20 Jan 2009

Kuasa Pengundi( Perancangan Allah Mengatasi Perancangan Musuh)


Salam Perjuangan Buat Mujahidin Kampus

Salam JIHAD, Penulis menerima keputusan dengan rasa syukur..14 kerusi dimenangi...



Penulis terdiam dan memikir panjang semasa menunggang buraq (nama motor) ...+Bacaan -bacaan politik kampus sukar diduga. Memang, pengalaman mengatasi segalanya. Penulis mengucapkan syabas atas ijtihad yang dibuat jentera Pilihan Raya Kampus serta semua sayap-sayap khas jentera itu, kebijaksanaan menghadapai kelemahan musuh yang semakin ketara!....Semuanya menatijahkan kebaikan untuk gerak kerja Islam seluruhnya. Penulis terbayangkan muka ketua jentera musuh yang tersenyum kambing , bagai tertelan mengkudu busuk bagi menghadapi kekalahan mereka...

1) Penulis menjangkakan peratus mengundi akan menurun......lumrah, dengan kurangnya publisiti sukar nak kata pengundi akan turun.Memang ramai tidak tahu semalam adalah hari mengundi, namun apabila diingatkan, atas kesedaran yang terbentuk , juga mungkin kerana bahang suasana PR KT ...ada kesedaran dikalangan mereka mahu turun mengundi. Jam 5 ptg, peratus turun mengundi adalah 84%...Tidak mustahil juga kerana mereka diwajibkan pihak kolej, fakulti untuk turun mengundi melalui pembesar suara .Tidak mengapalah, persoalannya siapah sebenarnya orang yang mereka nak pilih??

2) Di nilai dari sistem yang ada, penulis sudah huraikan panjang dengan pendirian yang agak kasar lagu bahasa(rujuk artikel sebelumnya). Unjuran pemboikotan ada penulis lambungkan. Realiti yang penulis gambarkan rupanya tidak menjejak...dalam keadaan apa jua sistem yang digunapakai, PRK tetap akan berjalan dan mahasiswa tetap akan turun mengundi.Isu jatiriri mahasiswa, idealis mahasiswa , kredibiliti pimpinan yang nak dinaikkna tidak menjadi bualan mahasiswa. Mereka tidak kisah dengan itu semua, bagi mereka , "pemikiran mudah" menjadi nadi utama rangka pemikiran mereka. Tidak timbul isu tidak adil, ...mudahnya mereka anggap inilah mainan politik, terhenti setakat itu mereka terus dengan keputusan untuk mengundi. Usaha mengajak mereka memboikot, atau merosakkan undi pasti akan berhasil dengan kegagalan, bahkan jentera akan kehilangan fokus utama yang ditetapkan--Memenangi sebanyak mungkin kerusi'...lantas gerakan tertumpu kepada bagaimana mengeksploitasi sistem ini dan menatijahkan sebanyak mungkin keuntungan kepada gerak kerja ini... tetap bertanding!!! teruskan kempen!! lancarkan Saraf!! Intipati utama PRK...inilah intipati bab yang penulis paling minati dalam lipatan diari PRK.

3) Apa jua eksploitasi yang digunakan, soal prinsip dan apa yang nak diperjuangkan memang kena jelas...menang satu bab, mengisi kemenangn satu bab yang lain...Persoalannya sekarang, adakah PRO -M mengiktiraf sistem PRK kali ini? persolan kedua apakah perancangan mereka yang menang ini bagi menjawab undi mahasiswa ke atas mereka...walaupun apa jua spekulasi yang dibuat..politik wang, politik muka, nasib...setiap sesuatu tidak terjadi secara kebetulan!!! There are no accidents..Tampuk kepimpinan ibarat sebelah kaki kedalam nearaka, menjawab tanggungjawab ini secara tepat sangat penting! Persoalan ini perlu dijawab, supaya tidak mencelarukan adik2 MPP ini menjalankan tugas mereka. Gagasan Pakatan PRO-M ini punya kredibiliti dan "high expectation" dari para pengundi... jadi...Selamat Menjalankan Tugas.

4)Penulis melihat kebijaksanaan percaturan serta kematangan mengatur barisan adalah memuaskan. Allah bantu dalam percaturan ini. Dengan sejumlah kerusi yang dimenangi, peluang yang ada...seharusnya ia menjadikan gerakan semakin laju bukan semakin perlahan...

5)Penulis suka jugak kemukakan teori "kefahaman datangnya dengan gerak kerja"..Memang banyak yang perlu dipelajari, dan memang itupun guna tujuan hidup! belajar..dan mencari kebenaran..Semakin mencabar, semakin maju kita...kata belajar membina diri. Manfaatnya untuk ISLAM jua. Pengharapan dari penulis agar Juara-juara ini dari awal sudah jelas dengan matlamat dan fikrah yang didukung. Dengan kekuatan kefahaman yang terbentuk selepas ini, kalianlah pula akan menjadi tiang utama perjuangan ini kelak.

6) Terakhir, penulis kagum dengan semangat yang ditunjukkan muslimat. Ia rekod yang baik....semoga ia berkekalan sampai kalian sayhid dengan keadaan begitu.

Maaf atas segala khilaf, penulis doakan kalian terus berjaya di lapangan jihad kalian sehinggalah tiada lagi fitnah, dan tinggallah ISLAM ini tidak lain hanya untuk ALLAH dan RasulNYA sahaja.

ikhlas
al faqir ilallah Jundi Ummah



1 comment:

deMahdali said...

salam ukhwah...

Tahinah buat Pro-M...

Terdapat banyak perkara yang aneh bila melihat keputusan PRK kali ini...

Benarkah keputusan kali ini benar2 dari undi mahasiswa?

Atau percaturan orang-orang tertentu supaya Pro-M gelap mata dengan sistem yang sudah rosak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger