7 Apr 2009

Menjaga mitokondria, memelihara kesihatan- Mengapa Cepat Tua

MITOKONDRIA merupakan 'kilang tenaga' sel-sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, diabetes, kanser, penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga. Mitokondria dikenali sebagai 'kilang tenaga' bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan. Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif.

Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang. Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti rheumatoid artritis.

Kecacatan fungsi mitokondria

Setiap kali mitokondria menghasilkan tenaga, ia juga menghasilkan radikal bebas berbahaya dan harus dihapuskan. Radikal bebas boleh mengakibatkan kerosakan dahsyat kepada setiap bahagian mitokondria termasuk membran dan DNAnya. Membran Mitokondria merupakan kunci bagi penghasilan tenaga. Jika terjadi kerosakan membran, kurang tenaga akan dihasilkan dan toksin yang terkumpul akan merosakkan sel. Jika banyak sel telah dirosakkan, fungsi sistem organ pasti terganggu.

DNA mitokondria (mtDNA) adalah amat mudah terancam oleh radikal bebas yang mempunyai berkaitan dengan proses penuaan. Kerosakan mtDNA dalam otak dipercayai merupakan satu faktor penyakit seperti alzheimer, parkinson dan strok. Kegagalan jantung, iaitu masalah mengepam darah ke seluruh badan, merupakan contoh biasa bagi masalah fungsi mitokondria. Demi mengelakkan kerosakan oleh radikal bebas, sel-sel menggunakan sekumpulan bahan antioksidan, gabungan Asid Lipoik Alfa, Acetyl L-Carnitine dan Koenzim Q10 yang boleh membantu memlihara fungsi dan mengurangkan kerosakan mitokondria oleh radikal bebas.

Mitokondria tidak berfungsi

Sejak masalah fungsi mitokondria diterangkan sekitar 1960-an, bidang perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Berbagai jenis gangguan yang kelihatan tidak berkaitan akhirnya menunjukkan hubungkait dengan kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah dikaitkan sebagai satu penyumbang utama proses penuaan.

- Tanda mitokondria tidak berfungsi termasuk: penyakit jantung dan strok, alzheimer, demensia, parkinson, kanser, diabetes, sawan, tekanan darah tinggi, sakit kepala migrain, paru-paru berlemak (bukan disebabkan alkohol), dan keletihan (termasuk sindrom keletihan kronik, fibromialgia).

Pemeliharaan mitokondria

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Nutrition mendapati gabungan Asid Alfa Lipoik (ALA) dan Acetyl L-Carnitine (ALCAR) dapat mengurangkan radikal bebas dengan lebih baik berbanding penggunaan keduanya secara berasingan. Gabungan bersinergi ini membantu mengelakkan kerosakan mitokondria dan mengembalikan fungsinya.

- Jantung berdegup sepanjang hayat dan memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Oleh kerana mitokondria menghasilkan tenaga, maka tidak hairanlah yang lebih kurang 50 peratus isipadu jantung adalah mitokondria! Jika bilangan mitokondria kurang atau berfungsi dengan lemah, ia akan memberi kesan buruk kepada jantung. Kajian mendapati penggunaan ALA akan menurunkan tekanan oksidatif (kerosakan akibat radikal bebas) secara mendadak dalam jantung. Jika tekanan oksidatif berkurangan, kerosakan mitokondria juga berkurangan.

- Melalui proses penuaan, anda cenderung untuk hilang upaya membakar asid lemak (lemak) untuk mendapatkan tenaga. ALCAR terlibat dalam pengangkutan asid lemak ke dalam mitokondria untuk menukarkannya kepada tenaga. Takat ALCAR menurun mengikut peningkatan usia dan pengangkutan asid lemak menjadi tidak berfungsi dengan baik. Jantung akan kehilangan satu sumber bekalan tenaga utama iaitu lemak. Pengambilan ALCAR dapat meningkatkan pengangkutan dan lebih asid lemak boleh dibawa masuk ke dalam mitokondria agar dipergunakan dengan lebih cekap untuk menyokong fungsi jantung.

- Gabungan ALA dan ALCAR membantu mempertingkatkan prestasi ingatan dan pemikiran di kalangan golongan dewasa. Terdapat bukti bahawa mitokondria dalam otak adalah amat penting dalam fungsi daya ingatan dan pemikiran kerana penghasilan tenaganya dan kesannya ke atas kerosakan akibat radikal bebas. ALA and ALCAR juga boleh melintasi rintangan darah-otak dan dengan itu akan memanfaatkan otak. Masalah fungsi mitokondria berkaitan dengan banyak jenis demensia seperti Alzheimer dan Parkinson.

- Banyak teori mengenai penuaan telah diketengahkan, teori paling menarik perhatian adalah 'Teori Penuaan Mitokondria'. Teori ini mencadangkan radikal bebas terjadi sebagai hasil sampingan daripada penghasilan tenaga dalam mitokondria yang seterusnya mengakibatkan kerosakan ke atas DNA dan membran mitokondria. Kerosakan yang dibiarkan berlaku dalam jangka masa panjang akan mengurangkan penghasilan tenaga dan memberi kesan buruk kepada fungsi sel dan organ. Kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti alzheimer, parkinson, kanser dan kegagalan jantung boleh dikaitkan dengan penurunan penghasilan tenaga.

Koenzim Q10 (Co Q10)

Co Q10 memainkan peranannya dalam fungsi mitokondria dan melengkapi tindakan ALA dan ALCAR:

- Peranan Co Q10 dalam penghasilan ATP telah dibuktikan dengan baik. Tanpa Co Q10 mitokondria tidak boleh menjana tenaga.

- Hanya ALCAR boleh mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria untuk dibakar menjadi tenaga oleh Co Q10 dan kedua-duanya berfungsi secara bersinergi untuk mempertingkatkan fungsi mitokondria.

- Co Q10 adalah antioksidan berkuasa. Terletak di mitokondria, tempat di mana radikal bebas dihasilkan, dan terbukti berfaedah dalam mengelak kerosakan kepada membran mitokondria dan mtDNA. Dalam konteks ini, Co Q10 melengkapi tindakan ALA yang juga merupakan antioksidan berkuasa.

Penjagaan mitokondria

Mengambil suplemen yang menggabungkan ALA dan ALCAR ditambah dengan Co Q10 larut air akan membantu mencegah kerosakan mitokondria dan meningkatkan penghasilan tenaga. Kerosakan mitokondria dan gangguan fungsi mitokondria dalam penghasilan tenaga telah dikaitkan dengan banyak jenis penyakit. Oleh demikian, mengambil langkah penjagaan untuk mitokondria adalah peluang terbaik untuk memelihara kesihatan sel, organ dan badan anda sejajar dengan peningkatan usia.

Setiap orang boleh memperolehi faedah daripada pengambilan makanan tambahan kombinasi ALA dan ALCAR bersama-sama dengan tambahan Co Q10 larut air. Golongan berusia 40-an atau yang lebih muda boleh mengalami kesan berfaedah yang ketara. Faedah yang paling biasa dilaporkan adalah pertambahan tenaga sepanjang hari dan kecerdasan mental lebih tinggi.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger