Negara kita dikejutkan dengan isu gelandangan . Polemik ini menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap masyarakat . Perlu diingat isu GELANDANGAN ini adalah isu sejagat dan berlaku dimana-mana negara hatta KUASA DUNIA seperti USA juga. Tiada jawapan mudah untuk suatu persoalan yang memerlukan kajian dan penelitian yang benar-benar jujur terhadap hakikat apa yang sedang berlaku .
Jangan terlalu sombong menoleh kebelakang--Dalam lipatan sejarah memang ada direkodkan satu zaman pemerintahan kerajaan ISLAM dimana tiada rakyatnya yang miskin atau layak menerima zakat.
Ini mungkin salah satu solusi yang lebih bersifat holistik dan jangka masa panjang. Jelas GELANDANGAN ini adalah sindrom yang berlaku bukanlah punca penyakit. Ia hanya merupakan amaran kepada pemerintah dan masyarakat agar mengkaji hakikat penyakit yang sebenarnya disebalik apa yang berlaku .
Ini mungkin salah satu solusi yang lebih bersifat holistik dan jangka masa panjang. Jelas GELANDANGAN ini adalah sindrom yang berlaku bukanlah punca penyakit. Ia hanya merupakan amaran kepada pemerintah dan masyarakat agar mengkaji hakikat penyakit yang sebenarnya disebalik apa yang berlaku .
Penulis cuba menggunakan medium cerita dari sejarah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dibawah untuk membuka minda pembaca memahami GAME ''mereka'' yang sebenar :
Tempoh masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz cuma 852 hari . Baginda melakukan perubahan secara dasar dari pemerintahan yang tiada amanah kepada yang bersistem dan bertunjaangkan kepada keimanan
(Spiritual Quotient+ Emotional Quotient+Intelectual Quotient =Action Quotient)
(Spiritual Quotient+ Emotional Quotient+Intelectual Quotient =Action Quotient)
- Baginda merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
- Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
- Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
- Amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
- Amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
- Menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
- Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri hanya Khalifah sahaja yang hidup miskin (atas pilihannya memilih Zuhud).
Hakikatnya, Khalifah melakukan
apa yang perlu dilakukannya. Kebijaksanaan Khalifah berfikir jika menjadi nilai
ukuran perbandingan menampakkan seolah-olah otak kita dizaman moden lagi
canggih ini seperti tidak bersambung langsung dalam berfikir membantu si
miskin. Kekontangan idea serta berfikiran sempit.
Kita terlalu banyak berpolemik
berkeliling hanya menghurai sindrom penyakit berbanding PUNCA PENYAKIT.
Sekiranya kita tidak menjumpai persoalan sebenar kepada MENGAPA MEREKA MENJADI
GELADANGAN? pasti tindakan kita tersasar dalam menyelesaikan masalah ini. Pada
saat penulis menulis bait rangkap ini , penulis sedar bukanlah mahu menyalahkan
sesiapa--- cuma bila terkenangkan keadilan Khalifah Umar Abd Aziz ini
sepatutnya memberikan kita inspirasi serta kebernasan dalam memberikan solusi .
Kecewanya apabila ahli pakar akdemik pun tidak dapat memberikan gambaran jelas
tentang apa yang berlaku kini.
Langkah yang dilihat agak radikal pada pandangan saya bagi mengatasi 'KESEMPITAN SI MISKIN' Ceracak tajam dipasang bawah jambatan agar tiada temapt untuk mereka tidur. |
Secara akademik satu kajian yang
dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan faktor POLISI KERAJAAN, PERUBAHAN
EKONOMI ATAU TRANSFORMASI EKONOMI, PENINGKATAN KOS HIDUP DAN GAJI TERLALU RENDAH antara punca utama.
Adapun yang lain-lain lebih bersifat kesan kepada apa sebenarnya yang berlaku
itu.
Kerajaan yang baik seharusnya mengkaji dengan teliti dari dapatan statistik yang jujur untuk menyelesaikan isu ini . Pemimpin jika secara batil melakukan tindakan yang langsung menzalimi si miskin akan berdepan dengan soal jawab yang berat di mahsyar kelak .
Kerajaan yang baik seharusnya mengkaji dengan teliti dari dapatan statistik yang jujur untuk menyelesaikan isu ini . Pemimpin jika secara batil melakukan tindakan yang langsung menzalimi si miskin akan berdepan dengan soal jawab yang berat di mahsyar kelak .
Saya nukilkan jua satu dapatan
kajian lapangan dari Harvard--saya tidak bersetuju dengan ini kerana mereka juga menghurai
secara surface sahaja:
According to Harvard's Joint
Center for Housing Studies, low-income households suffer an unprecedented
housing cost burden, forcing many to choose between rent and food. Too often,
homelessness is the result.
Hukum SINDEKET yang menggunakan KANAK-KANAK sebagai HAMBA PENGUTIP DUIT DERMA!!! Terkadang didalangi PEGAWAI KORUP !! |
Jiwa mana yang dapat menanggung sebaknya hati melihat kesusahan kanak-kanak ini? Apakah salah saya menghulur barang sekeping dua not merah yang tidaklah keranaya mereka kaya tetapi meringankan rasa bersalah di lubuk hati ini ... |
Malaysia negara yang kaya --hasil bumi dan lautnya tidak pernah habis . Iklimnya paling nyaman di dunia ( tiada yang ekstrem). Sekira-kira hasil zakatnya juga jutaan ringgit. Maka persoalannya pada tangan siapa semua kekayaan ini diamanhkan untuk diolah ? Suatu lagi sendi BESAR yang perlu diperhatikan .
Kita tidak boleh lagi bergantung pada kapitalis--mereka memberi alasan kejatuhan ekonomi untuk menaikkan harga barang . Ekonomi menjadi alat mereka mencipta lebih ramai si miskin untuk mereka terus berkuasa. Suatu keadaan yang sangat menyedihkan untuk penulis meneruskan penulisan ini.
Kita tidak boleh lagi bergantung pada kapitalis--mereka memberi alasan kejatuhan ekonomi untuk menaikkan harga barang . Ekonomi menjadi alat mereka mencipta lebih ramai si miskin untuk mereka terus berkuasa. Suatu keadaan yang sangat menyedihkan untuk penulis meneruskan penulisan ini.
No comments:
Post a Comment