7 Apr 2009

Perihal ayat Quran, tarian dan kongsi gelap! -Pena Harakah

Intan Abdullah & Nyza Ayob
Tue | Apr 07, 09 | 5:58:10 am MYT

Bukit Gantang, 7 April (Hrkh) - Penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming Rakyat memberi kesan positif kepada Islam apabila bukan Islam turut berminat dan yakin dengan al-Quran.

Demikian ditegaskan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali sewaktu sidang akhbar di Markas PAS Air Kuning, dekat sini. Turut hadir ialah Pengarah Pilihan raya PAS Bukit Gantang, Asmuni Awi.

Beliau menegaskan, BN yang sudah lama bergabung dengan MCA dan MIC usahkan hendak membaca al-Quran tetapi susah hendak memberi salam.

Menjawab desakan wartawan sama ada PAS melarang atau merupakan strategi kempen, Mustafa menegas PAS tidak pernah memberi sebarang arahan atau strategi peimpinan pakatan rakyat bagi pimpinan Pakatan Rakyat bukan Islam menggunakan ayat Quran dalam kempen.

"Jika Umno mengatakan pimpinan Pakatan Rakyat bukan beragama Islam tidak boleh menggunakan ayat al Quran dalam ceramah, terdapat unsur-unsur memisahkan agama dengan politik,"katanya.

Dalam pada itu, Mustafa turut membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Zahid Hamidi kononnya tarian dan nyanyian rancak remaja Cina pada majlis Makan Malam Perpaduan di Kampung Kuala Sepetang yang dihadirinya merupakan sebahagian budaya Cina.

" Dalam sidang media oleh NGO Cina juga menegaskan bahawa tarian dan nyanyian rancak remaja Cina itu bukan kebudayaan masyarakat Cina,"katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan Zahid bahawa beliau tidak mengetahui pertemuan sulit dengan satu kumpulan secret society atau kumpulan kongsi gelap di Hotel Legend.

"Zahid tidak menafikan tetapi cuma mengatakan tidak tahu. Kalau betul beliau tidak terlibat, beliau harus menafikan. Kenyataan Zahid ini menimbulkan kesangsian. Jika betul tidak buat, katakanlah ' saya tidak terlibat', " tegas Mustapha.

Sementara itu, Mustafa turut mendedahkan kesinambungan taktik kotor yang dilakukan BN sewaktu berkempen.

Mustapha menjelaskan satu laporan polis dibuat mengenai petugas PAS dipukul petugas BN, yang mana puncanya kerana petugas PAS melapor kepada SPR terdapat bendera-bendera yang dipamerkan tidak ikut peraturan.

"Jika mengikut syarat SPR hanya parti bertanding dapat menggantung atau mempamerkan bendera. Sewaktu kejadian berlaku, pematau SPR terdapat di situ tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Laporan polis dibuat atas nama Mohamad Azmi Mohamad Zain,"katanya. - mks.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger