23 Sept 2014

MB baru Selangor





Dalam keadaan kekalutan situasi politik Selangor , dengan kebijaksanaan Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah akhirnya segala teka-teki berakhir. Rakyat amat mendokong segala yang diputuskan oleh Baginda Sultan. 

Kini berbalik kepada ahli politik yang perlu bertindak bijak dengan melaksanakan amanah bagi menyambung legasi yang telah di tinggalkan TS Khalid Ibrahim . 


Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.


Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

Apa-apa pun kita doakan semoga Pentadbiran Selangor kembali pulih seperti sediakala dan mampu memudahkan lagi urusan rakyat jelata,


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger