3 Sept 2014

TNB --TOLONGLAH Gembirakan RAKYAT YANG SUSAH ...


KISAH BENAR ;SEPERTI YANG DICERITAKAN KEPADA PENULIS

Aku melihat helaian bil elektrik yang berada ditangan ...mataku berlari-lari atas dan bawah merasakan sungguh kejam KAPITALISME ini , mereka bisa merenggut apa sahaja demi keuntungan yang tidak pernah ada penghujungnya, sedangkan rakyat marhaen seperti aku ini berhempas pulas cuma menikmati secebis kegembiraan --walaupun bukan untuk aku, tetapi sekurang-kurangnya untuk anak dan isteriku yang setia .

Mataku menahan amarah---dadaku terasa pasrah dan mencemuh , remuknya hatiku, sebak jiwaku meronta-tonta mahu meluahkan ketidakadilan ini hanya untuk rm300 cuma...maruah--kegembiraan--cahaya--keselamatan hilang sekelip mata. Tiadakah belas IHSAN DARI TNB ?..hampir menitis air mataku ini melihat bekas-bekas nyamuk pada kaki dan tubuh badan anakku yang bermain dikaki ayahnya ini  ..tidak mengenal apa-apa..keletahnya sahajalah bisa meredakan kesusahahan jiwaku. daku peluk erat anakku dan mengucupnya sepuas mungkin dengan tiada bahasa dapat diungkap merasa bersalah dengan apa yang terjadi.


DIMAKLUMKAN, TENAGA NASIONAL MEMBERI BONUS ANTARA 5 HINGGA 6 BULAN KEPADA KAKITANGANNYA TERMASUK PENGURUSAN ATASAN. LEBIH MENARIK LAGI, TENAGA NASIONAL MEMINTA KAKITANGANNYA MERAHSIAKAN PEMBERIAN BONUS INI DARI PENGETAHUAN UMUM. KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR, KITA MINTA KERAJAAN DAN TENAGA NASIONAL TAMPIL MENAFIKAN PEMBERIAN BONUS LUMAYAN INI.BENARKAH???


Aku pergi bekerja --keluarnya jam 7.30 pagi Pulangnya jam 10.30 malam --kadang-kadang melewat jam 11. Sebulan daku mambanting tulang kehidupan aku mampu meraih rm 1500 sebulan . Isteriku cuba membantu untuk bekerja tetapi buat masa ini keadaan kesihatannnya tidak mengizinkan . Ya ALLAH aku bersyukur dikurniakan kerja--walaupun hidup di hutan bandar ini -nilai sebegitu boleh dikatakan miskin, untuk memulakan kehidupan berkeluarga mula-mula kena lah susah sikit, getus hatiku memujuk kegusaran jiwa.

Tahukah bagaimana kehidupan kami di hujung bulan ??? makanan sudah dicatu ---syiling dan baki terakhir dikutip ..dihimpun untuk bertahan sebelum gaji semula..kadang-kadang gaji lewat --aku dan anak isteri ikat perut. Isteriku yang sentiasa menguntum senyuman memujuk daku bersyukur dan bersabar dengan dugaan ILAHI ini .Terkadang saat mak mertua mahu hadir ke rumah --kami pinjam dari sahabat handai guna memenuhkan peti ais yang memang sedia kosong .Terkadang isteriku sakit ---daku tebalkan muka lagi untuk meminjam tidak tahan melihat beliau menahan azabnya kesakitan dari demam dek kesakitan tulang belakangnya....kereta ku pula sampai keluar benang tayar--- sebelum dapat aku tukar dengan tayar terpakai.--dan saat yang paling menyesakkan jiwa bila datang BIL TNB ---aku kesampingkan sementara membayarnya agar dapat aku utamakan keperluan kehidupan ini .Kehidupan di flat , tingkat tiga ---cukup indah bagi kami sekeluarga. cukup bersyukur . walaupun dengan segala kepahitan yang terpaksa ditelan hanya semata untuk mengembirakan anak isteri tercinta.




Ya memang aku sengaja melewatkan membayar bil elektrik --hambatan keperluan semasa yang semakin meningkat menyebabkan aku terpaksa menyesuaikan dengan bayak perkara--namun terkadang bajet yang dirancang terlepas juga hadnya--semua diluar kawalan kami .kereta meragam ---keperluan bayaran sara hidup--hutang rakan . Bil yang kami rancang mahu bayar terpaksa ditunda lagi sehinggalah berjumlah rm351.25 itu, menjadi hukuman lebih berat buat kami dari TNB dengan langsung mencabut METER.. Apa tidak bolehkan ditimbangtara kehidupan ini ?? tidak boleh berbelas ihsan kah dengan kami sekeluarga??kami tinggal di FLAT sahaja--pastinya kerana kami kekurangan duit untuk melunaskan hutang ini ---bukannya kami tidak bayar sebelum ini ...ya kamu kata menjalankan operasi ..sifar hutang ? tetapi cubalah selami kesusahan kami ini ---









-------Lamunan ku terhenti , suara hatiku berbunyi sendiri mahu didengari --isi hatiku ibarat air mengalir meluahkan rasa terbuku .tidak dapat menhan sebak tiba-tiba mengalir air mata ini menitis dan berderai atas pipi anakku yang masih aku peluk dan cium pipinya. daku usap parut gigitan nyamuk pada dahinya,dan betisnya..daku kira ada 10 liang nyamuk hinggap pada tubuhnya-walaupun telah aku pasang ubat nyamuk ...dan aku kipas sepanjang malam untuk selesakannya kerana panasnya kami skeluarga tidur pada malam TERSEBUT....

APAKAH KEUNTUNGAN INI DIRAIH DARI HASIL TITIK PELUH --PENINDASAN KEATAS SI MISKIN YANG KESEMPITAN ??

Begitulah KAPITALISME menghukum kami ..tiada ihsan..tiada belas--Selalu diiklankan MENCAHAYAKAN HIDUP ANDA..... (tetapi jika hanya anda membayarnya pada masanya tanpa lewat tidak kira betapa susahnya anda) . Mungkin TNB akan meberikan alasan mereka menanggung rugi ...tetapi berapa banyak pula  keuntungan yang mereka kaut??? ..sehinggakan dari si miskin seperti kebanyakan rakyat MARHAEN pun ditindas sebegini rupa.??tidakkah boleh berbelas ihsan --- mengembirakan sedikit dengan meringankan beban kami yang juga cuba menikmati sedikit kegembiraan yang dikurniakan ALLAH swt dimuka bumi ??? Apakah DUIT lebih kuasa dari TUHAN yang memilii alam ini ? TNB ZALIM moga ALLAH membalas kezaliman KALIAN.

Tidak mengapalah 2 bulan aku menumpang rumah kakak ipar-minta belas ihsan ;sewa rumah tersebut tetap aku kena bayar walaupun ada juga tunggakan   ----daku gagahkan ikat perut --tahan malu ..berjuang untuk membayar hutang ini --betapa sukarnya untuk melakukan ini ..akhirnya daku dapat kumpulkan rm 400 untuk menyelesaikan hutang ini .Selesai membuat pembayaran daku menarik nafas lega dan membayangkan rumah sewa ku ini dapat dicahayakan semula.. Aku mengajukan soalan bila meter dapat dipasang semula?

TNB: Owh, Encik kena isi borang baru --daftar semula, bayar deposit rm 170 dan rm 10 untuk upah pasang --dapatkan borang perjanjian sewa beli --SMP dan bla-bla-bla--aku renung dan amati borang ini banyak borang nak kena cari --kena jumpa tuan rumah yang 45minit perjalanan ---sewa rumah ada lagi tertunggak ..macam mana nak cakap pada tuan rumah ??? Duit dalam tangan ada cukup2 nak hidup bulan ini . tubuhku terasa berat, mataku terasa gelap , hatiku meruntun mahu dikasihani-..teringat hutang rumah sewa yang aku tangguh 3 bulan untuk bayar bil ini, Ya ALLAH . DIMANA LAGI HARUS AKU CARI DUIT BARU DAPAT SELESAIKAN MASALAH INI ? SUDAHLAH SUSAH DITEKAN LAGI DENGAN MINTA WANG DEPOSIT YANG LAIN ??

Aku berundur dari kaunter TNB melepaskan kata kecewa--bergelap lagi kami sekeluarga. Terima kasih TNB.

RAKYAT TERTINDAS OLEH
 TNB SHAH ALAM SEKSYEN 27

(cerita sebenar )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger