8 Jun 2009

MAJLIS ULAMA' YAHUDI-Badan tertinggi dan berpengaruh dalam yahudi

crc1

Sumber artikel: http://dajjal.wordpress.com/2008/12/23/majlis-ulama-yahudi-antarabangsa/#comments

Yahudi adalah bangsa bagi sesuatu kaum, dikalangan mereka juga ada yang beragama Islam, Kristian, Komunis dan sebagainya. Namun, agama rasmi bagi umat Yahudi ialah Judais sepertimana bangsa Melayu amat sinonim dengan agama Islam walaupun ada dikalangan orang Melayu bukan beragama Islam.

Di dalam agama Judais, pembuat keputusan terhadap sesuatu fatwa Taurat ditentukan oleh suatu majlis rasmi yang dianggotai oleh para Rabbi (Gelaran kepada paderi Yahudi) seluruh dunia. Fatwa-fatwa yang diputuskan ini akan meliputi pelbagai aspek yang diamalkan dalam ajaran Nabi Ibrahim a.s. tidak lama dahulu.

Majlis yang bertanggungjawab membuat fatwa untuk seluruh masyarakat Yahudi dipanggil Chief Rabbinate Council (CRC). Di dalam CRC terdapat peringkat-peringkat jawatan yang dipilih secara undian oleh rabbi-rabbi dari seluruh dunia. Pemegang jawatan tertinggi CRC atau ketua bagi semua ulama Yahudi digelar sebagai Rishon L’Tzion.

Jawatan Rishon L’Tzion

Jawatan tertinggi ini dalam majlis ulama Yahudi ini dipilih melalui pilihanraya tertutup yang hanya diundi dikalangan rabbi-rabbi yang hadir. Pemegang jawatan Rishon L’Tzion berkuasa bagi menentukan fatwa untuk sebarang isu-isu yang berlaku didalam masyarakat Yahudi beragama Judais.

Namun begitu, jawatan ini bukanlah mudah untuk disandang, setiap calon yang bertanding untuk jawatan Rishon L’Tzion mesti mengambil ujian penulisan yang ketat. Ujian ini tidak dibuat sambil lewa tetapi dibina berasaskan sebuah kurikulum bersepadu (bukan KBSM) oleh rabbi-rabbi yang berpengalaman.

Sebelum mengambil ujian kelayakan itu, setiap calon mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu taurat di dalam bahasa Hebrew (bahasa rasmi Israel). Ini bermakna walaupun calon tersebut warga Brazil, ia hendaklah fasih berbahasa Hebrew.

Jika di dalam Islam, seseorang yang mahu bergelar ustaz wajib fasih berbahasa Arab dan mantap dari segi Nahu Sorof serta beberap ilmu asas lain seperti Fekah, Tauhid dan Tasawuf. Manakala agama Judais menetapkan bahasa Hebrew adalah wajib dipelajari disamping beberapa ilmu-ilmu lain.

Berikut ialah kitab-kitab yang perlu dihafal dan dikuasai oleh calon-calon Rishon L’Tzion.

  • Bab Hichos Shabbos (8 kitab)
  • Bab Hilchos Niddah (4 kitab)
  • Bab Hilchos Issur V’Heter (3 kitab)
  • Bab Hilchos Mikvaos (1 kitab)
  • Bab Hilchos Eruvin (1 kitab)
  • Bab Hilchos Aveilus (1 kitab)

Perpecahan Suku Di Dalam CR C

Walaupun orang Yahudi pada dasarnya dilihat bersatu tetapi semangat asabiyah kaum tetap kuat dan menular sehingga ke dalam majlis ulama mereka iaitu Chief Rabbinate Council. Di dalam CRC sekarang, jawatan Rishon L’Tzion diwujudkan 2 kerusi iaitu untuk suku Ashkenazi dan suku Sephardi.

Memandangkan terdapat dua pemimpin dalam satu majlis peringkat antarabangsa maka berlaku juga beberapa perselisihan dari segi membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Dua jawatan dalam satu majlis ini telah wujud sejak sebelum penubuhan negara Israel lagi. Kedua-dua suku ini mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun menetap di negara yang sama.

Pada masa sekarang, jawatan Rishon L’Tzion bagi suku Ashkenazi disandang oleh Rabbi Yona Metzger manakala suku Sephardi pula ialah Rabbi Shlomo Amar.

(Gambar) Dari kiri; Rabbi Shlomo Amar, Paderi Dr. William dan Rabbi Yonah Metzger

Kontroversi Rabbi Yona Metzger

Beliau yang dilahirkan pada 1953 adalah pemegang kuat fahaman Zionis dan pernah menang 2 anugerah melalui dua buah buku karangannya. Metzger banyak menulis doa-doa untuk dibaca di synagogue (kuil Yahudi) dan beliau amat terkenal sebagai orang yang banyak menulis.

Pada April 2005, Metzger bersama beberapa pertubuhan Islam dan Kristian bergabung untuk menentang pelancaran Festival Gay Sedunia yang dianjurkan oleh beberapa orang ternama. Walaupun Metzger kelihatan anti-homoseksual, beliau sendiri mempunyai masalah seksual yang kronik.

Pada 2005 juga, Metzger telah dituduh sebagai melakukan gangguan seksual yang teruk kepada seorang wanita dan juga meminta imbuhan secara haram bagi setiap upacara perkahwinan yang diuruskannya. Kes Metzger masih dalam perbicaraan hingga sekarang dan pendakwaan dibuat sendiri oleh Peguam Negara Israel iaitu Menachem Mazuz.

Perbezaan CRC dan Yahudi Ultra-Orthodoks

Walaupun ketua ulama Yahudi dilantik secara undian dari semua rabbi-rabbi seluruh dunia, Yahudi Ultra-Orthodoks adalah berkecuali dalam hal ini. Mereka tidak bersetuju dan tidak bersependapat dengan kelompok-kelompok rabbi di dalam Chief Rabbinate Council (CRC).

Mereka menganggap CRC adalah mainan golongan politik di Israel yang majoritinya dikuasai oleh penganut fahaman Zionis. Maka disebabkan itu, kita dapat melihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kelompok Ultra-Orthodoks seringkali bercanggah dan hanya diamalkan di Mea Sharim.

Ultra-Orthodoks dikenali sebagai kelompok Yahudi yang ekstrem dalam pengamalan ajaran-ajaran Taurat. Mereka agak tersisih dari kelompok Yahudi-Yahudi lain di Israel sehingga ada dikalangan mereka seringkali diejek hatta oleh masyarakat Yahudi sendiri.

Perbezaan paling ketara antara Ultra-Orthodoks dengan Yahudi lain ialah mereka tidak percayakan konsep Tuhan Zion yang dibawa oleh kelompok Ashkenazi dan Sephardi. Bagi mereka, Tuhan Zion adalah ideologi ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Taurat sebenar.

Peranan Lain Chief Rabbinate Council

Di antara peranan lain yang dimainkan oleh CRC ialah membuat keputusan bagi semua urusan-urusan;

  • Pengurusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian
  • Membincangkan undang-undang agama
  • Mengawal pentadbiran kuil-kuil
  • Mengurus selia Kottel (Tembok di sempadan Masjid Al-Aqsa)
  • Menentukan sambutan hari-hari suci Judais.
  • Menentukan takwim sembahyang kalender Hebrew
  • lain-lain yang berkaitan agama Judais.

(Gambar) Di antara tempat ibadat terkenal Yahudi ialah Kottel. Di sini pengunjung beragama Judais akan bersembahyang dan memohon hajat sambil memegang tembok.

4 Jun 2009

KBM...Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM...Apa ?




apa anda tahu tentangnya..? tolong respon... iNI bUKAN SATU BENTUK PROVOKASI ATAU PUNY A APA2 AGENDA TERSEMBUNYI..

Perkongsian ini mungkin beroleh manfaat yang besar..
wallhaua'lam


RESPON 1
Assalamu'alaikum wbt,

saudara Amirul....

ana MOHD FUAD HILMI ZAKARIA, presiden KBM.
ana terkilan dengan kenyataan saudara ni.
anta berada dalam jemaah yang declare jemaah ISlam..tp, mengeluarkan kenyataan APA??? tentang KBM.

ana rasa saudara ni seorang yang tidak bijak dalam berdiplomasi dan berda'wah...kerana apa?
kerana saudara telah mennyebabkan orang salah anggap dengan kenyataan saudara...
jika saudara seorang yang berani dan hebat...bukannya penakut...anta tidak akan membincangkan hal ini dlam blog...nmpak seprti ingin memburukkan KBM...ana pernah berbincaNG DENGAN IQBAL,SYUKRI untuk mengadakan usrah antara pimpinan bagi bekerjasama, namun tidak dapat jawapan...
anta jgn kata yg pmi shj jemaah yg baik...jgn ta'sub syeikh...
kita org ISLAM...marilah kita mencari di mana titik persamaan antara kita,bukannya mencari titik-titik perbezaan yg boleh menyebabkan kita sesama ISLAM bergaduh dan bertelagah...

harap anta faham,,,anta pun mahasiswa...bkn semseng jalanan.
"jika org fasik dtg menceritakan sesuatu kpd kita, maka hendaklah diselidiki terlebih dahulu".

ana harap anta boleh jumpa dengan ana (0129520396).utk mencari titik persamaan...
ana tidak pernah takut dan jadi pengecut...mcm anta yang cuba menjatuhkan KBM ana tahu semuanya...tp,ana tidak suka bergaduh,,,tp,bila sarang tebuan dijolok...akan mengamuklah tebuan itu...kerana tidak tenteram...

ana harap anta boleh buang tentang kenyataan anta tu.

JAWAPAN 1:


Sedikit pembetullan....APA ..merujuk kepada konotasi untuk memahami, dan mencari jawapan, bukanlah seperti yang disangkakan.

Tiada daya dan kekuatan, melainkan semuanya DARI ALLAH jua.

1. Ana secara jujur memmohon maaf kepada semua ahli KBM, apa-apa yang terkandung padanya serta sesiapa jua yang bersamanya jika ini menimbulkan suasana tidak selesa, atau salah faham, atau apa-apa jua perselisihan yang mencarik-carik keutuhan persaudaraan sesama ISLAm sedang semuanya dalam satu kapal melayari bahtera dakwah...sekali lagi ana mohon ampun ..sedang bukan itu pula tujuan dan niatnya.

2. Sungguh, nampaknya saya memeng tidak bijak dan jahil dalam berdiplomasi...jika itulah kelemahan saya yang dilihat , saya akur dan segala yang baik itu kepada ALLAh swt jua saya pulangkan semula.

3. Pastinya soal siapa hebat dan penakut, berani atau pengecut tidak timbul..bukan isu yang sepatutunya ditimbulkan..jauhkan diri kita dari sentimen yang mengeruhakn keadaan .Itu Fundemental serta asas. begitu juga perbincangan enta dgn sgn sahabat-sahabat ana. ana tidak akan bincagkan ia disini kerana pastinya mereka buat apa yang patut mereka buat..bukan soal tidak berkerjasama bersama KBM. Pastinya saudara masak dengan situasi ini.

4. Adapaun ta'adud jemaah terkandung padanya mudharat yang sangat besar...ana sangat bersetuju apa pun jemaah tiada yang lebih baik melainkan apa yang dimulakan oleh Rasulullah saw. Ana Bukan ta'sub..bukan juga mengiakan mana 2 jemaah salah ..ini baik , ini kurang...Menghukum sesama sendiri..dan terbelit dalam isu yang tidak pernah habis... Kita henti disisni tentang itu.

Fikh Ta'adud jemaah ini berlarutan, dimana2 kampus ...realitinya hanya hangat dibincangkan dalam kampus, sebaik keluar semua bersatu dan bertaut kembali dan bersilang dan bertemu dengan titik-titik yang saudara maksudkan; diluar KBM kah dia , PMI kah dia, JIM kah dia...mereka matang bergerak kerja.. MEDAN KAMPUS hanya wasilah pentarbiyahan yang sekelumit cuma, bermain-amain dengan masalah depan mata..hakikatnya berapa ramai yang benar-benar iltizam dengan jemaah selepas keluar dari kampus, dan berapa ramai pula yang iltizam dengan gerak kerja ISLAM? walaupun dialah naqqib yang mengatakan ini jemaah tidak betul, itu jemaah salah, ini tak tepat dan begian-begian..diluar dia tetap tidak bersama jemaah...

Sebagai pimpinan, mungkin kita terkadang tersilap membaca keadaan, dan itu yang ana lakukan.... menwujudkan salah faham yang tak berkesudahan.

Jika enta katakan ana berusaha "untuk cuba menjatuhkan KBM "... maka ana serahkan ia pada hadrat ALLAH untuk adilinya. Apa pun versi yang enta dengar, dari sumber apapun...maka telebih dahulu ana menafikan ia. Bodohnya ana, menjatuhkan KBM... sedang ia seiring dalam gerak kerja ISLAM... Jangan pula dikata usaha membawa usrah adalah uasaha bersaing menjatuhkan KBM...., atau juga menyampaikan fakta sejarah serta realiti dalam jemaah juga usaha menjatuhkan... Teruskan perkasakan KBM, rancanglah apa jua strategi perkemaskan saf...janalah seramai mungkin kader-kader ISLAM... teruskan gerak kerja ISLAM berbanding memikirkan "ana cuba menjatuhkan KBM". Ana tidak lah senakal itu, namun jika memang ada juga yang merasakan ana cuba menjatuhkan KBM...melabelkan ana samseng jalanan seiras label yang diberikan kepada MAT REMPIT.. maka apalah diri yang lemah ini dapat perbuat, Kepada ALLAH jualah tempat hamba mengadu..

5. PMI bukan ibarat tebuan....tetapi pokok BUAH .dilempar ia dengan batu, dibaling ia dengan selipar..di jolok ia..dibalas pula dengan BUAh yang ranum. Bagitulah hendaknya kita melayan saudara kita seISLAM.

Ana pasti persepsi serta pandangan negetif yang menghijab kita selama ini, bersangka-sangka.. menjadi punca perpecahan sesama kita...ketulusan berdakwah..., kesan ana mengatakan apa yang tidak ana perbuat menjadi kafarah buat diri ana sendiri serta jemaah.

6. Ya AKHI.... mungkin ana sekarang baru memahami kepada persoalan sebenar ana; APA PMI ???. Terimakasih kerana sudi merespon dan membantu ana memahami persoalan sebenar ana ini. SEERu ALA BARKATILLAH..Semoga ALLAH PIMPIN KITA SEMUANYA.

Respon 2

afwan akhi...wa syukran...jazakallahu khoiran kathira...itulah yang ana nak katakan,

ana xpernah fikir yang KBM tu hebat ,ana dan rakan2 sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan PMI...ana kenal sangat IQBAL, SYUKRI, n budak2 PMI yg lain tu...dan ana ade sedikit terkilan dengan sisters2 PMI n ade sesetengah brothers juga yg mengatakan ana n KBM "mencuri" budak2 PMI utk program n mcm2 lagi...ape ni syeikh...???

kite sesama kelab yg menegakkan kebenaran dan mencari redho ALLAH...dan ana xpernah melarang budak2 kelab ana join mana2 kelab...asalkan utk redho ALLAH semata-mata...malahan jika ada senior2 KBM yg marah ana n budak2 ana pi join program lain...ana marah senior2 tu...dioraNG xde hak langsung...

ana harap anta boleh bincang ngn ana n ahli kBM yg lain bersama PMI untuk memurnikan dan menjernihkan air yang sedang mengeruh...bagi ana...ISLAM itulah jemaah...kelab n persatuan tu..hanya wadah utk bergerak...

marilah kita mencari titik2 persamaan...

"bekerjalah kerana ALLAH".

Jawapan 2:

1. Menjawab sesetengah telahan yang memanaskan telinga seperti itu, ana juga akan merasakan benda yang sama andai berlaku pada PMI. Perselisihan yang berlaku dikalangan muslimat PMI mungkin wajar untuk ana memohon maaf, dan janganlah dinisbahkabn kepada PMI itu secara keseluruhhannya.. Perkara hear say yang mereka terima mungkin menjadikan mereka bertindak demikian. Apapun dipihak ana sendiri, juga memegang pendirian yang sama ,

sertailah apa jua persatuan..cuma perlu jelas kepada siapa wala' pada pimpinan nak diletakkan. Ana tidak memaksa sesiapa menyertai PMI..ana jelaskan apa yang wajar ana jelaskan dan ana pulangkan kepada mereka memilih mana2 yang dikehendaki, memilih kepada siapa ketaatan nak diletakkan....jika mahu bersama PMI ..silakan, bersedia mengikut peraturannya..adapun jika mahu bersama KBM, atau JIM atau apa jua yang menegakkan ISLAM ana kira itu pilihan mereka... Jangan dek disebabkan beberapa orang ini 2 Gerakan ini pula bertelagah... Adalah lebih utama mengelak mudarat dari mendapat sedikit manfaat. Toleransi dan mengekalkan komunikasi telus yang konsisten kunci kepada penyelesaian salah sangka ini.

mana mungkin ana mahu menghalang pilihan anak usrah.. Bagitu lah ana raikan beberapa anak usrah ana kini.... walaupun hati berat melepaskan, namun ia tidak mengecewakan asalkan mereka terus iltizam dengan gerak kerja jemaah.

2. Asas kepada persefahaman yang mahu diwujudkan seharusnya bermula dari pucuk pimpinan.... lunakkan kefahaman pengikut agar mereka tidak bertelagah sesama sendiri. Pastinya , pentarbiyyahan yang panjang serta memerlukan kerahan tenaga ini memenatkan. Namun pastinya dengan izin ALLAH ia berbaloi.

3. Ana bukan lagi saf utama untuk enta rujuk, ana sendiri kini merupakan pengikut, .... Ana akan suarakan diperingkat pimpinan pusat agar mereka melakukan sesuatu untuk ini. Semoga beroleh kita padanya rahmat untuk JAMAAH semuanya.

2 Jun 2009

Jibril Mengenali umat Muhammad dalam Neraka.....

Sumber artikel: http://pondokhabib.wordpress.com/2009/06/02/jibril-kenal-umat-muhammad-dalam-neraka/


Jibril kenal umat Muhammad dalam neraka


Posted on Jun 1, 2009 by sulaiman


Dalam suatu riwayat, Rasulullah saw bersabda,“Sepanjang hari kiamat malaikat Jibril terbang beredar selama empat puluh ribu tahun. Pada suatu waktu ia mendengar pekikan dari ceruk neraka,‘Ya Hannan, ya Mannan, ya Dzal Jalaali wal Ikraam’. Jibril menuju ke Arasy lalu bersujud kepada Allah,‘Ya Allah. Hamba dengar dari ceruk neraka ada seorang memekik menyeru Asma-Mu,‘Ya Hannan, ya Mannan, ya Dzal Jalaali wal Ikraam’ selama puluhan ribu tahun. Tentu suaranya salah seorang umat Muhammad saw.

“Engkau Maha Tahu, wahai Tuhanku, bagaimana persahabatanku dengan Muhammad saw. Sungguh aku ingin berbuat baik padanya. Kini umatnya ada yang menderita amat sangat di neraka, perkenankan hamba untuk mensyafa’ati umat Muhammad saw itu, ya Tuhan.” Kata Jibril.

Allah berbelas kasihan “‘Wahai Jibril. Aku izinkan kau syafa’ati umat Muhammad saw. Aku berkenan engkau menemui malaikat Malik Zabaniyah agar dikeluarkan umat-umat Muhammad saw yang menginap di neraka dan diserahkannya kepadamu”

Malaikat Jibril cepat-cepat menemui malaikat Malik Zabaniyah penjaga neraka,‘Sesungguhnya Allah telah perintahkan agar si Fulan yang menyeru ‘ya Hannan’ engkau keluarkan dan serahkan kepadaku.’ Malaikat Malik lalu mencari-cari penghuni neraka yang berzikir ‘Ya Hannan’. Pencarian malaikat Malik ke dalam neraka hingga seribu tahun lamanya, namun masih belum berjaya menemui si Fulan, sebab neraka itu sangat luas dan panas apinya telah menghilangkan identiti penghuninya.

Malaikat Malik memberitahu tentang kegagalan pencariannya kepada malaikat Jibril. Malaikat Jibril menghadap kembali dan bersujud di depan Arsy,‘Ya Tuhanku. Malik tak mampu mencari si Fulan. Di manakah sebenarnya si Fulan berada?’ Allah Yang Maha Tahu memerincikan,‘Wahai Jibril. Jumpalah Malik dan beritahu lokasi si Fulan di ceruk neraka sebelah anu.’(Allah memberitahu lokasi sebenar)

Malaikat Jibril menemui malaikat Malik lagi dan menunjukkan lokasi Fulan sesuai dengan petunjuk Allah. Malaikat Malik pun pergi ke tempat yang ditunjukkan dan menemui orang tersebut dalam keadaan tertonggeng. Ular-ular berbisa dan kala beracun membelit tubuhnya. Ia dibelenggu, badannya telah hangus seperti arang namun masih hidup. Malaikat Malik menghela tubuhnya hingga binatang-binatang neraka mengelupas darinya. Helaan ke dua kalinya membebaskan si Fulan dari belenggu neraka.

Si Fulan muram menatap malaikat Malik,‘Apakah engkau akan tambah seksa untukku atau hendak selamatkan diriku?’ Kali ini malaikat Malik ramah,’Aku juga tidak tahu. Hanya penghulu malaikat, malaikat Jibril, datang menjemputmu.” Malaikat Malik menggamit tangannya dan menyerahkannya kepada Malaikat Jibril. Sepanjang lorong setiap penghuni neraka menjadi saksi,‘Orang ini menetap di neraka selama empat puluh ribu tahun.’

Malaikat Jibril menghadapkan si Fulan ke Arasy. Si Fulan bersimpuh di sisi malaikat Jibril. Allah berfirman menyambut,‘Wahai hamba-Ku. Apakah Aku belum mengirim al Qur’an dan mengutus rasul di dunia yang perintahkanmu berbuat kebajikan dan melarangmu berbuat mungkar?

Hamba itu menunduk dan menjawab,‘Sudah ya Tuhanku. Hamba benar-benar telah berbuat zalim pada diri sendiri. Hamba mengakui dosa-dosaku, ampuni daku demi kebenaran dan kemuliaan Asma-Mu, ya Hannan, ya Mannan, ya Dzal Jalaali wal Ikram yang hamba serukan selama empat ribu tahun di dalam neraka.’

Allah membelas kasihani hamba-nya,‘Wahai hamba-Ku. Aku ampuni semua dosamu. Aku serahkan dirimu pada Jibril, serta Ku-bebaskan dirimu dari neraka atas syafa’at-nya Jibril.’ Malaikat Jibril lalu menarik tangan si Fulan menuju surga. Di sana si Fulan dimandikan dengan air telaga Kautsar. Setelah mandi dengan air itu, hilanglah bekas tanda-tanda penghuni neraka.

Kemudian malaikat Jibril bawa si Fulan masuk ke dalam syurga untuk dipertemukan denganku, Rasulullah saw. Malaikat Jibril mengucapkan salam dan memberitahu,“Ya Muhammad saw. Aku telah lakukan kebajikan, beri syafa’at, sebagaimana engkau pasti lakukan terhadap orang lain.’ Aku, Rasulullah saw, mengangguk,‘Benar ya Jibril. Terima kasih atas kebajikanmu memberi syafa’at terhadap umatku’.

1 Jun 2009

Iman didapat dari Hati yang Hadir & Pembersihan Jiwa

Diambil dari : http://pondokhabib.wordpress.com/2009/05/30/iman-didapat-dari-hati-yang-hadir-pembersihan-jiwa-habib-umar-bin-hafidz/


Iman didapat dari Hati yang Hadir & Pembersihan Jiwa
Multaqo Ulama Jawa Tengah (3)

SEMARANG. Multaqo Ulama Jawa Tengah berlangsung dua hari di Masjid Agung Jawa Tengah (MAJT), dimulai sehabis sholat jum’at dan berakhir sabtu sehabis maghrib. Alhabib Umar dan rombongan langsung berangkat meneruskan perjalanan dakwah ke Malang, masih sama yaitu Multaqo Ulama Jawa Timur.

Sebelumnya berakhir, Alhabib Umar sempat mengatakan bahwa sebenarnya ilmu dan iman tidak ada habisnya, setiap saat sebagaimana ayat Alqur’an yang menyuruh kita berdoa bermohon kepada Allah Swt agar kita ditambah ilmu kita. Lihatlah imam Ahmad bin Hanbal yang terus membawa alat tulis di setiap majlisnya dengan niat akan terus menambah ilmu sampai dengan akhir hayat beliau.

Tidak ada karunia yang lebih besar daripada iman. Imam Ali Kwh berkata bahwa doa kita akan dikabulkan sesuai dengan keyakinan kita. Keyakinan itu tidak sekadar mengetahui dalil-dalil dari berbagai perkara, tidak sekedar mengetahui makna-makna dari berbagai perkara…bahkan Abu Jahal pun mengetahui pasti bahwa nabi Muhammad Saw itu benar tapi dia tidak mengikuti nabi Muhammad Saw.

Demikian juga dengan Fir’aun yang ingkar terhadap Allah Swt dan nabi Musa As, padahal dia tahu bahwa Allah Swt dan nabi Musa As adalah benar. Jadi tidak sekedar yakin saja, tapi iman diletakkan oleh Allah Swt di dalam hati kita.

Cahaya iman ini didapat dengan hati yang hadir dan pembersihan jiwa. Jika ini telah ada pada kita dan kita berkumpul dengan orang-orang yang beriman, maka kita akan bersambung dengan nabi Muhammad Saw.

Setiap jaman ada orang yang berpegang teguh kepada agama, orang-orang seperti ini patut diikuti. Ulama lebih mengetahui keberadaan orang-orang seperti ini daripada masyarakat awam. Tapi pada hakikatnya sebenarnya masyarakat awam pun mengetahui akan hal ini dan mereka pun menyukai kebenaran yang datang dari orang-orang yang berpegang kepada agama yaitu orang-orang yang jelas sanad ilmu dan sanad rujukannya dsb agar ilmu yang didapatkan tidak berasal dari hawa nafsu mereka sendiri tapi benar-benar berasal dari kebenaran, salah satunya dari kalangan ahlul bayt nabi Muhammad Saw.

23 May 2009

kenali Pewaris nabi- Habib Umar bin Hafiz

Beliau ialah Habib Umar putera dari Muhammad putera dari Salim putera dari Hafiz putera dari Abdullah putera dari Abi Bakr putera dari Aidarus putera dari Hussein putera dari Syeikh Abi Bakr putera dari Salim putera dari Abdullah putera dari Abdul Rahman putera dari Abdullah putera dari Syeikh Abdul Rahman al-Saqqaf putera dari Muhammad Maula al-Dawilah putera dari Ali putera dari Alawi putera dari al-Faqih al-Muqaddam Muhammad putera dari Ali putera dari Muhammad Shahib Mirbat putera dari Ali Khali Qasam putera dari Alawi putera dari Muhammad putera dari Alawi putera dari Ubaidillah putera dari Imam al-Muhajir Ahmad putera dari Isa putera dari Muhammad putera dari Ali al-Uraidi putera dari Ja'far al-Sadiq putera dari Muhammad al-Baqir putera dari Ali Zainal Abidin putera dari Hussein sang cucu lelaki, putera dari pasangan Ali putera dari Abu Talib dan Fatimah az-Zahra puteri dari Rasul Muhammad s.a.w..

Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, salah satu kota tertua di Yaman yang menjadi sangat terkenal di seluruh dunia dengan berlimpahnya para ilmuwan dan para alim ulama yang dihasilkan kota ini selama berabad-abad. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang memiliki tradisi keilmuan Islam dan kejujuran moral dengan ayahnya yang adalah seorang pejuang martir yang terkenal, Sang Intelektual, Sang Da’i Besar, Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Shaikh Abu Bakr bin Salim.

Ayahnya ialah salah seorang ulama intelektual Islam yang mengabdikan hidup mereka demi penyebaran Islam dan pengajaran hukum suci serta aturan-aturan mulia dalam Islam. Beliau secara tragis diculik oleh kelompok komunis dan diperkirakan telah meninggal, semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Demikian pula kedua datuk beliau, Habib Salim bin Hafiz dan Habib Hafiz bin Abdullah yang merupakan para intelektual Islam yang sangat dihormati kaum ulama dan intelektual Muslim pada masanya. Allah seakan menyiapkan kondisi-kondisi yang sesuai bagi Habib Umar dalam hal hubungannya dengan para intelektual muslim disekitarnya serta kemuliaan yang muncul dari keluarganya sendiri dan dari lingkungan serta masyarakat dimana ia dibesarkan.

Beliau telah mampu menghafal al-Quran pada usia yang sangat muda dan ia juga menghafal berbagai teks inti dalam fiqh, hadis, bahasa Arab dan berbagai ilmu-ilmu keagamaan yang membuatnya termasuk dalam lingkaran keilmuan yang dipegang teguh oleh begitu banyaknya ulama-ulama tradisional seperti Muhammad bin Alawi bin Shihab dan Syeikh Fadl Baa Fadl serta para ulama lain yang mengajar di Ribat, Tarim yang terkenal itu. Maka beliau pun mempelajari berbagai ilmu termasuk ilmu-ilmu spiritual keagamaan dari ayahnya yang meninggal syahid, Habib Muhammad bin Salim, yang darinya didapatkan cinta dan perhatiannya yang mendalam pada da'wah dan bimbingan atau tuntunan keagamaan dengan cara Allah s.w.t. Ayahnya begitu memperhatikan sang ‘Umar kecil yang selalu berada di sisi ayahnya di dalam lingkaran ilmu dan zikir.

Namun secara tragis, ketika Habib ‘Umar sedang menemani ayahnya untuk solat Jumaat, ayahnya diculik oleh golongan komunis, dan sang ‘Umar kecil sendirian pulang ke rumahnya dengan masih membawa syal milik ayahnya, dan sejak saat itu ayahnya tidak pernah terlihat lagi. Ini menyebabkan ‘Umar muda menganggap bahawa tanggungjawab untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan ayahnya dalam bidang dakwah sama seperti seakan-akan syal sang ayah menjadi bendera yang diberikan padanya di masa kecil sebelum beliau mati syahid.

Sejak itu, dengan sang bendera dikibarkannya tinggi-tinggi, dia memulai, secara bersemangat, perjalanan penuh perjuangan, mengumpulkan orang-orang, membentuk majlis-majlis dan dakwah. Perjuangan dan usahanya yang keras demi melanjutkan pekerjaan ayahnya mulai membuahkan hasil. Kelas-kelas mulai dibuka bagi anak muda maupun orang tua di mesjid-mesjid setempat dimana ditawarkan berbagai kesempatan untuk menghafal al-Quran dan untuk belajar ilmu-ilmu tradisional.

Dia sesungguhnya telah benar-benar memahami Kitab Suci sehingga ia telah diberikan sesuatu yang khusus dari Allah meskipun usianya masih muda. Namun hal ini mulai mengakibatkan kekhawatiran akan keselamatannya dan akhirnya diputuskan beliau dikirim ke kota al-Bayda’ yang terletak di tempat yang disebut Yaman Utara yang menjadikannya jauh dari jangkauan mereka yang ingin mencelakai sang sayyid muda.

Disana dimulai babak penting baru dalam perkembangan beliau. Masuk sekolah Ribat di al-Bayda’ ia mulai belajar ilmu-ilmu tradisional dibawah bimbingan ahli dari yang mulia Habib Muhammad bin Abdullah al-Haddar, semoga Allah mengampuninya, dan juga dibawah bimbingan ulama mazhab Syafie, Habib Zain bin Sumait, semoga Allah melindunginya. Janji beliau terpenuhi ketika akhirnya dia ditunjuk sebagai seorang guru tak lama sesudahnya. Dia juga terus melanjutkan perjuangannya yang melelahkan dalam bidang dakwah.

Kali ini tempatnya adalah al-Bayda’ dan kota-kota serta desa-desa disekitarnya. Tiada satu pun yang terlewat dalam usahanya untuk mengenalkan kembali cinta kasih Allah dan Rasul-Nya s.a.w pada hati mereka seluruhnya. Kelas-kelas dan majelis didirikan, pengajaran dimulai dan orang-orang dibimbing. Usaha beliau yang demikian gigih menyebabkannya kekurangan tidur dan istirahat mulai menunjukkan hasil yang besar bagi mereka tersentuh dengan ajarannya, terutama para pemuda yang sebelumnya telah terjerumus dalam kehidupan yang kosong dan dangkal, namun kini telah mengalami perubahan mendalam hingga mereka sadar bahwa hidup memiliki tujuan, mereka bangga dengan indentitas baru mereka sebagai orang Islam, mengenakan serban/selendang Islam dan mulai memusatkan perhatian mereka untuk meraih sifat-sifat luhur dan mulia dari Sang Rasul Pesuruh Allah s.a.w..

Sejak saat itu, sekelompok besar orang-orang yang telah dipengaruhi beliau mulai berkumpul mengelilingi beliau dan membantunya dalam perjuangan dakwah maupun keteguhan beliau dalam mengajar di berbagai kota besar maupun kecil di Yaman Utara. Pada masa ini, beliau mulai mengunjungi banyak kota-kota maupun masyarakat diseluruh Yaman, mulai dari kota Ta'iz di utara, untuk belajar ilmu dari mufti Ta‘iz al-Habib Ibrahim bin Aqil bin Yahya yang mulai menunjukkan pada beliau perhatian dan cinta yang besar sebagaimana ia mendapatkan perlakuan yang sama dari Habib Muhammad al-Haddar sehingga ia memberikan puterinya untuk dinikahi setelah menyaksikan bahwa dalam diri beliau terdapat sifat-sifat kejujuran dan kepintaran yang agung.

Tak lama setelah itu, beliau melakukan perjalanan melelahkan demi melakukan ibadah Haji di Mekkah dan untuk mengunjungi makam Rasul s.a.w di Madinah. Dalam perjalanannya ke Hijaz, beliau diberkahi kesempatan untuk mempelajari beberapa kitab dari para ulama terkenal disana, terutama dari Habib Abdul Qadir bin Ahmad al-Saqqaf yang menyaksikan bahwa di dalam diri ‘Umar muda, terdapat semangat pemuda yang penuh cinta kepada Allah dan RasulNya s.a.w. dan sungguh-sungguh tenggelam dalam penyebaran ilmu dan keadilan terhadap sesama umat manusia sehingga beliau dicintai al-Habib Abdul Qadir salah seorang guru besarnya. Begitu pula beliau diberkahi untuk menerima ilmu dan bimbingan dari kedua pilar keadilan di Hijaz, yakni Habib Ahmad Mashur al-Haddad dan Habib Attas al-Habshi.

Sejak itulah nama Habib Umar bin Hafiz mulai tersebar luas terutama dikeranakan kegigihan usaha beliau dalam menyerukan agama Islam dan memperbaharui ajaran-ajaran awal yang tradisional. Namun kepopularan dan ketenaran yang besar ini tidak sedikitpun mengurangi usaha pengajaran beliau, bahkan sebaliknya, ini menjadikannya mendapatkan sumber tambahan dimana tujuan-tujuan mulia lainnya dapat dipertahankan.

Tiada waktu yang terbuang sia-sia, setiap saat dipenuhi dengan mengingat Allah dalam berbagai manifestasinya, dan dalam berbagai situasi dan lokasi yang berbeda. Perhatiannya yang mendalam terhadap membangun keimanan terutama pada mereka yang berada didekatnya, telah menjadi salah satu dari perilaku beliau yang paling terlihat jelas sehingga membuat nama beliau tersebar luas bahkan hingga sampai ke Dunia Baru.

Negara Oman akan menjadi fase berikutnya dalam pergerakan menuju pembaharuan abad ke-15. Setelah menyambut baik undangan dari sekelompok Muslim yang memiliki hasrat dan keinginan menggebu untuk menerima manfaat dari ajarannya, beliau meninggalkan tanah kelahirannya dan tidak kembali hingga beberapa tahun kemudian. Bibit-bibit pengajaran dan kemuliaan juga ditanamkan di kota Shihr di Yaman timur, kota pertama yang disinggahinya ketika kembali ke Hadramaut, Yaman.

Disana ajaran-ajaran beliau mulai tertanam dan diabadikan dengan pembangunan Ribat al-Mustafa. Ini merupakan titik balik utama dan dapat memberi tanda lebih dari satu jalan, dalam hal melengkapi aspek teoritis dari usaha ini dan menciptakan bukti-bukti kongkrit yang dapat mewakili pengajaran-pengajaran di masa depan.

Kepulangannya ke Tarim menjadi tanda sebuah perubahan mendasar dari tahun-tahun yang ia habiskan untuk belajar, mengajar, membangun mental agamis orang-orang disekelilingnya, menyebarkan seruan dan menyerukan yang benar serta melarang yang salah. Dar-al-Mustafa menjadi hadiah beliau bagi dunia, dan di pesantren itu pulalah dunia diserukan. Dalam waktu yang dapat dikatakan demikian singkat, penduduk Tarim akan menyaksikan berkumpulnya pada murid dari berbagai daerah yang jauh bersatu di satu kota yang hampir terlupakan ketika masih dikuasai para pembangkang komunis.

Murid-murid dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Kepulauan Comoro, Tanzania, Kenya, Mesir, Inggris, Pakistan, Amerika Serikat dan Kanada, juga negara-negara Arab lain dan negara bagian di Arab akan diawasi secara langsung oleh Habib Umar. Mereka ini akan menjadi perwakilan dan penerus dari apa yang kini telah menjadi perjuangan asli demi memperbaharui ajaran Islam tradisional di abad ke-15 setelah hari kebangkitan. Berdirinya berbagai institusi Islami serupa di Yaman dan di negara-negara lain dibawah manajemen al-Habib Umar akan menjadi sebuah tonggak utama dalam penyebaran Ilmu dan perilaku mulia serta menyediakan kesempatan bagi orang-orang awam yang kesempatan tersebut dahulunya telah dirampas dari mereka.

Habib Umar kini tinggal di Tarim, Yaman dimana beliau mengawasi perkembangan di Dar al-Mustafa dan berbagai sekolah lain yang telah dibangun dibawah manajemen beliau. Beliau masih memegang peran aktif dalam penyebaran Islam, sedemikian aktifnya sehingga beliau meluangkan hampir sepanjang tahunnya mengunjungi berbagai negara di seluruh dunia demi melakukan kegiatan-kegiatan mulianya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger