma kita perlu kawalan dan lebih "good manner" dalam mengolah hiburan dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun.
Kita tidak sanggup lagi melihat anak muda kita rosk setiap kali SURE HEBOH ini di buat..Jelas , Fatwa mengatakan ia haram. Manakan tidak! sasaran anak muda ini bercampur gaul macam rojak atas padang , bersesak-sesak, solat kemana , aurat kemana, batas akhlak tiada lagi.
Pernah jika kita tanya "TUKANG SAPU" , selepas konsert sure heboh mereka.... menjumpai kondom bersepah-sepah di tapak konsert....
Pemerintahlah yag sewajarnya menegah dari perkara ini berulang lagi. Kebiadaban TV3 perlu kita ajar, tunjukkan dia pintu keluar.Mereka hanya pentingkan keuntungan dan mana ada masa nak fikir pasal akhlak2 nih....sebab mereka sendiri tidak berakhlak..ada sesiapa nak bantah kenyataan ini???
Apapun untuk cadangan untuk Kerajaan Negeri , boleh menganjurkan SURE HEBOH ISLAMIK tajaan PAS yang mengenengahkan konsep berhibur ketimuran yang lebih bersopan dan penuh manfaat.
1 comment:
salam...
ana ambik dari sebuah blog....:)
Oleh : AdukaTaruna
Macam trend terbaru wa plak tulis corak santai macam ni. Takpo la. Sebab tak berat sangat kot. Kalau berat, kena susun dalam bentuk perbincangan. Wa tak setuju dengan Hasan Ali Selangor. Haramkan Sure Heboh.
Hahaha. Releks la. Baca dulu. Jangan melatah plak. Media Alternatif guna istilah haram. Masih bodoh. Media BN yang mendapat tunjuk ajar Barat lebih licin dan licik. Wa cadangkan media Alternatif, terutama PAS ni, bijak sket. Jangan tahap IQ Hadi.
Contoh, guna istilah ‘GANTUNG’. Selangor ‘gantung’ sementara konsert jom heboh. Perghhh.. baru mengundang atau membuka kepada satu pencarian jawapan kepada rakyat. Mengapa digantung?
Hasan Ali kata, TV3 berat sebelah. Ceh! Yang lu g sebut itu sebagai keutamaan buat apa? Dah nampak macam balas dendam dah. Politik dendam-berdendam. Bongok. 2x5 dengan IQ Hadi. Tiada seni muslihat langsung.
Cuba susun hujah ikut keutamaan. Kami, selaku jemaah Islam, gantung sementara konsert jom heboh selagi TV3 tidak mengikut garis panduan Jakim. Barulah rakyat nampak. Walau Jakim itu ‘UMNO’, tetapi dalam Islam, PAS tetap dengan perjuangannya. Kami juga mahu menyusun semula bentuk hiburan, mengkaji kesan kepada modal insan Negeri Selangor, dan mengalu-alukan sebarang pendapat dari rakyat mengenai hal ini.
Ha.. kan ke cantik tu.
Post a Comment