Wahai Umat Nabi Saw...Cintailah Baginda Rasulullah saw kerana Baginda adalah insan yang sangat istimewa yang diciptakan Allah swt. Bahkan Cinta Baginda kepada kita umatnya sangat hebat...Mencintai baginda adalah ibadah yang hebat..dengan mencintai Nabi saw jua adalah pintu memperoleh cinta Allah swt.
Hidupkan Cinta kita kepada Baginda saw. belajarlah mencintai Baginda saw...usah diragukan lagi, tiada keraguan lagi mencintai Baginda saw adalah suatu keberkatan dan keselamatan...
Duhai Rasulullah saw..betapa kami sangat merindukan mu. Walaupun kami tidak pernah bersua denganmu tetapi entah mengapa kami sangat merindukan dan mencintai dirimu. Mendengarkan Sirah Perjuangan mu sahaja sudah cukup menggetarkan jiwa yang sangat merindukan mu Ya Rasulullah.
Ya RASULULLAH, barulah kami memahami betapa pula para sahabat-sahabat yang pernah bersama mu menatap wajahmu yang mulia...lebih-lebih lagi kecintaaan mereka kepadamu.
Ya Rasulullah daku hairan mengapa kalangan kami ada yang membid'ahkan kami kerana cara kami memanifestasikan cinta kami kepada mu dengan banyak berselawat dan bermaulid mengingati PERJALANAN HIDUP MU... Wahai Kekasih ALLAH; kami berikrar biarlah apa sahaja yang mereka kata tentang ku tiada aku peduli, kerena dibunuh pun aku sanggupi kerana cinta ku kepada mu YA HABIBALLAH..
Ya Rasulullah syafaatkan kami
Ya Rasulullah...YA Rasulullah
Sudilah kiranya memandang kami....
Kami UMMATMu yang merana merindukan DIRIMU
No comments:
Post a Comment