Filipina adalah merupakan antara
gugusan pulau dalam kepulauan Melayu yang mempunyai kepelbagaian sejarah dan
keunikan sendiri bahkan berkongsi banyak persamaan dengan masyarakat di Malaysia dan Indonesia umumnya. Umum mengetahui bahawa masyarakat Filipina
merupakan sebahagian daripada kelompok darah Melayu Austronesia dan sudah
pastilah ini merupakan antara bukti kita dahulu dalam satu rumpun dan kelompok
yang sama di nusantara.
Mujahidin SULU yang mengibarkan panji-panji mereka -- bertahan sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan SULU DARUL ISLAM |
Filipina asalnya adalah sebuah Kerajaan Islam yang hebat pada zaman dahulu, namun keadaan berubah sekelip mata
selepas kedatangan Sepanyol ke Filipina pada tahun 1565, ketika itu Filipina
mencapai populasi penduduk muslim seramai 98% dan hanya 2% masyarakat bukan
islam.
Asal nama kepada ibu kota
Filipina sekarang Amanillah yang berasal daripada perkataan arab ‘Fi Amanillah’
yang bermaksud dibawah perlindungan ALLAH S.W.T namun akhirnya telah diubah
ubah menjadi Manila sehingga sekarang
oleh Penjajah Salibi Sepanyol.
Sebelum ditawan oleh Sepanyol,
penduduk Amanillah telah berjaya menjadikan Kota ini sebagai salah sebuah kota Islam terbesar di Asia Tenggara. Mereka sudah berabad lamanya menerapkan
syariat islam dibawah payung Daulah Islamiyah Timur dan barat. Rata-rata
masyarakat muslim ketika itu bekerja sebagai pedagang, peniaga dan lain-lain.
Garis sempadan Tanah Kerajaan ISLAM yang tidak berjaya ditakluk dan di labelkan sebagai MORO--bahasa yang menjatuhkan maruah UMMAT ISLAM di situ |
DIJAJAH SEPANYOL
Pada tahun 1565, Sepanyol datang
ke Wilayah Islam Nusantara yakni ke Filipina dengan misi Gold Glory dan Gospel yang membawa
maksud menjajah kota kota Islam di timur sebagai akibat daripada lanjutan
kempen Perang salib antara islam dan kristian. 1565 jugalah dimana Kota
Amanillah direbut, dibantai dan ditawan oleh Sepanyol yang kemudiannya nama
Filipina tercipta hasil daripada nama raja mereka ketika itu iaitu King
Philipe. Setelah menakluk Amanillah, Sepanyol
telah berjaya menjalankan kempen mengkristiankan penduduk di wilayah
filipina tengah dan utara melalui ancaman, paksaan dan berbagai-bagai lagi cara
untuk memurtadkan masyarakat islam ketika itu.
Terdapat sebahagian orang Islam telah melarikan diri ke Selatan Filipina demi menyelamatkan akidah mereka. Di
Selatan Filipina, masyarakat Islam ini berjaya membentuk pasukan tentera untuk
mempertahankan diri mereka sendiri demi menyelamatkan maruah dan akidah kaum
mereka yang ditawan oleh Sepanyol dengan melawan tentera Sepanyol melalui
perang gerila. Sepanyol kemudianya menamakan Masyarakat islam yang lari ke
selatan Filipina ini dengan gelaran Orang Moro yang diambil daripada sebutan
orang arab Sepanyol yang beragama islam yang dahulunya menguasai Andalusia
iaitu orang Moor.
Namun, dasar penjajah kafir,
mereka tidak duduk diam terhadap masyarakat Islam di Selatan Filipina, mereka
telah berjaya merekrut orang indo-kristian (orang filipina yang telah dikristiankan)
untuk berperang melawan orang Islam yang asalnya adalah bangsa mereka, saudara
mereka dan mungkin juga ibu bapa mereka sendiri.
MENYERAHKAN FILIPINA KEPADA
AMERIKA SYARIKAT.
Peristiwa berdarah ini ramai tidak tahu-- Bud Datu dan Bud Bagsak. Amerika Syarikat menjalankan kempen perangnya kepada Orang SULU -- Ribuan pahlawan Tausug Syahid, namun sehingga kini SULU belum sepenuhnya mereka kuasai melainkan hanya atas sehelai kertas perjanjian dusta. |
Akhir abad ke 19, imperialisme
Sepanyol mulai menurun, hal ini disebabkan
oleh berbagai pemberontakan telah berlaku di wilayah jajahan Sepanyol
yang lain. Pada tahun 1898, Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat untuk menggantikan Sepanyol sebagai kuasa penjajah. Tumpuan kaum muslim
di Filipina kini terarah kepada Amerika Syarikat, namun ternyata Amerika Syarikat lebih kuat
berbanding Sepanyol, Amerika Syarikat kemudianya kembali menakluk wilayah Islam
di selatan Filipina dan hanya tinggal Mindanao sahaja sebagai pertahanan
terakhir kaum muslimin daripada direbut oleh Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment