24 Oct 2008

Peperangan QIYADAH - JUNDIYYAH

Ia suatu terma menggambarkan bagaimana ALI diperangi pengikutnya, menggambarkan bagaimana UMAR di bunuh dan bagaimana menghabiskan hayat UTHMAN..amirul mukminin umat ini...

Sirah berulang dan bersilih ganti, perselisisihan Pemimpin dan Pengikut jemaah Islam...Kelemahan pemimpin di jadikan tiket segalanya di bolehkan..
maka terjadilah kehancuran jepada jemaah Islam. Ketakutan melihat perkara ini menghantui mereka yang pernah melalui dengan apa yang dikatakan sebagai "Pengalaman Pahit"

Begitulah , fanatiknya khawarij kepada pendapatnya, dan taksubnya pengikut yang mendewakan Ali.... saat berhujah masing2 meberikan hujah yang pangkah- memangkah tak berkesudahan...berlebih-lebihan,


Natijahnya,...?? kita kenang ungkapan yang mashur...tiada Islam tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa pemimpin, Tiada pimpinan tanpa ketaatan... Aku terfikir mengapa ketatan penghabisnya, bukan Islam penghabisnya?. Aku meneliti syariat yang terkandung disebaliknya...mudharatnya sangat besar Islam tanpa ketaatan.

Itulah yang terjadi kepada Ali, Umar dan Uthman lantaran saat apa yang diputuskan amirul mukminin di perselisihkan lagi... Lantas musuh mencelah, Iblis bercerawang di telinga-telinga mereka mendesak..

Melakukan kerosakan lebih besar..Maka terletuslah pula peperangan sesama mereka. Ramai terbunuh dan dibunuh. Ramai dizalimi dan menzalimi sesama mereka.T erungkap dalam lipatan sirah..ITULAH FITNAH TERBESAR UMAT INI. Perpecahan sesama mereka.

Prinsip syura bukanlah melindungi pemimpin ..VETO?.. Gila Kuasa...Zalim..bukan isu dia , kesatuan umat ini dibawah satu pemerintahan yang ditaati atas taklifan yang diamanahkan Allah ke atas mereka wajar di penuhkan haknya. Sebagaimana pemimpin wajib memenuhi hak ahlinya begitulah sebaliknya.

Apakah makna Allah perintahkan taati pimpinan ? dan Rasul sebutkan taatilah pemimpin dikalangan kamu sekalipun ia hamba HABSYI???

Kekuatan pemimpin diletakkan atas kekuatanya kepada ALLAh..maka ALllah akan kuatkannya, teguhkan kakinya, kuatkan jiwanya.. lantas perpecahan pula berlaku di peringkat pengikut, mencemuh pemimpin mereka yang salah itu , salah ini..tak patut ini dan itu....
Nah ! menjadi kewajipan ahli meyampaikan menyuarakan kesilapan kepada pemimpin mereka dengan cara yang betul .. dan kita wajib terus bersatu. Itulah asas prioriti yang di gunapakai dalam mecernakan Fiqh awlawiyat. Bukanlah melangkaui pemimpin, mendahului keputusan PEMIMPIN serta SYURA bahkan membelakangkan syura itu pula.... tinggal lah ia umpama puing-puing kayu yang cuba berjasa..tetapi dinafikan pula ALLAh keberkatannya...

Inilah barah yang sedang melanda umat ini, terlebih parah mereka mendabik dada tindakan ini benar dan memeberi bekas. Sedar atau tidak mereka sebenarnya sedang menderita kelelahan memikul beban di bahu-bahu mereka . Mereka sangkakan inilah yang mereka wajib perjuangkan.

Meninggal lah ia bekas yang kosong tanpa manfaat, air yang tak boleh dimium walaupun banyak usaha dicurahkan untuk menjadikan ia manfaat.

3 comments:

Anonymous said...

“Manusia akan berjaya selagi mana dia meletakkan dirinya dalam agama. Sebaliknya Manusia Akan binasa apabila meletakkan dirinya Semakin jauh dan jauh daripada agama”

munirnukman

deMahDali said...

Cerita dalaman xelok di bawa ke luar..

JUNDI UMMAH said...

Ia bukan lagi cerita dalaman, sebaliknya sudah menjadi sangat mashur dalam lipatan sejarah gerakan Islam seluruhnya..entah mengapa masih ramai orang tiak mengambil iktibar darinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...