13 Jul 2015

Bergaduh di LOWYAT?? Apa tindakan penguatkuasa selama ini?

Kejadian kecoh dan tidak tentau hala mula melambak didalam media sosial memanaskan keadaan di sana. Punca kepada punca ini yang ibarat kata sudah membarah dan tunggu meletup benar-benar berlaku.

Ibarat percikan api yang bakal meletup, sebarang tindakan yang tidak bijak bakal meranapkan keharmonian MALAYSIA. Dalam hal ini usah babitkan perkauman. Punca adalah soal sikap serta tindakan melulu sesetengah pihak yang cuba menjadi jagoan kampung. 



Mengapa sekian lama KPDNKK tiada membuat siasatan dengan ribuan laporan yang telah sedia ada berkaitan penipuan penjualan handpohone ini? sekian lama penipuan demi penipuan ibarat sudah menjadi kebiasaan cara mereka berniaga di LOWYATT.

Keadaan semakin panas dengan ura-ura samseng cina bergabung india ..serta berbagai bagai desas-desus panas mengobar api perkauman kian membara. Saat ini FRU serta UTK dikerah ke kawasan kejadian. Api-api ini sengaja dibesarkan..berhati-hat wahai MALAYSIA, musuh mengintai dari dalam menyimbah MINYAK, memarakkan api perpecahan .

Semoga semua bertenang serta memberikan kerjasama kepada PIHAK BERKUASA mengurus situasi ini. Mau settel, belakang-belakang sudah--usah libatkan satu negara. Macam selalu lah. BIOR BIJOK kata orang JAWA.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...