6 May 2009

Ahli Jemaah banyak kena Penyakit Riya'

Adapun UJUB dan RIYA' adalah penyakit orang yang banyak beribadat kepada ALLAH swt. ia menghapuskan pahala ibarat kayu kering disambar api.

Riya' adalah cenderung mencari keredhaan manusia. Amalannya tidak selari dengan hatinya...ahli jemaah ni ana faham sangat..bukan tak tahu.. berpura-pura alim, berkopiah , jalan didepan muslimat tunduk, berpura-pura zuhud, pura-pura alim, merasakan diri lebih layak..tetapi hatinya menunggu-nunggu untuk berbuat maksiat. Sangat berbeza sikapnya saat ia dihadapan manusia dan saat ia berseorangan....itulah ia antara perangai dan sifat munafiq/ berpura-pura. Berkopiah, melaksanakan dakwah, ...gambar lucah pun tengok!..

Sayugia terdengar beberapa individu beristighfar..terkedu, spontan dalam kuliah tasauf dalam membahas bab khauf dan raja'(takut dan harap) serta penyakit ujub dan riya' ahli ibadah dari kitab minhajul abidin . Aku memerhati keadaan sekeliling, kembali mataku aku tetapkan kelantai tunduk malu..begitu juga beberapa sahabat sefikrah yang juga ahli jemaah kampus. Title ahli jemaah yang dibangga-banggakan , kononnya merasa diri pendukung agama ALLAH dihempas kelantai , berkecai ia dek sentuhan halus nasihat dari ustaz...

Aku rasa, aku lalui , aku memerhati dan aku juga menjadi saksi dalam gerak kerja ahli jemaah. Memang ada benarnya apa yang dibahaskan ustaz. Seolah-oleh beliau juga pernah menyaksikan perkara sebegitu dalam penggerak harakah islamiyyah...Begitu jauh kita dari apa yang dikatakan sebagai mencari redha ALLAh swt sedang dalam diri kita bersatu maksiat dan yang haq.

Tarbiyyah tidak boleh dipandu akal, kerana ia nafsu. Sebaliknya perlu dari hati yang bersih..serta panduan Ilahi.

Mutiara demi mutiara aku kutip saat bersama orang - orang soleh seperti ini. Kita belajar bagaimana sebenarnya kita tidak tahu... Kita sangkakan kita betul , sangkaan kita meleset jauh dari jalan sebenar.

Sejauh mana penglibatan kita dengan jemaah menjadikan semakin kita takut akan ALLAH swt? Apakah semakin meningkat amal kita? Apakah semkin kita berusaha meningkatkan kualiti amalan wajib kita? Apakah ia menjadikan kita meninggalkan maksiat kepada ALLAH swt? Apakah semakin halus syariat kita atau sebaliknya? ... Semakin baikkah akhlak kita atau kita sendiri keliru dengan amalan akhlak di kalangan ahli jemaah...?

Dihitung-hitung , dengan halusnya perbahasan bab penyakit hati yang ustaz bahaskan boleh dikatakan tiada apa lagi yang tinggal bagiku dalam gerak kerja amal jamaie aku dek dirosakkan penyakit hati yang aku sendiri tidak sedar rupanya aku menganuti penyakit-penyakit itu sepanjang bergerak kerja... Habis bagaimana aku boleh merasa selesa? ..Itulah tipu daya iblis terhadap anak adam bagi memastikan setiap dari kita tidak selamat dalam perjalanan menuju ALLAh swt.

Habis tarbiyyah yang dibahas-bahas , dimuhasabah saban sem, serta konsep jiwa besar yang di bentuk-bentuk selama ini apa?...Semakin dalam kita hayati , rupanya jiwa manusia bernama ahli jemaah ini masih banyak ruang vakum yang wajib diisi sebelum mereka meggelarkan diri mereka sebagai AHLI JEMAAH !Memalukan , rupanya kita tak jauh beza pun dari insan yang berada diluar kepompong bai'ah ahli jemaah melainkan sekadar sejauh sifat berpura-pura sahaja...bahkan kita mungkin lebih teruk lagi terdedah dengan penyakit - penyakit ini.

Aku ingat lagi ustaz Md Noor Omar juga memang ada menyebut bab penyakit hati ini. dari kitab bidayatul hidayah juga karangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali .Untuk menghadapinya hanyalah dengan ilmu.... barulah kita akan dapat jalan yang lurus.

5 May 2009

Tahluf dalam ISLAM- Penerangan buat yang bertanya...

salam Muhibbah.

Semalam saya menerima satu "comment' yang menghentam PAS kerana bersekongkol dengan DAP yang dikatakan kafir dan memerangi UMNO yang ISLAM . isu ini sudah lama dan sepatutnya sudah jelas, cuma mereka yang tidak tahu akan berkata ia tidak wajar. Dalam Politik ISLAM ada ruang untuk PARTI ISLAm bekerjasama dengan orang kafir tetapi dengan syarat yang ketat dan sangat fundemantal untuk setiap UMAT ISLAm ikuti. Cabang ilmu ini di gelarkan sebagai "TAHALUF" .

Janganlah hairan tentang kerjasama ini kerana Rasulullah saw pernah bersabda, Allah menguatkan ISLAM dengan orang -orang kafir!

berikut adalah teks dar LAJNAH TARBIYYAH DAN KEPIMPINAN PAS PUSAT untuk kita fikrikan secara bersama:

MUQADDIMAH
Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.
Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza'ah selepas ''Perjanjian Hudaibiyah''.

Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa'il, lalu dia meminta pertolongan.

Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:

Daripada Talhah bin 'Abdullah bin 'Auf, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ''Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad'an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti saying kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku menyahutnya.'' (Riwayat Ibnu Ishaq)

Oleh itu, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuat dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah deng prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf

Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya.Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditolaknya.

Syarat-syarat Tahaluf

1.Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip

Dalil-dalilnya ialah:

a) Hubungan Rasulullah s.a.w. dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja.

Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah s.a.w. bertolak-ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

''Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya.''

Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w.

b) Hubungan Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan Ibn Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Hal ini terjadi apabila Ibn Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya jangan beliau membaca al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang diizinkan: a.Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.

Dalam situasi kegagalan idealogi-idealogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang- orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam idealogi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan kita dalam pilihanraya, dalan persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka).

Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah s.a.w. di Madinah dengan orang-orang Yahudi.

b.Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral

Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini.

Contohnya, bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.

Dan sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar.Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai orang Muhajrin! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahiliyah ini? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya.'' (Riwayat Muslim)

2.Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan

Dalilnya:

a) Rasulullah s.a.w. telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan denga Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.

b) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani 'Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3.Tidak berwala' kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka

Di antaranya ialah mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah s.w.t., maksudnya:

''Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.'' (Ali 'Imran: 28)

Berwala maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.

Muwada'ah

Di sana terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada'ah dan ada juga ulama' meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata).

Disebut dalam ''Syarah Muhazzab'' (karangan Imam Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ulama' bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya.

Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Isti'anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)

Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.

1.Mereka menolong kita

Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam ''Fiqh al-Sunnah'', adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafik dan fasik kerana Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang minafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi.

Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha':

a)Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak
b)Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan
c)Imam Syafi'ie mengharuskannya dengan syarat:
a.Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah
b.Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.

2.Kita menolong mereka

Menurut al-Sarkhasi di dalam kitabnya ''al-Mabsut'', dan al-Syaibani di dalam kitabnya ''al-Siyar al-Kabir'', Rasulullah s.a.w. menghantar tamar 'Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau.

Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, ''Zad al-Ma'ad'', apabila Sumamah bin al-Sal r.a., pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah s.a.w. menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya.

KESIMPULAN

Tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:

1.Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:

a)Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam
b)Mengiktiraf negara Islam
c)Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya

2.Tahaluf tanpa membentuk negara:

a)Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar
b)Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya
c)Berlindung sementara ketika lemah
d)Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah

Perhatian

Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:

1.Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh Harakah Islamiyah. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.

2.Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah yang tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.

3.Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengn idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yangkuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden.Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.

4.Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.

5.Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.

6.Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya.

PENUTUP

Nas-nas dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan menguasai negara secara menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas.


WALLAHUA'LAM.

30 Apr 2009

We Learn How we Dont Know...

Setiap harinya kita berjalan, mentafsir , merasa, memikirkan... setiap kali itu juga kita semakin merasakan lemahnya kita...

Kita belajar sebenarnya bagaimana kita tidak mengetahui.... Begitulah sebahagian dari " learning process" yang setiap kita tempuhi.

28 Apr 2009

Sikap ahli mencerminkan kesan tarbiyyah.

Beralasan atau mencipta ALASAN.

Ana tak boleh syeikh...., ana kena kerja dulu...
Ana ada masalah keluarga la ya akhi..enta tak kan faham masalah keluarga ana..
Ana dah habis duit lah...mana ada runag nak pi TAMRIN...
..nanti ana tanya mak ana dulu..
...Datuk ana meninggal ...maafkan ana...
....KAKAk ana nak bertunang...
mm...nanti ana fikir dulu...
..(senyap tanpa jawapan)...
..insyaALLAH2 ana cuba datang....
...Ana ada program lain lah....,
...ada ka tamrin? tak tahu pun..
..la..kenapa enta tak bagitau awal-awal..dah tak boleh lah..ana kena ini, kena itu..bla-bla-bla..

banyak jawapan yang memenuhi rung inbox mesej...dari 10 mesej yang dihantar dengan ayat yang sama..

"Salam , enta boleh datang tamrin tak?"

5 atau 7 dibalas dengan nada yang hampir sama maknanya..(TAK BOLEH DATANG), cuma variasi bentuknya..bakinya tidak berbalas ..mungkin mesej tak sampai..bersangka baik orang yang menghantar mesej. Sebaik mesej dibalas, kita menggelengkan kepala. Beberapa sahabat mengeluh kesal..ini bukan alasan ahli jemaah ni...macam ahli ta'arif pemikirannya, menghela nafas mengeluh kecewa dengan sikap dan mentaliti ahli jemaah . Seorang menegur lembut, jangan mudah menghukum manusia... proses tarbiyyah tidak semudah itu, marhalah hanya pemeringkatan tarbiyyah..bukan penghayatan tarbiyyah. Penghayatan datang dengan hasil dari gerak kerja dan susah payah, bukan semata-mata dengan usrah yang lompang dan tamrin yang "GRAND_GRAND". Perbualan terhenti, seperti akur dan masak dengan suasana seperti ini.

Harap nak peluk gunung, pegang pun jadilah. Mungkin semangat menggebu menawan kampus boleh dilambung sahaja dahulu buat masa ini..menyambutnya nanti dululah...jadi? jatuh lah ia tidak bersambut mana-mana generasi.

Semangat tidak berputus asa menjadikan AJK menghubungi pula peserta, memujuk, pergi ke bilik..agar lembut hatinya dari mula mencipta alasan mengelak RANGKA PEMBINAAN GERAKAN HARKAH ini.... Kesilapan ahli jemaah bermula dengan cara ia mula berfikir. Di antara cuba mencari alasan atau cuba mencari jalan penyelesaian mana yang terbaik? Diantara cuba memberi alasan dengan berusaha melaksakan dahulu mana yang benar? Adapaun jika uzur syarie memang tidak dapat dielakkan maka ia tidak lah menjadi isu dalam kes ini, wajiblah diraikan. Tetapi kebanyakkan memberi alasan yang tidak munasabah..tempoh lama diberikan dari pemakluman tarikh program kepada hari program. Apabila di follow up..alasan untuk tidak hadir didahulukan berbanding berusaha untuk memenuhi seruan jihad ini ..Jadi?

Lumrah, jika ilmu USRAH sekadar memenuhi keperluan kepuasan akal..dibahas-bahas, dibrainstorming macam nak gila..tidak pernah henti..menjadilah ia ilmu yang menghiasi bibir-bibir tanpa meresap dihati. Tidak mampu memanfaatkan mereka sedikitpun, aptaah lagi usrah pun tidak ia wajibkan dirinya hadir. Bermudah-mudah dan bersambil lewa pada membina diri sedang ia berguna sebagai modal menghadapi dugaan-dugaan seperti di atas...berkorban datang TAMRIN yang 4 hari cuma dalam setahun.

Kesan tarbiyyah KAMPUS

Masalah evergreen yang tidak pernah lekang setiap generasi. Tidak hairanlah, kerana pembinaan berlaku sepanjang hayat. Ada yang cepat, ada yang lambat dapat tangkap.....Apa nak diharap dengan tarbiyyah sekejap cuma ni..bisik seorang ahli jemaah. Cuba meraikan dan bersangka baik dengan sahabat-sahabat yang pernah berbai'ah susah senang, semangat atau malas, suka atau tidak untuk mendaulatkan ISLAM suatu masa dahulu yang bersaksikan ALLAH dan RASUL..nah sekarang macam mana?

Parameter yang selalu digunakan memahmi realiti tarbiyyah bergantung kepada banyak faktor. zahir(boleh diukur); komit usrah, datang program, cepat turun medan, kesanggupan berkorban dan lain-lain.

batin juga tidak dapat dielak: keikhlasan, iltizam, jujur, setia...kasih-sayang.

Susahnya membina sistem, begitulah susahnya bahkan lebih lagi melaksanakannya...apatah lagi mendambakan hasilnya yang perfect!..Pesimis bunyinya, namun disanalah cabaran dan ujian bermula. Menduga setiap dari kita yang ada untuk bertahan, ada yang boleh bertahan sekejap lepas tu putus asa...bahkan ada yang langsung kecewa dengannya lantas berijtihad (nafsi-nafsi) meninggalkan terus tanpa memikirkan kesannya kepada semua.

Mungkinkah terlalu banyaknya kesilapan kita dalam memahami realiti dan fitrah manusia sehinggakan kita telah menzalimi sebahagian dari sebahagian yang ada? Perlukah kita perhalusi lagi apa yang terkandung padanya?

Method TAMRIN, Perlaksanaan Gerak Kerja, Usrah, ADAB-ADAB, Penyakit Dalam Jemaah, amalan harian...apa sebenarnya?

Pemisahan RUH tarbiyyah, Dan jasadnya.

Dalam memahami usaha gerak kerja AMAL ISLAMI, sudah pasti ia satu jalan kepada menghampiri kepada ALLAh, mencari redhaNYA dan memperjuangkan AGAMA-NYA. Sedarkah kita, ia mesti didahului dengan kebersihan hati, penghijrahan diri daripada berkekalan melakukan dosa dan maksiat kepada ALLAh kepada taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi dosa, memastikan tidak adanya maksiat dan perkara haq dalam diri kita pada satu-satu masa, berusaha dari kurangnya amal kepada meningkatnya amal..berusaha kepada semakin memperhalusi syariat..bahkan memperbaikkan akhlak...semuanya perlu kepada mujahadah yang hanya dapat dihadap dengan ILMU yang benar.

Apabila tarbiyyah hanya berkisar kepada perkara yang bersifat furu' tanpa mengenalpasti yang POKOK, ia umpama menanam pokok kemudian meracunnya semula..dan diakhir mengharapkan sesuatu yang mustahil dicapai. Kaedah fiqh yang menggariskan antara melakukan ISLAH dan meninggalkan MAKSIAT, mestilah mengutamakan atau didahulukan meninggalkan MAKSIAT perlu kita hayati secara bersama. Melihat keilmuan ULAMA' , mereka sangat memahami bagaimana hati-hati manusia sepatutnya dibentuk...maka bersama-samalah orang arif melayari lautan ilmu yang mendasar sehingga kepada menghayati realiti sebenar jiwa kita ini.

Apabila tarbiyyah tidak punya RUH maka ia bergerak dengan jasad sendirian...makin lama semakin busuk..bukan semakin memberi manfaat. Maka ia akan kecewa dan meyalahkan itu dan ini sebagai puncanya..begitulah ia berterusan sehingga ia berkeliling dalam pusingan yang sama. Mereka terlalu mengikut nafsu, akhirnya ia sendiri tersesat dek kelicikkan iblis. Penting kita sedari jalan menghampirkan diri kepada ALLAH penuh tipudaya iblis. Bukan ahli tariqat sahaja melalui ujian iblis, bahkan semua yang cuba mendambakan redha ALLAh pasti mengalami ujian yang sama....penyelewengan dari jalan yang benar. Maka wajiblah kita mencari guru-guru yang mursyid yang mampu membimbing kita kejalan yang benar dengan ilmu yang benar pula.


Apa erti TADHIYYAH(Pengorbanan) pendukung ISLAM KAMPUS?

Apalah erti berjuang tanpa PENGORBANAN, begitu jualah sebaliknya Apalah erti pengorbanan tanpa PERJUANGAN.

Berbuih-buih penceramah bercakap , mengingatkan dengan wahyu-wahyu ALLAH yang suci tentang pengorbanan dan harganya...

Hakikatnya kefahaman masing-masing berbeza, begitu juga kesanggupan masing-masing. Ada yang larut dengan kesusahan dalam gerak kerja AMAL ISLAM, yakin ia dengan janji ALLAh dan pertolongan yang terkandung padanya.

Adapula yang terlalu berkira, tetapi merasakan diri sudah berkorban... bahkan merasai lebih dari sepatutnya.Dan mengharapkan yang bukan-bukan dan lebih dari kadar pengorbanan ia dijalan ALAh swt.

Kefahaman datang dengan gerak kerja, adapun pengorbanan beriringannya dengan kesabaran dan gerak kerja.

Kefahaman= Gerak Kerja
=Pengorbanan/Kesabaran

Sekadar lontaran, untuk kita fikirkan bersama.

Kita iltizam sama-sama denga segala gerak kerja ini, semoga ALLAh syahidkan kita dengan perjuangan ISLAM yang kita cintai ini dan dikurniakan kita ilmu yang bermanfaat dan benar agar jalan kita menuju redha ALLAH swt adalah benar dan tidak berpaksikan nafsu dan tipudaya IBLIS. Semoga ALLAh bimbing kita semua kejalan yang benar.

Buat mereka yang berusaha mengadakan program pembinaan ini , semoga ALLAh swt membalas jasa kalian kerana tetap dan terus mara bersama-sama memastikan AGAMA ALLAh tetap kan DIJULANG diamana-mana pelusiu dunia. Segala penat lelah, peluh darah, serta jiwa yang teruji mendapat balasan setimpal dengan ketulusan hati dan susah payah dari ALLAH swt.

10 Apr 2009

Kecaman Kepada Program Perosak Remaja; MALAYSIAN DREAMGIRL




Baik...kali ni semua para mujahid blogger perlu highlight isu ini. isunya bukan lagi kerana jumudnya ISLAM menggariskan hiburan...tetapi betapa tegasnya kita berdepan perkara ini.. ia sangat menusuk jiwa anak melayu dibenar separuh bogel ditayang dgn satu program rasmi seumpama ini...Kecaman Keras wajib kita sama-sama sampaikan kepada kelompok ini. Kalu anak cina ke takpalah ni anak melayu islam.

Sila rujuk : http://assyababulkabir.blogspot.com/

Dengan entri bertajuk "Tuan Mufti, Ini bukan program Bukit Gantang ya !" aku terkejut dah lama ke benda ni? mengapa tiada sebarang respon dari blogger2 sebelum ini?

Ibarat pornografi trend baru pula , kali ni anak-anak ikan melayu dilelong dan di cernakan dengan baik atas tajaan syarikat Hp dan intel. Eksploitasi kepada mereka sungguh menyedihkan.

Sentuh tang tanggungjawab, mufti mesti keluarkan fatwa tentang program ini. Harus kah? Ka sunnat?...pastinya haram orang islam meyertainya.

Boleh juga rujuk : http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

PERHATIAN...tolong fwdkan perkara ini..dan sesiapa yang berwajib tu tolong ambil peduli dan tindakan... kita tidak sama sekali senang dengan perkara seumpama ini yang tidak mengambilkira sensitiviti orang ISLAM!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger