19 Jan 2009

Kelesuan dan kebejatan ...beku...-Idealis mahasiswa Disembelih!


Buku tatacara Pemilihan MPP yang HAPRAK !!!
Layak dijadikan tisu tandas!!

Kerapuhan jentera kedua-dua pihak; pro kerajaan(aspirasi) dan pro pakatan rakyat (pro mahasiswa) dalam kampus dilihat semakin menuju krisis kelesuan tahap kronik. Peperangan tanpa suasana perang! Calon berkempen tanpa poster dan banner! Tempat untuk berkempen di bilik2 tertutup dan sempit, ada tempat yang disediakan tak pernah dengar pun...Soalan paling berbisa di keluarkan..Siapa nak datang duduk dan dengar di tempat -tempat seperti ini???. Bilik mesyuarat, bilik tv, stor, ..tepi tandas..aduh!! kenapa begini parah sekali .Memang bodohnya orang yang mencadangkan tempat sebegini sebagai tempat bekempen, macam budak sekolah rendah!!

Banner dah la sedikit dikeluarkan BHEP(bahagian hal ehwal pelajar universiti)..kenapa? Bhep mengalami krisis kewangan ka? atau ada orang songlap (lesapkan) duit? Apakah motif BHEP mencengkam mahasiswa yang mahu memilih pemimpin mereka sampai menjadikan Pilihan Raya Kampus yang punya prestij dan keunggulan tersendiri kepada persis pemilihan ketua darjah sekolah rendah! Melihat kepada persediaan kewangan sebelum pilihanraya bagi jentera Pro-M...penulis hairan sekarang duit bukan lagi ukurannya.... apabila sistem tradisi diubah kepada sistem paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus. Kewajaran seperti ini hanya layak di hadapai dengan pemboikotan besar-besaran PRK(Pilihan Raya Kampus) bagi memberikan tamparan hebat kepada petualang-petualang yang merobek jati diri mahasiswa. Namun, adakah mahasiswa sedar hak mereka dinafikan??? bantahan seharusnya di nyatakan...malang sekali, sudah jatuh ditimpa tangga...akibat tekanan, dan sekatan minda ..serta saraf dan propaganda BHEP kepada mahasiswa , mereka ibarat katak di dalam gelas, bagai lembu dicucuk hidung.....diam membisu tanpa bicara. Ancaman -ancaman yang sama digunakan bagi menghadapi sebarang usaha memboikot PRK. Buang kolej, ancam sana,ancam sini dan bla,bla, bala....

Meninjau sekitar kampus...realitinya: masih ada orang bertanya pada hari ini(19/1/2009) ..Pilihanraya Kampus Bila??? membuktikan mereka sendiri tidak sedar bahawa hari ini adalah hari pengundian! tragis tak? Tarikh pengundian pun tak tahu apatah lagi siapa orang yang mereka mahu undi, lagilah mereka tak tahu !!!habis tuh, apabila didesak pengurus kolej dan barua-baruanya suruh mengundi, mereka pun berbondong-bondong turun mengundi, tanpa kesedaran dan hujah yang jelas mengapa mereka perlu mengundi...klik sahaja mana gambar yang berkenan dan keluar dari pusat pengundian tanpa ada rasa apa-apa. Kemenagan yang dikecapai calon dengan sistem seperti ini adalah tidak bermaruah dan tidak boleh diiktiraf !!

Apapun Jundi Ummah mengucapkan selamat mengundi, pangkah guna dadu deh....ha pejam mata jah...takpun tak payah undi, klik satu undi pastu keluar jah...tak payah "sign out ". Ini membazir masa, falsafah kepimpinan tidak terpamer berdasrkan sistem yang ada, mahasiswa diperkuda, disembelih dan di lempar najis kemuka..namun mereka masih setia dengan orang yang kudakan, sembelih dan lempar najis kemuka mereka. Ini pendapat, boleh jadi salah dan boleh jadi sangat betul! Faham ka?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger